Thursday, January 24, 2013

~: Parenting Knowledge; Teknik Pujian Ikut Cara Nabi Muhammad SAW :~


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah…

Sebelum bermula, ingin azie nyatakan hasil tulisan ini adalah dari sudut pandangan azie dan mungkin ada perbezaan pendapat dikalangan sahabat2 yang membaca, azie sangat meraikan perbezaan tersebut dan mohon di kongsikan bersama supaya kita dapat belajar sesuatu daripadanya ok (smiley face hehe)

Di sini azie kongsikan beberapa ilmu yang diperolehi dari Sessi Pertama Kursus Keibubapaan anjuran IPN yang berlangsung di Dewan Seminar Masjid Shah Alam pada 19 Januari 2013

DIDIK CARA NABI DAN PSIKOLOGI RAHSIA MENDIDIK ANAK HEBAT
Penceramah: Pn Khairulaniza Khairuddin

Modul latihan teknik mendidik anak gaya Nabi Muhammad SAW dikendalikan oleh Team Hadith Psikologi. Mereka adalah sekumpulan tenaga pakar yang mengkaji hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan teknik mendidik anak/pelajar mengikut sunnah Rasulullah SAW. Ada pelbagai teknik yang boleh dipraktikkkan dan rujukan boleh dibuat di http://hadithpsikologi.blogspot.com

Tetapi pada seminar kali ini teknik yang diberi penekanan adalah Teknik Pujian Nabi Muhammad SAW, Teknik Nabi Muhammad SAW tidak menyiasat kesalahan, tidak menegur atau pun mengkritik kesalahan, tutup mata pada kesalahan, sebaliknya memuji kebaikan dan yang ke-tiga teknik Nabi SAW menyelesaikan konflik antara dua pihak.

Teknik Memuji/Pujian 

Azie yakin semua ibu bapa suka dan selalu memuji anak-anak mereka. Tetapi adakah anda rasa pujian anda memberi kesan kepada anak anda? Adakah anak-anak anda boleh kenal pasti mengapa anda memuji mereka dan apa tujuan anda memuji mereka? 

Selalu kita berikan pujian kepada anak-anak atas faktor-faktor yang nyata/besar atau atas kebaikan yang pada kita nampak besar seperti ‘kakak pandai’, ‘kakak cantik’, ‘abang rajin,’ dan sebagainya,…. Tapi, adakah anda rasa pujian anda itu memberi impak yang besar kepada anak anda? 

Sebenarnya dalam memberi pujian kita juga perlu ada ILMU… barulah pujian tersebut dapat memberi IMPAK yang BESAR kepada anak kita… kerana kata-kata pujian ini mempunyai pengaruh dorongan dalaman dan luaran yang sangat kuat. Sekiranya pujian yang diberikan menggunakan teknik yang betul, ia dapat membentuk sikap yang positif kepada anak-anak.

Jom kita baca macam mana teknik memberi pujian yang betul :)

Hadith Pintu Langit Terbuka

 Daripada hadis tersebut 5 PRINSIP PUJIAN dapat dikenal pasti

Prinsip 1
Pujian hendaklah dibuat sebaik sahaja tingkah laku positif dibuat. Dengan cara begini,  ada potensi untuk anak mengulangi tingkah laku yang baik tersebut di masa akan datang. Dan adalah lebih elok pujian diberikan secara terbuka (kalau ada anak lebih dari seorang biar mereka dengar anda sedang memberi pujian, tetapi hati-hati dengan kata-kata anda jangan terlampau memuji ditakuti timbul pulak perasaan cemburu, nanti azie kongsikan bagaimana membina ayat memuji dengan berkesan) ini supaya orang yang mendengar juga akan melakukan tingkah laku yang positif tersebut dan cara ini juga menaikkan self-esteem/maruah anak yang menerima pujian.  

Prinsip 2
Pujian hendaklah diberikan serta merta biarpun kebaikan yang dibuat sangatttttttttttttttt kecil… azie tekan kan sangatttttttttttttt kecil… Untuk itu kita hendaklah sentiasa mencari kebaikan anak-anak kita… biarpun ia hanya sekecil zarah… Contoh kebaikan kecil? Rasanya anda sendiri boleh cari kan… cuba cari peluang untuk memuji dari setiap gerak geri anak-anak, sekiranya anda dapati mereka sedang leka melakukan sesuatu, anda perlu turut serta dan cari peluang untuk memuji.

Anda tahu apa kuasa memuji??? Ia mampu mengubah tingkah laku seseorang… tapi adakah senang untuk membentuk anak yang nakal menjadi lebih sopan dan beradab? Anda boleh mengubah mereka tapi pastikan anda dapat menarik perhatian mereka dahulu… dengan cara bagaimana?... dengan memberi PUJIAN pada perkara yang sangattttttttttt kecil… dengan cara ini orang yang menerima pujian akan menjadi suka kepada kita dan kebaikannya dia mudah mendengar nasihat dan teguran kita

Kita hanya dapat mempengaruhi seseorang apabila orang itu suka pada kita

Prinsip 3
Apabila seseorang buat sesuatu yang baik tanpa disuruh, kita hendaklah memuji tindakan tersebut dengan hati yang ikhlas

Prinsip 4        
Apabila perbuatan yang baik dibuat di hadapan orang yang besar (ayah, ibu, datuk,kawan-kawan ibu bapa etc) pujian harus diberikan secara terbuka

Prinsip 5
Puji TINDAKAN/perbuatan/tingkah-laku (puji hasil kerja dan BUKAN individu) dan sebutkan IMPAKNYA 

Contoh : “Ibu kagum dengan kamu kerana kamu membantu adik-adik membuat kerja sekolah (perbuatan), in sha ALLAH, ALLAH akan membalas jasa baik kamu kepada adik-adik dengan rahmat dan keberkatan-Nya (impak 1)  ibu yakin kamu akan menjadi pelajar yang cemerlang dan bakal menjadi tokoh pendidik yang disegani (impak 2).”

Itu adalah 5 prinsip asas dalam memberi pujian. Sekarang jom kita tengok macam mana nak membina ayat yang betul apabila memuji…

Mulakan ayat dengan “IBU KAGUM” disertai dengan “IBU YAKIN” sebagaimana contoh ayat diatas ye…

Boleh tak gantikan perkataan kagum dengan perkataan lain sebab bunyi macam formal sangat… (ada peserta yang tanya soalan macam ni…)
Pada pandangan azie yang masih tak berapa tinggi ilmu ni… boleh kita gantikan dengan perkataan lain… Azie selalu guna perkataan bangga, suka, sayang, bagus dan selalu ucap terima kasih sebagai tanda penghargaan… sambil memeluk atau menggosok2 lembut kepala anak.   Anda boleh guna apa jua perkataan yang dirasakan lebih santai tapi membawa mesej yang betul dan positif ( tunjukkan betapa anda menghargai tingkah laku yang positif tersebut).


Ingin azie menambah 1 lagi prinsip yang penting dalam memuji kebaikan anak adalah dengan membuang rasa MARAH. Perlu diingat bahawa anak-anak memang cenderung untuk melakukan kesalahan, bertindak terlampau aktif, atau mungkin nakal… teknik memuji ni tak semestinya kita boleh gunakan semasa anak dalam keadaan baik sahaja, jika anak buat hal teknik ini juga boleh digunakan cuma prinsip utama dia adalah BUANG dulu rasa MARAH. Semasa memuji hati kena ikhlas, kalau kita memuji dengan hati yang marah pujian itu mungkin berbunyi seperti sindiran dan tidak memberi apa2 kesan positif kepada anak.

Langkah untuk memuji anak ketika mereka membuat kesalahan;

Istighfar dalam hati > buang rasa marah > cari peluang untuk memuji (cari kebaikan ) lupakan kesalahan > bina ayat untuk memuji > senyum > dan sampaikan pujian anda

Contoh : Anak mungkin suka mewarna dan melukis dengan menggunakan ‘water colour’ tapi keadaan menjadi tidak terkawal, air tumpah dan warna bersepah-sepah
Cari kebaikan – lukisan anak cantik
Ayat memuji (puji tindakan dan impak serta hujah anda jika perlu) – Wah… suka ibu tengok lukisan ni cantiknyerrr…kakak memang pandai melukis (pujian), tapi kalau kakak tolong ibu kemas dan simpan  ‘water colour’ ni ibu lagi suka dan sayang kakak…(impak)
Hehehee….ini hanya contoh sahaja… azie pernah cuba cakap macam ni dengan anak tapi situasinya bukan exactly macam kat atas la..., kadang-kadang menjadi kadang-kadang tak, bergantung jugak kepada mood mereka, tapi tak salah mencuba dan jangan putus asa in shaa ALLAH lama-lama nanti mereka akan faham.
Cara diatas juga boleh dijadikan sebagai TEKNIK MENDORONG TINGKAH LAKU POSITIF. Dan kalau nak lebih efektif lagi lakukan teknik pujian sebelum, semasa, dan selepas melakukan. Contoh seperti di bawah
Untuk dapatkan banyak lagi contoh kata-kata pujian yang digunakan sila like fanpage ni Komuniti mencontohi akhlak Rasulullah

So rasa-rasa lepas ni boleh beri pujian kepada anak dengan betul tak? or rasa susah nak aplikasikan teknik ni dengan anak-anak? Setiap perkara baik tu pasti ada ujian die kan, nak mulakan memang susah tapi in shaa ALLAH once da nampak perubahan kita pasti yakin dan lebih bersemangat, tapi perlu diingatkan mendidik anak-anak bukan seperti semudah menekan button, hasilnya mungkin mengambil masa berbulan2 atau bertahun2... sama-sama kita berdoa semoga kita terus ISTIQOMAH in shaa ALLAH

Azie bagi tips sket macam mana nak muka aplikasikan teknik ni yerk...

Step 1 - Senaraikan kebaikan-kebaikan anak kita
Step 2 - untuk setiap kebaikan yang dah disenaraikan catatkan apakah impak daripada kebaikan tersebut
Step 3 - Buat skrip kata-kata pujian kepada anak-anak mengikut format pujian Nabi Muhammad SAW
             "Ibu kagum..........................(beri pujian), Ibu yakin............................(nyatakan impak)"

Ok azie berhenti dulu kat sini, pada entry yang seterusnya azie akan kongsikan Teknik Nabi Muhammad SAW tidak menyiasat kesalahan, tidak menegur atau pun mengkritik kesalahan, tutup mata pada kesalahan, sebaliknya memuji kebaikan dan yang akhir sekali teknik Nabi SAW menyelesaikan konflik antara dua pihak.
Stay tune!!!!!!!


7 comments:

  1. Semoga Allah memberi kekuatan untuk memperaktikkan nya. Apa-apa pun ibubapa pun kena selari dalam memproses diri untuk jadi contoh teladan yang hidup kepada anak-anak . Sebab dalam kebanyakan masa verb lebih berkuasa dari word.
    Wallahuallam.

    ReplyDelete
  2. Tq 4 sharing..barakallah alaikum :)

    ReplyDelete
  3. Masya Allah.. Perkongsian yg sgt menarik.. Tq 4 sharing..

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing...sangat menarik n tahniah berpeluang mengikuti byk sesi penambahan ilmu...semoga kita semua sama2 berjaya mendidik diri utk menjadi contoh teladan yg baik utk anak2 kita

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian Puan. Sangat jelas :)

    ReplyDelete
  6. Tulisan Puan mudah di'hadam', susunan penerangan pun amat jelas. 30 markah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subahnallah....terima kasih Tuan...semuanya dari ALLAH jua

      Delete