Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji-pujian ke hadrat Ilahi serta selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW...
Sesungguhnya manusia memang tak kan puas dengan apa jua yang mereka perolehi, sekiranya berkehendakkan sesuatu berusaha untuk mendapatkan tapi bila dah beroleh, ada sahaja yang tidak cukup dan mahukan lebih lagi dan lagi dan lagi...
Bersyukurlah dengan apa yang ada di depan mata, hargai lah ia walaupun ia hanya sekelumit cuma. Semua perkara didunia ini tidak kan kekal lama. Sedikit demi sedikit Allah Yang Maha Esa pasti akan menarik nikmatNya semula. Fitrah manusia yang mahu kan kesempurnaan membuatkan segalanya serba kekurangan walhal yang kurang itulah nikmat sebenarnya, susahnya untuk berfikiran optimis susahnya nak mengiyakan hakikat yang semua ini telah cukup sempurna kehidupan ini telah serba lengkap apa lagi yang dimahukan apa lagi yang dipinta di tagih.... manusia serba kekurangan tidak semua kemahuan kita akan di penuhi tidak semua apa yang dikehendaki akan diperolehi dan tidak semua yang dirancang akan berjalan dengan sempurna....
Apa yang dapat memuaskan hati manusia ini??? Harta? Kasih sayang??? Kemewahan dunia atau akhirat??? hati akan bahagia jika merasa diri disayangi, dibelai dan diberi perhatian... tapi itu semua sementara tiada kasih sayang yang lebih agung berbanding kasih sayang ALLAH... tetapi fitrah manusia yang memerlukan hatinya dijaga, dibaja dengan kasih sayang... Ya ALLAH, MashaALLAH... sesungguhnya ALLAH Maha Besar dengan mengurniakan kita ibu bapa, adik beradik utk menyayangi dan disayangi... buat si isteri, ALLAH kurniakan suami yang soleh untuk disayangi... apakah tidak cukup lagi??? sekarang kejarlah kasih sayang ALLAH... jangan diharap kasih sayang yang terlebih dari insan tersayang kelak ditakuti menjadi bencana dek kerana sayang yang terlampau... manusia serba kekurangan tidak semua kehendak kita dapat dipenuhi, cukuplah dengan apa yang terbentang didepan mata, cuba untuk berfikiran positif dan terbuka...manusia serba kekurangan, ada sesetengah perkara yang tidak dapat diluahkan apatah lagi ditunjukkan secara fizikal. Jadilah orang yang optimis, janganlah rasa kita kekurangan kasih sayang kerana apa yang ada itu sudah memadai untuk kita, ALLAH lebih mengetahui kebaikan untuk kita Dia yang mengatur segalanya ... BERSYUKURLAH ...
*peringatan untuk hati sendiri
uMMi