Tuesday, December 28, 2010

~:: AziMaH ZaHraH 2nD biRthdAY SpLAsH @ SunwAY LaGOOn ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Penatnya rasa...skrg pun rasa sakit2 badan lagi, tekak pun dah macam rasa tak sedap jer... tapisakit2 tu semua berbaloi kerana lepas jugak hajat nak bawa kakak zahrah pergi sunway lagoon sempena hari jadinya yang ke-2 pada hari semalam 27/12/2010, alhamdulillah

Trip kali ini turut disertai oleh makwan maksu dan kakak2 sporting zahrah kakak fathiah dan afeeqah. Alhamdulillah walaupun mereka baru balik dari Penang (pukul 2pg hari semalamnya baru sampai...) tapi diorg tetap bersemangat mandi-manda di sunway lagoon. tulah semangat anak kecil kalau bab main ni mmg tak kenal langsung erti penat, tapi kalau dah penat, mula la ragamnya paling tidak pun diorg akan tidor senyenyak2nya...

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar semalam... tgk lah gambar kat facebook yer

Wednesday, December 15, 2010

~:: Mesyuarat d Parlimen ::~

Bismillahirrahmanirrahim...



Hari ni rasa mcm nak demam dek penangan bangunan parlimen yang sangattttttlah sejuk. Pihak pengurusan bangunan parlimen ni kena tengok balik la temperature setting diorg, sejuk gile rasa mcm dok dalam igloo... kat tingkat bawah (surau) lagi la sejuk...pelik...biasa kawasan tinggi yang suhu lebih rendah hehehe...

apa2 pun pengalaman semlm sekadar pendedahan kpd sistem pentadbiran kerajaan kita. Alhamdulillah diberi peluang. Bagi officer yg kali pertama ditugaskan mesti la xcited kan hehehe... takde la xcited mane pun, pergi pun mcm bidan terjun je, dengan tak tau jalannya ( mmg lemah sket jalan2 kat kl ni), dengan tak bawak pass jabatannya, main terjah je la...

Azie bertugas kat Dewan Negara, kalau dapat dewan rakyat lagi best kot, mesti meriah gile dengar diorg bertekak. Dewan Negara ni macam slow sikit la, pendek kata..boring hehehe

Kehadiran senator2 amatlah mendukacitakan, cuma ade dalam 5-6 orang je yang setia dalam dewan sepanjang bersidang, yang lain hanya tunjuk muka tak pun lepas jawab soalan diorg blah, mungkin ada tanggungjawab lain agaknya...

Tak banyak soalan yang dibahaskan memandangkan dewan akan membahaskan semula tentang budget 2011. Amat mendukacitakan attitude sebagai seorang senator tidak ditonjolkan dengan sepenuhnya dengan penuh karisma. Apa yang azie perhatikan ada 2/3 org yang hanya membaca teks lepas tu takde full stop, takde intonasi dan dari segi content... byk benda yang dah dibuat dan dilaksanakan dihujahkan semula, dan ada pulak fakta2 yang out dated, bila ada ahli yang mencelah, tergagap nak jawab secara spontan (atau mungkin diorg taknak komen sebab faktor masa)... Yg Dipertua dewan memperuntukkan masa 15 min seorg utk membahaskan usul masing2, tapi ada juga nak kan masa tambahan tapi kalau hujahnya padat dan tepat tak pe la... ni benda yang sama juga diulang2...sampai org mengantuk n jemu dan hilang rasa respek.. Timbul pertanyaan, bagaimana diorg memilih seseorang untuk menjadi senator ni? Padahal mereka ada yang bergelar YB dato' . Tidak la semua yang tidak berwibawa ada la segelintir sahaja...

Yang dibahaskan tentang budget 2011, tapi ada yang menyentuh pasal sukan gimrama la, sejarah malaysia patut difilemkan lah walhal filem mcm tu dah mmg ada pun... Apa output daripada perbincangan mcm tu? ada senator yg menyatakan dia mewakili rakyat mintak itu mintak ini, nak tambah itu tambah ini..akhirnya nanti akan terlaksana tak? Kalau penduduk tu sendiri tak nak mengubah cara hidup mereka...

Pembangkang sebok sentuh soal ketuanan Melayu nak tukar guna istilah ketuanan rakyat...kalau pada azie apa aku kesah hehehe... Jadi trend diorg setiap kali nak mula berbahas akan dimulakan dengan ayat2 suci Al-Quran/tafsirannya... Alhamdulillah, itu adalah amalan yang baik...tapi jangan ada yang cuba nak permainkan ayat2 suci Al-Quran ni mcm yang dah di buat oleh pembangkang... Nauzubillah

Apa2 pun ini pandangan sahaja, sebab kita bukan lah org yg layak menjadi senator cuma memberikan komen sahaja... hehehe kesimpulannya kalau disuruh pergi parlimen lagi...pergi secara terpaksa la gamaknya...

Tak mau gado2 tau! :)

Monday, December 13, 2010

~:: Birthday Planner ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah tak lame lagi kakak zahrah dah masuk 2 tahun, Ummi dia plak tak sabar nak buat birthday party utk kakak zahrah...sempat jugak surfing2 carik idea untuk buat simple but memorable birthday celebration. InsyaALLAH segala yang dirancang berjalan dengan lancar

27hb ni hari isnin, insyaALLAH kalau takde apa2 halangan sambutan akan dibuat pada hari ahad petang... SAYANG KAKAK ZAHRAH!


Kakak Zahrah @ Awana Hotel, Genting



Assalamualaikum... umur saya 2 tahun sudah ;)

Wednesday, December 8, 2010

~:: Jangan Pandang Belakang ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum nak mula tulis quarterly report and annual report for 2010... jom kita corat coretkan dulu kata2 kat laman blog ini

Alhamdulillah semalam kita telah menyambut 1 Muharram 1432 Hijrah... Sambutan kali ini dirasakan lebih bermakna sebab sempat untuk membaca doa akhir dan awal tahun bersama suami tercinta, semoga segala amalan kita diterima oleh ALLAH dan dilindungi kita daripada segala perkara yang mungkar...Amin. Semalam kami berkunjung ke rumah sahabat yang dikenali semasa di perantauan, Faizol dan Fateha, Alhamdulillah sahabat kami itu telah dikurniakan cahaya mata ke 3 seorang puteri dan namanya sama seperti nama kakak Zahrah cuma ejaannya lain El- Zara Marissa (kalau tak silap la ehehehe) semoga ALLAH murahkan lagi rezeki mereka dan rezeki kita semua.

Berbalik pada tajuk kali ini (wahhhh...bunyi mcm penceramah motivasi la plak)
Jangan pandang belakang bukan cerita seram tu ye... semasa di hari peralihan tahun ni, ada suatu kejadian yang membuatkan azie rasa betapa bertuahnya aku dihidupkan di atas muka bumi ini. Apa jua kejadian/perkara yang terjadi di masa yang lampau mengajar kita untuk menjadi yang lebih baik dan terbaik. Tidak salah sekiranya kita memandang ke belakang dan melihat apa yang telah kita tinggalkan dan apa kesannya (macam dalam lagu maher zain tapi tak ingat lak tajuk lagu yg mane) Sekali sekala kita perlu memandang ke belakang dan mengambil iktibar dengan apa yang telah menimpa diri kita. Hidup manusia ada pasang surutnya, ada masa kita gembira ada masa kita berduka...jadikanlah setiap dugaan atau cabaran itu suatu kekuatan untuk kita menempuh hari yang mendatang.

Tetapi untuk kebaikan kita juga jangan lah kita asyik dibayangi oleh kesilapan lampau, Allah menjadikan sesuatu perkara dengan bersebab dan sekiranya kita terlepas dengan apa yang kita rasakan itu terbaik untuk kita, percayalah ALLAH akan gantikan apa yang kita terlepas itu dengan sesuatu yang lebih baik. ALLAH sangat menyayangi hamba2-Nya.
Apakah tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi ini? Tidak lain dan tidak bukan hanya lah untuk memuji ALLAH bersyukur akan nikmatNya dan sentiasa mengharapkan pengampunan-Nya.

Satu lagi pengajaran yang azie dpt sempena tahun baru ni... sekiranya kita melihat kehidupan seseorang tu nampak cukup sempurna ada kereta besar, suami/isteri cantik dan bergaya, anak2 yang comel dan bijak pendek kata segalanya cukup sempurna... janganlah kita merasa rendah diri... pandanglah diri kita, kita pun apa kurang hebatnya (ini bukan tujuan untuk membangga diri cuma untuk muhasabah diri) kemungkinan ada orang lain yang menganggap kita cukup sempurna berbanding mereka. Segala yang didunia ini tidak ada yang sempurna sungguhpun luaran nampak cantik tapi kita tidak tahu apa masalah lain yang mungkin mereka hadapi kerana kita sendiri juga kadang-kala berdepan dengan masalah. Jangan lah kita rasa rendah diri atau merasakan kekurangan kerana setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini telah ALLAH tetapkan dan tentukan rezeki masing2 apa yang utama kita perlu bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya.

Alhamdulillah Allah Yang Maha Penyayang masih mengasihani dan menyayangi diri ini... masih diberi peluang untuk hidup untuk membetulkan segala kesilapan, masih diberi peluang untuk bertaubat kembali ke pangkal jalan, masih diberi ruang untuk memperbetulkan amalan dan akidah, masih diberi jalan untuk keluar daripada kesesatan... ya, sememangnya diri ini pernah diuji, tapi Allah Maha Penyayang berkat kesabaran dan kesedaran di balas dengan nikmat yang tak terhingga enaknya... Aku dikurniakan suami yang sempurna dimataku, aku dikurniakan anak2 yang menjadi penawar kepada segala dukaku... aku diberi peluang untuk menjejak kaki ke rumah Mu Ya ALLAH, aku diberi peluang untuk membina kehidupan di Bumi Hijaz Mu Ya ALLAH... itu adalah nikmat yg tidak terhingga...
Bersyukurlah kepada Maha Pencipta Mu...


~AnA~

Tuesday, November 30, 2010

~:: Pembaharuan... ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Sempena tahun baru yang bakal menjelang tiba...dan juga tahun baru Islam (Awal Muharram) pada 7hb Dis ini, azie juga ingin melakukan pembaharuan kepada blog ini yang sekejap on sekejap off hehehehe...

Inilah permata hati azie, azwani zulaikha dan azimah zahrah

Permata hati yang dianugerahkan pada 12 June 2010. Sekarang dah nak masuk bulan ke 6

Alhamdulillah... seronoknya main buai ;)

Friday, August 6, 2010

~:: BersyUkuR deNGaN aPa YanG adA ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji-pujian ke hadrat Ilahi serta selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW...

Sesungguhnya manusia memang tak kan puas dengan apa jua yang mereka perolehi, sekiranya berkehendakkan sesuatu berusaha untuk mendapatkan tapi bila dah beroleh, ada sahaja yang tidak cukup dan mahukan lebih lagi dan lagi dan lagi...

Bersyukurlah dengan apa yang ada di depan mata, hargai lah ia walaupun ia hanya sekelumit cuma. Semua perkara didunia ini tidak kan kekal lama. Sedikit demi sedikit Allah Yang Maha Esa pasti akan menarik nikmatNya semula. Fitrah manusia yang mahu kan kesempurnaan membuatkan segalanya serba kekurangan walhal yang kurang itulah nikmat sebenarnya, susahnya untuk berfikiran optimis susahnya nak mengiyakan hakikat yang semua ini telah cukup sempurna kehidupan ini telah serba lengkap apa lagi yang dimahukan apa lagi yang dipinta di tagih.... manusia serba kekurangan tidak semua kemahuan kita akan di penuhi tidak semua apa yang dikehendaki akan diperolehi dan tidak semua yang dirancang akan berjalan dengan sempurna....

Apa yang dapat memuaskan hati manusia ini??? Harta? Kasih sayang??? Kemewahan dunia atau akhirat??? hati akan bahagia jika merasa diri disayangi, dibelai dan diberi perhatian... tapi itu semua sementara tiada kasih sayang yang lebih agung berbanding kasih sayang ALLAH... tetapi fitrah manusia yang memerlukan hatinya dijaga, dibaja dengan kasih sayang... Ya ALLAH, MashaALLAH... sesungguhnya ALLAH Maha Besar dengan mengurniakan kita ibu bapa, adik beradik utk menyayangi dan disayangi... buat si isteri, ALLAH kurniakan suami yang soleh untuk disayangi... apakah tidak cukup lagi??? sekarang kejarlah kasih sayang ALLAH... jangan diharap kasih sayang yang terlebih dari insan tersayang kelak ditakuti menjadi bencana dek kerana sayang yang terlampau... manusia serba kekurangan tidak semua kehendak kita dapat dipenuhi, cukuplah dengan apa yang terbentang didepan mata, cuba untuk berfikiran positif dan terbuka...manusia serba kekurangan, ada sesetengah perkara yang tidak dapat diluahkan apatah lagi ditunjukkan secara fizikal. Jadilah orang yang optimis, janganlah rasa kita kekurangan kasih sayang kerana apa yang ada itu sudah memadai untuk kita, ALLAH lebih mengetahui kebaikan untuk kita Dia yang mengatur segalanya ... BERSYUKURLAH ...

*peringatan untuk hati sendiri

uMMi

Saturday, July 24, 2010

~:: jiwA TabAhLAh diKAu MengHadaPI UjiAn ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

ALLAH Maha Besar... Dia yang lebih mengetahui segala2nya kenapa manusia ditimpa sesuatu musibah mengapa kita diuji dengan ujian yang kadang kala begitu memeritkan sehingga hampir2 putus harapan dengan kehidupan kenapa kita sering dihadapkan dengan pelbagai dugaan dan cabaran.... mungkin kita lalai lupa leka bahawa kita telah meninggalkan Dia... Cinta agung yang maha hebat daripada cinta sesama manusia

ye sesungguhnya kita manusia mudah lupa,mudah leka dengan nikmat dunia yang sementara ini... dunia zaman moden menjanjikan pelbagai kemudahan dan kemewahan...manusia hidup dengan bergantung kepada teknologi yang dibina sendiri oleh manusia yang tidak bernyawa tapi selalunya yang itu lebih diagung2kan... tapi kenapa pada zaman moden ini masih ade orang yang berhasad dengki dengan menggunakan benda2 ghaib yang membawa kepada kemungkaran dan syirik????

kenapa manusia begitu lemah...mudah benar manusia kalah dengan perbuatan iblis ini...ye perbuatan manusia yang bertopengkan iblis... kenapa manusia lemah??? tidak mampu menangkis segala perbuatan jahat ini??? berkuasa sangatkah iblis2 ini yang memang bertujuan untuk memporak perandakan hidup manusia??? ALLAH MAHA BESAR tidak akan terjadinya sesuatu melainkan dengan kuasa ALLAH Yang Maha Besar... Manusia yang salah, alpa dan leka untuk bersujud kepadaNya sehingga membolehkan iblis laknat menguasai diri dan nafsu kita...

tapi kenapa masih ade orang yang tak boleh melihat kebahagiaan orang lain??? adakah mereka juga telah dikuasai oleh iblis laknat ini...Ya Allah aku berlindung dibawah kekuasaan Mu daripada segala godaan syaitan... kenapa ada orang yang sanggup menghancurkan kebahagiaan rumahtangga orang lain sedangkan dia belum tentu bahagia dengan jalan yang dipilih... hei perempuan!!!!!! sanggupkah kamu melihat wanita lain menderita dek kerana nafsu syaitan kamu yang tak boleh melihat wanita lain bahagia??? kenapa kamu sanggup memisahkan kasih sayang seorang ibu dari anak2nya??? tidakkah kamu kasihan melihat anak2 ini kehausan kasih sayang seorang ibu dan ayah??? kenapa kamu sanggup bertuhankan syaitan semata2 untuk mendapatkan apa yang kamu inginkan??? kenapa kamu sanggup mengikut telunjuk syaitan untuk memisahkan kasih sayang seorang suami kepada isteri??? tidakkah kamu terfikir suatu hari nanti kamu juga akan menerima nasib yang sama ALLAH Maha Besar setiap perbuatan pasti ada pembalasannya. setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasannya! sedarlah wahai perempuan! wanita yang kau seksa itu lebih berhak memiliki kasih sayang Allah dan keluarganya, wanita yang kau seksa itu doanya lebih dekat disisi ALLAH kerana doa orang yang teraniaya InsyaALLAH akan dimakbulkan oleh ALLAH...

Aku berlindung kepadaMu Ya ALLAH dari segala kejahatan manusia dan godaan syaitan Aku bermohon padaMu Ya ALLAH jauhkan keluarga ku daripada hasad dengki manusia yang membinasakan,jauhkan keluarga ku daripada kejahatan dan kemungkaran...lindungilah kami Ya ALLAH daripada perasaan hasad dengki manusia, lindungilah kami daripada tipu daya syaitan yang Kau laknati itu Ya ALLAH...Ya ALLAH berilah kaami kekuatan untuk menangkis segala kemungkaran sama ada yang datang dari perbuatan manusia yang bertopengkan syaitan atau daripada kelalaian kami sendiri Ya ALLAH... selamatkanlah kami daripada kesesatan Ya ALLAH....Kaulah Yang Maha Mengasihani Ya ALLAH...Amin...

Buat seseorang tabahlah menghadapi segala ujian ini... Sesungguhnya ALLAH lebih Mengetahui...kita tidak akan dilanda musibah sekiranya kita tidak mampu melaluinya...sesungguhnya kita mampu menghadapinya,carilah kekuatan itu!

uMMi

Tuesday, July 20, 2010

~:: pErgI yaNg TaKKan KemBaLi ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Ajal dan maut di tangan Allah...

Al- fatihah kepada Allahyarham Atuk Duaji, ayah kepada Abah Mazlan ( bapa mertua Ummi ). Dah beberapa hari beliau di tahan di wad dan hari ni kembalinya beliau menemui Yang Maha Pencipta...kepada keluarga di Keru Kuala Pilah harap dapat melalui detik2 yang sedih ini dengan tenang dan sabar, sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi beliau. Maaf dipinta kerana ummi tak dapat hadir untuk berkongsi kesedihan ini... Buat baba tersayang harap tabah dengan berita ini...Ummi, Kakak Zahrah dan Zulaikha sentiasa di sisi Baba dan mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 yang disayangi oleh ALLAH Yang Maha Besar...Amin



Kenangan raya Syawal 2009 di rumah Arwah Atuk Duaji, Keru Kuala Pilah


uMMi

Friday, June 18, 2010

~:: TrUe LiFe xPeriEncE aS a MotHER ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur ke hadrat Ilahi Yang Maha Esa, Maha Pencipta, Maha Penyayang dan Maha Mengasihi...Alhamdulillah kerana dikurniakan kesempatan sekali lagi untuk terus menikmati nikmat dunia yang sementara ini...Alhamdulillah dengan keberkatanNya dan kurniaNya kita diberikan kesihatan yang sempurna untuk sama2 mensyukuri nikmat ALLAH bersama insan2 tersayang disekeliling kita...

Alhamdulillah, dengan keizinanNya, Ummi selamat melahirkan puteri ke2 kami pada Hari Sabtu 12hb Jun 2010 bersamaan dengan 28 Jamada Akhir 1431H pada jam 243 pagi. Bayi yang dijangka akan lahir 2 minggu awal daripada EDD (expected due date) ternyata meleset... sebaliknya baby melanjutkan tempoh pembesarannya dalam rahim ummi selama 5 hari.

Hari Jumaat 11/6/10, jam 9pg Ummi, Baba dan Atok Minah berkemas untuk ke hospital. Kakak Zahrah kami tinggalkan di rumah Mak Wan. Jam 10 kami bertiga bergerak ke hospital Putrajaya. Kalau diikutkan Ummi tak merasa sakit atau ape pun, tanda2 nak bersalin pun takde... kalau ikut nasihat doktor kat klinik kesihatan putrajaya dia suruh pergi hospital hari Selasa 15hb in case kalau tak bersalin lagi la...and by that time usia kandungan dah lebih seminggu (9 hari)...

Ummi risau nak tggu lama2...antara sebab2 lain kenapa ummi risau 1) ummi dah amik advance MC 2 minggu awal daripada tarikh due date, kalau ummi tak besalin jugak ummi terpaksa masuk opis semula, tapi dengan badan yang mmg tgh sarat waktu tu rasa tak termampu nak berkerja semula... 2) ummi risau kalau2 ummi tak perasan dengan kadar pergerakan baby, adalah amat penting untuk kita sentiasa pantau pergerakan baby dalam perut bila usia kandungan dah melebihi tempoh sepatutnya 3) ummi risau takut2 org sekeliling berkecil hati dengan ummi, yela badan sentiasa rasa berat dan letih, emosi pulak tak tenteram...kenkadang kesabaran tu boleh hilang dan timbul rasa nak marah aje dan orang sekeliling menjadi mangsa tapi alhamdulillah org2 tersayang amat memahami keadaan ummi...

Atas nasihat Kak Ngah Ummi yang juga merupakan midwife di hospital JB, ummi terus ke hospital pada hari jumaat tu dengan alasan baby dah tak banyak bergerak dan rasa ade mild contraction... Sampai kat wad bersalin, ummi dan atok minah turun dulu sementara baba pergi parking keta dulu. Masuk2 je kat kaunter tu tertera..." Harap Maaf, wad kami penuh pada hari ini" ...terdetik kat hati mungkin ALLAH menentukan hari ini bukanlah harinya... tetapi proses pendaftaran tetap diteruskan dan ummi disuruh masuk ke bilik saringan manakala baba menunggu di kaunter untuk proses pendaftaran. Seperti biasa sampel air kencing dan darah, berat badan dan bacaan tekanan darah diambil, dan ummi disuruh berbaring di katil pemeriksaan. Datang seorang doktor bertanyakan macam2 soalan...macam polis menyoal siasat pesalah pulak...dah terdetik kat hati " janganlah dia suruh aku balik dulu hari ni..." OS (Opening Servick) diperiksa dan laluan dah terbuka 2cm...sejenis mesin (tak ingat plak ape name die...hehe) yang diletak kat perut utk amik fetal heart beat dan kekuatan contraction di pasang... berdasarkan pemantauan doktor ada contraction (1in10) tapi tak kuat dan memandangkan jalan dah ada, dan dah melebihi due date doktor arahkan ummi dibawa ke wad tapi ummi terpaksa menunggu sekejap memandangkan wad semua penuh. Selepas 30 minit ummi dibawa ke wad.

Alhamdulillah selesa la jugak wad hospital putrajaya ni...ummi dapat bilik 2org/bilik, baba nak tukar ke bilik lain 1org/bilik tapi takde yang kosong, bila fikirkan balik takpe lah duduk dalam bilik yang dah ade tu...at least ade kawan sebab suami tak boleh teman dalam wad cuma masa melawat jer dibenarkan. Dalam hati Ummi berdoa2 moga2 hari ni ada perkembangan yang baik. Doktor datang melawat sekali lagi dan OS akan diperiksa sekali lagi pada jam 4ptg kalau ade progression mungkin dr akan pecahkan air ketuban... sementara nak tggu kol 4 ptg tu ummi relax2 la dalam wad sambil borak2 ngan akak kat katil sebelah...kak yati name dia...dia ade problem ngan BP dia so effect baby nyer amniotic fluid, kena tahan kat wad hari isnin 14hb baru dr nak induce untuk bersalin. Pukul 4 lepas nurse check fetal heart beat and BP ummi pun pergi bilik prosuder (kat situ la dr nak check bahagian kat bawah tu...) Alhamdulillah ade progression daripada 2cm dah bukak 3cm walaupun contraction tetap sama 1/10min, tapi dr kali ni die tolong bukak kan jalan, sakit jugak dan berdarah sikit...

Pukul 6 ptg baba dtg dgn mak wan atok minah and kakak zahrah... Zahrah mungkin tak faham apa2 lagi agaknya tapi die pelik tengok baju ummi...agaknya die paham ummi sakit kot... by maghrib mereka pun berangkat pulang... lepas maghrib tu ummi dah rasa contraction makin kerap 2/10min, sakit memang sakit tapi mampu untuk ditanggung lagi... Pukul 8mlm dr kata nak check sekali lagi, tapi nurse bagitau dr sibuk...ummi pun tunggu je la dengan sabar...2-3 kali gak la ulang alik daripada wad ke bilik prosuder tu seb baik tak jauh sgt... nurse pun mmg suruh bykkan berjalan...sambil2 tu ummi kemas2kan baju baby. ye la sebelum ni bersalin kat spital private kat saudi tu semua ade disediakan. Kat spital putrajaya kita kena sediakan sendiri kelengkapan untuk baby yg baru lahir tu mcm baju dia, pampers, baby oil, blanket, mitten, botties dan sewaktu dengannya lah. Sekali dengan tu ummi masuk kan sekali air selusuh. Kak Ngah Ummi pesan, jangan minum air selusuh ni awal2 sgt. Bila dah sakit2 sangat, dah masuk dalam labour room dan rase mcm dah nak bersalin baru minum. Tunggu punya tunggu...sakit pun dah terasa kuat sikit... kol 12 baru nampak batang hidung dr hehehe... Alhamdulillah dr yang memeriksa tu nampak lembut jer so hilang la sket rase nervous tu... Alhamdulillah waktu dr periksa tu jalan dah bukak 4 cm dan dr terus pecahkan air ketuban...huhuhuhu takut...ngilu...seriau...sakit...perasaan bercampur baur...sempat lagi tanya kat dr sempat tak ni saya nak call husband saya sebelum besalin...alhamdulillah sempat ummi telefon baba dengan suara yang bergetar sebab seluruh badan ummi mengigil masa tu. Lepas dah pecah air ketuban dr masuk ubat melawas berak (bowel cleanser hehe...memang dalam a few minutes rasa nak membuang air besar yang teramat sgt... Tapi pengalaman pertama yg mencabarnya dengan keadaan kain yg dah basah dek air ketuban, dan perut yg sakit, ummi berjalan sorang2 balik ke wad, lepas dah selesai tunaikan 'hajat' ummi disuruh tunggu kat kaunter nurse kat depan wad...Alhamdulillah ummi dapat wad yang dekat dgn bilik prosuder tu dan jugak kaunter tu...kalau tak parah la kena berjalan sendiri dgn keadaan sakit2 macam tu huhuhu... sampai kat kaunter tu dah ade wheel chair yang menunggu hehe...ummi pon dok la situ sementara tggu org yg nak bawak kan ke labour room. Sementara tu baba dah sampai kat wad bersalin. Ummi ditempatkan di wad bersalin No 4 ade 2 org nurse yang membantu sorang tu name die intan and sorang lagi norlida kot kalau tak silap...diorg ni Jururawat Terlatih (JT). JT Norlida ni la yang sambut kelahiran baby.

Beberapa minit lepas tu baba pun masuk dalam wad. Waktu tu ummi dah rasakan sakit yang semakin kerap dan kuat... Kali ni rasa sakit lebih kuat berbanding masa kakak Zahrah dulu... Setiap kali nurse masuk nak check setiap kali tu jugak badan ummi mengigil...stresssssss... sampai nurse pun suruh bykkan bertenang, sebab effect pada kadar denyutan jantung baby...masa tu mmg laju bunyi jantung dia dalam >180/min, nak kata ummi demam suhu badan ok...mungkin ummi stress diluar sedar hehe... Sakit dirasakan semakin kuat dan kerap... Baba sentiasa ada disisi menemani, tangan baba ummi genggam sekuat hati untuk melegakan kesakitan...zikir dan istighfar tak dilupakan, memohon kepada ALLAH agar dikurniakan kekuatan... 2 jam bertarung dengan kesakitan... pukul 2pg nurse datang nak check OS sekali lagi...bukaan dah sebesar 8cm. Nurse suruh ummi push tapi tak boleh...huhuhu... dalam 15 min lepas tu ummi dah terasa mcm nak buang air besar... nurse masuk siap sedia untuk sambut kelahiran baby...dan bermulalah perjuangan untuk melahirkan zuriat amanah dari ALLAH ke dunia yang sementara ini. Alhamdulillah kali ini ummi benar2 merasakan nikmat sewaktu melahirkan anak...tanpa bantuan forcep/vakuum/seumpama dengannya, ummi menggunakan kudrat sendiri dengan keizinanNYA... hampir2 berputus asa tapi sokongan yang diberikan oleh baba menguatkn semangat ummi (nurse pun puji ummi pandai wakakaka....mainan pshycology sungguh!). Jam 2.43am Azwani Zulaikha selamat dilahirkan... ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi...

Selang beberapa minit baru kedengaran tangis Zulaikha... baby diletakkan ke dada ummi, tangisan yang tadinya nyaring terus beransur reda...dan Zulaikha selesa ditiarapkan ke dada ummi...kaedah ni dinamakan skin2skin utk mewujudkan 'bonding' antara ibu dan anak. JT Norlida tekun melaksanakan tugas dia...dan dia jugak tunjukkan kat ummi mcm mane bentuk uri/placenta...tu la yg dikatakan true life experience... setelah selesai baba pun dibenarkan untuk masuk semula ke wad besalin untuk mengazankan Zulaikha. Selepas tu ummi dan Zulaikha dibawa ke bilik wad semula. Nurse yang bertugas mengambil bacaan BP ummi dan seperti yg ummi jangka memang BP ummi tinggi selepas melahirkan masa melahirkan kakak Zahrah pun sama... Tapi Alhamdulillah Zulaikha tido je... Ummi pun dapat berehat. Pukul 5pg ummi terasa nak buang air kecil yg teramat sgt, digagahkan juga badan untuk bangun. Bila turun dari katil... darah turun dengan banyaknya, panggil nurse utk minta pertolongan tapi apa yang ummi terima hanya kata2 ini " takpe nnti cleaner akan bersihkan darah kat atas lantai tu, awak masuk bilik air bersihkan diri ", tanpa ada huluran tangan untuk menolong memapah ummi ke bilik air, nurse tu terus keluar mcm tu aje...huhuhu...dengan badan yang menggigil dek air-con yg sejuk ummi gagahkan kaki untuk melangkah... Heater dalam bilik air tak berfungsi pulak...terpaksa ummi bersihkan diri dengan air yg sejuk mcm ais huhuhu...terdetik kat hati takut2 pengsan ke...bentan ke... Nauzubillah... Alhamdulillah Allah sentiasa bersama2 dengan hambaNya mengurniakan kita dengan kekuatan tatkala kita memerlukan pertolonganNya... Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan, tengahari Sabtu 12hb tu ummi dan Zulaikha dibenarkan untuk keluar hospital. Alhamdulillah cuaca tak panas bahkan hujan rahmat mengiringi kepulangan kami... Dan esok Azwani Zulaikha genap seminggu usianya semoga dia menjadi anak yang solehah, berilmu, berakal, berakhlak mulia dan fasih membaca serta menghafaz Al-Quran dengan berkat ALLAH Yang Maha Pencipta serta syafaat para rasulNya...Amin...

Sunday, April 11, 2010

~::uPdATe...1 ::~

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menikmati haruman dunia untuk hari ini... Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW... haruman dunia?... harumkah dunia ini??...dengan pelbagai peristiwa negatif yg semakin merebak mcm HINI, bolehkah kita menikmati keharuman dunia lagi... Kekejaman yang dilakukan oleh Isreal memang membusukkan dunia ini..sedih..geram...bila agaknya azab dari ALLAH akan diturunkan kepada mereka yang kejam ini...fitnah semakin berleluasa... kes buang bayi semakin menjadi2 lagi kita cuba nak beri kesedaran kepada masyarakat...lagi byk pula terjadi kes sebegitu rupa, sampaikan terpaksa ditubuhkan 'baby hatch' sebagai tempat perlindungan bayi...diharapkan langkah yang diambil itu tidak akan menjadi penggalak kepada masalah buang bayi... bertaubatlah wahai manusia sesungguhnya ALLAH sentiasa membuka pintu taubat untuk hambaNya...taubat dengan sungguh2nya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi...

pagi2 ni baca macam2 berita kat akhbar+facebook buat perasaan ni bercampur-baur...
Saat ni Zahrah lena lagi dibuai mimpi...padahal dah pukul 830pg, baba pun dah sampai opis agaknya. Ummi yang baru memulakan semula kerja di MRB pada bulan Mac yang lalu dah pun bercuti semula...bercuti untuk menunggu kelahiran puteri ke-2. Kalau ikutkan pengalaman pertama, kakak Zahrah lahir 2 minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan...ummi pun menjangkakan baby kali ini pun nak keluar awal jugak...tup2 skrg dah nak masuk 40 minggu... Berat ummi skrg pun mendadak2 naik, kalau dulu berat naik setakat 20kg skrg ni dah dekat 30+kg huhuhu... tapi tak kesah la asalkan baby sihat, lepas ni ummi kena rajin buat workout... Cerita tentang pengalaman kali ni...rasanya lagi banyak dugaan dan cabaran... Orang kata 'anak ramai penjana rezeki' ye... memang betul, setiap anak itu dah diperuntukkan rezeki masing2, tapi bercerita soal jarak umur ni, kalau kita memang nak anak yang ramai, seelok2nya biarlah dalam 2-3 tahun...sesetengah orang mungkin mempunyai keupayaan luar biasa untuk memperoleh anak setahun seorang ( itu pun kalau datang rezeki dari ALLAH...insyaALLAH) kalau isteri tidak berkerja insyaALLAH takde masalah nak menguruskan rumah dan anak2... tapi kalau yang bekerja mungkin agak mustahil... Jarak umur antara Zahrah dengan bakal baby adalah 1 1/2 tahun...ok la kan... tapi menjaga anak kecil yang baru nak mengenal dunianya... dengan baby yang membesar dalam perut, memang meletihkan...lagi2 kalau semua kerja rumah kita lakukan sendiri...hehehe ini bukan rungutan sekadar nak berkongsi cerita... tapi disebalik kepenatan tu ada hikmahnya...pahala ibu yang mengandung ni besar ganjarannya...mcm tu la ummi muhasabah balik diri ni...

erm...cukup la dulu setakat ni...kakak Zahrah tak bangun2 plak...perut dah kriok...kriok ni...lapar...tak breakfast lagi huhuhu...




Thursday, February 11, 2010

~:: SaLAm RinDU daRi MaLaySia Ke BuMI RiyADh: kHas buAt SaHaBaT2 ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

First n foremost syukur kehadrat Ilahi kerana diberi kekuatan dan kesihatan sehingga ke hari ini, sesungguhnya diri manusia ini mmg tidak lepas daripada kelalaian, lalai menunaikan perintah-Nya dan kurang dalam mengingati-Nya, bahkan Dialah yg memberi rezeki dan menganugerahkan segala kenikmatan di dunia ini...Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba2 mu ini...sesungguhnya Kaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani... tazkirah dulu sekejap :)

Alhamdulillah diberikan masa dan idea utk mencatit lagi dalam blog ummi ni. tak tau la ape yg disibukkan sampai tak ada masa nak update blog, buat yg mengikuti minta maaf kalau buat anda tertggu2 (ceh ade ke org tggu entry yg baru hehehe...) buat yg singgah sekali sekala mungkin dengan adanya entry baru maka persinggahan anda tidak sia2 hehehe...

Pejam celik 2x dah dekat 2 bulan kami berjauhan dengan bumi Riyadh...tak tau la kenapa mmg terasa rindu dengan bumi hijaz tu. (sesapa yg nak ckp ummi poyo silakan....hehehe) apa yang membuatkan ummi rindu?...rindukan suasananya...apatah lagi dengan kenalan yang sememangnya ramah tamah dan baik2 belaka...walaupun tak kenal lama tapi kemesraan yg ditunjukkan seakan sudah lama mengenali...macam tu lah rasanya kalau kita ikhlas berkawan dengan orang kan :) bila dah berjauhan dr keluarga kenalah pandai bawa diri dan kena pandai berkawan... bila kita rasa senang dengan orang insyaALLAH orang lain pun akan merasa senang juga dengan kita... :) Dan yg paling membuatkan ummi rindu, rindu nak berkunjung ke bumi Makkah dan Madinah. Terima kasih byk2 kepada blogger "manzlie" yang sentiasa memberikan info terkini ttg keadaan di Masjidil Haram... :)

Sepanjang ummi berada di Riyadh ada 2 sahabat yang ummi boleh katakan cukup rapat...kami berkongsi banyak pengalaman, masing2 baru nak menyambut kelahiran anak yg pertama. Banyak cerita dan tips yang dikongsi bersama. Selepas tu bila tiba saat nak melahirkan masing2 menghitung hari bersama2 huhuhu berdebor dibuatnya... dan bila dah masing2 dikurniakan baby yg sihat kami bersyukur ke hadrat Ilahi...dan sama2 berkongsi sakit pening menjaga anak...

Kak Intan...pertemuan pertama kami jumpa kat Malaz Restaurant (restoran makanan India, roti canai die lebey kurang mcm kat kedai mamak, best...). Baba dah lama kenal dgn Kak Intan and husband die Abg Azwan, in fact ummi dah berjumpa dulu dengan husband Kak Intan masa majlis makan2 kat restoren Mutiara (restaurant Malaysia di Riyadh diusahakan oleh Ustaz Hasan dan isteri). Masa tu Kak Intan tak datang sebab tak berapa sehat, masa tu Kak Intan baru 4bln pregnant kalau tak silap. Masa jumpa kat Malaz Restaurant tu Kak Jem dengan Abg Mus pun join sekali (Abg Mus tu kawan sepejabat baba, diorang dah balik Malaysia lebih awal tak ingat plak bulan berapa). Lepas tu kami selalu la berhubung... Kak Intan ni ibarat seorang akak yang sangat penyayang bagi ummi. Umur dia pun dah lebih kurang umur akak ummi yg 2nd, banyak pengetahuan yg Kak Intan kongsi... Masa Zahrah ada masalah kulit dulu pun ummi selalu refer dgn Kak Intan...Kami selalu jugak makan bersama tak kesah la masa jamuan kat umah kenalan yg lain ke, kat umah Kak Intan tak pun kat umah ummi. Paling mengharukan Kak Intan sanggup tinggalkan anak teruna dia (Aqeel, yang umurnya sebulan genap awal daripada Zahrah) semata2 nak membantu ummi masak2 masa kali terakhir kami host majlis makan2 kat rumah kami di Riyadh. Masa tu la ummi belaja mcm mana nak potong ayam dengan betul hehehe tapi tak sempat nak concentrate sgt sebab ummi pun sebuk buat keje lain, kena belaja lg sekali la jawabnya hehe...Buat Kak Intan dan keluarga terima kasih byk2 diatas persahabatan yang terjalin semoga ukhwah ini bertambah erat dan sentiasa dirahmati oleh Nya insyaALLAH ia juga akan berkekalan... :)

Kak Intan jua menjadi perantara antara persahabatan yang terjalin bersama Fariha dan suami, Ahmad. Fariha adalah sorang lg kawan ummi yang sama2 berkongsi suka duka hidup seorang ibu muda yang berada diperantauan. Pertemuan pertama kami adalah semasa menghadiri majlis makan2 di rumah Kak Intan. Fariha ni singaporean tapi dibesarkan kat Malaysia so dia lebih senang bercampur dengan expats from Malaysia. Suami dia orang Jordan, mula2 jumpa tu rasa kagum la jugak hehehe...mesti dia ni graduate stu from Jordan kalau tak mcm mane blh kahwin dengan orang Jordan hehehe...tapi rupa2nya diorang ni cinta jarak jauh dan perkenalan pun melalui kawan, tu la kalau dah jodoh tak kemana. Bermula daripada pertemuan tu kami pun terus dan selalu berhubung. Fariha ni jenis yg suka outdoor activities, dekat Arab Saudi pergerakan wanita mmg terhad kebanyakan masa dihabiskan di rumah je, masa weekend time husband tak keje baru la dapat nak keluar tapi kalau keluar pun setakat pergi beli groceries je la :). Fariha dah duduk di Riyadh lebih awal n lama berbanding ummi so dia tahu la tempat2 mane yg menarik kat Riyadh tu. Kami pernah sama2 pergi Thumamah (naik moto ATV ek... makan2 sambil bersantai kat pdg pasir), Janadriya (cultural place of saudi), dia jugak yg bgtau pasal al-salam park ( macam recreation park la ada tasik buatan manusia kat tgh2 bandar Riyadh). Fariha ni jugak seorang yg baik dan suka menolong, masa ummi sakit selepas balik dari mengerjakan Haji, Fariha la yg datang rumah, temankan ummi dan tolong tengokkan Zahrah. Zahrah suka la sebab dia ada kawan, anak Fariha yang pertama bernama Rayan, beza umur hanya semingggu awal daripada Zahrah. Fariha juga la kawan yang telah mengajar ummi cara2 memasak masakan orang Arab...hehehe dah ingat2 lupa tapi kalau dig balik isnyaALLAH boleh buat cuma rempah2 takde, so Fariha kalau balik Malaysia tolong bawakan sikit yer hehe... Itulah cerita serba sedikit ttg sahabat ummi ni. For Fariha and Ahmad thanks a lot for d frenship and we hope InsyaALLAH this ukhwah will remain forever...

Buat sahabat ummi Teha@Fateha (ibu muda yg gedikssss...hehehe jgn mare Teha) jasamu menjamu aku laksa sewaktu aku mengidam nak makan laksa walaupun ku tahu bukan kau yg buat laksa tu...tetap aku hargai hehehe... Teha ni jugak kira ibu muda yg lg advancee dr ummi, umur baru 24 ek...ke 25 skrg ni ke lg muda, tapi ank dah 2...yg kecik beza lewat sebulan je dr Zahrah. Kami selalu berhubung melalui YM, byk la gosip2 panas yang dikongsi bersama hehehe...Selain tu tak lupa buat sahabat2 di Sri Wangi (sebuah penempatan rakyat Malaysia di Riyadh) terima kasih sebab selalu mengundang kami makan2, hilang rindu nak merasa makanan Malaysia.

Semasa kami mngerjakan haji, Zahrah kami tinggalkan di bawah penjagaan seorang sahabat dr Brunei. Kalau nak dikira sahabat2 dr asean mission mmg ramai tapi kami rasa lebih rapat dengan keluarga Kak Tety dan Erman. Selama seminggu lebih Zahrah tinggal dengan mereka, perhubungan tu sudah dirasakan macam adik-beradik, ummi pun jadik sebak bila teringatkan keluarga Kak Tety disana. Ummi pun selalu bertandang ke rumah mereka, makan2, lepak2, tgk movie, belaja memasak hehe...berkongsi cerita dan pengalaman dan ummi byk belaja cara2 nak menguruskan anak dan keluarga dengan Kak Tety. Kak Tety ni lagi berpengalaman anak dah 4 org yang kecil sekali sebaya dengan Zahrah cuma lewat 2 hari jer. Dia pun ummi dah anggap macam akak sendiri. Buat Zahrah, ummi harap Zahrah sentiasa mengingati keluarga Mama Tety, abg Irfan, Abg Rayan, Kakak Syifa dan Adik Iwan... InsyaALLAH ummi akan sentiasa ingatkan kakak tentang keluarga kakak dari Brunei ni... :) Sedih pulak bila teringatkan Irfan (anak Kak Tety yg no 2) yang agak rapat dan lebih sayangkan Zahrah...Masa ummi datang nak bawak Zahrah balik dia yg merajuk n menangis... bak kata Kak Tety dia teringin nak adik perempuan :) ok la rasa cukup la setakat ni ummi rasa dah tak tertanggung pulak rasa rindu ni, hanya airmata menemani...(chewah...hehehe tapi betul la sedey...).

Buat kenalan dr Kedutaan Malaysia mmg lah tak dilupakan hehehe...byk pengalaman dan peristiwa dikongsi bersama. Terima kasih tak terhingga kepada Dato' dan Datin yang banyak memberi tunjuk ajar, kepada Kak Siti dan En Lokman yang ibarat ibu dan bapa kami disana, kepada Kak Ida dan En Khairul diatas persahabatan yang terjalin, En Hapis yg byk membantu time2 kami buat open house ( tak jumpa lagi wife hang...), dan tak lupa kepada Kak Jem dan Abg Mus yang banyak membantu masa ummi n baba baru sampai ke bumi Riyadh.

Buat sahabat yg baru dikenali sebelum pulang ke Malaysia, Ameera and Muhammad daripada Singapura yang merupakan jiran ummi dekat al-wadi compound, terima kasih kerana membantu and teman ummi masa tgh sakit2, mmg rasa sayang sgt nak tgglkan korang sebab perhubunga tu baru je nak rapat huhuhu... Tak ketinggalan buat Kak Ila dan Che' Din yang merupakan keluarga baru dalam Kedutaan Malaysia, harap tabah melalui hari2 yg mendatang di perantau, insyaALLAH ukhwah ini bukan setakat di bumi Riyadh sahaja tapi akan berpanjangan dan berkekalan tidak kiralah dimana saja kita berada. Buat mereka yg ummi tidak sebutkan janganlah berkecil hati, kenangan bersama tetap di hati dan hanya gambar2 kenangan pengubat rindu :)

Akhir kata dari ummi sekeluarga ingin memohon maaf sekiranya ada diantara sahabat2 yang pernah berkecil hati atau tak puas hati dengan kami hehehe... Sebagai manusia biasa kita mmg tak blh lari daripada melakukan kesilapan dan dalam persahabatan kita perlu sentiasa menerima kelebihan dan kekurangan masing2 serta ikhlas menghulurkan tangan persahabatan tanpa mengharapkan apa2 balasan :) Semoga ikatan persahabatan ini berkekalan... Sebelum tu tataplah gmbr2 kenangan ini...


1 Syawal 2008...mak2 buyong yg chumel2 belaka...

Cuba tangan2 itu milik siapa...
Kakak Zahrah potong kek harijadik hehehe...ganas tu pisau die

Sahabat2 ummi dengan permata hati masing2...

Aqeel...mase ni baru 13 months kot skrg ni mesti dah lagi macho hehe...

Kami dihadapan restoren chili's...rindu nak tgk kedai yg ade tulisan ejaan arab ni hehehe...
Bersama family erman&kak tety merangkap keluarga angkat kakak zahrah

Mama tety... hai...nape la setiap kali tengok muka ni tetibe rase sebak...rindu kot hehehe...

mase ni ummi pun menitis air mata, tgk gelagat kakak zahrah yg manja sgt ngan mama tety, abg irfan pun sayang sgt kat zahrah...moga2 hubungan kita berkekalan dan berpanjangan InsyaALLAH.....

Geng2 havoc dari asean hehehe...

Sewaktu selesai majlis makan2 di rumah kami yg buat terakhir kalinya di Riyadh...


Salam Rindu,
Ummi Zahrah

Thursday, January 7, 2010

~::AZ's HoLIdAY iN HoNG KoNg beFOre gOiNg BacK tO MaLaYSia ( 24/12 - 27/12/2008 ) ::~

Bismillahirrahmanirrahim

Terlebih dahulu ummi nak mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk kakak Zahrah, InsyaALLAH dengan keredhaan- Nya segala yang dihajati akan dimakbulkan.

Dalam entry yang sebelum ni ummi ada ceritakan pasal sambutan birthday kakak Zahrah di Hong Kong kan, ok kali ni ummi nak cerita pasal percutian kami di sana pulak.

Memandangkan kali ni adalah perjalanan kami yang terakhir dari Riyadh (buat masa ni...) so baba plan something memorable for us. Kebetulan kali ni kami balik dengan menaiki Cathay Pacific Airline dan transit kat Hong Kong so instead of transit just for a few hours yang memenatkan we decided to stay at Hong Kong for 4days and 3 nights. Kami bertolak dari Riyadh pukul 1245am dan sampai di HKIA pada pukul 2pm. Time different antara HK dengan RUH sama macam RUH dengan KUL. Sebelum tu tak lupa juga nak ucapkan terima kasih kepada kak Intan, kak Tety dan kak Ila serta suami masing2 dan Aqeel yang sudi mengiringi kepulangan kami di airport Riyadh. Dan nak dijadikan pengalaman sebelum balik ke tanah air, adalah sorang perempuan warga Indonesia ni yang stranded kat airport Riyadh. Agaknya dia dengar kami berborak dalam bahasa Melayu, terus dia mintak tolong dengan kak Intan utk tolong tengokkan tiket kapal terbang dia... Mula2 kesian sangat kat dia sebab kitorg ingatkan majikan dia yang sengaja tinggalkan dia kat airport ni bersendirian, mungkin katanya nak dihantar pulang ke Jakarta tapi dibohonginya, sebab selalu dengar kes mcm tu, tambahan ramai maid indonesia yang lari daripada majikan arab ni gara2 tak tahan dengan layanan yang diberikan.Tetapi rupa2 nya dia yang silap sendiri... tak boleh nak salahkan dia jugak, ye la baru 2 bulan diperantauan dah nak balik, pulak tu tak boleh berbahasa arab apatah lagi bahasa inggeris... Flight dia sebetulnya dari Najran (salah satu daerah dlm Saudi jugak) ke Kuwait dan kemudian terus ke Jakarta. Tapi sebelum sampai ke Kuwait flite tu transit dulu kat Riyadh...yang si dia ni pergi turun kat airport Riyadh dan tak masuk semula ke dalam kapal terbang..., tapi kalau ikutkan cabin crew mesti cek balik senarai penumpang dia kan, tapi tu la arab punya airline ni kdg2 staff2 dia buat keje ikut kepala dan hati sendiri jer. so nak disudahkan cerita, kitorg pun call member kitorg kat Kedutaan Indonesia Riyadh, Mrs. Poppy, husband die labour officer so boleh la membantu. Semoga skrg ni dia dah selamat pulang ke Jakarta bersama keluarga tercinta.

Ok sambung balik cerita kami kat Hong Kong tadi. Perjalanan dari airport (HKIA) ke Sherotan Hotel yg terletak di Kowloon, HK agak jauh jugak sebab HKIA ni terletak kat pulau yang berlainan yang diberi nama Lantau Island (kat sini la terletaknya salah satu taman tema yang paling happening iaitu "Disneyland"). Disebabkan faktor masa dan kudrat yang terhad kami tidak merancang utk ke Disneyland. Kalau nak pergi pun rasenyer tak cukup 1 hari hehe... ada 1 lagu theme park yang best kat HK ni iaitu Ocean Park. Tempat ni sesuai sgt untuk family dan theme park ni adalah yg tertua di HK semenjak tahun 70-an lagi... tapi yang ni pun kami tak pergi, InsyaALLAH tggu kakak Zahrah dah besar sikit ummi dan baba bawak pergi Ocean Park dgn HK Disneyland pulak yer... Daripada HKIA ke Kowloon kami menaiki limousin yang disediakan sekali dalam tour package yang kami ambil. Pada pandangan pertama, pemandangan sekitar HK agak sama mcm kat Jepun, dengan tasik2nya, pulau2 kecil, gunung-ganangnya. Tapi yang menarik dari atas awan lg sebelum mendarat kita dah boleh nmpk bangunan2 pencakar langit kat HK ni, mmg nmpk padat sgt...tapi disebalik tu ade jugak lagi gunung-ganang yang menghijau.

Bayaran bilik hotel kat HK ni mmg costly la sket tapi kalau rajin surf internet mmg ada budget hotel. tapi kali ni special sket, baba amik bilik yg ade view menghadap HK Island mmg cantik pemandangannyer tapi bayarannyer ade lebey sket la.

~Pemandangan dari bilik hotel. Bangunan yang bulat mcm telur tu Space Theather kat sebelah dia tu yg mcm landasan tu adalah HK Space Museum.~

~ Kat seberang tu ialah HK Island, bangunan yg nampk seakan2 Sydney Opera House tu ialah HK Conventional and Exhibition Centre.~

Selepas je sampai hotel, kami merehat2kan badan dulu tapi kakak zahrah punyer la excited, baba dgn ummi dah mengantuk tapi dia aktif lagi bermain. Last2 ummi pun tertido baba mmg dah lame berlayar sedar2 kakak zahrah pun dah tido. Mlm tu mmg kami flat habis, plan nak naik Big Bus Tour tapi memandangkan keadaan kakak yang keletihan dan mengantuk lg kami batalkan program utk mlm tu. Tapi mlm tu baba terpaksa la keluar jugak utk membeli makanan, ada satu tempat namanya Kowloon Mosque and Islamic Centre, kat situ ada restoren halal tapi makanan pakistan la...huhuhu perut lapar punya pasal telan la jugak, alhamdulillah...

Keesokan harinya (25/12) kami keluar dalam pukul 10 pg, trip Big Bus Tour yg pertama pukul 11pg. Hentian permulaan dia terletak tak jauh dari hotel so kami jalan kaki la sket. Hari tu kebetulan pulak hari sambutan krismas so pg2 lg org dah ramai, sbb kawasan tu pun kira dalam bandar jugak, byk hotel2 berdekatan kawasan tu, shopping mall pun byk so mmg jadi tumpuan org. Yang bestnyer the arena of stars ( a must visit place in HK like others said) betul2 depan hotel sherotan. Sebelum bas berjalan sempat la kami snap a few pictures dulu, kami duduk kat tingkat atas sebab view dia 360'dgr dan tak berbumbung, pagi tu pulak angin dia sejuk...best jugak la dapat menghirup udara segar... Perjalanan menaiki Big Bus Tour ni 1jam utk 2 trip, dapat free return ticket utk menaiki tram ke Victoria Peak, free return ticket for Star Ferry ride yang tambangnyer hanya $2.50 so total package ni utk adult adalah $320...huhuhu kira mahal jugak kan... selepas habis pusing2 sekitar jalan kat Kowloon ni kami pun balik hotel dulu, sebab kalau nak terus pergi Victoria Peak pun cuaca masa tu berkabus lagi. Tengahari tu kami pekena roti dengan maggi jer. Pukul 2pm kami pun bersiap2 utk keluar lagi, kali ni kami nak naik Star Ferry utk ke HK Island, naik semula Big Bus Tour dan terus ke Victoria Peak. Tapi rupa2nya baba ada plan lain...kami naik bus tapi turun dekat HK Convention & Exhibition Centre. Kat kawasan tu ada replika bunga kebangsaan China kot, kami tgk ramai org bergambar kat situ so join je la hehe... Baba nak pergi melawat kawan2 dia kat Consulate General of Malaysia so kami tunggu kat area2 tu then kawan baba pun datang utk jemput kami. Masa kat situ baba sibuk berbual dengan kawan2 dia, Ummi pulak sibuk melayan Zahrah, seronok la dia dapat lepas dan merangkak2 kat dalam office tu. Kami dibawa melihat2 office2 officer yg lain...pemandangan dr bilik office masing2 mmg best la, tapi bak kata diorg itu je la yg best, ye la HK ni is quite a busy country byk visit dari Malaysia so keje mmg byk... Yang kagumnya bangunan ni (tak sure plak berapa tingkat ) merupakan hak milik kerajaan Malaysia dalam lif dia pun ade gambar KLCC hehe... byk lot yg disewakan kepada local company pejabat Con-Gen di 2-tingkat yg paling atas jer, so ini adalah satu2nya Con-Gen yang mendatangkan keuntungan... Lepas minum2 kami meneruskan perjalanan ke Victoria Peak, tapi bukan dengan menaiki tram, kawan baba yg tolong hantarkan... Kalau ikutkan esok kami akan melawat sini lagi tapi kalau ikut tour package ni masa terhad sikit nak shopping pun tak boleh lame2 so kami decided utk singgah dulu ke HK Hard Rock Cafe and grab 4 t-shirt, 2 HRC glass total cost for $700. Nak balik tu pulak problem...kami tak boleh nak guna tiket free tu huhu...sedihnya, sebab kupon tu tak laku kena tukar jugak dengan ticket dari kaunter tram sebelum naik , dan memandangkan kami datang td dgn menggunakan kereta so tak dpt la nak redeem tiket tu...nak beratur beli tiket org punya la ramai, masa tu pulak dah nak pukul 6pm sebab last bus trip from the tram station to the Star Ferry Jetty pukul 6pm... huhuhu tak sempat dah. At last kami naik teksi sampai terus ke jeti and the cost is $61. Sebelum nak balik hotel kami jalan2 kat area Arena of Stars tu tapi org punye la ramai... so sekejap je la kami kat situ lgpun pukul 8pm kami ada janji nak jumpa org.

~ Inilah Open-top Seightseeing Big Bus Tournya ~

~ Berlatar belakangkan HK Island ~

~Aksi2 kakak zahrah atas bas, breakfast roti jer :) panas la ummi...pinjam babanya spek mata itam la hehe ~

~ Inilah dia Kowloon Mosque and Islamic Centre. Anda boleh mendapatkan makanan halal disini ~

~ Antara pemandangan kota HK yang sempat dirakam. 2 gambar yg kat atas adalah bangunan lama yang masih berdiri teguh, manakala 2 gambar yg kat bawah tu adalah shopping mall mewah yang terdapat di HK ~

~ Jalan2 ~
~ Inilah Star Ferry yang dimaksudkan...nak naik tu agak berebut2 jugak semua nak dok kat tepi hehe...nak naik tu kena berhati2 takut tersadong, jatuh plak nanti... ~

~ Kakak Zahrah 1st boat ride, suka sgt dia ~

~ Dah sampai kat HK Convention and Exhibition Centre. Tula bunga kebangsaan china yang ummi katakan tadi ~

~ Comel tak gambar ni? hehe...kakak zahrah disebalik tiang lampu isyarat. Masa ni dah sampai ke HK Insland dan tengah tggu kawan baba.~

~ Baba dan sahabatnya ~

~ Kakak Zahrah dan cermin :p ~


~ An unique building on top of the peak ~

~ @ the arena of stars ~

~ cantik permandangan HK Island pada waktu malam. ~

Alhamdulillah malam tu kami ada dinner dengan Dr Syed Nabil and wife, Cik Pah together with their adorable dotter Nabilah yang baru 6 bulan. Dr Syed Nabil adalah anak kepada Dato' Duta (boss baba) dia la yang pesan kalau sampai HK nanti jumpa la dengan anak dia...Dr Syed sambung belaja kat HK, bulan 9 ni kalau tak silap diorg nak balik Malaysia da. Diorg datang ke Sherotan dengan menaiki bus then kitorg jalan kaki cari restoren halal. Diorg kata kat HK ni org lebih suka naik public transport sebab minyak mahal, and public transport service dia pun mmg efficent, kalau yg baru sampai HK pun insyaALLAH tak sesat sebab bandar ni mmg very informative hehe... lgpun jalanraya kat sini nmpk sempit sgt, kalau kereta byk je sket mula la jalan sesak. Akhirnya kami makan di Pakistani restoren jugak tapi kali ni nampak best sikit :) Sebelum berpisah diorg temankan kami beli buahtangan utk anak2 buah di Toys'r'us...Terima kasih byk2 buat Dr Syed and Cik Pah walaupun pertama kali berjumpa tapi kemesraan tu bagai dah bertahun kita bertemu hehehehe...

26/12 kali ni perjalanan kami bersama rombongan pelancong. Pukul 10am kami dikumpulkan dan perjalanan pun bermula, destinasi yang pertama adalah temple yg tertua di HK iaitu Man Mo Temple. Tapi Ummi dan Zahrah tak join kami tggu dekat bas je sebab kakak Zahrah macam kurang sihat, dari pagi dia muntah2 lepas minum susu mesti muntah balik,kesian dia penat agaknya... Lepas tu kami dibawa ke Victoria Peak dengan menaiki tram, kakak Zahrah pulak dah lena dalam bas tadi, sepanjang perjalanan ke the peak sampai la kami turun semula kakak tidur je. Ngeri la naik tram tu curam giler huhuhu...pulak tu boleh dia stop2 kejap utk bg peluang org amik2 gambar agaknyer, seb baik turun tu kami naik bas :) tapi best la pemandangan dia mmg cantik... Kali ni cuaca kat the peak berangin kencang dan sejuk sangat rasanya...seb baik bawak jaket kakak,..kami nak singgah masuk Madame Tussaud yg ada patung lilin artis2 terkenal dan org kenamaan tu tapi tak sempat, so amik gambar kat luar je la dgn Michelle Teoh & Bruce Lee.

~ Man Mo Temple ~

~ Tram baru sampai. Ramai betul orang tapi tempat sempit. Nasib baik dapat tempat duduk. ~

~ FUh....dah selamat sampai pun ke puncak Victoria ~

~ Kami sekeluarga dari atas Victoria Peak berlatar belakangkan HK skyscrapers ~

~ @ Madame Tussaud ~

Next dextination is Aberdeen Fishing Village, kat sini kami dibawa menaiki sampan. dan kat sini ada restoren terapung diberi nama Jumbo Restorant yg popular dengan hidangan dumplingnya, tapi kami tak singgah makan just lalu je hehe. Tempat ni kira macam kampung nelayan, disebalik bangunan yang tinggi melangit tu dan kehidupan kota yg mewah, diorg ni ada yg tinggal dalam kapal nelayan je...tapi tmpt tu menjadi salah satu tempat tarikan pelancong so ada la pendapatan sampingan diorg. Lepas tu kami dibawa bershopping di Stanley Market, pemandu pelancong tu siap pesan lagi, hati2 dengan barang tiruan... Kecik je Stanley Market ni rupenya, tapi rasanya kami tak round abis, sebab masa diberi 1 jam je..kami beli painting yg kecik2 utk buat sbg cenderahati utk keluarga, fridge magnet, tshirt HK, beg tgn sutera cina yg bukan asli hehe.. tu je la kot. Then kebetulan ada restoren India kat situ yang halal so kami pun tapau utk lunch, mahal jugak la $195 utk 2pax. Sepanjang perjalanan nak ke Stanley Market tu kami melalui Repulse Bay, pantai yang paling popular kat HK dan rumah Jackie Chan pun terletak kat situ, kiranya kawasan penempatan org2 elit dan berada la kat situ. Pantai dia mmg cantik dan bersih, tapi masa ni tgh winter takde la org pi berenang. Dan berakhirlah perjalanan kami yg pertama, pukul 2pm kami sampai semula di hotel dan berehat2 utk trip yg seterusnya pd pukul 5pm.
~ Kat belakang tu Jumbo Floating Restaurant ~

~ Aberdeen Fishing Village... ~



~ Sementara menunggu makanan yang diorder siap ~

~ Repulse Bay ~

Next tour is going to Temple Street, an open-top bus ride and dinner at the Victoria Harbour (Harbour Cruise Bauhinia). Temple Street ni lebih kurang macam Jalan TAR tak pun Petaling Street hehe... mcm2 barang yg diorg jual, beg tangan tiruan melambak2 ada yang bukak stall kecik je, dia tunjukkan katalog beg tangan, pilih mana yg kita nak baru diorg amik tapi tak best kan mcm tu, kalau boleh kita nak pegang dan lihat dulu barangnya baru puas hati nak beli. Tapi mlm tu takda apa yang menarik perhatian, kami just jalan2 tengok2 and amik gambar... lepas tu kami dibawa menaiki bus, lebih kurang mcm Big Bus Tour jugak, tapi kali ni kami dok kat bawah jer, sebab kakak zahrah nak minum susu, lgpun malam tu sejuk dan berangin. Suasana malam di bandar HK mmg menarik, bangunan2 tinggi ni diterangi dengan lampu2, "an hour open-top bus ride will take u on a spectacular drive along the vibrant Nathan Road Golden Mile and feel as if u'r gliding under the galaxy of neon lights" quote from Oriental Travel hehe... Selepas selesai menjamu mata, kami menjamu perut pulak...ha yang ni ummi dah cerita kat entry sebelum ni
Semasa sedang menjamu selera kami dihiburkan dengan Symphony of Lights Show hehe. Ummi dengan zahrah hanya tengok dari main hall je kat tingkat bawah, baba pulak sempat merakamkan pertunjukkan tersebut dari deck atas. "A Symphony of Lights combines interactive lights of 44 buildings on both Hong Kong Island and Kowloon." Malam tu kami balik ke hotel lebih kurang pukul 11pm dan kakak zahrah pun dah terlena di dalam bas.

~ Ummi...Kakak dah letih la... ~

27/12 kami tak kemana-mana, sessi utk mengemas barang flite ke KUL pukul 3pm, limousine datang pukul 12pm. Tapi hari tu ramai sgt org check out dr hotel, kesian baba kena beratur panjang, lama jugak la driver tu tunggu, seb baik sempat hehe.. kali ni risau jugak takut terlebih luggage, malam sebelum tu ummi keluarkan balik brg2 dalam beg dan susun sepadat2nya dan alhamdulillah dapat kurangkan sket. Masa dari Riyadh kena bayar dalam RM2000 tapi kali ni lebih kurang dalam RM1000 je baba kata.

~ Cepat la sampai Malaysia, Kakak dah tak sabar nak sambut birthday dengan atok mazlan, atok hassan, atok minah dan mak wan ni...nak kumpul hadiah byk2 kekeke... ~

Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan, alhamdulillah ummi pun takda la mabuk2, pregnant yg kali ni mmg mencabar betul, byk berjalan jauh, moga2 anak2 ummi nanti pun ada rezeki utk berjalan jauh menimba pengetahuan, Ameen... so ptg tu pun kami berlepas pulang ke tanah air yang tercinta... dan yang best kali ni dalam flite diorg sediakan Moslem Food, wakakaka...mula2 ummi pun pelik nape ade tag ni hehe sekali depa bg vegetarian punya food, huhuhu hampeh tol perut ngah lapar, plak tu dalam menu ada Malaysian Rendang. Tak risau sgt pasal status halal sebab dekat menu tu dia dah declare semua masakan ikut prosedur halal so kami pun mintak la tambahan makanan lagi hehe...nmpk sgt lapaq...hehe.

~salam~



(",)