Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

~:: IsTiMewaNya W A N I T A ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Azie jumpa entry ni kat blog kak Moon dan mohon share untuk perkongsian bersama :)... rasa kagum dgn mak yang boleh bersabar dan tahan membesarkan anak2 sendiri dirumah sebagai suri rumah sepenuh masa.... :(

*********************************************************************************

 Moon copy paste nih somewhere dr Facebook ....so para suami baca laaaaaaaaaaaaaa

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.



waaa... mana isteri ku...



Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.



fuuu.. lega..



“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..



lelaki tu pun berfikir...



Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…



hahaha... takde yg nak marah ku...



Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...





Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.



Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???



ingat balik..



And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!



SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!



Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

Wednesday, September 5, 2012

~:: CeRiteRa CeriTe ::~


Bismillahirrahmanirrahim...

Last entry was on last june... skrg dah masuk bulan September.... Sepanjang 2 bulan ni mcm2 peristiwa berlaku, ada suka ada duka..dah lama tak menulis...tgn terhenti, tak tahu nak mula mcm mana... Orang lain sibuk bercerita pasal raya, gembira di hari raya, Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk berkumpul bersama sanak-saudara menyambut lebaran... 

Tapi tahun ni ALLAH salurkan hati agar besederhana menyambut raya kerana apa yang lebih penting bukan sambutan raya, tapi macam mana kita penuhkan bulan Ramadan yang lalu dengan amal ibadat. Dan kerana peristiwa itu yang telah mengubah banyak perkara, membuatkan diri lebih berhati-hati, tidak mahu dilihat terlebih bersuka ria kerana ada insan yang sedang bersedih, tidak mahu dilihat sedih dan hiba kerana ada insan yang lebih sedih dan hiba, tidak mahu terlampau meratapi sesuatu kerana ada tanggungjawab yang perlu dipikul...

Persiapan raya tetap ada cuma membeli apa yang perlu dan anak2 menjadi keutamaan, tak kesah berbelanja untuk mereka kerana disitu terletak kepuasan bila melihat anak2 gembira dan seronok dapat pakaian baru, kasut baru yang lebih istimewa untuk hari raya...
Puasa tahun ni pun agak mencabar...tapi alhamdulillah dapat laluinya dengan baik berkat keizinan ALLAH... Cuma ada ponteng 1 hari, tu pun selepas peristiwa tu...esoknya kepala pening, badan terasa letih dan lesu. 

Aduh post ni dah 1 minggu tertangguh...tak tau nak cakap apa dah...takde idea huhuhu... Sorry la yer post ni mcm tergantung je...

Friday, June 1, 2012

~:: oRang SEnANg DaN OraNG suSaH ::~

 Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum semua...

Kali ni bukan nak bercakap pasal pregnancy, baca tajuk pun dah tahu kot topik kali ni takde kene mengena pasal pengalaman mengandung... Cuma nak coretkan disini... semalam ada status kawan di fb yang membuatkan azie terfikir dan memikir... Sebelum tu dah tgk tak video tentang kebangkitan Dajjal oleh The Arrivals? Cuba la tgk azie ade letak link die kat fb... azie baru tengok setakat episode 10 je... tapi sedikit sebanyak dah membuatkan diri ni lebih berwaspada dengan apa yang disajikan oleh manusia kat dunia ni, dan membuat kan kita lebih berfikir...Manusia kena berfikir, fikir macam mana untuk mendapat redha ALLAH dan terhalang daripada fitnah Dajjal... Astagfirullahalazim...Bantulah hambaMu dimuka bumi ini ya ALLAH...

Berbalik pada status kawan azie di fb...menyentuh tentang sensitiviti pemikiran masyarakat kita... terlebih dahulu sama-sama kita ingat mengingatkan bahawa apa jua yang kita tulis secara public akan melambangkan cara kita berfikir atau attitude kita...oleh itu berhati-hatilah apabila menulis sesuatu yang mampu dibaca secara umum apatah lagi melalui media seperti fb atau twitter (tak pernah ade akaun twitter, best ker...hehe).

Apakah yang kita definasikan sebagai orang yang senang dan orang yang susah? dan selalu kita byk mendengar kritikan kpd 2 golongan ini dan kebanyakannya kritikan yang negatif... Sebelum tu mari kita kategorikan 2 kelompok manusia ini, yang mengikut kefahaman azie, ia mungkin salah atau mungkin benar, semuanya bergantung kepada persepsi masing-masing, dan disini azie menulis dari segi persepsi azie sendiri. Sekiranya ada pembaca tidak bersetuju dipersilakan untuk bg komen dan kita boleh berdiskusi :)

Orang Senang dari sudut duniawi
- byk harta
- duit banyak
- xde masalah
- hidup enjoy 24 jam, bermewah2, rumah dan kereta besar

Orang Susah dari sudut duniawi
- xde harta
- hidup melarat
- tiada tempat berteduh kalau ade pun hanya pondok usang
- kais pagi makan pg,kais petang makan petang

Orang Senang dari sudut akhirat (InsyaALLAH)
- Rajin solat tepat pada waktunya
- Sentiasa berpegang teguh pada suruhan ALLAH dan ajaran RasulNya
- Damai hatinya 
- Tenang airmukanya

Orang Susah dari sudut akhirat (InsyaALLAH)
- Selalu meninggalkan solat
- Tidak melaksanakan apa yang telah disuruh dalam agamanya
- Selalu berasa tidak tenang
- Cepat putus asa dan berdukacita

Orang Senang dari sudut jiwanya
- Sering bersedekah
- jika ditimpa ujian tidak cepat melatah dan mengangap ia adalah tiket untuk ke Syurga kelak
- mendahulukan akhirat daripada dunia
- sentiasa tersenyum 

Orang Susah dari sudut jiwanya
-Mudah marah2
- Sering merasa tidak tenang, menganggap ujian adalah balasan daripada ALLAH tetapi tidak mahu juga bertaubat malah terus berputus asa dengan nikmat ALLAH

Bila diistilah org yang dalam kesusahan byk jenis kesusahan, bukan pada segi harta sahaja, mungkin orang tu kaya tapi mempunyai masalah dalam perniagaan, masalah dengan pihak2 tertentu ke...dan kalau masalah keluarga pulak baik orang senang atau susah memang tidak akan terlepas daripada masalah yang satu ni...

Sekali lagi diingatkan azie tidak merujuk pada mana2 pemikiran ulama' atau tulisan orang lain...ini adalah dari perspektif azie sendiri dan mohon maaf sekiranya ada yang terkesan didalam hati... Di sini azie berikan beberapa contoh komen/kritikan yg selalu kita dengar mungkin kebanyakkanya menyentuh bab kesenangan dunia...

Kritikan yang selalu kita dengar kepada orang senang dunia
1) Kalau hidup dah senang takkan die pandang orang yang susah, adat manusia bila dah senang lupa sedara mara, tapi bila susah baru ingat kat orang yang pernah die lupakan
    Agaknya komen mcm ni ditujukan kepada siapa? Bunyinya macam kepada orang yang senang dari sudut duniawi bukan? Memang adat manusia ke? bila dah berharta dilupakan yang miskin? bukan ke sekarang dah ramai golongan yang berharta ini tampil untuk membantu yang kurang berkemampuan...itu yang kita tahu (yang selalu keluar dalam rancangan Bersamamu contohnya) tapi yang kita tak tahu.... Adalah lebih elok jika perbuatan baik itu tidak dihebah2kan ditakuti datang perasaan riak pula, betul tak? tetapi orang bagi komen tu ade agenda tersendiri ke? sama ada dia dengki dgn org kaya atau die pun org susah dunia yang pernah di pandang sepi oleh orang senang dunia? Macam mana suatu hari nanti org yang bagi kritikan tu ALLAH murahkan rezeki dia untuk menjadi orang senag dunia @ kaya adakah die juga akan memandang sepi orang susah dunia@miskin? Dalam berkata2 atau memberi kritikan kita perlu berwaspada ditakuti akan timbul fitnah pula. Azie saja meletakkan persoalan agar kita semua berfikir, kerana manusia perlu banyak berfikir untuk memajukan diri bukannya hanya mengikut resmi 'adat' @ kebiasaan semata-mata.

2) Ada juga yang menkritik dan ditambah dengan doa yang tidak baik seperti mendoakan kejatuhan seseorang ' hari ni hari aku, esok2 hari die pula, bila dah susah baru die tahu langit tu tinggi ke rendah' (petikan ini tiade kene mengena dengan sesiapa baik yang hidup atau pun mati :)... Nauzubillah...
     Dalam Islam, dalam Al-Quran ada berbicara tentang kepentingan menjaga silaturrahim (Surah An-Nisa' ayat keberapa tak ingat plak...kebetulan masa azie tengah memikirkan hal ni, ALLAH tunjukkan bukti dalam Al-Quran tatkala menelaah tafsir Al-Quran). Allah tidak suka orang yang memutuskan tali persaudaraan sesama muslim dan apatah lagi yang mendoakan keburukan untuk saudaranya. Dan sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil dan Mengetahui, tidak akan sekali2 Dia memakbulkan doa seseorang yang mengharapkan kejatuhan seseorang manusia yang lain. Mengapa perlu kita merasa dengki? Adakah kritikan sebegitu lahir daripada hati yang dengki, atau dari hati yang tidak redha dengan ujian ALLAH? Adakah kritikan itu dilontarkan oleh orang susah dunia kepada orang senang dunia sahaja? Memang mudah bagi orang yang senang dunia berkata-kata, tanpa merasa kepayahan yang dihadapi orang susah dunia... tetapi jika orang susah dunia itu mempunyai ciri2 orang senang Islam, insyaALLAH dia boleh menerima segala yang dipertuturkan oleh orang senang dunia dengan tenang dan hati yang terbuka. Apatah lagi kalau orang senang dunia itu juga senang akhiratnya InsyaALLAH, maka kata2 itu lagi indah maksudnya bahkan orang yang susah dunia juga pasti terkesima dengan kata-kata orang senang itu tadi yang berlandaskan iman dan ikhlas ingin membantu kerana ALLAH...

3) Antara kritikan lain 'harta byk tapi hati tak tenang, keluarga tak bahagia, anak2 semua tak menjadi'....Nauzubillah
     Ini juga dengan izin ALLAH akan menjadi suatu doa... sebelum memberi apa2 kritikan seperti ini, cerminlah diri kita sendiri, keluarga kita... Dimanakah anak2 kita berada, dengan siapa mereka berkawan? adakah mereka bahagia? adakah mereka solat? adakah mereka menjauhi apa yang telah dilarang dalam Islam? Sekiranya tidak...doa itu akan terpalit pada diri kita sendiri jua... Apakah salahnya jika kita melihat orang senang dunia tapi susah akhirat menghadapi dugaan dalam hidup...kita doakan kesejahteraan die, kita ajak die mendekati ALLAH, kita memberi nasihat dengan hati yang ikhlas kerana ALLAH...tetapi sekiranya orang senang dunia itu tidak mahu mendengar, itu adalah ujian kepada dirinya, selagi ALLAH tidak memberikannya hidayah pasti hatinya tertutup rapat, itu adalah ketentuan ALLAH hanya Dia yang mengetahui,...sebagai manusia, jika kita tidak mampu untuk melakukan apa2 lagi ingatlah doa adalah senjata terkuat umat Islam...

Kritikan yang selalu kita dengar kepada orang susah dunia
1) Malas berusaha, hanya mengharapkan ehsan orang...
    Ya...mungkin betul atau mungkin tidak...sebelum memberi apa2 kesimpulan adalah elok kalau kita mengetahui dan memahami masalah sebenar mereka....Dalam rancangan bersamamu malam tadi pengasas syarikat pengeluar beras Faiza ada menyebut...orang yang susah didunia tidak semestinya susah di akhirat...Sesungguhnya ujian ALLAH tidak pernah untuk melemahkan malah untuk menguatkan keimanan dan ketakwaan kita kepadaNya, dan ia bergantung kepada cara pemikiran dan pemahaman kita... Kebanyakkan orang yang susah dunia mereka tidak berpelajaran tapi mereka senang akhirat (insyaALLAH) mengapa orang yang senang dunia yang berpelajaran tinggi kadang2 mempunyai pemikiran yang cetek sekali terutama tentang agama...? Nauzubillah semoga kita tidak tergolong dalam golongan manusia seperti itu...

Keadaan ini sama juga seperti kepada orang senang dunia, apalah salahnya kita mendoakan agar orang yang susah dunia ini tabah dalam menghadapi liku2 kehidupannya tanpa perlu kita memandang sinis dan mengeluarkan kata-kata yang kasar... Adakah kita tidak terfikir bahawa suatu hari nanti ALLAH boleh sahaja menarik segala nikmat yang telah Dia berikan, dan tinggallah kita sehelai sepinggang sama seperti orang susah dunia yang pernah kita pandang hina suatu masa dahulu... 

Sebenarnya bila terbaca komen2 yang diberikan kepada status fb kawan azie tu, azie merasa sedih...sedih bila azie  merasakan nilai kasih sayang sesama manusia semakin hilang...manusia tetap berpegang dengan stigma biasala dah memang adat manusia.... tanpa memikirkan macam mana nak menukar biasala dah memang adat manusia itu menjadi yang luar biasa.... Pendek kata tak kira sama ada kita orang senang dunia atau susah dunia yang penting kita mesti senang akhirat dan jiwa... Dunia hanya sementara jangan terpedaya dengan helah dajjal yang mengatakan hidup untuk dunia hanya sekali maka bergembiralah....itu tidak benar, segala bentuk hiburan hanya bayangan dajjal yang menutup mata hati kita daripada melihat nikmat ALLAH di akhirat kelak dimana disitu lah yang abadi.... Memang mudah untuk kita berkata2 tapi apalah salahnya kita terima setiap kata2 yang diiringi niat untuk membawa kebaikan dengan hati yang terbuka... Andai kita terasa hati dengan kata2 itu, anggaplah ia seakan angin yang hanya lalu tanpa sempat singgah menyapu muka dan tidak perlulah kita simpan dalam hati...tapi teruslah yakin dengan nikmat ALLAH dan ujian ALLAH... kerana pada setiap ujian tersimpan suatu hikmah yang hanya ALLAH Mengetahui... sama2 berdoa agar kita tergolong dalam golongan yang kuat berpegang kepada agama ALLAH...beriman dengan Qada' dan Qadar agar kita bersiapkan diri kita supaya kuat menghadapi apa jua rintangan, cubaan dan ujian...Amin....

Dan kepada sesiapa yang bertujuan untuk membantu atau menasihatkan sahabatnya yang bermasalah...perlulah menyampaikan dengan penuh berhemah usah ditambah lara yang tersedia dalam hati sahabat anda... Dalam surah An-Nisa juga ade menyebut perihal orang yang menjadi orang tengah dalam mendamaikan perselisihan faham 2 pihak adalah dipandang mulia dan contohilah cara Rasulullah dalam menyelesaikan sebarang masalah atau perselisihan.

P/S: mohon maaf andai kata2 kali ini mungkin terkesan dimana2 hati yang membaca, tiada niat untuk mengaibkan sesiapa, hanyalah peringatan untuk diri sendiri jua... kerna diri ini berasa takut untuk diuji tapi ujian ALLAH hanya untuk orang2 yang terpilih....Beruntunglah sesiapa yang menerima ujian ALLAH...diri ini memang terasa ingin diuji kerana hendak menjadi manusia yang ALLAH pilih yang ALLAH sayang InsyaALLAH....tapi perasaan takut kenkadang bermain di hati oleh itu...peringatkan diri sendiri supaya yakin dengan ketentuan ALLAH...

Wallahualam......

Friday, March 16, 2012

~:: Dia PerGI dAn DaTanG ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Manusia memang tak boleh lari daripada ujian hidup, dia akan pergi dan datang. Setiap perbuatan atau amalan pasti akan ada balasannya. Manusia tidak akan sempurna imannya selagi tidak di uji oleh ALLAH. Manusia yang lalai dalam melakukan dan melaksanakan ibadahnya pasti akan diberi peringatan oleh ALLAH...

Manusia memang lemah, alpa, lalai...tapi ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang. Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi peringatan kepada diri ini yang tidak sempurna dalam mengingati-Mu

Bulan ni nak renew roadtax kereta...tengok2 kat myEG ade 4 samansssssssssssssssss.... Speeding 3 dan berhenti di petak kuning 1 semua sekali berjumlah RM 708.00.... huhuhu Alhamdulillah sememangnya harta kita bukan milik kita. Kalau ada duit terlebih tu jangan lah lupa untuk bersedekah yer...

Friday, January 6, 2012

~:: MeMory StiCK weNT wRong ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Sayangnyer....huhuhuhu semua gmbr2 kakak zahrah tak bley nak upload....memory stick sakit plak, semua file tak boleh nak recover..sian kengkawan yg sama2 masa last playgroup session aritu, secara tak rasmi Azie jadik potographer, tapi sayang...gmbr nyer hilang...harap2 boleh recover, ngah carik tempat yg boleh tlg keluarkan balik gmbr2 yg dah hilang tu... ade sesapa tahu tak nak hantar kat kedai mana? setakat ni kedai gambar semua kata tak ley buat...kedai komputer ker? kedai kamera?

sorry yer mommies kena tggu lambat sket...

yang sedih lagi kemungkinan utk awal tahun ni kakak zahrah tak dapat attend da weekend kelas dia...huhuhuhu ummi yang sedih...wanna know why? sebab azie pun xcited nak tggu weekend sbb nak attend playgroup ni hahahahahahaha.... mak plak yg telebey yerk.... aisehman rindu la nanti kat teacher farah wakakaka.... ni semua gara2 yuran yang melambung2 naik hukhukhuk... tgk la ade rezeki nnt kita mendaftar lg yer...

wah...bulan depan pun merupakan satu lagi bulan yg akan mencatatkan perubahan... apakah jenis perubahan tersebut?...tgguuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... awal tahun rutin anak2 berubah, memasing dah masuk taska, bulan 2 ni adakah rutin ummi plak yang berubah...insyaALLAH doakan yang terbaik untuk semua!!!!!!!! ganbate!!!!!! aishiteru!!!!!sayonara!!!!!  macam lirik lagu kartun jepun yg maknyer garang tu ;p


till next time - insyALLAH

Thursday, December 15, 2011

~:: ThoughT of The DayI ::~

" Worry changes just nothing, Du'aa changes almost everything, so instead of worrying about what happened and thinking what may happen... Or what you can do and what people can do just make intense Du'aa to the ONE, Who can truly help you"

i love ISLAM


Friday, November 4, 2011

~:: Tahun Baru BakAL meMbawA peruBahan ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

risau...risau...risau... Ya ALLAH bantulah hamba Mu ini untuk memberikan yang terbaik buat amanah yang telah Engkau berikan...



Sedang mencari yang terbaik InsyaALLAH...

UmmIAziE

Thursday, September 15, 2011

~:: UPdaTE ProgrAM di BuLAN SyaWAL ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

kemarin blog walking smpi kol 2 pg...seronok baca cerita raya kengkawan... azie??? bila nak update citer raya ni? Huhuhu ngah busy siapkan quarter report, gmbr pun tak dan nak upload kat FB lagi... tggu yer cerita versi kuarga AZ di entry akan dtg :)

Salam Syawal
ummIAzie

Tuesday, August 9, 2011

~:: WordLess TuesdaY ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Ada ke Happy Sad Day! ;(

Sedihnyer die...

Cry baby cry...

MasyaALLAH...cantik si mata biru

Cembeng...