Tuesday, October 23, 2012

~:: PenGaLamAN MeNUnaiKAN HaJI 2009 bErsaMAan 1430 H ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam semua,

Sebenarnya dah lama azie nak berkongsi pengalaman yang satu ni, tapi tu la dok bertangguh2, sedar tak sedar dah dekat 3 tahun peristiwa ni berlaku dan tersimpan rapi sebagai sejarah dalam minda dan gambar2 sahaja

Kakak Zahrah baru berusia 11 bulan ketika kami menunaikan haji..pada awalnya hati ni agak berbelah bagi sama ada nak pergi atau tidak. Tambahan pula masa tu sedang mengandungkan kak ngah azwani, 2 bulan. pandangan dari pelbagai pihak di ambil kira...dan akhirnya hati tekad untuk menyambut seruan Ilahi memandangkan peluang sudah terbentang di depan mata. Kakak Zahrah kami tinggalkan bersama sahabat kami dari Brunei yang sangat baik dan penyayang. Sebelum kami berangkat ke Makkah, kami sering berziarah ke rumah sahabat ni untuk membiasakan Kakak Zahrah dengan suasana dirumah tu, tambahan anak2 kak Tetty sangat suka bermain dengan Zahrah... lapang sikit rasa hati untuk meninggalkan dia disitu. Dalam 10 hari Zahrah tinggal bersama mereka tanpa Ummi dan Baba...hanya kami yang tahu perasaan masing2...itulah ujiannya dan jangan sekali-kali jadikan anak2 sebagai alasan kita tidak boleh beribadah kepadaNya...

Ok here goes the journey...

Bermulanya perjalanan menuju Baitullah 


5 Zulhijjah 1430H / 22 November 2009
Kami warga Kedutaan Malaysia di Riyadh yang terdiri daripada Dato' Syed Omar, Datin TuanWatimah, En. Hafis, Azie dan suami (En Azral), En Hishamuddin dan keluarga (Pn Ida Alina, Aysraf, maid) memulakan perjalanan dari Riyadh ke Makkah yang sejauh lebih kurang 800km yang memakan masa lebih kurang 8 jam. Rancangannya kami akan mengerjakan haji Tamattu', dan akan menunaikan umrah sesampai sahaja di Makkah. Syukur Alhamdulillah...Allah ingin pelihara kandungan dalam perut azie dan juga rezeki kami...Petugas Tabung Haji memaklumkan bahawa rombongan Tun Abdullah Badawi juga akan menunaikan umrah pada malam itu dan menjemput kami untuk menyertai mereka. Keadaan di Masjidil Haram ketika tu dah sesak dgn jemaah. Semasa melakukan tawaf umrah kami dikumpulkan dalam satu kumpulan dan dikawal rapi oleh petugas Tabung Haji yang menghalang jemaah lain daripada merempuh dalam bulatan kumpulan kami. Ketika saie pun petugas Tabung Haji mengiringi kumpulan kami. Setelah bercukur kami pun bergerak ke Safwa Hotel untuk makan malam, dan Tun Abdullah dgn rombongan pula ada program bersama pelajar Malaysia di Arab Saudi. Sempat jugak kami ambil gambar kenangan bersama Tun Jane.

Azie dan Datin TuanWatimah bersama Tun Jane Abdullah

6-8 Zulhijjah 1430H / 23-25 November 2009
Sementara menunggu hari wukuf di Arafah, kebanyakkan masa dihabiskan di Masjidil Haram. Alhamdulillah dapat tunaikan solat fardhu secara berjemaah. Azie dapat berita yang Datin dan Dato Duta dijemput oleh kerabat Prince Saud untuk mengikuti rombongan di raja. Maka tinggallah kami bertiga (Suami dan Azie, En Hafis). En Hishammuddin dan family bergerak secara sendiri. Kami diasingkan daripada jemaah haji dari Malaysia yang lain, dan ditempatkan bersama petugas2 Tabung Haji. Makan pun di dewan makan petugas. Sementara ada masa terluang kami sempat juga berziarah ke asrama jemaah haji Malaysia yang datang dari Cairo kebetulan sahabat yang kami jumpa semasa bercuti ke Mesir dulu turut sama mengerjakan haji. Asrama lelaki dan perempuan terletak di hotel yg sama tapi diasingkan mengikut level. Azie menuju sendiri ke asrama wanita setelah En Suami menunjukkan arah. Sesampai mereka baru sahaja nak makan tengahari. Kebetulan nasi yang diagihkan kepada mereka berlebihan so azie pun merasa sama. Sementara tu En Suami dan Hafis ada tugasan lain.

Kami juga sempat supper bersama Dato' Dr. Sheikh Muzaffar (Angkasawan Negara) dan Konsulat General Jeddah serta isteri.

Malam sebelum hari berwukuf  itu kami habiskan masa dengan membuat persediaan untuk ke Arafah.


 Hotel tempat kami menginap sepanjang di Makkah bersama para jemaah haji yang lain.

9 Zulhijjah 1430H / 26 November 2009
Pukul 7pg kami diarahkan untuk berkumpul di lobi hotel untuk menaiki bas ke Arafah. Sesampai di lobi para jemaah sudah beratur untuk menunggu giliran mereka menaiki bas. Tiada aksi rebut-merebut atau potong line, memasing mengikut arahan petugas Tabung Haji. Pada hari tersebut hujan rahmat turun dengan selebat-lebatnya. Ramai yang mula risau sekiranya khemah di Arafah basah dek kerana hujan, tapi itulah ujian ALLAH...dan hujan itu adalah rahmat ALLAH

Kami bertiga menaiki bas bersama petugas Tabung Haji. Azie dah mula risau sekiranya azie adalah satu2nya jemaah wanita dalam bas tu... tapi Alhamdulillah Kak Yam (gelaran mesra isteri kepada ketua  rombongan petugas Tabung Haji) dan beberapa petugas wanita turut serta dalam bas tersebut. Perjalanan kami agak lancar kerana suami Kak Yam amat arif dengan selok-belok jalan, fasih berbahasa Arab dan mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan jemaah-jemaah haji dari Malaysia. Tetapi kita tidak boleh lari dari ujian ALLAH, kami diuji dengan kesesakan lalu-lintas, tidak jumpa arah tujuan, tersalah jalan, disuruh berpatah balik yang akan menyebabkan kami tersasar daripada waktu yang sepatutnya berada di Arafah. Kak Yam berpesan untuk sentiasa berdoa agar segala urusan dipermudahkan. Dan Alhamdulillah akhirnya kami sampai jua ke tempat yang ingin ditujui.

Para jemaah haji sedang beratur di lobi hotel untuk menaiki bas menuju ke Arafah untuk melaksanakan kemuncak ibadah haji

 Pemandangan dari dalam bas sekitar kawasan di Arafah, terdapat beribu-ribu atau mungkin lebih khemah putih yang menempatkan berjuta-juta jemaah haji dari seluruh dunia

my soulmate and me at Arafah

Sebelum sampai ke kawasan perkhemahan kami azie membayangkan suasananya yang gamat dan bersesak2 dengan para jemaah haji yang lain. Tapi sebaliknya berlaku, apabila turun dari bas deretan khemah putih seperti gambar diatas menerima kehadiran kami dengan suasana yang tenang, tanpa suara hiruk pikuk orang ramai, segalanya aman dan damai. Pelik rasanya...tapi setelah diterangkan oleh en Suami baru lah azie sedar, kami diletakkan di penempatan jemaah VIP dan petugas Tabung Haji. Khemahnya agak istimewa dan hanya menempatkan 3/5 orang.

Suami beredar bersama kumpulan lelaki yang lain manakala azie pula mengikuti kumpulan para ibu dan anak2, mereka adalah isteri2 petugas Tabung Haji yang menetap di Jeddah atau Makkah. Hati sayu melihat telatah anak mereka sebab teringatkan kakak Zahrah. Tapi kuatkan hati teguhkan azam yang kehadiran kita disitu adalah untuk beribadah kepadaNya dan seboleh-bolehnya persembahkanlah hadiah yang paling istimewa buat Nya…

Sementara menunggu azan menandakan masuknya waktu Zohor, kami berkumpul di sebuah khemah yang memang dikhaskan untuk solat dan beribadah secara berjemaah, disaat ini waktu diisi dengan apa jua jenis amalan zikir, solat sunat, membaca Al-Quran, serta memperbanyakkan doa kepadaNya, Alhamdulillah suasana amat tenang dan di  kiri kanan terdengar tangisan keinsafan yang membuatkan diri tidak dapat menahan sebak didada…sama2 mengharapkan keampunan dari ALLAH…

Waktu wukuf adalah diantara masuk waktu Zuhur sehingga sebelum masuk waktu subuh 10 Zulhijjah (Aidil Adha).  Solat Zohor berjemaah di imamkan oleh Dato’ Jamil Khir Baharom,  beliau juga yang membaca khutbah Haji dan diakhiri dengan doa memohon keampunan dari ALLAH untuk ibu bapa, diri sendiri juga keluarga serta seluruh muslimin dan muslimat. Air mata bercucuran tanpa henti, rasa malu diketepikan seketika…Kami terus berada di tanah Arafah sehingga Maghrib, dan pada pukul 11 malam kami berlepas secara beransur2 ke lokasi yang seterusnya.

                                     Ketika khutbah Haji yang disampaikan oleh Dato' Jamil Khir


Bermalam di Muzdalifah

Alhamdulillah kami masih lagi menaiki bas yang sama dan Kak Yam menjadi peneman sepanjang perjalanan. Kami difahamkan yang kami tidak akan bermalam di Muzdalifah dan akan terus balik ke Makkah, hanya melalui kawasan tersebut yang mana ia juga memenuhi wajib haji. Walaupun tidak bermalam cukup sekadar kami hadir ke tanah Mudzalifah pada malam 9 Zulhijjah tersebut. Walau bagaimanapun kami diuji sekali lagi dengan keadaan jalan raya yang sesak serta banyak jalan ditutup. Kami juga tersesat tidak jumpa jalan keluar dari Mudzalifah. Dengan keadaan azie berbadan dua, perjalanan dalam bas membuatkan azie berasa mual dan akhirnya muntah jua… Alhamdulillah Kak Yam ada membantu. Dan Alhamdulillah akhirnya kami menemui jalan untuk kembali ke hotel penginapan kami.

                                                                       Keadaan di Muzdalifah

Sampai di hotel sewaktu turun dari bas azie dan suami ditegur oleh salah seorang petugas Tabung Haji sebab mengambil risiko pergi menunaikan haji dalam keadaan mengandung baru 2 bulan. Suami pula tidak tahu yang azie muntah dalam bas sebab die tertido…semua tu kenangan manis bagi azie J Kami sampai dah lewat malam, azie pun still pening2 so kami buat keputusan untuk rehat sekejap di hotel sebelum menuju ke Masjidil Haram.

10 Zulhijjah 1430 H/ 27 November 2009

Pukul 4pg kami (azie, suami dan en hafis) bergerak ke Masjidil Haram untuk melaksanakan Tawaf Ifadah dan Saie Haji. Alhamdulillah kami berpeluang solat Subuh dan solat raya Aidil Adha di Masjidil Haram. Selepas Subuh segalanya selesai… dan kami menuju pula ke Al-Safwa Hotel untuk bersarapan pagi. Selesai sarapan, di lobby hotel ade kedai gunting/cukur rambut so azie pun berehat di lobby hotel sambil tunggu suami selesai bercukur.

                                                        Selesai melakukan tawaf dan saie

       Alhamdulillah selesai bercukur dan tak sabar untuk menunaikan wajib haji yg berikutnya iaitu melontar

Pada hari yang sama kami bergerak menaiki bas petugas Tabung Haji ke Mina untuk melontar Jamrahtul Aqabah. Kami ditempatkan di asrama petugas sementara menunggu masa yang sesuai untuk berjalan menuju ke tempat melontar. Di situ azie sekali lagi bersama para isteri petugas Tabung Haji yang menetap di Makkah. Suami pula ada urusan lain dan azie hanya menunggu panggilan dari dia untuk memulakan perjalanan ke tempat melontar. Memandangkan kami tidak berkesempatan untuk mengutip batu sendiri untuk melontar semasa di Muzdalifah, pihak Tabung Haji telah menyediakan batu tersebut untuk kami, Alhamdulillah…

Perjalanan kami ke Jamrahtul Aqabah diiringi oleh anak kepada petugas Tabung Haji yang menetap di Makkah. Mereka adalah anak muda lagi masih bersekolah, merekalah yang menunjukkan arah dan mencarikan tempat yang sesuai untuk kami bermalam di Mina.

                                                        Selesai melontar di Jamrahtul Aqabah

 Hari Tasyrik 11,12,13 Zulhijjah 1430 H
Semasa Hari Tasyrik, setelah selesai melontar kami akan balik ke tempat penginapan dan bergerak ke Mina semula untuk bermalam di sana. Keadaan awal pagi dengan para Jemaah berjalan beramai-ramai untuk melontar sangat mengujakan. Walaupun perjalanan agak jauh tak dirasai penatnya. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Di waktu inilah kita dapat menyaksikan wajah-wajah umat Islam dari seluruh dunia.

                      Bermalam di Mina berlantaikan tikar dan berbumbungkan langit...MasyaALLAH :))

              Suasana berdekatan kawasan melontar,berlatar belakangkan bangunan Jamrah 5 tingkat

                                               Jemaah Haji berarak untuk pergi melontar

           Berehat sebentar perjalanan masih jauh :) berlatar belakangkan khemah jemaah haji yang lain dari
                                                                    serata negara

                                                       Alhamdulillah selesai ibadah melontar...

Tawaf Wida’ 13 Zulhijjah 1430H

Alhamdulillah akhirnya selesai ibadah Haji kami… Semoga ALLAH menerima ibadah kita semua…InsyaALLAH....hanya ALLAH yang mengetahui… dan kami pun memulakan perjalanan balik ke Riyadh…

     Suasana ketika melaksanakan tawaf wida'... tawaf selamat tinggal...InsyaALLAH kita akan ketemu lagi...

Wassalam (",)

Thursday, October 18, 2012

~:: 11 October 2012 AzMuna ZulFa ::~

Di hari ketujuh kelahiranmu, Baba & Ummi namakan dirimu Azmuna Zulfa.

Bertakwalah kepada Allah dan cintailah RasulNya

Doa kami buatmu agar dirimu menjadi anak yang solehah, penyejuk mata buat kami.

...
Moga rezekimu diberkati Allah dan hidupmu sebagai muslimah sejati.

Moga kehidupanmu dalam lindungan Allah dan terhindar dari segala keburukan dan kejahatan.

Sinarilah hidupmu dengan sifat mahmudah, penuhkan dadamu dgn ilmu ukhrawi dan duniawi buat benteng diri.

Dan kahwinilah lelaki soleh buat pembimbingmu agar terbina baitul muslim yang diidamkan.

Azmuna Zulfa; kami berazam untuk lebih mendekati Tuhan yakni Allah SWT.