Bismillahirrahmanirrahim...
sekadar menulis untuk rujukan sendiri. Terdengar pagi tadi dalam radio IKIM.fm Topik Hari Jumaat.
1. Mengapa Rasulullah SAW menyebut ibu 3x dan kali ke4 baru ayah setelah ditanya oleh seseorang siapakan yang lebih layak untuk menerima bakti daripada seorang anak...
Ini kerana ade 3 perkara yg hanya seorang ibu dpt melakukannya yg memang tiada mana2 ayah pun mampu melakukannya, iaitu: (1) Mengandungkan (2) Melahirkan (3) Menyusukan
2. ketika dizaman baginda terjadi sesuatu perkara dimana seorang ibu memerintahkan anak lelakinya untuk menceraikan isterinya
Komen Syeikh tersebut... Apabila hal ini dikhabarkan kepada Rasulullah, Baginda menyokong agar lelaki tersebut mengikut saranan ibunya dengan menceraikan isterinya walhal lelaki itu sangat mencintai isterinya. Kerana jalan yang paling hampir bagi seorang lelaki untuk ke syurga adalah melalui redha ibunya.
Ada pemanggil bertanya apakah nanti nasib yg menimpa isteri tersebut dan bukan kah penceraian perkara yang dibenci ALLAH kenapa seorang ibu sanggup menyuruh anaknya melakukan perkara yang mungkar disisi ALLAH?
Komen Syeikh tersebut... Sebelum apa2 keputusan dibuat setiap perkara harus diselidiki dahulu. sekiranya ibu memerintahkan anaknya untuk menceraikan isterinya tanpa usul periksa dan terbukti si isteri tidak mempunyai apa2 kesalahan maka si anak perlu mencari jalan penyelesaian yang terbaik, cuba mendamaikan diantara 2 pihak. dalam hal ini keluarga dari kedua-dua belah pihak perlu berbincang secara baik.
3. Bagaimana pula ada ibu yang tidak bersikap adil kepada anak2nya
Komen Syeikh tersebut... seorang ibu perlulah menjadi seorang yang bijak. Ada suatu kisah di zaman Baginda, sepasang ibu bapa mengadukan kpd Baginda yang anak mereka tidak menghormati mereka sebagai ibu bapa. Lalu baginda pergi berjumpa dengan anak tersebut dan baginda bertanyakan tentang segala pertuduhan yang telah dibuat oleh ibu dan bapa lelaki tersebut. Lelaki itu tidak menafikan malah mengaku memang die bertindak sedemikian terhadap ibu bapanya.Kemudian lelaki itu bertanya, adakah Rasulullah SAW bertanya kepada orang tuanya apakah yang mereka telah lakukan kepada anak mereka, lalu lelaki itu berkata, mereka sebagai ibu bapa tidak melaksanakan tanggungjawab dengan memberikan anak mereka nama yang baik2, ibu ku pula adalah dari keturunan yang tidak baik adakah telah menjadi tanggungjawab ayahku untuk mencarikan aku seorang ibu dari keturunan baik2 kerana nanti dialah yang akan melahirkan dan menyusukan aku...
Sebagai seorang ibu kita mesti mendoakan yang baik untuk semua anak2 kita tidak perlu ada pilih kasih. Sebelum memerintahkan anak kita untuk melakukan apa2 berfikir dahulu secara rasional, jadilah ibu yang bijak bukan ibu yang bodoh... Jangan biarkan anak kita dalam dilema dalam memilih kasih antara ibu dan isteri. Bagi isteri jalan yang paling hampir untuk kamu ke syurga adalah melalui suami. Bersikap sabar dan memahami tanggungjawab suami terhadap ibunya. Sebelum kamu ingin menegakkan hak kamu sebagai isteri, lakukan dulu kewajipan kamu kepada suami.
Bersama mengambil iktibar...