Tuesday, December 18, 2012

~: BulaTan CiNTa OsEM: MenGenaL ALLAH :~


Bismillahirrahmanirrahim...

Perkongsian ilmu, semoga ia memberi manfaat kepada yang membaca dan muhasabah diri untuk penulis juga (``,)

Alhamdulillah kembali menjadi pelajar memberi peluang untuk azie merasa suatu pengalaman yang azie sia-sia kan semasa belajar di Unimas dulu... peluang untuk mengenal ALLAH dan menambah ilmu tentang agama. Waktu bergelar student adalah masa yang paling berharga sebab kita sibuk mencari ilmu, ilmu dunia dan akhirat, tapi sayang dulu azie leka, terlupa... ilmu yang dicari tidak seimbang... so sekarang masa untuk kejar balik apa yang tertinggal dulu

Perkenalan dengan seorang sahabat ni, mengenalkan azie tentang “Bulatan Cinta Osem” (BCO). Kelas usrah yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar UPM. Setakat ni baru 2x azie join usrah ni. Kat sini nak kongsi sikit ilmu yang azie dapat. Tapi jika ada kekhilafan harap di maafkan dan diperbetulkan, saya hanya hamba yang lemah, mungkin fahaman or penerangan azie tak tepat.. kepada sesiapa yang sudi berilah teguran agar kita berjalan di landasan yang lurus In shaa ALLAH 

Mengenal ALLAH

Berapa ramai dari kita yang mengenal ALLAH? Adakah kita betul2 mengenal ALLAH? Itu tajuk pertama semasa kelas BCO yang pertama kali azie join. Penceramah pada hari tu merupakan pelajar Master TESL yang pernah menuntut di United Kingdom. Subhanallah...dia belajar mengenal ALLAH dengan lebih mendalam semasa berada di UK. Agama Islam memang universal kan kat mana2 pun kita boleh menuntut dan menambah pengetahuan tentang agama ALLAH ni kan. 

99 Nama ALLAH
Kami disajikan dengan video 99 nama ALLAH. Setiap orang Islam memang kena tahu ni. Kemana-mana sahaja memang kita bawa 99 nama ALLAH ni. Cuba tengok tapak tangan kita, sebelah kiri tertulis nombor 81 dan sebelah kanan nombor 18 dalam bahasa arab, bila dicampurkan jadi 99. 

Sebelum nak kenal ALLAH kita kena tahu nama-namaNya. Sama juga bila kita nak berkenalan dengan orang yang kita tak kenal kan. Mungkin soalan pertama yang kita tanya ‘nama awak siapa’? Tapi cukup ke bila kita tahu 99 nama ALLAH kita dah kenal ALLAH?  

Surah Al-fatihah dan An-Nas
Kalau kita rujuk pada Al-Quran, perkataan pertama yang tertulis dalam Al-Quran adalah 


dimulakan dengan nama ALLAH. Dan di akhir ayat dalam surah terakhir (An-Nas) disebutkan perkataan manusia. Maka ironinya ALLAH adalah perkara pertama yang perlu kita kenal dan ambil tahu manakala manusia adalah yang terakhir. Juga menggambarkan betapa rendahnya darjat manusia dan ALLAH adalah yang Maha Agung. 

Al-Quran adalah mukjizat teragung yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan kita. Untuk lebih mengenali ALLAH dampingkanlah diri kita dengan Al-Quran. Bukan sahaja membacanya dengan tajwid yang betul tapi kajilah tafsirannya, maksud yang tersirat disebaliknya dan jadikan lah kisah-kisah kaum terdahulu sebagai pengajaran. 



Kisah tauladan
Penceramah juga berkongsi tentang cerita bagaimana Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat nya ALLAH itu melalui dua kisah.

Kisah pertama

Seorang pensyarah berbangsa Belgium yang membawa ibunya yang beragama Kristian pulang ke jalan ALLAH disaat-saat akhir pemergiannya.
(azie tak tahu details sangat pasal kisah ni tapi Alhamdulillah minggu lepas hari Khamis 13/12/12 azie dengar siaran Islam Agamaku melalui radio IKIM.fm. Masa tu tengah driving nak balik rumah. Tetamu jemputan dia adalah Puan Siti Mariam Abdullah, tuan punya kisah ini sendiri. Subhanallah sebuah kebetulan yang sangat indah Terima Kasih ALLAH! )

Sebagai ringkasan beliau yang sudah 32 tahun menganuti agama ISLAM dan menetap di Malaysia, membawa ibunya datang ke Malaysia dari Jerman setelah ibunya sakit tenat. Beliau telah memberikan senaskah tafsir Al-Quran kepada ibunya yang ketika itu masih beragama Kristian di usia 80 tahun. Ketika di Malaysia sakit ibunya semakin teruk. Tetapi ibunya sangat teruja membaca tafsiran Al-Quran tersebut sehingga lupa nak makan dan minum. Setelah 3x ibunya khatam membaca tafsir Al-Quran tersebut, sakitnya semakin tenat dan ketika di ICU Pn Mariam memberanikan diri untuk bertanya 3 soalan kepada ibunya ‘adakah ibu percaya pada ALLAH? Adakah ibu percaya Muhammad itu Rasul ALLAH? Adakah ibu ingin memeluk agama Islam?’ Ibunya menjawab YA kepada setiap soalan tersebut. Alhamdulillah ibunya telah mendapat hidayah. Dengan kuasa ALLAH  ibu Pn Mariam nampak semakin pulih. Muka yang pucat beransur kemerah-merahan. Kebetulan waktu itu bulan Ramadan, Pn Mariam dan keluarga pun pulang ke rumah pada malam tersebut setelah selesai membacakan Yassin untuk ibunya dan yakin ibunya akan sembuh. Namun dengan kuasa ALLAH jua, pd malam itu jua pihak hospital memaklumkan ibunya telah tiada. Bayangkan lah kuasa ALLAH, orang yang 80 tahun menyekutukan ALLAH dengan yang lain, tapi dihujung nyawanya, dia diberi hidayah, memperakui ke-Esaan ALLAH, pergi sebagai seorang muslim bersih tiada dosa, di bulan Ramadan yang penuh barakah...ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Kisah ke dua

Ini adalah kisah tentang seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang dan akhirnya ingin bertaubat. Untuk cerita lebih lanjut boleh la rujuk di laman ini Kisah Pembunuh 99 Orang 

Bayangkanlah betapa ALLAH amat menyayangi hamba-Nya. Walau seberat mana dosa yang kita pikul, percaya lah dengan keampunan ALLAH, bertaubat dengan seikhlas-ikhlas hati, in shaa ALLAH akan diterima oleh Nya.

Bulatan Usrah
Sebelum berakhir, penceramah menasihatkan supaya kita  belajar dan terus belajar untuk mengenal ALLAH dan cara yang berkesan adalah melalui bulatan kecil (usrah). Carilah mereka-mereka yang tinggi ilmu agamanya, tinggi pengetahuannya, sebagai pembimbing dan kita kumpulkan kawan-kawan untuk turut serta dalam bulatan kecil kita untuk saling berkongsi ilmu. 

Setakat ini sahaja yang dapat azie kongsi bersama, rasa banyak lagi yang boleh dikongsikan tapi kelemahan manusia cepat lupa, azie jadikan blog ini sebagai medium catitan untuk apa jua ilmu yang azie perolehi agar azie tidak lupa dan juga boleh dikongsi bersama mereka yang sudi membaca. 

Till next sharing! 

Thank you ALLAH!

Saturday, December 15, 2012

~: TeriNgin NaK pErgI SPA? Jom KitA ke Az-Zahrah WomEN Wellness Centre :~


Bismillahirrahmanirrahim...

Ingat tak azie ada bagitau AZIM (Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah) ada menyediakan diskaun 50% untuk rawatan susulan selepas bersalin di Az-Zahrah Women Wellness Centre untuk mereka yang bersalin di AZIM???...  

Alhamdulillah azie dah pergi, betul2 lepas 2 bulan bersalin.  Kad diskaun yang diberikan tamat selepas 4 bulan daripada tarikh kita bersalin. Sebelum nak datang as usual kena buat appointment dulu la kan. Waktu operasi Spa Az-Zahrah ni:

Isnin-Khamis      10pg – 6ptg
Sabtu – Ahad     10pg – 5ptg
Cuti Umum         9pg – 6 ptg

Untuk maklumat lanjut tengok gambar di bawah ye ;)

My personal review is, I definitely recommend others to come here!!!  Skilful therapist, most importantly they are our local people, good environment, lots of treatments are provided with reasonable price!

 Antara rawatan yang disediakan

 Servis gunting rambut pun ada, tapi khas untuk wanita sahaja yer

Alamat, no telefon untuk dihubungi dan website dia untuk maklumat lanjut

 Bangunan dia betul2 bersebelahan dengan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah,so apa lagi kawan2 sekitar Putrajaya, Bangi dan sewaktu dengannya jom manjakan diri anda di Az-Zahrah Women Wellness Center.

P/S: Saya tak mendapat sebarang diskaun pun dengan meletakkan post ini dalam blog ini hehehe... cuma satu perkongsian ikhlas, terutama sekali kepada yang gemar berkunjung ke spa :)

Wassalam


Thursday, December 13, 2012

~:: LahIrnya SeorAng Puteri BerNama AZMUNA ZULFA ::~


Bismillahirrahmanirrahim...

Pembuka bicara
Syukur ke hadrat Ilahi Yang Maha Esa, Maha Pencipta, Maha Penyayang dan Maha Mengasihi...Alhamdulillah kerana dikurniakan kesempatan sekali lagi untuk terus menikmati nikmat dunia yang sementara ini...Alhamdulillah dengan keberkatanNya dan kurniaNya kita diberikan kesihatan yang sempurna untuk sama2 mensyukuri nikmat ALLAH bersama insan2 tersayang disekeliling kita...

Alhamdulillah, dengan keizinanNya, buat kali yang ke 3 ALLAH mengizinkan azie dan suami menyambut kelahiran puteri ke-3, kami pada hari Khamis 11hb Oktober  2012,  bersamaan dengan 25 Zulkaedah 1433H pada jam 640 pagi dengan berat 4.01kg. Bayi yang dilahirkan telah diberi nama Azmuna Zulfa pada hari ke-7 kelahirannya, semoga menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati umi dan baba.

Dan cerita pun bermula...
Kali ni azie memilih untuk bersalin di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM). Regular check-up dibuat di Klinik Kesihatan tapi bila kandungan masuk 8 bulan azie mula buat check-up di AZIM. Alhamdulillah walaupun sepanjang kandungan banyak mengalami alahan, banyak peristiwa berlaku…Azmuna Zulfa dipelihara oleh ALLAH dengan baik dalam rahim umi, malah membesar dengan sihat sekali. 

Amaran awal...
Dua minggu sebelum EDD, azie da mula merasa sakit, pukul 6 pagi dengan ditemani suami kami bergegas ke hospital, tapi sampai di hospital sakit pun hilang… kebetulan pukul 11pg  hari yang sama ada appointment dengan Dr. Fazlina so nurse nasihatkan balik rumah dulu. Alhamdulillah masa tu jalan (bukaan serviks) telah 2cm, tetapi menurut Dr., kepala Azmuna Zulfa masih tinggi lagi belum menampakkan tanda dah turun. Tunggu punya tunggu EDD hanya beberapa hari saja lagi dan masih tiada tanda2 untuk bersalin, cuma azie ada mengalami beberapa kali Braxton Hicks contraction which is very mild one…

Saat-saat tiba waktunya...
Selasa…9hb Oktober 2012, azie check-up sekali lagi… kali ni Dr. menyatakan kerisauan dia. Baby dalam kandungan dilihat agak semangat saiznya, Dr sendiri sudah agak sukar mengambil ukur lilit kepala baby melalui ultrasound. Dr menjangkakan berat baby dalam 3.6kg dan mencadangkan supaya azie menjalani kelahiran secara induce (paksa) sekiranya dah melebihi EDD. 

Setelah berbincang azie dengan suami sepakat untuk memilih tarikh 12hb Oktober 2012. Sebelum balik tu kami sempat survey2 wad kat AZIM tu. Pakej bersalin di AZIM memang antara yang paling murah RM1200++, 4 bedded room. Tapi yang tak bestnya wad ibu bersalin tidak diasing dalam wad khas. Maksudnya dalam bilik yang ada 4 katil tu, juga menempatkan pesakit2 lain, cuma diasingkan pesakit lelaki dan perempuan sahaja. Azie memikirkan risiko yang kemungkinan terjadi, bayi yang baru lahir sangat sensitive dengan perubahan persekitarannya, untuk mengelakkan sebarang komplikasi atau jangkitan yang mungkin ada dari pesakit lain, kami membuat keputusan untuk tidak mengambil pakej tersebut dan membuat tempahan untuk bilik single.

Dan tiba waktunya...

Kita hanya merancang tapi ALLAH adalah perancang yang terbaik, 11hb Oktober 2012 pukul 3.00pg azie mula rasa sakit. Sakit yang susah nak di gambarkan… Cuba bertahan, pukul 4.00pg sakit semakin kuat. Pukul 5.00pg kami terus bertolak ke AZIM, Alhamdulillah ALLAH memakbulkan doa azie untuk bersalin dikala waktu tidak sibuk, sebab agak sukar nak dapat parking kereta di kawasan AZIM.

Tanpa berlengah kami terus ke tingkat 2, azie ditolak diatas kerusi roda, rasa tak mampu untuk berjalan lagi… Pemeriksaan saringan dilakukan dan mendapati bukaan serviks telah 7cm! Azie terus ditolak ke labour room, jam menunjukkan pukul 600pg, azie telah berada di labour room, suami pula pergi menunaikan solat Subuh, selesai solat Subuh Dr Fazlina pun datang, bukaan diperiksa sekali lagi dan air ketuban pun pecah… Dr suruh push sebab kepala baby masih tinggi!... Dr suruh push sambil mengiring pulak, masa ni azie da tak boleh fikir apa2 dah, suami datang lepas selesai solat Subuh pun azie tak perasan sesedar dah ada kat sebelah sambil usap2 muka azie dengan air selusuh hehe… sempat jugak minum air selusuh lepas tu terus push… Kepala baby still xturun dan Dr cakap baby dah berak dalam rahim sebab meconium, hehe betul ke istilah die tu (najis warna hijau) da keluar… Dr decided untuk guna vacuum… Ya ALLAH, pengalaman pertama guna vaccum… Alhamdulillah akhirnya kepala Azmuna Zulfa keluar juga dari rahim Umi, tapi Dr suruh hold dulu, jangan teran lagi, sebab najis baby dah masuk dalam rongga hidung dan mulut, Dr nak bersihkan dulu to make sure najis tu tak masuk jauh dalam paru-paru… Subhanallah, hanya ALLAH saja yang tahu perasaan azie masa tu. Lepas selesai Dr suruh push kuat2 untuk keluarkan baby tapi azie dah tak kuat, kudrat semakin lemah, byk kali juga push2…dan baby pun keluar ALHAMDULILLAH… tapi Dr maklumkan yang bahu kanannya tersangkut sikit disebabkan saiz baby yang agak semangat tu.

Lahirnya dia...
Sejurus selepas Azmuna Zulfa keluar, Dr terus meletakkan dia atas dada umi (standard biasa mana2 hospital pun kan)…ayat pertama yang keluar dari umi…eeee ada taik hehehe…sebab badan die dah disaluti dengan najis die sendiri,  tapi dalam hati memanjatkan kesyukuran dan mendoakan Azmuna Zulfa terus sihat dan bersemangat ;) Prosedur membersihkan baby dilakukan dalam bilik yang sama, sambil Dr Fazlina menyelesaikan tugas dia. En suami pula sentiasa disisi sepanjang masa,menyaksikan sepenuhnya kelahiran puteri ke-3 kami, sebelum lahir, sedang dilahirkan dan selepas lahir sehingga Azmuna Zulfa bersedia untuk diazankan dan diiqamatkan. Dan dia la informer azie yang terbaik sepanjang dalam labour room hehe… 

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…segalanya dari ALLAH, urusan kelahiran Azmuna Zulfa dipermudahkan. Azmuna ditempatkan dinursery sebab doctor nak pantau bahu kanan dia. Dalam pukul 730pg azie ditempatkan ke wad sementara, memandangkan bilik single semua penuh. Pagi tu ada Ustazah dan wakil daripada Az-Zahrah Spa and Wellness Center datang untuk bagi tazkirah sikit dan briefing tentang rawatan yang ditawarkan di spa tersebut. Alhamdulillah walaupun tak amik pakej bersalin tu, azie tetap dapat baucer 50% diskaun rawatan selepas bersalin tu. Ustazah juga menerangkan serba ringkas bagaimana untuk mentahnikkan baby serta doanya. AZIM juga menyediakan kurma khas untuk bertahnik. Sebelum mereka beredar Ustazah membacakan doa agar pesakit cepat sembuh.

Pukul 12tghari azie dipindahkan ke wad Iman, baru selesa sikit untuk BF Azmuna Zulfa. Nurse bagitahu Azmuna Zulfa kerap berak, dah bagi susu 2oz terus berak then nangis nurse bagi lagi susu 2oz baru diam huhu…sekali sekala azie cuba BF dia walaupun susu masih kurang. Alhamdulillah tengah hari tu lebih kurang 6 jam selepas kelahiran, Baba adalah orang pertama yang mentahnikkan Azmuna Zulfa. 

Sebelah petang tu, ada pegawai hospital buat rondaan bertanyakan tentang masalah pesakit berkenaan kemudahan di AZIM sekiranya ada, dan sebelum die beredar sekali lagi doa syifa’ dibacakan. Sepanjang di AZIM pun alunan ayat suci Al-Quran turut diperdengarkan. Alhamdulillah tak salah memilih tempat J. Azie bermalam di wad ditemani mak tersayang. Esoknya selepas solat Jumaat kami pun discharged. 

Alhamdulillah Azie sangat berpuas hati dengan servis di AZIM… Mereka sangat prihatin, dan Dr Fazlina juga seperti biasa memang cekap melaksanakan tugas beliau. Total bayaran yang perlu dibayar adalah sekitar RM2500 (bersalin normal+vaccum+bilik single+makanan disediakan+1 malam di wad). Sebelum discharge pemeriksaan terhadap baby dilakukan dihadapan ibu bapa, untuk memastikan tiada pertukaran baby berlaku hehe dan semua dalam keadaan baik… Alhamdulillah, mungkin lepas ni AZIM tetap akan tersenarai antara hospital pilihan untuk melahirkan zuriat yang seterusnya, in shaa ALLAH… jika ada rezeki dari ALLAH lagi...

Nukilan Umi Azie, sekadar untuk simpanan sebagai kenangan dan ingatan, Terima Kasih kepada yang sudi membaca dari awal hingga akhir kerana entry ini agak panjang, semoga mendapat manfaat bersama :)


Sunday, December 9, 2012

~:: PaKeJ BerSaLin ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dari semalam da ada visi untuk menulis tapi bila anak2 da tido mata umi pun mengantuk sama tak bley ditahan2 lagi...last2 join ngan anak2 tido sekali :)

Post pasal pakej bersalin ni da lama tersimpan sebagai draft, sebelum bersalin kan Azmuna Zulfa la aritu...kononnya nak bagi panduan kat kawan2 dalam memilih pakej bersalin yg sesuai, in shaa ALLAH. tapi tak sempat nak karang asyik tertangguh sampai dah bersalin. 

Alhamdulillah Azmuna Zulfa telah di lahirkan di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) pada 11 Oktober 2012 jam 640 pagi, in shaa ALLAH nanti azie kongsikan pengalaman melahirkan puteri yang ke 3 ni ye.

Sebelum pregnant dulu pun azie memang berhajat tak nak bersalin kat hospital kerajaan. Bukan kerana servis diorang tak bagus... cuma nak merasa servis hospital swasta :) Memula tu buat la survey, tanya kat kawan2, baca komen/review kat internet, pendek kata buat research dulu la kan. 

Pusat Rawatan An-Nur, Bangi

Kebanyakkan kawan2 ramai yang bersalin di Hospital An-Nur, which is located just beside Az-Zahrah. Setakat yang azie dengar memang servis diorg bagus, pakar gyne die pun among the best, that way ramai sangat patient die. 

Mengandung yang ke 3 ni teringin nak buat 3D scan so azie decide nak buat kat An -Nur saje nak rase mcm mana servis diorg. Appointment pukul 10 tapi masa smpi tu mmg ramai sgt org, smpi ade yg kene tggu kat luar, tempat plak agak sempit huhu... staff kat situ baik tapi tegas, mgkn sebab patient ramai so mmg ade pressure disitu, tapi diorg bijak mengawal situasi :) Dr yang handle 3D scan tu pun ok je, xingat plak nama... cuma satu sessi tak bley lama2, xbyk soklan boleh tanya, as long as die kata baby ok xde masalah then nothing to be worried :) Masa datang tu tengok2 jugak brochure untuk pakej bersalin tapi takde...die just buat general pricing untuk bilik, tapi ramai yang cakap dalam 2k lebih, tapi azie tak tanya detail mcm mana either that one single bed ke, pricing for normal delivery ke... tapi anggaran kos lebih kurang mcm tu la. Nak tanya lebih2 pun staff die sgt sibuk, so azie balik tanpa mendapat maklumat yang lengkap :)

KPJ, Kajang

Azie just but survey via their website, pricing is about RM2500, single room if i'm not mistaken. And kalau ceaser/vaccum/other complication ada extra charges. That price just include one night warded, basic service mcm pemeriksaan oleh pakar gyne, pemeriksaan baby oleh pakar pedi, an including early vaccination for baby for more details boleh tgk kat website die Pakej Bersalin KPJ Kajang

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM)

Azie lebih rasa selesa di AZIM sebenarnya, sebab dah biasa pergi sini. Selalu bawak anak2 dapatkn rawatan kat sini, masa pregnantkan Azwani Zulaikha dulu pun ada jugak buat check up kat sini dengan Dr Fazlina Hanum. Staff die ok cuma kalau department lain2 tu, lain la cara diorg layan patient...huhu pengalaman kat department emergency, agak kasar sikit and garang hohoho... tapi kalau kat bhgn ibu mengandung staff die semua lembut2 belaka :) 

Azie ada amik gambar brochure pakej bersalin die, sbb ada beberapa point nak dikongsikan. tapi hilang plak gambar tu dalam hp. So kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut sila pergi ke AZIM and dapatkan brochure tersebut untuk maklumat yg lebih tepat. Sebab apa yang azie tulis ni mungkin ada yang tersalah tafsir so jgn percaya bulat2 just untuk panduan umum sahaja ye. 

Apa yang best pakej bersalin kat AZIM ni, ade include 50% diskaun untuk Rawatan Selepas Bersalin di Az-Zahrah Spa and Wellness Center yang terletak bersebelahan saja dgn AZIM, Bangi. Pricing die pun sangat murah RM1200, tapi disebabkan pakej yang sgt murah tu, banyak la syarat2 n arahan die, kalau tak ikut arahan kena extra charges hehe... 

Antara yang azie ingat yang tertulis kat brochure tu ialah (1) harga pakej tu utk bersalin normal dan hanya 1 hari di wad - which is mmg biasa la kan (2) kalau ada tambahan peralatan yang digunakan semasa bersalin ada bayaran tambahan- ni pun biasa jugak kan (3) kalau bersalin diluar waktu bertugas doktor pakar juga ada bayaran tambahan- azie berkerut kening bila baca part ni, waktu bertugas doktor pakar di klinik adalah dari pukul 8pg-12tgh, so azie tak sure bila yang dimaksudkan diluar waktu bertugas, adakah doktor pakar hnya bertugas secara rasmi setengah hari saje atau ikut standard office hour??? kita yang nak bersalin pun tak tahu rezeki masing2 macam mana kan, tak tahu pukul brapa kita bakal melahirkan, so kalau yang pukul 2/3 pagi nak bersalin mereka terpaksa membayar xtra charges tersebut. Tapi at positive side, ye la doktor pun ada family and masa diorg pun sgt berharga so xperlu mengeluh sbb kita guna perkhidmatan dia dan dia berhak mendapat bahagian dia, as long as dia bagi kerjasama yang terbaik.

Azie survey 3 tmpt ni aje sbb yang paling senang n dekat jugak la kan from Putrajaya ;) so at the end azie pilih AZIM, the strong reason is azie percaya dengan pakar gyne kat situ and the important is pakar kat situ semua perempuan... Adalah lagi bagus kita jumpa pakar perempuan berbanding lelaki kan... sebab salah satunya kita kena jaga aurat kita. Terpulang pada individu memang ramai pakar gyne lelaki yang hebat tapi bagi azie tuntutan Islam perlu diutamakan. Pernah seseorang beritahu azie dan azie pun ada terbaca
 "fitrah lelaki dan perempuan, walaupun niat untuk merawat tapi tatkala tersentuh antara lelaki dan perempuan ada getar yang berlaku"
So untuk mengelak daripada sebarang fitnah atau dosa yang tidak disengajakan pilih la yang terbaik untuk agamamu :)

Azie akan bagi review azie tentang pengalaman bersalin di AZIM in next entry in shaa ALLAH

Till next writing ;)


Tuesday, October 23, 2012

~:: PenGaLamAN MeNUnaiKAN HaJI 2009 bErsaMAan 1430 H ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam semua,

Sebenarnya dah lama azie nak berkongsi pengalaman yang satu ni, tapi tu la dok bertangguh2, sedar tak sedar dah dekat 3 tahun peristiwa ni berlaku dan tersimpan rapi sebagai sejarah dalam minda dan gambar2 sahaja

Kakak Zahrah baru berusia 11 bulan ketika kami menunaikan haji..pada awalnya hati ni agak berbelah bagi sama ada nak pergi atau tidak. Tambahan pula masa tu sedang mengandungkan kak ngah azwani, 2 bulan. pandangan dari pelbagai pihak di ambil kira...dan akhirnya hati tekad untuk menyambut seruan Ilahi memandangkan peluang sudah terbentang di depan mata. Kakak Zahrah kami tinggalkan bersama sahabat kami dari Brunei yang sangat baik dan penyayang. Sebelum kami berangkat ke Makkah, kami sering berziarah ke rumah sahabat ni untuk membiasakan Kakak Zahrah dengan suasana dirumah tu, tambahan anak2 kak Tetty sangat suka bermain dengan Zahrah... lapang sikit rasa hati untuk meninggalkan dia disitu. Dalam 10 hari Zahrah tinggal bersama mereka tanpa Ummi dan Baba...hanya kami yang tahu perasaan masing2...itulah ujiannya dan jangan sekali-kali jadikan anak2 sebagai alasan kita tidak boleh beribadah kepadaNya...

Ok here goes the journey...

Bermulanya perjalanan menuju Baitullah 


5 Zulhijjah 1430H / 22 November 2009
Kami warga Kedutaan Malaysia di Riyadh yang terdiri daripada Dato' Syed Omar, Datin TuanWatimah, En. Hafis, Azie dan suami (En Azral), En Hishamuddin dan keluarga (Pn Ida Alina, Aysraf, maid) memulakan perjalanan dari Riyadh ke Makkah yang sejauh lebih kurang 800km yang memakan masa lebih kurang 8 jam. Rancangannya kami akan mengerjakan haji Tamattu', dan akan menunaikan umrah sesampai sahaja di Makkah. Syukur Alhamdulillah...Allah ingin pelihara kandungan dalam perut azie dan juga rezeki kami...Petugas Tabung Haji memaklumkan bahawa rombongan Tun Abdullah Badawi juga akan menunaikan umrah pada malam itu dan menjemput kami untuk menyertai mereka. Keadaan di Masjidil Haram ketika tu dah sesak dgn jemaah. Semasa melakukan tawaf umrah kami dikumpulkan dalam satu kumpulan dan dikawal rapi oleh petugas Tabung Haji yang menghalang jemaah lain daripada merempuh dalam bulatan kumpulan kami. Ketika saie pun petugas Tabung Haji mengiringi kumpulan kami. Setelah bercukur kami pun bergerak ke Safwa Hotel untuk makan malam, dan Tun Abdullah dgn rombongan pula ada program bersama pelajar Malaysia di Arab Saudi. Sempat jugak kami ambil gambar kenangan bersama Tun Jane.

Azie dan Datin TuanWatimah bersama Tun Jane Abdullah

6-8 Zulhijjah 1430H / 23-25 November 2009
Sementara menunggu hari wukuf di Arafah, kebanyakkan masa dihabiskan di Masjidil Haram. Alhamdulillah dapat tunaikan solat fardhu secara berjemaah. Azie dapat berita yang Datin dan Dato Duta dijemput oleh kerabat Prince Saud untuk mengikuti rombongan di raja. Maka tinggallah kami bertiga (Suami dan Azie, En Hafis). En Hishammuddin dan family bergerak secara sendiri. Kami diasingkan daripada jemaah haji dari Malaysia yang lain, dan ditempatkan bersama petugas2 Tabung Haji. Makan pun di dewan makan petugas. Sementara ada masa terluang kami sempat juga berziarah ke asrama jemaah haji Malaysia yang datang dari Cairo kebetulan sahabat yang kami jumpa semasa bercuti ke Mesir dulu turut sama mengerjakan haji. Asrama lelaki dan perempuan terletak di hotel yg sama tapi diasingkan mengikut level. Azie menuju sendiri ke asrama wanita setelah En Suami menunjukkan arah. Sesampai mereka baru sahaja nak makan tengahari. Kebetulan nasi yang diagihkan kepada mereka berlebihan so azie pun merasa sama. Sementara tu En Suami dan Hafis ada tugasan lain.

Kami juga sempat supper bersama Dato' Dr. Sheikh Muzaffar (Angkasawan Negara) dan Konsulat General Jeddah serta isteri.

Malam sebelum hari berwukuf  itu kami habiskan masa dengan membuat persediaan untuk ke Arafah.


 Hotel tempat kami menginap sepanjang di Makkah bersama para jemaah haji yang lain.

9 Zulhijjah 1430H / 26 November 2009
Pukul 7pg kami diarahkan untuk berkumpul di lobi hotel untuk menaiki bas ke Arafah. Sesampai di lobi para jemaah sudah beratur untuk menunggu giliran mereka menaiki bas. Tiada aksi rebut-merebut atau potong line, memasing mengikut arahan petugas Tabung Haji. Pada hari tersebut hujan rahmat turun dengan selebat-lebatnya. Ramai yang mula risau sekiranya khemah di Arafah basah dek kerana hujan, tapi itulah ujian ALLAH...dan hujan itu adalah rahmat ALLAH

Kami bertiga menaiki bas bersama petugas Tabung Haji. Azie dah mula risau sekiranya azie adalah satu2nya jemaah wanita dalam bas tu... tapi Alhamdulillah Kak Yam (gelaran mesra isteri kepada ketua  rombongan petugas Tabung Haji) dan beberapa petugas wanita turut serta dalam bas tersebut. Perjalanan kami agak lancar kerana suami Kak Yam amat arif dengan selok-belok jalan, fasih berbahasa Arab dan mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan jemaah-jemaah haji dari Malaysia. Tetapi kita tidak boleh lari dari ujian ALLAH, kami diuji dengan kesesakan lalu-lintas, tidak jumpa arah tujuan, tersalah jalan, disuruh berpatah balik yang akan menyebabkan kami tersasar daripada waktu yang sepatutnya berada di Arafah. Kak Yam berpesan untuk sentiasa berdoa agar segala urusan dipermudahkan. Dan Alhamdulillah akhirnya kami sampai jua ke tempat yang ingin ditujui.

Para jemaah haji sedang beratur di lobi hotel untuk menaiki bas menuju ke Arafah untuk melaksanakan kemuncak ibadah haji

 Pemandangan dari dalam bas sekitar kawasan di Arafah, terdapat beribu-ribu atau mungkin lebih khemah putih yang menempatkan berjuta-juta jemaah haji dari seluruh dunia

my soulmate and me at Arafah

Sebelum sampai ke kawasan perkhemahan kami azie membayangkan suasananya yang gamat dan bersesak2 dengan para jemaah haji yang lain. Tapi sebaliknya berlaku, apabila turun dari bas deretan khemah putih seperti gambar diatas menerima kehadiran kami dengan suasana yang tenang, tanpa suara hiruk pikuk orang ramai, segalanya aman dan damai. Pelik rasanya...tapi setelah diterangkan oleh en Suami baru lah azie sedar, kami diletakkan di penempatan jemaah VIP dan petugas Tabung Haji. Khemahnya agak istimewa dan hanya menempatkan 3/5 orang.

Suami beredar bersama kumpulan lelaki yang lain manakala azie pula mengikuti kumpulan para ibu dan anak2, mereka adalah isteri2 petugas Tabung Haji yang menetap di Jeddah atau Makkah. Hati sayu melihat telatah anak mereka sebab teringatkan kakak Zahrah. Tapi kuatkan hati teguhkan azam yang kehadiran kita disitu adalah untuk beribadah kepadaNya dan seboleh-bolehnya persembahkanlah hadiah yang paling istimewa buat Nya…

Sementara menunggu azan menandakan masuknya waktu Zohor, kami berkumpul di sebuah khemah yang memang dikhaskan untuk solat dan beribadah secara berjemaah, disaat ini waktu diisi dengan apa jua jenis amalan zikir, solat sunat, membaca Al-Quran, serta memperbanyakkan doa kepadaNya, Alhamdulillah suasana amat tenang dan di  kiri kanan terdengar tangisan keinsafan yang membuatkan diri tidak dapat menahan sebak didada…sama2 mengharapkan keampunan dari ALLAH…

Waktu wukuf adalah diantara masuk waktu Zuhur sehingga sebelum masuk waktu subuh 10 Zulhijjah (Aidil Adha).  Solat Zohor berjemaah di imamkan oleh Dato’ Jamil Khir Baharom,  beliau juga yang membaca khutbah Haji dan diakhiri dengan doa memohon keampunan dari ALLAH untuk ibu bapa, diri sendiri juga keluarga serta seluruh muslimin dan muslimat. Air mata bercucuran tanpa henti, rasa malu diketepikan seketika…Kami terus berada di tanah Arafah sehingga Maghrib, dan pada pukul 11 malam kami berlepas secara beransur2 ke lokasi yang seterusnya.

                                     Ketika khutbah Haji yang disampaikan oleh Dato' Jamil Khir


Bermalam di Muzdalifah

Alhamdulillah kami masih lagi menaiki bas yang sama dan Kak Yam menjadi peneman sepanjang perjalanan. Kami difahamkan yang kami tidak akan bermalam di Muzdalifah dan akan terus balik ke Makkah, hanya melalui kawasan tersebut yang mana ia juga memenuhi wajib haji. Walaupun tidak bermalam cukup sekadar kami hadir ke tanah Mudzalifah pada malam 9 Zulhijjah tersebut. Walau bagaimanapun kami diuji sekali lagi dengan keadaan jalan raya yang sesak serta banyak jalan ditutup. Kami juga tersesat tidak jumpa jalan keluar dari Mudzalifah. Dengan keadaan azie berbadan dua, perjalanan dalam bas membuatkan azie berasa mual dan akhirnya muntah jua… Alhamdulillah Kak Yam ada membantu. Dan Alhamdulillah akhirnya kami menemui jalan untuk kembali ke hotel penginapan kami.

                                                                       Keadaan di Muzdalifah

Sampai di hotel sewaktu turun dari bas azie dan suami ditegur oleh salah seorang petugas Tabung Haji sebab mengambil risiko pergi menunaikan haji dalam keadaan mengandung baru 2 bulan. Suami pula tidak tahu yang azie muntah dalam bas sebab die tertido…semua tu kenangan manis bagi azie J Kami sampai dah lewat malam, azie pun still pening2 so kami buat keputusan untuk rehat sekejap di hotel sebelum menuju ke Masjidil Haram.

10 Zulhijjah 1430 H/ 27 November 2009

Pukul 4pg kami (azie, suami dan en hafis) bergerak ke Masjidil Haram untuk melaksanakan Tawaf Ifadah dan Saie Haji. Alhamdulillah kami berpeluang solat Subuh dan solat raya Aidil Adha di Masjidil Haram. Selepas Subuh segalanya selesai… dan kami menuju pula ke Al-Safwa Hotel untuk bersarapan pagi. Selesai sarapan, di lobby hotel ade kedai gunting/cukur rambut so azie pun berehat di lobby hotel sambil tunggu suami selesai bercukur.

                                                        Selesai melakukan tawaf dan saie

       Alhamdulillah selesai bercukur dan tak sabar untuk menunaikan wajib haji yg berikutnya iaitu melontar

Pada hari yang sama kami bergerak menaiki bas petugas Tabung Haji ke Mina untuk melontar Jamrahtul Aqabah. Kami ditempatkan di asrama petugas sementara menunggu masa yang sesuai untuk berjalan menuju ke tempat melontar. Di situ azie sekali lagi bersama para isteri petugas Tabung Haji yang menetap di Makkah. Suami pula ada urusan lain dan azie hanya menunggu panggilan dari dia untuk memulakan perjalanan ke tempat melontar. Memandangkan kami tidak berkesempatan untuk mengutip batu sendiri untuk melontar semasa di Muzdalifah, pihak Tabung Haji telah menyediakan batu tersebut untuk kami, Alhamdulillah…

Perjalanan kami ke Jamrahtul Aqabah diiringi oleh anak kepada petugas Tabung Haji yang menetap di Makkah. Mereka adalah anak muda lagi masih bersekolah, merekalah yang menunjukkan arah dan mencarikan tempat yang sesuai untuk kami bermalam di Mina.

                                                        Selesai melontar di Jamrahtul Aqabah

 Hari Tasyrik 11,12,13 Zulhijjah 1430 H
Semasa Hari Tasyrik, setelah selesai melontar kami akan balik ke tempat penginapan dan bergerak ke Mina semula untuk bermalam di sana. Keadaan awal pagi dengan para Jemaah berjalan beramai-ramai untuk melontar sangat mengujakan. Walaupun perjalanan agak jauh tak dirasai penatnya. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Di waktu inilah kita dapat menyaksikan wajah-wajah umat Islam dari seluruh dunia.

                      Bermalam di Mina berlantaikan tikar dan berbumbungkan langit...MasyaALLAH :))

              Suasana berdekatan kawasan melontar,berlatar belakangkan bangunan Jamrah 5 tingkat

                                               Jemaah Haji berarak untuk pergi melontar

           Berehat sebentar perjalanan masih jauh :) berlatar belakangkan khemah jemaah haji yang lain dari
                                                                    serata negara

                                                       Alhamdulillah selesai ibadah melontar...

Tawaf Wida’ 13 Zulhijjah 1430H

Alhamdulillah akhirnya selesai ibadah Haji kami… Semoga ALLAH menerima ibadah kita semua…InsyaALLAH....hanya ALLAH yang mengetahui… dan kami pun memulakan perjalanan balik ke Riyadh…

     Suasana ketika melaksanakan tawaf wida'... tawaf selamat tinggal...InsyaALLAH kita akan ketemu lagi...

Wassalam (",)