Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

~:: AziMaH ZaHraH 2nD biRthdAY SpLAsH @ SunwAY LaGOOn ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Penatnya rasa...skrg pun rasa sakit2 badan lagi, tekak pun dah macam rasa tak sedap jer... tapisakit2 tu semua berbaloi kerana lepas jugak hajat nak bawa kakak zahrah pergi sunway lagoon sempena hari jadinya yang ke-2 pada hari semalam 27/12/2010, alhamdulillah

Trip kali ini turut disertai oleh makwan maksu dan kakak2 sporting zahrah kakak fathiah dan afeeqah. Alhamdulillah walaupun mereka baru balik dari Penang (pukul 2pg hari semalamnya baru sampai...) tapi diorg tetap bersemangat mandi-manda di sunway lagoon. tulah semangat anak kecil kalau bab main ni mmg tak kenal langsung erti penat, tapi kalau dah penat, mula la ragamnya paling tidak pun diorg akan tidor senyenyak2nya...

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar semalam... tgk lah gambar kat facebook yer

Monday, January 4, 2010

~::Azimah Zahrah DuOBle 1sT BirTHdaY CeLEbraTion::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat tahun baru 2010, sorry la terlambat sket hehehe...baru ade masa nak update blog. so ape azam tahun baru??? azam tahun 2009 dah tercapai ke belum kalau belum carry forward utk tahun ni la hehehe..eh mane boleh tahun baru azam kena baru :)

Alhamdulillah kami sekeluarga telah selamat sampai di Malaysia pada 27/12 yang lepas pada jam 7 mlm. Ramai jugak la yang menyambut kepulangan kami di KLIA, thanks to family abg uder, abg chik, abg fauzee and the 3 princess and of course atok minah, atok hassan and makwan, atok mazlan and maksu anis...yang specialnya malam tu atok mazlan organized surprise birthday party buat zahrah tapi kakak fathiah dah pecahkan rahsia dulu hehehe...

Alhamdulillah puteri kesayangan ummi dan baba telah menyambut hari lahirnya yang pertama pada hari kami sampai di Malaysia. "Buat kakak Zahrah ummi doakan kakak menjadi seorang anak yang solehah, beragama, berilmu dan beriman, jadilah contoh yang terbaik kepada adik2 mu kelak, ummi dan baba sentiasa mengharapkan dan mendoakan yang terbaik untuk kakak agar berjaya dalam hidup didunia dan di akhirat serta dipermudahkan segala urusan...InsyaALLAH...Ameen...KAMI SAYANG KAKAK ZAHRAH :) " Syukur kehadrat Ilahi urusan pada mlm tu berjalan seperti yang dirancang, majlis disambut meriah walaupun sederhana. Tapi, sebelum tu baba pun dah buat surprise celebration utk birthday zahrah masa kami di hong kong, walaupun takde kek harijadi tapi special request for birthday song utk kakak zahrah cukup utk buat ummi terkejut...

~ Tak sempat nak amik gambar kapal yang betul2 punya huhuhu... ~

Pada malam terakhir kami di Hong Kong, kami dibawa menaiki Harbour Cruise sambil menikmati makan malam. Biasa la dalam cruise kan mesti ada org nyanyi utk menghiburkan tetamu yang leka menikmati juadah...Mula2 ragu2 jugak..halal ke makanan dia??? tapi kami diberitahu ade makanan seafood and vege, kira ok la kot InsyaALLAH... Alhamdulillah diorg ade hidangkan sushi, ummi dok melantak sushi je la mlm tu hehehe... Zahrah plak makan steam white rice and salad...bagus betul kakak zahrah tak memilih langsung...senang bawak jalan2 :) tapi kesian jugak dengan dia...sepanjang kat Hong Kong tu makan tak berapa nak proper sgt la...makan je la ape yg ade dan yang penting halal. Selesai makan2 org ramai pun mula la menumpukan perhatian kepada si penyanyi yang bersuara lunak tu, bila lagu rancak dinyanyikan ada la sorang budak cina ni suka sangat menari2 dekat dance floor tu so apa lagi ramai la budak2 cilik yang turut serta bersama dengan parents masing2 yg sibuk snap gambar... Zahrah pantang tgk situasi macam tu so dia pun ada niat utk turut serta tapi memandangkan pergerakan dia yang terhad, dia hanya memandang dari jauh je la...tapi lama kelamaan dia pun dah tak boleh tahan, nak merangkak ke sana ummi pegang tangan dia erat...pastu dia merengek2 la...akhirnya terpaksa la baba menemankan dia...

~ Tengok je la aksi kakak zahrah tu, bukan main suka lagi dia join budak2 lain atas dance floor tu~

Setelah tu kapal tu pun berlabuh di perhentian pertama so kami ambil peluang untuk naik ke deck yang atas utk melihat suasana Hong Kong di waktu malam. Malam tu sejuk sangat dan angin pun bertiup agak kuat. selesai ambil gambar kami pun cepat2 turun kat bawah semula.



~ Kakak Zahrah beraksi seperti pengemudi kapal bertauliah ~

Lepas duduk2 balik sambil belek2 gambar yang disnap tadi tetibe ade announcement ala2 bunyiknyer mcm ni " this birthday song is specially request for Zahrah on her 1st birthday!" ummi pun terkejut terus tanyer baba bila baba bgtau depa soh nyanyi birthday song utk zahrah? baba malu2 plak nak jawab "ade diorg tanyer td..." lebey kurang mcm tu la jawapan baba, tapi mmg ummi tak perasan bila masa diorg tanyer kat guest ade request for any song ke tak agaknya masa tu ummi sibuk tgk sushi ade lagi ke tak hehehe...

~ Kakak Zahrah mula2 pun pelik kenapa org2 ni semua tengok ke arah dia ~

~ Bila semua org bertepuk tangan kakak zahrah pun tepuk tangan jugak dan tersenyum riang ~

Tu cerita masa di Hong Kong ni nak cerita sambutan hari lahir kakak Zahrah di rumah Atok Mazlan dan Makwan pulak...

~ Birthday gurl dengan ummi die. cekak minnie mouse tu dari jepun baba belikan masa kami pergi disneysea Tokyo. Walaupun keletihan, berjumpa semula dengan keluarga tercinta semestinya membawa keceriaan ~

~ OK lets sing together... happy birthday to u 2x happy birthday to zahrah happy birthday to u! Thanks a lot to makwan, angah and kak ju yang buat semua persediaan utk majlis ni. ~

~ Kek harijadi yang pertama utk kakak zahrah, thanks to mama yang sudi utk sponsor kek ni ~

~ Ummi suka tgk gmbr ni sebab aksi kakak husna meniup lilin comel sgt. Kakak Zahrah tak pandai nak tiup lilin lagi so ummi mintak bantuan kakak husna. Lepas tu makwan nyalakan balik lilin tu soh ummi plak tiup hehehe...2x diorg nyanyi birthday song utk zahrah ~

~ Masa untuk potong kek pulak. Kakak Zahrah memberikan kerjasama yang terbaik walaupun badan letih selepas berjalan jauh ~

~ Kakak pun nak rasa kek dia jugak, tapi tak bley byk2 sebab baby tak boleh makan makanan manis2 sgt tak berapa sesuai lagi utk usus dan buah pinggang mereka. Eh kakak baby lagi ker....kalau dah 1 year kira dah masuk toddler stage la..., ehmmmm...sedapnyer kek ni ~

~ Masa untuk terima hadiah. Yang pada atok hassan tu hadiah drpd kakak hani and abg ery (anak abg uder) yang pada atok minah tu hadiah drpd atok minah and atok hassan. "Zahrah says thank you...", kata baba ~

~ Yang ni pulak hadiah drpd atok mazlan dan makwan. Learning piano smpi sekarang menjadi rebutan kakak2 sepupu zahrah yang lain so ummi sorokkan dalam bilik bukan apa nanti ada yang bergaduh menangis2 huhuhu...~

~ Masa untuk buka hadiah pulak...Aik ni sape punyer birthday ni, baba plak terlebih excited nak bukak present hehehe...kakak tak pandai nak bukak sendiri la ummi, baba tolong bukak kan jer. Zahrah dengan mak udenya sambil makan keropok ikan, tak sabar2 nak pergi kat baba nak tgk present dia ~

~ Tu la learning piano yang ummi cakap tadi. semua mcm berminat sgt dengan mainan tu. masing2 berebut2 nak main... afieqah nak pinjam kejap...hani nak main kejap...kakak husna pun nak main jugak...zahrah pun boleh tahan jugak...menjerit2 die agaknyer die pun cakap "ni zahrah punya, zahrah nak main jugak" hehehe... Baba cuba menjadi penyelamat keadaan masa tu :) ~

~ Aksi rebut- merebut terus bersambung...dan akhirnya kakak zahrah mengalah...hadiah drpd kakak hani n abg ery menjadi pengubat hati hehehe...Alahai baiknya anak ummi ni, tak suka gaduh2 yer, baguskan mcm tu nanti kalau dah ada adik kongsi mainan dengan adik2 tau, main bersama2 jgn rebut2 tau... ~

Majlis mlm tu berakhir dalam pukul 11 lebih. Atok hassan dan atok minah ikut abg uder balik ke rawang sementara menunggu hujung minggu untuk pulang bersama2 dengan zahrah ke Muar. Dan sekarang ummi dengan zahrah ada di kampung Muar, hujung minggu ni baba akan datang jemput kami pulang semula ke putrajaya. Berakhirlah sudah catitan utk kali ni... InsyaALLAH ummi akan menulis lagi. :)


~salam~



(",)