Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah…
Sebelum bermula, ingin azie nyatakan hasil tulisan ini
adalah dari sudut pandangan azie dan mungkin ada perbezaan pendapat dikalangan
sahabat2 yang membaca, azie sangat meraikan perbezaan tersebut dan mohon di kongsikan
bersama supaya kita dapat belajar sesuatu daripadanya ok (smiley face hehe)
Di sini azie kongsikan beberapa ilmu yang diperolehi dari
Sessi Pertama Kursus Keibubapaan anjuran IPN yang berlangsung di Dewan Seminar
Masjid Shah Alam pada 19 Januari 2013
DIDIK CARA NABI DAN PSIKOLOGI RAHSIA
MENDIDIK ANAK HEBAT
Penceramah: Pn Khairulaniza Khairuddin
Modul latihan teknik mendidik
anak gaya Nabi Muhammad SAW dikendalikan oleh Team Hadith Psikologi. Mereka
adalah sekumpulan tenaga pakar yang mengkaji hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan
dengan teknik mendidik anak/pelajar mengikut sunnah Rasulullah SAW. Ada
pelbagai teknik yang boleh dipraktikkkan dan rujukan boleh dibuat di
http://hadithpsikologi.blogspot.com
Tetapi pada seminar kali ini
teknik yang diberi penekanan adalah Teknik Pujian Nabi Muhammad SAW, Teknik
Nabi Muhammad SAW tidak menyiasat kesalahan, tidak menegur atau pun mengkritik
kesalahan, tutup mata pada kesalahan, sebaliknya memuji kebaikan dan yang
ke-tiga teknik Nabi SAW menyelesaikan konflik antara dua pihak.
Teknik Memuji/Pujian
Azie yakin semua ibu bapa suka
dan selalu memuji anak-anak mereka. Tetapi adakah anda rasa pujian anda memberi
kesan kepada anak anda? Adakah anak-anak anda boleh kenal pasti mengapa anda
memuji mereka dan apa tujuan anda memuji mereka?
Selalu kita berikan pujian
kepada anak-anak atas faktor-faktor yang nyata/besar atau atas kebaikan yang
pada kita nampak besar seperti ‘kakak
pandai’, ‘kakak cantik’, ‘abang rajin,’ dan sebagainya,…. Tapi, adakah anda
rasa pujian anda itu memberi impak yang besar kepada anak anda?
Sebenarnya
dalam memberi pujian kita juga perlu ada ILMU… barulah pujian tersebut dapat
memberi IMPAK yang BESAR kepada anak kita… kerana kata-kata pujian ini
mempunyai pengaruh dorongan dalaman dan luaran yang sangat kuat. Sekiranya
pujian yang diberikan menggunakan teknik yang betul, ia dapat membentuk sikap
yang positif kepada anak-anak.
Jom kita baca macam mana teknik
memberi pujian yang betul :)
Hadith Pintu Langit Terbuka
Daripada hadis tersebut 5 PRINSIP PUJIAN dapat dikenal pasti
Prinsip 1
Pujian hendaklah dibuat sebaik
sahaja tingkah laku positif dibuat. Dengan cara begini, ada potensi untuk anak mengulangi tingkah
laku yang baik tersebut di masa akan datang. Dan adalah lebih elok pujian
diberikan secara terbuka (kalau ada anak lebih dari seorang biar mereka dengar
anda sedang memberi pujian, tetapi hati-hati dengan kata-kata anda jangan
terlampau memuji ditakuti timbul pulak perasaan cemburu, nanti azie kongsikan
bagaimana membina ayat memuji dengan berkesan) ini supaya orang yang mendengar
juga akan melakukan tingkah laku yang positif tersebut dan cara ini juga
menaikkan self-esteem/maruah anak yang menerima pujian.
Prinsip 2
Pujian hendaklah diberikan serta
merta biarpun kebaikan yang dibuat sangatttttttttttttttt kecil… azie tekan kan
sangatttttttttttttt kecil… Untuk itu kita hendaklah sentiasa mencari kebaikan
anak-anak kita… biarpun ia hanya sekecil zarah… Contoh kebaikan kecil? Rasanya
anda sendiri boleh cari kan… cuba cari peluang untuk memuji dari setiap gerak
geri anak-anak, sekiranya anda dapati mereka sedang leka melakukan sesuatu,
anda perlu turut serta dan cari peluang untuk memuji.
Anda tahu apa kuasa memuji??? Ia
mampu mengubah tingkah laku seseorang… tapi adakah senang untuk membentuk anak
yang nakal menjadi lebih sopan dan beradab? Anda boleh mengubah mereka tapi
pastikan anda dapat menarik perhatian mereka dahulu… dengan cara bagaimana?...
dengan memberi PUJIAN pada perkara
yang sangattttttttttt kecil… dengan cara ini orang yang menerima pujian akan
menjadi suka kepada kita dan kebaikannya dia mudah mendengar nasihat dan
teguran kita
Kita hanya dapat mempengaruhi seseorang apabila orang itu suka pada
kita
Prinsip 3
Apabila seseorang buat sesuatu
yang baik tanpa disuruh, kita
hendaklah memuji tindakan tersebut dengan hati yang ikhlas
Prinsip 4
Apabila perbuatan yang baik
dibuat di hadapan orang yang besar (ayah, ibu, datuk,kawan-kawan ibu bapa etc)
pujian harus diberikan secara terbuka
Prinsip 5
Puji TINDAKAN/perbuatan/tingkah-laku (puji hasil kerja dan BUKAN
individu) dan sebutkan IMPAKNYA
Contoh : “Ibu kagum dengan kamu kerana kamu membantu adik-adik membuat
kerja sekolah (perbuatan), in sha ALLAH, ALLAH akan membalas jasa baik
kamu kepada adik-adik dengan rahmat dan keberkatan-Nya (impak 1) ibu yakin kamu akan menjadi pelajar yang
cemerlang dan bakal menjadi tokoh pendidik yang disegani (impak 2).”
Itu adalah 5 prinsip asas dalam
memberi pujian. Sekarang jom kita tengok macam mana nak membina ayat yang betul
apabila memuji…
Mulakan ayat dengan “IBU KAGUM” disertai dengan “IBU YAKIN” sebagaimana contoh ayat
diatas ye…
Boleh tak gantikan perkataan
kagum dengan perkataan lain sebab bunyi macam formal sangat… (ada peserta yang
tanya soalan macam ni…)
Pada pandangan azie yang masih
tak berapa tinggi ilmu ni… boleh kita gantikan dengan perkataan lain… Azie
selalu guna perkataan bangga, suka, sayang, bagus dan selalu ucap terima kasih
sebagai tanda penghargaan… sambil memeluk atau menggosok2 lembut kepala
anak. Anda boleh guna apa jua perkataan
yang dirasakan lebih santai tapi membawa mesej yang betul dan positif (
tunjukkan betapa anda menghargai tingkah laku yang positif tersebut).
Ingin azie menambah 1 lagi
prinsip yang penting dalam memuji kebaikan anak adalah dengan membuang rasa MARAH. Perlu diingat bahawa anak-anak
memang cenderung untuk melakukan kesalahan, bertindak terlampau aktif, atau
mungkin nakal… teknik memuji ni tak semestinya kita boleh gunakan semasa anak
dalam keadaan baik sahaja, jika anak buat hal teknik ini juga boleh digunakan cuma
prinsip utama dia adalah BUANG dulu rasa MARAH. Semasa memuji hati kena ikhlas,
kalau kita memuji dengan hati yang marah pujian itu mungkin berbunyi seperti
sindiran dan tidak memberi apa2 kesan positif kepada anak.
Langkah untuk memuji anak ketika mereka
membuat kesalahan;
Istighfar dalam hati > buang
rasa marah > cari peluang untuk memuji (cari kebaikan ) lupakan kesalahan >
bina ayat untuk memuji > senyum > dan sampaikan pujian anda
Contoh : Anak mungkin suka
mewarna dan melukis dengan menggunakan ‘water colour’ tapi keadaan menjadi
tidak terkawal, air tumpah dan warna bersepah-sepah
Cari kebaikan – lukisan anak
cantik
Ayat memuji (puji tindakan dan
impak serta hujah anda jika perlu) – Wah…
suka ibu tengok lukisan ni cantiknyerrr…kakak memang pandai melukis
(pujian), tapi kalau kakak tolong ibu kemas dan simpan ‘water colour’ ni ibu lagi suka dan sayang
kakak…(impak)
Hehehee….ini hanya contoh sahaja…
azie pernah cuba cakap macam ni dengan anak tapi situasinya bukan exactly macam kat atas la..., kadang-kadang menjadi
kadang-kadang tak, bergantung jugak kepada mood mereka, tapi tak salah mencuba
dan jangan putus asa in shaa ALLAH lama-lama nanti mereka akan faham.
Cara diatas juga boleh dijadikan
sebagai
TEKNIK MENDORONG TINGKAH LAKU
POSITIF. Dan kalau nak lebih efektif lagi lakukan teknik pujian
sebelum, semasa, dan selepas melakukan.
Contoh seperti di bawah
Untuk dapatkan banyak lagi contoh kata-kata pujian yang digunakan sila like fanpage ni Komuniti mencontohi akhlak Rasulullah
So rasa-rasa lepas ni boleh beri pujian kepada anak dengan betul tak? or rasa susah nak aplikasikan teknik ni dengan anak-anak? Setiap perkara baik tu pasti ada ujian die kan, nak mulakan memang susah tapi in shaa ALLAH once da nampak perubahan kita pasti yakin dan lebih bersemangat, tapi perlu diingatkan mendidik anak-anak bukan seperti semudah menekan button, hasilnya mungkin mengambil masa berbulan2 atau bertahun2... sama-sama kita berdoa semoga kita terus ISTIQOMAH in shaa ALLAH
Azie bagi tips sket macam mana nak muka aplikasikan teknik ni yerk...
Step 1 - Senaraikan kebaikan-kebaikan anak kita
Step 2 - untuk setiap kebaikan yang dah disenaraikan catatkan apakah impak daripada kebaikan tersebut
Step 3 - Buat skrip kata-kata pujian kepada anak-anak mengikut format pujian Nabi Muhammad SAW
"Ibu kagum..........................(beri pujian), Ibu yakin............................(nyatakan impak)"
Ok azie berhenti dulu kat sini,
pada entry yang seterusnya azie akan kongsikan Teknik Nabi Muhammad SAW tidak
menyiasat kesalahan, tidak menegur atau pun mengkritik kesalahan, tutup mata
pada kesalahan, sebaliknya memuji kebaikan dan yang akhir sekali teknik Nabi SAW
menyelesaikan konflik antara dua pihak.
Stay tune!!!!!!!