Salam semua!
Baba komen dlm FB ‘ byk nak kena tulis tu’ hehehe…terasa poyo laks nak story morry day by day… tapi nnti kalau kumpul dalam 1 entry mau muntah darah org membaca kan…so azie bahagi2 kan mengikut hari… mmg byk benda nak cerita… siap nak bg tips lagi…mcm mana nak travelling with 2 toddlers yang memang tengah sangat aktif, hehehe insyaALLAH… tapi rasenye setakat ni tak bg apa2 tips sangat hehe.
Memang sebelum kitorg plan for this trip, kitorg fikir masak2 dulu sama ada nak bawa the kids atau pun tak… Bila Baba tanya Ummi mesti la Ummi kata BAWAKKKK… Hehehe.. sebab awal2 dah plan mmg nak bawak diorg pergi holiday, tapi Ummi holiday cum kerja itu yang merisaukan Baba agaknya, plus dekat negara lain pulak kan kalau jadi apa2 susah jugak… Tapi Alhamdulillah, apa2 keputusan yang perlu dibuat kena lah minta pandangan Maha Pencipta… Akhirnya perjalanan diteruskan jua dengan kehadiran anak2 sekali. Ummi adalah orang yang paling gembira rasanya sebab dapat tunaikan hajat kakak untuk naik aeroplane. Walaupun dia dah naik beberapa kali, mase tu die masih kecil untuk mengingati semua tu…dan sekarang Zahrah adalah seorang kanak2 yang pintar dan betah bercakap. Dia seronok setiap kali nampak kapal terbang. Dan walaupun dia masih kecil…azie punyer pendirian selagi kita mampu dan terdaya tunaikan lah setiap hajat suami atau anak atau sesiapa sahaja yang kita sayangi… Walaupun kakak Zahrah terlalu kecil untuk menyatakan hajatnya tapi kata2 seperti “kakak nak naik eroflane” jelas pada Ummi akan hajatnya itu.
Hari ke 3 di Sapporo paling best. Pagi tu mcm biasa Azie keluar lewat sket dalam kol 830 ke Sapporo Convention Center. Azie attend a few talks and sempat berjumpa dengan Prof Kozo dari Hokkaido University, just a courtesy to introduce myself since student dia dah mentioned pasal azie kat dia.
Hasrizal dgn Fa dah plan nak bawak kitorg jalan2 aritu. Kalau ikut kan plan asal kitorg nak join Sapporo Walking Tour yang organizer anjurkan tapi since ada orang offer nak bawak jalan2 naik kereta kitorg ikut je la J. Lawatan di mulakan ke Sapporo Factory. Kat sini ada byk kedai souvenir tapi harga mmg boleh tahan mahal jugak la. Kitorg mmg tak plan nak shopping sgt sebab masa previous visit to Tokyo mmg dah belikan souvenir utk family and friends. Hasrizal tunjukkan kedai yang ada jual produk white cokelat yang famous kat Sapporo ni nama dia Shiroi Koibito. Beli untuk kawan2 kat office and makan sendiri jerk. Yang best tu ade 1 produk ni nama dia Potato Chip Chocolate , sangat menarik potato crackers disalut dengan cokelat, belum pernah jumpa lagi. Kalau ade pengusaha IKS nak buat produk mcm ni amatlah digalakkan.
Di hadapan Sapporo Factory, bangunan dia adalah bangunan lama, dulu bangunan tu merupakan kilang membuat beer
Antara produk Shiroi Koibito yang popular. Kalau sampul dia warna biru untuk white chocolate, kalau sampul warna chocolate of course la utk brown chocolate :). Tapi diorg lebih emphasizekan produk white chocolate
Antara souvenir yang famous dari Hokkaido adalah Marimokkori. Marimokkori ni adalah sejenis species lumut yang hanya ditemui di Hokkaido dan Brazil ke Madrid (kalau tak silap hehe). Bentuk asal dia bulat dan lama2 dia akan membesar, hidup dalam air dan ada makanan khas. Macam biasa, sebelum nak balik kita bergambar dulu yer. Lepas tu kitorg pergi lunch memandangkan azie tak sempat nak makan lagi, tak ingat plak apa nama tempatnya, tapi mee udon die sangat sedap,kakak Zahrah n Azwani sgt suka. Then kitorg singgah ke Masjid Sapporo. Satu2 nyer masjid di Sapporo dan kawasan situ dimonopoli oleh komuniti Indonesia.
Keychain Marimokkori yang sangat cute, tak beli pun, harga dalam 600Yen. Lupa plak nak amik gambar asal dia. Tapi rupa dia yg sebetulnya bulat mcm bola besbol warna hijau
Wing baru Sapporo Factory macam shopping mall dengan ada food court lagi. Tapi kami tak menjamu kat sini hanya mengambil gambar sebab ade rimbunan bunga yang sangat cantik. Tapi dalam gambar ni tak nmpk plak bunga-bungaan itew
Inilah masjid yang disebutkan tadi.
Tadi kitorg beli Shiroi Koibito kan…next trip kitorg melawat kilangnya pulak, tapi kitorg smpi lewat, lg 2 jam sudah mau tutup..tak sempat naik train pusing2 sekitar kilang tu and tengok bahagian dalam kilang tersebut. Kenapa tak beli cokelat tu kat kilang die je kan?... Harga sebenarnya lebih kurang sama je, even kat airport pun harga sama macam kat kilang…kalau kat Malaysia, harga kat airport lipat kali ganda mahal daripada kat luar kan. Chocolate Factory atau Shiroi Koibito Park merupakan kilang cokelat + taman bunga ros. Kebetulan masa kitorg smpi tu ada byk bunga ros dan bunga2 lain sangat seronok mengambil gambar.
Gambar pertama di Shiroi Koibito Park. Tengok kakak Zahrah lena tido. Kepada guest yg tak bawak stroller jangan risau sebab mmg ade disediakan stroller utk kanak2 secara percuma. Tiada bayaran masuk ke Chocolate Factory ni, tapi parking kena bayar la. Ade banyak attraction kat sini seperti Old and New Toys Gallerie (most of the toys adalah originated from Japan), Gramophone Gallery, Factory Visit, Musical Parade, Chocolate Testing and byk lagi la. Kena rujuk kepada brochure yang disediakan sebab ada certain tempat kena bayar kalau nak masuk.
Di antara bungo2 itu ade ros besar di sitew hehehe...
Rasa mcm couple yg pergi honeymoon pulak, ye ni adalah trip honeymoon kami sambil ditemani anak2 :)
Kemesraan ayah dan anak...feel so blessed whenever i look at this picture...Sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan dipertemukan dengan insan2 yang sangat istimewa di hati Ummi
Chocolate Factory building atau diorang panggil Tudor Building
Bahagian dalam Tudor Building, terbentang tangga dengan hamparan merah, sangat grand
Dalam taman tu ade clock tower dan setiap jam akan ada musical parade. So sebelum menamatkan lawatan pada hari tersebut, kitorg decide nak tggu. Tepat pukul 6pm musical parade pun bermula. Sepanjang lawatan kat sini Kakak Zahrah tido setido tidonya… sampai kena kejut. Masa musical parade tu berlangsung taman kat situ penuh dengan bubbles, yg best nyer patung2 even pokok2 dalam taman tu bergerak2, tong sampah pun menari2 hehe… sangat happening masa tu dan sangat best sambil menikmati Hokkaido famous soft ice-cream. Kakak Zahrah sgt suka main bubble tu tapi die mengantuk sangat, duduk kat stroller sambil tunjuk2 je kat bubble tu. Adik Azwani plak tak berani nak bangun dari pangkuan Ummi sebab mungkin dia tak biasa dgr bunyi muzik kuat2 dan ade pulak 3 ekor patung anak piggy nyanyi2 smbil keluar masuk dari kandangnyer…Dalam pukul 630 kami pun bertolak balik. Sampai hotel masing2 dah penat, terus bersiap2 untuk berehat n tidoq…Dan berakhir lah episode ke 3 ini.
See you in next episode ya!
p/s: musim haji dah nak bermula lagi...terasa mcm nak buat entry menyingkap memori tanggal 1430 Hijrah yang lalu
Salam Sapporo
UmmiAzie












