Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

~:: Lagi-LaGi iSu tenTang VakSinasI ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Fuh tarik nafas sekejap.......

Banyak benda azie nak kongsi sebenarnya, tapi disebabkan oleh keterbatasan waktu...

InshaALLAH akan azie cari ruang dan peluang untuk berkongsi lebih maklumat dan informasi yang inshALLAH memberi manfaat buat kita semua.

Disini azie nak kongsikan catitan daripada kawan Dr Halina (Barely Supermom) tentang isu vaksinasi ni...

Azie bukan la pro atau pun con hehehe maksudnya saya bukan pembangkang dan bukan pula kerajaan...OOOPPPSSSS....terpolitik pulak hehehe

Pandangan dan pendapat amat dialu2kan... baca catitan tersebut dengan teliti dan hati yang tenang... dan fikir2kan...serta mohon petunjuk dari ALLAH!!!

Dear mommies..
Here is the article regarding vaccination by Dr Zahilah Filzah, a pediatrician of Sg Buloh Hospital as promised. I hope you’ll take time to read this article. She wrote a very precise, nice article about vaccination and I really hope we can convey this message to all mommies out there. If you have any question, please write on the comment section. Dr Zahilah or me myself will try to answer your question. I know some people are very ‘hardcore’ and can be emotional about this vaccination issue. Please don’t bang each other. We are adult and all of us has our own opinion. Don’t judge others who does or doesn’t want to give their child vaccination. We as medical providers, our job is to educate the public based on our knowledge as a doctor and Muslims.
Enjoy. And think!!
***********************
Dear BarelySupermommy readers,
      I reckon that some of you may have your own stand on this matter- vaccination. While some of you may disagree, I believe majority of us still believe in vaccination as an effective preventive measure to combat certain infectious diseases. However, the last few months or so, someone may have spoken to you or you may have read on Facebook – that vaccination is not what it seemed. That it is not safe , causes autism, not ‘halal’ and that vaccines are only.............................

 Untuk lebih lanjut boleh layari link ini  http://barelysupermommy.com/2013/07/11/vaccinations/

Enjoy your reading and digest it properly okeh ladies and guys...

Salam Ramadan
(',)

Monday, February 18, 2013

~: Parenting Knowledge; Kemajuan atau sebaliknya... :~

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah…
Selamat menyambut tahun baru cina kepada kawan2 yang menyambutnya, alhamdulillah tahun ni berpeluang merasa 'makan besar' bila dengan tak sengaja ziarah kami ke rumah mak saudara azie pangkat makcik, yang duduk di Sungai Abong (suaminya berketurunan Cina) dipelawa untuk turut serta menikmati 'makan besar' ;) macam-macam jenis lauk ada... alhamdulillah ... tapi semalam dikejutkan pula dengan berita pakcik ditahan di wad sebab serangan jantung...in shaa ALLAH semoga diberikan kesembuhan segera dan dilindungi ALLAH sentiasa hendaknya...

In shaa ALLAH tips2 atau ilmu2 yang seterusnya akan azie kongsikan lagi... tak sabar sebenarnya nak cerita pasal teknik parenting gaya Sultan Muhammad Al-Fateh ni... 

Tapi kali ni azie nak kongsikan sedikit pengalaman azie dalam usaha untuk mendidik menggunakan kaedah Nabi Muhammad SAW... 

Memang diakui kita manusia yang lemah selalu berbolak-balik hatinya...
Seminggu yang lepas, kakak Azimah bermain bersama-sama seperti biasa dirumah. Mainannya alahai...bersepah merata2 so azie suruh diorang kemas... ayat biasa " kakak tolong kemaskan mainan ni" kakak buat tak tahu je...  dan kemudian mula la skrip... " anak yang solehah rajin kemas barang dia, barulah ALLAH sayang, ummi sayang dan semua suka dengan dia"... Kakak masih buat tak tahu, kalau sebelum ni dia akan bagi respon jugak, dia akan terdorong untuk ikut cakap azie... tapi alhamdulillah Kak Ngah Azwani tanpa berlengah mengemas barang2 mainan tersebut...

Selesai die mengemas, azie pun puji tindakan Kak Ngah...tetibe kakak Azimah bersuara..." kakak ummi...kakak....", maksudnya dia suruh azie puji dia jugak... tapi...azie buntu jap, then azie jawab..." kakak tak tolong ummi, mcm mana nak puji"...huhuhu sekali dia meraung... "kakak nak kemas jugak...nak kemas jugak..."

Boleh tak kawan2 kesan kat mana silapnya tu... 

Bergaduh...

memang biasa adik-beradik sering bergaduh kan, tapi kalau smpi ke tahap pukul memukul, cakar, cubit, gigit agak2 ibu-ibu diluar sana tu buat macam mana?....

Satu lagi teknik yang azie belum kongsikan ialah teknik menyelesaikan konflikkan...konsep dia mudah je... Nyatakan kebaikan satu pihak kepada pihak yang 1 lagi... Contoh "Kenapa kakak pukul adik, kan adik selalu tolong kakak kemaskan mainan..." dan begitu juga katakan pada adik..." adik, kenapa kacau kakak buat homework...kan kakak selalu temankan adik kat sekolah, makan sama-sama, tido sama-sama..."

Ok, kali pertama, kedua ketiga berjaya...tapi pergaduhan tu mmg akan ada setiap hari...sampai azie plak da hilang skrip huhuhu...

Adakah dengan teknik ni kita dapat kurangkan bilangan pergaduhan yang terjadi antara kakak dan kak ngah?... Jawapannya tidak signifikan sangat...sebab ujian bertambah bila kita hendak memulakan sesuatu yang baik...Tapi pokok pangkalnya JANGAN PUTUS ASA in shaa ALLAH hasilnya kita tak kan nampak sekelip mata...

Tapi nak bagitau kat sini....ujian itu akan ada, dan bersedialah :)

                                                        Kakak Azimah dan Kak Ngah Azwani
                                               Ummi lovesssssssssssssssssss both of u so much!



Thursday, December 13, 2012

~:: LahIrnya SeorAng Puteri BerNama AZMUNA ZULFA ::~


Bismillahirrahmanirrahim...

Pembuka bicara
Syukur ke hadrat Ilahi Yang Maha Esa, Maha Pencipta, Maha Penyayang dan Maha Mengasihi...Alhamdulillah kerana dikurniakan kesempatan sekali lagi untuk terus menikmati nikmat dunia yang sementara ini...Alhamdulillah dengan keberkatanNya dan kurniaNya kita diberikan kesihatan yang sempurna untuk sama2 mensyukuri nikmat ALLAH bersama insan2 tersayang disekeliling kita...

Alhamdulillah, dengan keizinanNya, buat kali yang ke 3 ALLAH mengizinkan azie dan suami menyambut kelahiran puteri ke-3, kami pada hari Khamis 11hb Oktober  2012,  bersamaan dengan 25 Zulkaedah 1433H pada jam 640 pagi dengan berat 4.01kg. Bayi yang dilahirkan telah diberi nama Azmuna Zulfa pada hari ke-7 kelahirannya, semoga menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati umi dan baba.

Dan cerita pun bermula...
Kali ni azie memilih untuk bersalin di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM). Regular check-up dibuat di Klinik Kesihatan tapi bila kandungan masuk 8 bulan azie mula buat check-up di AZIM. Alhamdulillah walaupun sepanjang kandungan banyak mengalami alahan, banyak peristiwa berlaku…Azmuna Zulfa dipelihara oleh ALLAH dengan baik dalam rahim umi, malah membesar dengan sihat sekali. 

Amaran awal...
Dua minggu sebelum EDD, azie da mula merasa sakit, pukul 6 pagi dengan ditemani suami kami bergegas ke hospital, tapi sampai di hospital sakit pun hilang… kebetulan pukul 11pg  hari yang sama ada appointment dengan Dr. Fazlina so nurse nasihatkan balik rumah dulu. Alhamdulillah masa tu jalan (bukaan serviks) telah 2cm, tetapi menurut Dr., kepala Azmuna Zulfa masih tinggi lagi belum menampakkan tanda dah turun. Tunggu punya tunggu EDD hanya beberapa hari saja lagi dan masih tiada tanda2 untuk bersalin, cuma azie ada mengalami beberapa kali Braxton Hicks contraction which is very mild one…

Saat-saat tiba waktunya...
Selasa…9hb Oktober 2012, azie check-up sekali lagi… kali ni Dr. menyatakan kerisauan dia. Baby dalam kandungan dilihat agak semangat saiznya, Dr sendiri sudah agak sukar mengambil ukur lilit kepala baby melalui ultrasound. Dr menjangkakan berat baby dalam 3.6kg dan mencadangkan supaya azie menjalani kelahiran secara induce (paksa) sekiranya dah melebihi EDD. 

Setelah berbincang azie dengan suami sepakat untuk memilih tarikh 12hb Oktober 2012. Sebelum balik tu kami sempat survey2 wad kat AZIM tu. Pakej bersalin di AZIM memang antara yang paling murah RM1200++, 4 bedded room. Tapi yang tak bestnya wad ibu bersalin tidak diasing dalam wad khas. Maksudnya dalam bilik yang ada 4 katil tu, juga menempatkan pesakit2 lain, cuma diasingkan pesakit lelaki dan perempuan sahaja. Azie memikirkan risiko yang kemungkinan terjadi, bayi yang baru lahir sangat sensitive dengan perubahan persekitarannya, untuk mengelakkan sebarang komplikasi atau jangkitan yang mungkin ada dari pesakit lain, kami membuat keputusan untuk tidak mengambil pakej tersebut dan membuat tempahan untuk bilik single.

Dan tiba waktunya...

Kita hanya merancang tapi ALLAH adalah perancang yang terbaik, 11hb Oktober 2012 pukul 3.00pg azie mula rasa sakit. Sakit yang susah nak di gambarkan… Cuba bertahan, pukul 4.00pg sakit semakin kuat. Pukul 5.00pg kami terus bertolak ke AZIM, Alhamdulillah ALLAH memakbulkan doa azie untuk bersalin dikala waktu tidak sibuk, sebab agak sukar nak dapat parking kereta di kawasan AZIM.

Tanpa berlengah kami terus ke tingkat 2, azie ditolak diatas kerusi roda, rasa tak mampu untuk berjalan lagi… Pemeriksaan saringan dilakukan dan mendapati bukaan serviks telah 7cm! Azie terus ditolak ke labour room, jam menunjukkan pukul 600pg, azie telah berada di labour room, suami pula pergi menunaikan solat Subuh, selesai solat Subuh Dr Fazlina pun datang, bukaan diperiksa sekali lagi dan air ketuban pun pecah… Dr suruh push sebab kepala baby masih tinggi!... Dr suruh push sambil mengiring pulak, masa ni azie da tak boleh fikir apa2 dah, suami datang lepas selesai solat Subuh pun azie tak perasan sesedar dah ada kat sebelah sambil usap2 muka azie dengan air selusuh hehe… sempat jugak minum air selusuh lepas tu terus push… Kepala baby still xturun dan Dr cakap baby dah berak dalam rahim sebab meconium, hehe betul ke istilah die tu (najis warna hijau) da keluar… Dr decided untuk guna vacuum… Ya ALLAH, pengalaman pertama guna vaccum… Alhamdulillah akhirnya kepala Azmuna Zulfa keluar juga dari rahim Umi, tapi Dr suruh hold dulu, jangan teran lagi, sebab najis baby dah masuk dalam rongga hidung dan mulut, Dr nak bersihkan dulu to make sure najis tu tak masuk jauh dalam paru-paru… Subhanallah, hanya ALLAH saja yang tahu perasaan azie masa tu. Lepas selesai Dr suruh push kuat2 untuk keluarkan baby tapi azie dah tak kuat, kudrat semakin lemah, byk kali juga push2…dan baby pun keluar ALHAMDULILLAH… tapi Dr maklumkan yang bahu kanannya tersangkut sikit disebabkan saiz baby yang agak semangat tu.

Lahirnya dia...
Sejurus selepas Azmuna Zulfa keluar, Dr terus meletakkan dia atas dada umi (standard biasa mana2 hospital pun kan)…ayat pertama yang keluar dari umi…eeee ada taik hehehe…sebab badan die dah disaluti dengan najis die sendiri,  tapi dalam hati memanjatkan kesyukuran dan mendoakan Azmuna Zulfa terus sihat dan bersemangat ;) Prosedur membersihkan baby dilakukan dalam bilik yang sama, sambil Dr Fazlina menyelesaikan tugas dia. En suami pula sentiasa disisi sepanjang masa,menyaksikan sepenuhnya kelahiran puteri ke-3 kami, sebelum lahir, sedang dilahirkan dan selepas lahir sehingga Azmuna Zulfa bersedia untuk diazankan dan diiqamatkan. Dan dia la informer azie yang terbaik sepanjang dalam labour room hehe… 

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…segalanya dari ALLAH, urusan kelahiran Azmuna Zulfa dipermudahkan. Azmuna ditempatkan dinursery sebab doctor nak pantau bahu kanan dia. Dalam pukul 730pg azie ditempatkan ke wad sementara, memandangkan bilik single semua penuh. Pagi tu ada Ustazah dan wakil daripada Az-Zahrah Spa and Wellness Center datang untuk bagi tazkirah sikit dan briefing tentang rawatan yang ditawarkan di spa tersebut. Alhamdulillah walaupun tak amik pakej bersalin tu, azie tetap dapat baucer 50% diskaun rawatan selepas bersalin tu. Ustazah juga menerangkan serba ringkas bagaimana untuk mentahnikkan baby serta doanya. AZIM juga menyediakan kurma khas untuk bertahnik. Sebelum mereka beredar Ustazah membacakan doa agar pesakit cepat sembuh.

Pukul 12tghari azie dipindahkan ke wad Iman, baru selesa sikit untuk BF Azmuna Zulfa. Nurse bagitahu Azmuna Zulfa kerap berak, dah bagi susu 2oz terus berak then nangis nurse bagi lagi susu 2oz baru diam huhu…sekali sekala azie cuba BF dia walaupun susu masih kurang. Alhamdulillah tengah hari tu lebih kurang 6 jam selepas kelahiran, Baba adalah orang pertama yang mentahnikkan Azmuna Zulfa. 

Sebelah petang tu, ada pegawai hospital buat rondaan bertanyakan tentang masalah pesakit berkenaan kemudahan di AZIM sekiranya ada, dan sebelum die beredar sekali lagi doa syifa’ dibacakan. Sepanjang di AZIM pun alunan ayat suci Al-Quran turut diperdengarkan. Alhamdulillah tak salah memilih tempat J. Azie bermalam di wad ditemani mak tersayang. Esoknya selepas solat Jumaat kami pun discharged. 

Alhamdulillah Azie sangat berpuas hati dengan servis di AZIM… Mereka sangat prihatin, dan Dr Fazlina juga seperti biasa memang cekap melaksanakan tugas beliau. Total bayaran yang perlu dibayar adalah sekitar RM2500 (bersalin normal+vaccum+bilik single+makanan disediakan+1 malam di wad). Sebelum discharge pemeriksaan terhadap baby dilakukan dihadapan ibu bapa, untuk memastikan tiada pertukaran baby berlaku hehe dan semua dalam keadaan baik… Alhamdulillah, mungkin lepas ni AZIM tetap akan tersenarai antara hospital pilihan untuk melahirkan zuriat yang seterusnya, in shaa ALLAH… jika ada rezeki dari ALLAH lagi...

Nukilan Umi Azie, sekadar untuk simpanan sebagai kenangan dan ingatan, Terima Kasih kepada yang sudi membaca dari awal hingga akhir kerana entry ini agak panjang, semoga mendapat manfaat bersama :)


Sunday, December 9, 2012

~:: PaKeJ BerSaLin ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dari semalam da ada visi untuk menulis tapi bila anak2 da tido mata umi pun mengantuk sama tak bley ditahan2 lagi...last2 join ngan anak2 tido sekali :)

Post pasal pakej bersalin ni da lama tersimpan sebagai draft, sebelum bersalin kan Azmuna Zulfa la aritu...kononnya nak bagi panduan kat kawan2 dalam memilih pakej bersalin yg sesuai, in shaa ALLAH. tapi tak sempat nak karang asyik tertangguh sampai dah bersalin. 

Alhamdulillah Azmuna Zulfa telah di lahirkan di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) pada 11 Oktober 2012 jam 640 pagi, in shaa ALLAH nanti azie kongsikan pengalaman melahirkan puteri yang ke 3 ni ye.

Sebelum pregnant dulu pun azie memang berhajat tak nak bersalin kat hospital kerajaan. Bukan kerana servis diorang tak bagus... cuma nak merasa servis hospital swasta :) Memula tu buat la survey, tanya kat kawan2, baca komen/review kat internet, pendek kata buat research dulu la kan. 

Pusat Rawatan An-Nur, Bangi

Kebanyakkan kawan2 ramai yang bersalin di Hospital An-Nur, which is located just beside Az-Zahrah. Setakat yang azie dengar memang servis diorg bagus, pakar gyne die pun among the best, that way ramai sangat patient die. 

Mengandung yang ke 3 ni teringin nak buat 3D scan so azie decide nak buat kat An -Nur saje nak rase mcm mana servis diorg. Appointment pukul 10 tapi masa smpi tu mmg ramai sgt org, smpi ade yg kene tggu kat luar, tempat plak agak sempit huhu... staff kat situ baik tapi tegas, mgkn sebab patient ramai so mmg ade pressure disitu, tapi diorg bijak mengawal situasi :) Dr yang handle 3D scan tu pun ok je, xingat plak nama... cuma satu sessi tak bley lama2, xbyk soklan boleh tanya, as long as die kata baby ok xde masalah then nothing to be worried :) Masa datang tu tengok2 jugak brochure untuk pakej bersalin tapi takde...die just buat general pricing untuk bilik, tapi ramai yang cakap dalam 2k lebih, tapi azie tak tanya detail mcm mana either that one single bed ke, pricing for normal delivery ke... tapi anggaran kos lebih kurang mcm tu la. Nak tanya lebih2 pun staff die sgt sibuk, so azie balik tanpa mendapat maklumat yang lengkap :)

KPJ, Kajang

Azie just but survey via their website, pricing is about RM2500, single room if i'm not mistaken. And kalau ceaser/vaccum/other complication ada extra charges. That price just include one night warded, basic service mcm pemeriksaan oleh pakar gyne, pemeriksaan baby oleh pakar pedi, an including early vaccination for baby for more details boleh tgk kat website die Pakej Bersalin KPJ Kajang

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM)

Azie lebih rasa selesa di AZIM sebenarnya, sebab dah biasa pergi sini. Selalu bawak anak2 dapatkn rawatan kat sini, masa pregnantkan Azwani Zulaikha dulu pun ada jugak buat check up kat sini dengan Dr Fazlina Hanum. Staff die ok cuma kalau department lain2 tu, lain la cara diorg layan patient...huhu pengalaman kat department emergency, agak kasar sikit and garang hohoho... tapi kalau kat bhgn ibu mengandung staff die semua lembut2 belaka :) 

Azie ada amik gambar brochure pakej bersalin die, sbb ada beberapa point nak dikongsikan. tapi hilang plak gambar tu dalam hp. So kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut sila pergi ke AZIM and dapatkan brochure tersebut untuk maklumat yg lebih tepat. Sebab apa yang azie tulis ni mungkin ada yang tersalah tafsir so jgn percaya bulat2 just untuk panduan umum sahaja ye. 

Apa yang best pakej bersalin kat AZIM ni, ade include 50% diskaun untuk Rawatan Selepas Bersalin di Az-Zahrah Spa and Wellness Center yang terletak bersebelahan saja dgn AZIM, Bangi. Pricing die pun sangat murah RM1200, tapi disebabkan pakej yang sgt murah tu, banyak la syarat2 n arahan die, kalau tak ikut arahan kena extra charges hehe... 

Antara yang azie ingat yang tertulis kat brochure tu ialah (1) harga pakej tu utk bersalin normal dan hanya 1 hari di wad - which is mmg biasa la kan (2) kalau ada tambahan peralatan yang digunakan semasa bersalin ada bayaran tambahan- ni pun biasa jugak kan (3) kalau bersalin diluar waktu bertugas doktor pakar juga ada bayaran tambahan- azie berkerut kening bila baca part ni, waktu bertugas doktor pakar di klinik adalah dari pukul 8pg-12tgh, so azie tak sure bila yang dimaksudkan diluar waktu bertugas, adakah doktor pakar hnya bertugas secara rasmi setengah hari saje atau ikut standard office hour??? kita yang nak bersalin pun tak tahu rezeki masing2 macam mana kan, tak tahu pukul brapa kita bakal melahirkan, so kalau yang pukul 2/3 pagi nak bersalin mereka terpaksa membayar xtra charges tersebut. Tapi at positive side, ye la doktor pun ada family and masa diorg pun sgt berharga so xperlu mengeluh sbb kita guna perkhidmatan dia dan dia berhak mendapat bahagian dia, as long as dia bagi kerjasama yang terbaik.

Azie survey 3 tmpt ni aje sbb yang paling senang n dekat jugak la kan from Putrajaya ;) so at the end azie pilih AZIM, the strong reason is azie percaya dengan pakar gyne kat situ and the important is pakar kat situ semua perempuan... Adalah lagi bagus kita jumpa pakar perempuan berbanding lelaki kan... sebab salah satunya kita kena jaga aurat kita. Terpulang pada individu memang ramai pakar gyne lelaki yang hebat tapi bagi azie tuntutan Islam perlu diutamakan. Pernah seseorang beritahu azie dan azie pun ada terbaca
 "fitrah lelaki dan perempuan, walaupun niat untuk merawat tapi tatkala tersentuh antara lelaki dan perempuan ada getar yang berlaku"
So untuk mengelak daripada sebarang fitnah atau dosa yang tidak disengajakan pilih la yang terbaik untuk agamamu :)

Azie akan bagi review azie tentang pengalaman bersalin di AZIM in next entry in shaa ALLAH

Till next writing ;)


Thursday, September 13, 2012

~:: IsTiMewaNya W A N I T A ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Azie jumpa entry ni kat blog kak Moon dan mohon share untuk perkongsian bersama :)... rasa kagum dgn mak yang boleh bersabar dan tahan membesarkan anak2 sendiri dirumah sebagai suri rumah sepenuh masa.... :(

*********************************************************************************

 Moon copy paste nih somewhere dr Facebook ....so para suami baca laaaaaaaaaaaaaa

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.



waaa... mana isteri ku...



Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.



fuuu.. lega..



“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..



lelaki tu pun berfikir...



Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…



hahaha... takde yg nak marah ku...



Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...





Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.



Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???



ingat balik..



And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!



SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!



Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

Friday, September 7, 2012

~:: PerSiapAn MeNyaMbut KeLAhiran ke 3 ::~

 Bismillahirrahmanirrahim...

Pendahuluan

Macam karangan BM je plak siap ngan pendahuluan kan...hehehe

ni sambungan daripada entry yg sebelumnya, memandangkan ada sorang sahabat ni yg jauh diperantauan nun di jepun sana request azie upload kan gambar2 brg keperluan baby yg azie beli masa kat expo tu...tapi sorry sangat sebab tak sempat nak amik gmbr sbb skrg ni azie tak stay kat rumah sendiri, dah dekat 3 minggu kitorg berkampung dekat rumah abah di Desa Pinggiran Putra, since pemergian omak tersayang... :(

So kat sini azie upload gmbr yg sempat azie google je ek... :)

Breastmilk pump

skrg ni dah mcm2 jenama pump yg kita dgr kan dari yg beratus2 harganya hingga yang beribu2... agak2nya la kan kenapa la pump susu ni mahal2 sgt... tapi untuk kepentingan anak dan ibu ditambah dengan kesedaran para ibu pd zaman ni ttg pentingnya khasiat susu ibu, faktor cost tu tolak tepi....lgpun kebanyakkan yg pki pump ni ibu yg bekerjaya mesti dah ada budget sendiri kan :)

dulu azie guna pump Philip Avent Manual ( akak angkat dari Brunei kasi pinjam, last2 ms nak balik Malaysia, packers sumbat dalam kotak so terbwk balik la... and terus jadik hak milik rasmi ). Penggunaan die ok, cuma kenkadang boleh lenguh jugak tangan. Kali ni azie beli yg electric punya seperti dibawah
tak bukak lagi dari kotak hehehe...tapi dah boleh mengepam dari sekarang utk stimulate milk production :)

Milk storage /Cooler bag/ice pack azie beli jenama MomsLittleOne...seperti di bawah murah sket. Kalau nak 1 set Avent punye brand huhuhu lari budget I...


Owh ye..jgn lupa make sure kena ade sterilizer ngan warmer jugak yer :) azie guna brand little bean, so far takde pape masalah


Standing Bath Tub

selalu memikirkan cara mcm mana nak mandikan baby smbil berdiri, kalau letak bath tub kat atas sinki mcm tak sesuai sebab singki kecik... nasib baik ada jual standing bath tub kat expo tu brand Baby Love, rupe dia lebih kurang mcm ni la

Jangan lupa beli bath mat utk letak dalam bath tub tu sebab kita risau jugak bila pegang baby tinggi2 ni kan... but at least pinggang xsakit, xperlu membongkok, especially utk org2 yg agak tinggi mcm azie ni kan hehe... boleh letak dalam bilik air senang nak dapatkan sumber air, pastikan ade lubang utk buang air yg dah kotor so blh ganti air baru utk membilas baby :) . Reason why azie nak sgt benda ni sbb masa dalam pantang azie sendiri mandikan and siapkan baby... eventho mak ada tapi azie lebih prefer handle semua tu sendiri sbb nanti kita jugak yg nak jaga dia kan, jgn terlampau manjakan diri dan harap semua org lain buatkan :)

Bed Net (Kelambu)

Selalu kita pakai yg mcm tudung saji tu kan main serkup2 hehehe... bila nak letak dalam baby cot mcm tak sesuai jerk... kali ni azie carik yg universal size, boleh pasang kat apa jenis baby cot pun. Baby cot brand mothercare, kalo nak carik kelambu mothercare jugak golap mato den tgk harga dia (padahal x tgk pun kat mothercare tapi mmg sure mahal)... yg ni murah je beli kat expo hari tu dapat RM99 size XL lagi, siap dengan tiang die...tapi belum pasang lagi...belum punya kesempatan waktu... rupe die plak lebey kurang mcm ni


Food Processor

Frankly speaking hehe...azie agak jahil ttg pemakanan bayi masa first baby dulu. Ye la masa tu dok kat riyadh, sumber info dari internet jerk, ada jugak kengkawan kat riyadh membantu but still i'm not skillful enough, kengkawan plak masih ramai yg br nak melangkah ke alam rumah tangga time tu, so sumber maklumat sgt terhad, tambah lagi kakak azimah ( currently she used to be called azimah instead of zahrah) ada masalah eczema, lagi la azie buntu. So akibatnya untuk second child pun azie tak rujuk mana2, ikut sedapp hati je... makanan solid pertama yg azie introduce adalah lobak merah dan saya rebus lobak merah tu dan blender guna hand blender....ulang sekali lagi rebus ok... so skrg baru sedar makanan utk baby adalah lebih baik di masak secara kukus (steamer)...huhuhu sedihnyer... Survey2 kat internet jumpa 1 jenis food processor ni,


Supertrio food processor, siap dgn steamer, blender dan blh digunakan sebagai warmer. Carik kat expo ade diskaun 50% so grab jer la...

Nursing pillow

Dulu masa kat Riyadh, ada beli nursing pillow tapi tak tau nak guna hahaha...last2 buat bantal peluk hahaha... kali ni beli yang nampak canggih sket hehe

Nampak mcm sgt selesa kan :)

Set Pencuci Uri 

Sekarang ni ada byk sgt produk2 yang memudahkan kita especially utk bab-bab anak2 ni la... Kalau dulu jenuh nak carik piuk tanah buat tanam uri kan dan bahan2 utk basuh uri sekarang ni dah ada jual set pencuci uri

En suami sgt suka produk ni hehehe senang keje die nanti, dlm ni mmg dah siap ngan segala keperluan utk menguruskan uri.

Kain bedung baby pun dah mcm2 style kalau dulu, mak2 kita guna kain warna putih je kan... skrg mcm2 jenis corak siap ade hood and tali utk ikat bagi ketat, tapi bila ikat tu agak2 la yer... ade jugak yg jenis zip...tapi azie prefer yg mcm kat bawah ni


Bengkung

Selalunya kita pakai bengkung yang bertali masa dalam pantang kan. Yang bertali tu azie beli jugak sebab dah include dalam set bersalin, tapi azie beli jugak bengkung moden seperti dibawah, utk dipakai masa discharge dr hospital nanti, and boleh dipakai even selepas pantang sebab cara pakai die sgt mudah, lilit kuat2 dan lekat. Dia punya strap tu siap ada warranty tak tertanggal hehe...tapi apa2 pun cuba dulu :)


Barang mandian baby

Semenjak kes kakak azimah azie sgt fobia dgn lotion/bedak/sabun yang digunakan utk baby masa dalam pantang. So masa bersalin yg no 2 azie pakai barang mandian yang berasaskan organic dan sgt puas hati dgn produk ni

Kali ni pun azie gunakan produk yg sama, cuma memang mahal sket la... tapi azie pakai smpi baby umur 2-3 bulan je, pastu dah guna yg biasa2 punya :)

Rasanya setakat ni je la dulu perkongsian kita hehe... Kalau azie terjumpa barang baru n best insyaALLAH akan dikongsikan lagi. Semoga entry ini membantu :)

Wassalam
UmiAzie

Wednesday, September 5, 2012

~:: Last Trimester punyer CeriTE ::~

 Bismillahirrahmanirrahim...

Cerita secara rambang 

Cuba nak keluarkan cerita yang best sket... talking about my 3rd pregnancy ni... Alhamdulillah  sedang melalui fasa2 terakhir, skrg ni going to 36 weeks, baby dah 2.7kg umi plak dah gain almost 15kg (hehehe record tertinggi gained 30kg from my 2nd pregnancy) hopefully tak exceed 20 kg la... saya nak dapatkan balik berat badan sebelum kawen which was 60kg only tau  huhuhu... :)

Baby aktif seperti biasa dan memberikan kerjasama yg sgt baik, die tahu umi penat/letih/moody...hehe so bila busy2 tu tak terasa pun berat badan membawa perut :) Subhanallah...ALLAH sentiasa disamping hambaNya, dipermudahkan segala urusan hambaNya... Alhamdulillah

Kali ni plan nak bersalin kat private hospital, saja carik kelainan dan nak kan IC org Selangor ( ade kene mengene ke...? ).

Persiapan menyambut kelahiran

untuk kali ni persiapan dilakukan agak rapi dengan budget sekali, kalau dulu main beli je tak tgk budget langsung (lagipun masa tu en suami je yg kuar duit hehe)...akibatnya ada barang yang dibeli tapi tak relevant utk dipakai... And kali ni lebih bijak sikit bila ramai kawan2 yg dah jadi ibu, so pendedahan lebih luas...baru rajin nak menjenguk expo2 barangan baby ni... Buat pertama kali kami jengah ke IBEX (International Baby Expo) kat KLCC, utk mengelak dari menjadi terlampau boros, senaraikan awal2 barang yg nak dibeli,
1. Breastmilk pump (avent sbb dah biasa ngan brand ni tak mo tukar2 yang lain)
2. Standing bathtub (lenguh nak bongkok2 senang kalo blh mandikan baby sambil berdiri)
3. Bed net (putrajaya byk nyamuk huhuhu... baby cot pakai yg lama still in good condition)
4. Food Processor (dulu tak pakai ni pun...and cara penyediaan pun salah huhuhu...sian anak2 umi)
5. Nursing pillow (siap ade vibrator lagi...hehehe)

Ada juga barang2 lain yg azie tak beli kat expo tu tapi beli kat MumDreams dekat Bandar Baru Bangi. Biasanya barut and kain bedung suruh mak jahitkan tapi kali ni azie beli je. Diorg pun ade jual Set pencuci uri, kalau tak jenuh nak carik periuk tanah huhuhu...

InsyaALLAH kali ni azie mmg plan utk fully breastfeeding jugak but with proper preparation...beli pump baru, set cooler bag sekali dgn milk container, ice pack, all in one cute bag, senang nak bawak gi outstation.

Set Bersalin

Sebelum ni azie pakai set bersalin leesa formula, ok jugak.... tak blh nak compare dgn yg lain sbb tak pernah cuba jenama lain. Tapi kali ni azie cuba set bersalin Tanamera. ada certain produk yg dah bole guna masa sebelum bersalin so srkg ni azie guna Brown soap macam herbal soap, herbal massage oil, lavender water spray and virgin coconut oil (VCO). VCO tu selain utk sapu kat perut blh jugak di minum supaya senang bersalin nanti katanya InsyaALLAH

Sekarang ni ngah tggu masa n ketika je utk bersalin... contraction sket2 tu mmg ade tapi tak sakit so tu tandanya belom lagi la kan, kaki pun tak membengkak sgt lagi... Yang merisaukan sket buat masa ni adalah penjagaan anak2 selepas bersalin nanti...ngah carik maid tak dapat2 tapi mcm tak berapa yakin je ngan idea utk pakai maid ni... nak hntr nursery susah nak carik kat area putrajaya tu... Bertawakal je la nanti mcm mana uhuhuhu...semoga ALLAH permudahkan urusan kita, ujian sket2 tu biasa la... tu tandanya ALLAH sayang :)

Wassalam :)




Tuesday, December 20, 2011

~:: ALIM Kids PlayGroup & CIC Orientation WeeK ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

seperti yang disebut dalam blog sebelum ni, minggu ni adalah minggu orientasi kakak zahrah di CIC (Children Islamic Centre).
Alhamdulillah she doing very well...

hari pertama mmg dah jangka dia akan menangis la... ummi dengan berat hati menyerahkan dia kepada guru2 kat situ, diorg pun very supportive... sessi orientasi ni 2 jam je dari kol 9 smpi 11, so ummi saje smpi awal nak survey2 keadaan kakak zahrah, tapi cikgu kat situ pesan boleh tgk tp jgn smpi diorg nmpk lgpun time tu diorg tgh ade aktiviti kat atas. dalam kol 1115 salah sorang cikgu tu bgtau ummi kalau nak tgk kakak zahrah naik la atas. Alhamdulillah syukur sgt tgk kakak zahrah time tu, dia nmpk happy n well adapted with the environment... sampai tak nak balik nak main slide kat situ...

hari kedua - masa kejutkan pagi td susah la sket...cranky...kakak nak tido...kakak xnak school...kakak nak ikut ummi... pujuk2 ummi angkat die masuk toilet...nangis2 jugak la... tapi pastu nanyi2 dgn die lame2 die pun ok...bila tanye kakak nak pergi school? dia angguk smbil tersenyum... tadi ummi hantar depan pintu je, salam cium sikit terus teacher bwk die masuk,alhamdulillah tak meragam or menangis...

sabtu lepas last session utk ALIM playgroup for 2011, insyaALLAH tahun depan ummi akan teruskan aktviti weekend kakak zahrah ni and berhajat nak daftarkan adik azwani sekali....

tggu next entry ummi akan upload gmbr2 kakak zahrah...insyaALLAH :)

uMMi AziE

Thursday, August 4, 2011

~:: MotherhOOd: MenjaDI iBu YanG BaiK ::~

Bismillahirrahmanirrahim...


Salam Ramadhan semua,


Hari ni adalah hari ke 4 kita berpuasa, insyaALLAH diberi peluang, dipanjangkan usia untuk meneruskan puasa di bulan Ramadhan

Tetiba rase mcm terpanggil nak buat entry pasal motherhood ni sebab sekarang ramai kawan2 yang tengah mengandungkan anak pertama, mcm2 cerita nak kongsi dan azie pun seronok baca pengalaman masing-masing. dan tetibe terdetik kat hati...adakah selama ni aku merupakan seorang ibu yang baik??? mmg mood arini tak berapa nak baik sebab azie frust...huhuhuhu rasa mcm nak nangis je...( ish2 tak ley nangis lebey2 nanti batal pose hehehe...) Frust sebab... takut sebab...risau sebab...sedih sebab... eh byk plak perasaannya mula2 frust ni ni dah melalut2 plak hehehe...




Jangan Putus Asa

bila kita cuba nak memberikan yang terbaik, nak jadik yang terbaik tapi kita gagal...agak2nya korang frust tak? ye, memang bukan semua perkara sempurna tapi perasaan ni ade up and down dia...bila dah puas rasa up ALLAH tentukan kita untuk rase down plak... tak salah kalau kita rasa frust kalau usaha kita gagal kan, tapi dengan syarat JANGAN PUTUS ASA, teruskan berusaha!!!!!!

Motherhood

apa kena mengena frust, jgn putus asa dengan motherhood ni? isu kat sini adalah mcm mana nak jadi ummi/ibu/mak/mama yang baik... BAIK... mcm mana kawan2 istilahkan perkataan tersebut?

Adakah IBU yang BAIK selalu masak yang sedap2 utk keluarga
Adakah IBU yang BAIK selalu bawa anak2 makan angin
Adakah IBU yang BAIK selalu meluangkan masa untuk anak2 dan keluarga
Adakah IBU yang BAIK selalu bercerita masalah dan mendengar masalah anak dan keluarga?
Adakah IBU yang BAIK selalu berleter hehehehe
Adakah IBU yang BAIK selalu menegur kesalahan anak die

erm...susah plak nak bagi justifikasi setakat tu je yg azie mampu fikir buat masa ni... tapi bagi azie sebagai ANAK, ibu yang BAIK adalah apabila dimata anak apa sahaja yang ibu buat adalah yang terbaik untuk dirinya, masa depannya, masa hari tuanya... sebab IBU yang baik sangat sayang kepada anaknya dan tak mahu melihat anak2 mereka susah dikemudian hari...biarlah anak itu dimarah atau dipukul kerana apabila ia datangnya dari ibu percayalah ia adalah untuk kebaikan.... 

"marah tandanya sayang"

tapi manusia sekarang ni macam susah nak kawal perasaan marah.... tu yang banyak jadik kes dera kanak2 buang bayi...dan mcm2 lagi...nauzubillah....

azie percaya semua ibu2 terutama yang baru bergelar ibu akan berusaha untuk menjadi ibu yang TERBAIK. ye...azie juga mencuba tapi kadang kala kita gagal... gagal kawal emosi gagal kawal tingkah laku gagal kawal lidah gagal kawal perasaan (perasaan sama ke ngan emosi hehe). Dr. Tengku Asmadi pakar motivasi yang terkenal selalu berpesan jgn marah2 dgn anak2 cakap lembut2 elok2...

saya manusia lemah, ade ketika rasa tak mampu nak buat sebagaimana yang disarankan...tapi saya cuba  belajar utk bersabar, bertolak ansur, bertoleransi. Saya pernah dimotivasi dan diberi panduan...saya cuba untuk berubah, saya usaha, tapi ada sesuatu yang membuatkan saya rasa gagal.... 

Azie percaya semua orang ade melalui situasi macam tu kan... Sebab tu lah diri manusia ni kena selalu disaji dengan motivasi atau ceramah2 keagamaan supaya merasa diri bersemangat sepanjang masa. Mungkin ada orang yang merasa mereka tidak perlu dimotivasi kerana mereka sudah hebat, azie hormati pandangan mereka...but for me manusia sentiasa membuat kesilapan dan perlu diperbetulkan, kalau nak harap kita sendiri mmg tak boleh la sebab kita akan rasa kita hebat...so org2 sekeliling especially org2 yang paling dekat dgn kita adalah orang yang terbaik untuk menyedarkan tentang kesilapan kita...

THANKS TO EN SUAMI SAYA YANG SELALU MENEGUR KESILAPAN SAYA
nak nyatakan disini, walaupun saya diam seribu bahasa tidak bermakna saya ingkar atau tidak mendengar tapi cuma itu cara saya untuk men"digest" segala teguran sebelum dicerna dan disebatikan dalam mind body and soul ( ceh..ceh..ceh...hehehe)


Buat anak2 ummi AZIMAH ZAHRAH dan AZWANI ZULAIKHA kamu adalah permata yang tidak ternilai bagi ummi. Maaf sekiranya selama 3 tahun ni ummi gagal menjadi ummi yang baik (sebab selalu marah2 huhuhu) tapi ummi mana yang tidak sayangkan anak kan...ummi sayang anak2 ummi. InsyaALLAH ummi akan berusaha dan terus berusaha untuk menjadi ummi yang TERBAIK pada pandangan mata kamu dan jua baba...sekiranya ALLAH memanjangkan usia ummi...InsyaALLAH 

Salam sayang,
UmmI AziE