Showing posts with label Syawal 2011. Show all posts
Showing posts with label Syawal 2011. Show all posts

Monday, September 26, 2011

~:: SyaWal 1432H ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah kita dah selamat menyambut hari raya, dan berdoalah insyaALLAH kita akan bertemu lagi Ramadan di tahun hadapan.

Tahun kami sekeluarga sambut hari raya di Putrajaya terlebih dahulu sebelum meneruskan ekspedisi beraya ke Seremban, Kuala Pilah dan Muar.

Alhamdulillah tahun ni kami sambut berlima, yg ke 5 adalah bibik wakakakaka...Raya tahun lepas Azwani baru 3 bulan tahun ni die dah setahun lebih, mestila lagi meriah dan ceria raya ummi dan baba :)

Pagi tu lepas solat raya, mcm biasa la makan2 dulu then siap2 utk amik bergambar dan sessi bagi duit raya. Tengahari tu kami terus balik ke rumah atok dan nenek di Felda Sendayan. Sebelum tu kami singgah ke kedai gmbr dulu utk bergambar dalam studio pula. 

Seminggu sebelum raya aritu azwani, kakak zahrah demam dan batuk2, risau jugak dengan keadaan diorg tapi kakak mcm biasa la alah bisa tegal biasa, walaupun rase badan tak sihat tapi die tetap aktif bermain. Kami sampai di Sendayan dalam pukul 3ptg, perut pun dah lapar balik dan makanan pun dah terhidang so bermula balik sessi makan2. Kakak zahrah happy sebab ramai uncle2 and aunty2 yang melayan dia, mcm tu jugak la dengan azwani. Kalau dulu azwani bukan seorang bby yg ceria, asyik menangis jer…tapi raya kali ni die lah yg paling happening J. Malamnya tu kami tak kemana2 duduk rumah and layan tv. Tapi kakak zahrah mmg tak dok diam, main2 dengan aqila sepupu dia. Tapi kalau sepupu2 dia yg lain ada (fathiah, afeeqah and areesa) lagi la menjadi. Mlm tu akibat terlampau lasak sgt, kakak batuk2 tak boleh tido smpikan termuntah2. Ummi pun tak lena nak tido, layan tv smpi kol 4 pg huhu… 


Esoknya 2 Syawal selepas sarapan kami pun bersiap2 untuk bergerak ke Kuala Pilah pulak. 
 
Sampai kat area bukit putus ( highway baru) tersangatlah byk keretanya…masa tu dah kol 12 agak2 dalam sejam lebih jugak kot tersangkut kat jem tu sbb mmg jauh lagi nak ke Batu Kikir. Memandangkan kami nak terus balik ke Muar petang tu jugak so kitorg decided patah balik dan terus balik Muar dulu. Esoknya baru kitorg balik ke Kuala Pilah.  Malam tu kami beraya ke rumah nenek di Serom. 

3 Syawal kami bertolak pagi ke Kuala Pilah memandangkan tengah ari tu atok Mazlan dan rombongan dah nak balik ke Putrajaya. Alhamdulillah kami sempat smpi sebelum mereka bergambar beramai2. Lepas tu kami ziarah ke rumah mak cik dan wan. Baba pun tak melepaskan peluang utk bertemu dengan sahabatnya sewaktu bertugas di Riyadh dulu, Ahmad Ibrahim (Somalian married with Kole Pilah lady hehe). Die bertugas sebagai akauntan di Embassy Malaysia kat Riyadh, kalau tak silap…dulu Baba ni kira boss die la hehe… Lepas ziarah ke rumah wan kami pun bergerak balik ke Muar semula. Malamnya pulak kami ke rumah kawan kami yang juga sahabat semasa di Riyadh, kebetulan kampungnya pun di Muar so kami melawat ke rumah mak and ayahnya. 


Iklan jap hehehee




Keesokannya lepas solat Jumaat kami pun keluar beraya dan amik gambar kat studio… ini merupakan kali pertama keluarga Atok Hassan amik gambar kat studio huhuhu… sebelum ni kami bergambar kat rumah aje
 

 
Pagi Sabtu kami bergerak balik ke Putrajaya, pada masa yang sama akak azie yg kat JB, abang ude yang duduk kat rawang pun masing2 balik ke rumah masing2… kitorg adalah family yang terakhir balik…sayu tgk muka atok minah and atok hassan, anak2 cucu2 semua dah balik, sunyi balik la rumah tu… Kami kena balik awal sebab hari ahadnya kami akan bertolak ke Jepun. 

Macam tu la serba sedikit cerita hari raya keluarga AZ…boring ker? Hehehe ini secara ringkas je… tapi Alhamdulillah semua yg dirancang berjalan dengan lancar, dan hari2 yg dilalui pun penuh suka dan ceria, bersyukur atas nikmat ALLAH.

Oklah sekian dulu cerita Syawal kami dan akan bersambung lagi di entry akan datang di mana kami beraya ke Jepun dan Korea!


Salam Syawal :)

ummIAzie