Tuesday, February 26, 2013

~: Precious Smile :~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...




Love everything about her!!!!!!!

XOXO


~: Copy&Paste_My KiTchEN mY SeLerA :~


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...


saya ibu yg bekerja dan sedang smbg belajar, xsuka makan kat kedai dan suka masak tapi sy xpunya byk masa utk memasak dan akibatnya sy membuat keputusan berdasarkan gambar ini. atas cadangan suami juga dan setelah mendengar pengalaman seorg professor di tempat sy belaja (upm) sy telah mengambil cuti arini dan hasilnya 5 bekas kuah kacang kegemaran suami, ayam masak kicap dan merah, kentang goreng berlada dan 2 bekas marinated chicken dgn perisa. berbeza, sedia utk disimpan dlm freezer, budget lauk utk seminggu kalau nak mkn panaskan dlm microwv or kalau rs microwave tu bhy blh kuarkn n panaskan dlm periuk... sekian :)


;)

Friday, February 22, 2013

~: Vaksinasi tambahan: Rotavirus dan Pneumococcal:~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...



Fuh…fuh… semput bila tengok bil klinik tadi bertambah semput bila tengok jadual vaksinasi bayi sekarang… Lepas ni tiap2 bulan Azmuna kene cucuk aje la… Tapi vaksin utk Rotavirus ni diberi melalui mulut, makan ubat macam biasa. Cumanya dia dalam bentuk ampule dengan dos yang telah ditetapkan, just picitkan je dalam mulut baby, mcm boleh buat sendiri kan tapi suruh je la doctor yang masukkan huhuhu…sebabnya ubat tu mahal and kalau baby muntahkan balik…rugi…rugi…rugi… Tadi pun ade sikit yang terkeluar, doctor kata tak sampai separuh la yg terkeluar tu… huhuhu redha je la, inshaALLAH berkesan...
 
Ok azie nak kongsi sket info pasal vaksinasi ni... harap memberi manfaat kepada semua
 
Jenis-jenis Vaksinasi Tambahan

Setakat ni yang azie nampak signifikan atau digalakkan untuk ambik ialah vaksin untuk Rotavirus dan Pneumococcal. 

Rotavirus

Rotavirus is a virus that infects the bowels. Rotavirus is the most common cause of severe diarrhea among infants and children throughout the world and causes the death of about 500,000 children worldwide annually. The name rotavirus comes from the characteristic wheel-like appearance of the virus when viewed by electron microscopy (the name rotavirus is derived from the Latin rota, meaning "wheel"). 
http://www.medicinenet.com/rotavirus/article.htm

Rotavirus is the most common cause of severe diarrhoeal disease in infants and young children globally. Rotaviruses are estimated to be responsible for approximately 527,000* deaths each year, with more than 85% of these deaths occurring in low-income countries in Africa and Asia, and over two million are hospitalized each year with pronounced dehydration. Children under five years of age, especially those between 6 months and two years are most vulnerable to the disease.
http://www.who.int/nuvi/rotavirus/en/



Pneumococcal

Pneumonia is a lung disease. Pneumococcal pneumonia, a kind of pneumonia, can infect the upper respiratory tract and can spread to the blood, lungs, middle ear, or nervous system

Pneumonia is a form of acute respiratory infection that affects the lungs. The lungs are made up of small sacs called alveoli, which fill with air when a healthy person breathes. When an individual has pneumonia, the alveoli are filled with pus and fluid, which makes breathing painful and limits oxygen intake.

 
Mengapa saya perlu pastikan baby saya mendapat vaksin ini?

Rotavirus

Atas nasihat doctor dan pemerhatian sekeliling azie tekad untuk memastikan Azmuna dapat full dose of Rotavirus vaccination. Faktor utama ialah sepanjang hari Azmuna berada di taska. Kita sedia maklum, banyak kes jangkitan rotavirus ini berlaku di pusat jagaan kanak-kanak. Walaupun Azmuna belum mengambil makanan pepejal (note: rotavirus menjangkiti badan melalui mulut, melalui makanan atau minuman yang diambil) tapi vaksin ini penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan dia. Apabila seseorang dah berjangkit dengan virus ni, walapun dah sembuh, virus tu tak sepenuhnya mati dalam badan… dalam keadaan tertentu virus tersebut boleh aktif semula Untuk elakkan daripada terkena jangkitan ini eloklah ambil vaksinnya seawal yang mungkin.
 
Jangkitan rotavirus seakan-akan glamour sekarang ni hehe… Dekat Az-Zahrah doctor kata banyak patient yang warded disebabkan masalah ini. Oleh itu sebagai ibu yang prihatin jangan berlengah lagi ambil langkah awal untuk elak jangkitan ye…

Malangnya kesedaran baru muncul kini, kakak Azimah dan kak ngah Azwani tidak menerima apa2 perlindungan utk Rotavirus, namun doa yang ummi sentiasa titipkan,  semoga dijauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan ini…Amin

Pneumococcal

Alhamdulillah… azie tahu pasal vaksin ni masa duduk kat Riyadh dulu, Kakak Azimah dapat dos pertama masa kat Riyadh so bila balik Malaysia kena la sambung. Mula2 tak tau sangat apa pentingnya ambil vaksin Pneumococcal ni, azie ingat ni standard vaksin yang biasa di ambil sebab kalau kat Riyadh memang dia dah senaraikan siap2 vaksin ni dalam list yang wajib diambil dan FREE hehehe… Tapi bila balik Malaysia doctor kata ni vaksin tambahan dan perlu bayar… dan harganya dekat RM 300++…fuh..fuh… pengsan… 

Walaupun setakat ni azie tak dengar lagi kes2 serius yang melibatkan virus Pneumococcus ni cuma ada 2-3 kes yang kurang diwar-warkan,  tu pun azie dapat tahu sebab anak kepada sahabat En Suami menemui ajal disebabkan jangkitan virus ni…Oleh itu langkah pencegahan perlu diambil dengan SEGERA!

Kakak Azimah dan Kak Ngah Azwani dah dapat dos penuh untuk Pneumococcal dan inshaALLAH Azmuna juga akan menerima dos penuh.

Kos vaksin tambahan

Rotavirus

Melalui pembacaan, ramai yang mengatakan kosnya antara RM120-180/dos mungkin lain hospital lain kosnya dan di pusat Rawatan Islam Az-Zahrah kosnya dalam lingkungan RM 150. Untuk maklumat yang lebih detail boleh berhubung dengan pihak hospital ye.

Untuk vaksin ni doctor sarankan amik 3 dos, walaupun ade sesetengah doctor cakap 2 dos je pun dah cukup. Terpulang pada ibu-ibu ye.. 2 atau 3 dos terpulang pada budget masing-masing dan pastikan dapatkan nasihat doctor dulu ok

Pneumococcal

Kos untuk vaksin Pneumococcal pula adalah RM300++ selalunye ada tambahan charge surgical/medical supplies so anggaran kosnya lebih kurang RM300++ la… Untuk vaksin ni pula digalakkan ambil 4 dos. Tapi kalau mengikut pandangan azie yang cetek ilmunya dan terhad budgetnya…disebabkan vaksin ni agak mahal so azie amik 3 dos sahaja…

Bila nak bagi vaksin ni?

Rotavirus

Seawal usia bayi 4 bulan boleh dapatkan vaksin ni dan seterusnya 5 bulan dan 6 bulan… tapi kalau mengikut pandangan azie yang tak berapa tinggi sangat ni…lebih elok diberikan vaksin tambahan ni semasa FREE SLOT maksudnya masa tiada vaksinasi standard diberikan. Sila tengok jadual imunisasi anak anda sekarang hehehe… 

FREE SLOT sebelum bayi mencapai usia 1 tahun adalah pada usia bayi 4 bulan, 7-11 bulan. Untuk vaksin Rotavirus ni azie rancang untuk ambil pada usia Azmuna 4 bulan (ok dah selesai…) 7 dan 8 bulan. Tapi seperti yang azie da terangkan tadi,  vaksin Rotavirus ni diberi secara oral, takde salahnya kalau anda nak amik vaksin masa usia bayi 4,5 dan 6 bulan, walapun pada 5 dan 6 bulan terdapat vaksinasi standard yang diberikan secara suntikan…oleh itu takde  la baby kene cucuk kat 2 tempat kan… sian die sob..sob…sob

Pneumococcal

Dos pertama Pneumococcal doctor cadangkan beri seelok-eloknya pada usia 6 bulan. Kalau dulu azie bagi interval 2 bulan maksudnya 6,8 dan 10 bulan. Tapi kak ngah Azwani dos yang ke-3 terlewat sket sampai dah 12 bulan lebih baru bagi gara2 terlupa huhuhu… 

Kali ni kene letak reminder sebab jadual imunisasi Azmuna ni ada banyak tambahan.  Bila semak jadual tu pada usia 6 bulan ada suntikan Hep B dan Rotavirus takkan nak tambah lagi satu kan…ish2 tak bley2… Kali ni azie nak lewatkan sket suntikan Pneumococcal ni tapi bagi secara berturut (8,9,10 bulan) Bulan ke 7 tu bagi rehat kejap sian die tiap2 bulan badan kena bertungkus lumus bertindak balas dengan pelbagai jenis vaksin…

Kesimpulan

Kesimpulannya buat lah tabungan… bukan simpanan untuk pelajaran sahaja, simpanan untuk vaksinasi pun kena ada sekarang. Untuk tahun2 akan datang mungkin ada lagi penambahan vaksin yang perlu diambil.

Virus dan bakteria mereka hidup seperti manusia juga, mereka membiak, menyesuaikan diri dengan keadaan, menghasilkan sesuatu sebagai kaedah pertahanan diri. Bila mereka masuk dalam badan manusia, badan kita akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi. Vaksin pula diberikan supaya badan sudah bersedia dengan senjata pertahanan sekiranya badan dijangkiti oleh virus (begitulah perumpamaannya yang paling mudah hehe…). Tapi virus dan bakteria ni sangat sensitive dengan persekitaran. Mereka boleh membentuk generasi yang tahan kepada tindakan vaksin/antibody… sebab tu la para penyelidik tak pernah berhenti membuat kajian tentang vaksin/antibiotic yang baru…

Begitulah scenario membesarkan anak-anak sekarang, selain berusaha untuk mendidik anak menjadi insan yang soleh dan solehah, kesihatan mereka jangan dilupakan. Sentiasa update diri dengan ilmu-ilmu baru. Ibu bapa bukan sahaja memainkan peranan sebagai ibu bapa, tapi kita juga boleh jadi guru, doctor, jururawat, cikgu disiplin, cikgu agama dan pelbagai lagi peranan kita. Jangan harapkan pihak ke-3 sahaja untuk mendidik dan membentuk anak kita. Sewajibnya segalanya bermula dari rumah…

Fuh…pesanan untuk diri sendiri tu… dan azie kongsikan dengan semua ok

Ok sekian dulu buat masa ni! 

 

Monday, February 18, 2013

~: Parenting Knowledge; Kemajuan atau sebaliknya... :~

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah…
Selamat menyambut tahun baru cina kepada kawan2 yang menyambutnya, alhamdulillah tahun ni berpeluang merasa 'makan besar' bila dengan tak sengaja ziarah kami ke rumah mak saudara azie pangkat makcik, yang duduk di Sungai Abong (suaminya berketurunan Cina) dipelawa untuk turut serta menikmati 'makan besar' ;) macam-macam jenis lauk ada... alhamdulillah ... tapi semalam dikejutkan pula dengan berita pakcik ditahan di wad sebab serangan jantung...in shaa ALLAH semoga diberikan kesembuhan segera dan dilindungi ALLAH sentiasa hendaknya...

In shaa ALLAH tips2 atau ilmu2 yang seterusnya akan azie kongsikan lagi... tak sabar sebenarnya nak cerita pasal teknik parenting gaya Sultan Muhammad Al-Fateh ni... 

Tapi kali ni azie nak kongsikan sedikit pengalaman azie dalam usaha untuk mendidik menggunakan kaedah Nabi Muhammad SAW... 

Memang diakui kita manusia yang lemah selalu berbolak-balik hatinya...
Seminggu yang lepas, kakak Azimah bermain bersama-sama seperti biasa dirumah. Mainannya alahai...bersepah merata2 so azie suruh diorang kemas... ayat biasa " kakak tolong kemaskan mainan ni" kakak buat tak tahu je...  dan kemudian mula la skrip... " anak yang solehah rajin kemas barang dia, barulah ALLAH sayang, ummi sayang dan semua suka dengan dia"... Kakak masih buat tak tahu, kalau sebelum ni dia akan bagi respon jugak, dia akan terdorong untuk ikut cakap azie... tapi alhamdulillah Kak Ngah Azwani tanpa berlengah mengemas barang2 mainan tersebut...

Selesai die mengemas, azie pun puji tindakan Kak Ngah...tetibe kakak Azimah bersuara..." kakak ummi...kakak....", maksudnya dia suruh azie puji dia jugak... tapi...azie buntu jap, then azie jawab..." kakak tak tolong ummi, mcm mana nak puji"...huhuhu sekali dia meraung... "kakak nak kemas jugak...nak kemas jugak..."

Boleh tak kawan2 kesan kat mana silapnya tu... 

Bergaduh...

memang biasa adik-beradik sering bergaduh kan, tapi kalau smpi ke tahap pukul memukul, cakar, cubit, gigit agak2 ibu-ibu diluar sana tu buat macam mana?....

Satu lagi teknik yang azie belum kongsikan ialah teknik menyelesaikan konflikkan...konsep dia mudah je... Nyatakan kebaikan satu pihak kepada pihak yang 1 lagi... Contoh "Kenapa kakak pukul adik, kan adik selalu tolong kakak kemaskan mainan..." dan begitu juga katakan pada adik..." adik, kenapa kacau kakak buat homework...kan kakak selalu temankan adik kat sekolah, makan sama-sama, tido sama-sama..."

Ok, kali pertama, kedua ketiga berjaya...tapi pergaduhan tu mmg akan ada setiap hari...sampai azie plak da hilang skrip huhuhu...

Adakah dengan teknik ni kita dapat kurangkan bilangan pergaduhan yang terjadi antara kakak dan kak ngah?... Jawapannya tidak signifikan sangat...sebab ujian bertambah bila kita hendak memulakan sesuatu yang baik...Tapi pokok pangkalnya JANGAN PUTUS ASA in shaa ALLAH hasilnya kita tak kan nampak sekelip mata...

Tapi nak bagitau kat sini....ujian itu akan ada, dan bersedialah :)

                                                        Kakak Azimah dan Kak Ngah Azwani
                                               Ummi lovesssssssssssssssssss both of u so much!



Tuesday, February 5, 2013

~: Parenting Knowledge; Teknik Tidak Mencari Kesalahan Ikut Cara Nabi Muhammad SAW :~


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah…

Banyak aktiviti bila cuti panjang ni, aktiviti menulis biasanya azie cuba buat masa anak-anak semua da tido, tapi lately ni lepas tidurkan anak-anak, azie pun tertido sekali, atau azie dah tertido dulu hehehe…

Alhamdulillah recently dah mula balik bacakan buku utk anak-anak sebelum tidor. Sebelum ni memang buat, tapi penyakit “payah nak beristiqamah” ni sering melanda… Kali ni kakak Azimah selalu jadik reminder sebelum nak tidur dia dah hulurkan buku suruh baca. Pernah sekali tu azie memang tak larat sgt, sampai tertido time tengah bacakan buku, then Kakak Azimah yang kejutkan hehehe… a few time jugak azie terlelap ;) Sebelum ni bacakan buku cerita dalam bahasa Inggeris tentang nilai-nilai murni. Teknik penyampaian cerita banyak berdasarkan illustrasi haiwan mcm kisah si kancil dan buaya, dan kisah-kisah teladan mcm cerita pak pandir atau bawang putih bawang merah.   

Then baru-baru ni azie terjumpa buku Sayang-Sayang Nabi (siri bacaan Ana Muslim) dan bacakan untuk anak-anak yang pada azie adalah lebih elok kita ceritakan pada anak-anak tentang nilai-nilai murni yang ada pada Nabi Muhammad SAW. Tapi sayang azie jumpa yang jilid 3, in shaa ALLAH akan cari buku 1 dan 2 nanti 


So ok back into business hehe,… Entry yang lepas azie dah kongsikan tentang Teknik Memuji Cara Nabi Muhammad SAW kan… so kali ni azie nak kongsikan teknik yang seterusnya iaitu

TEKNIK NABI MUHAMMAD SAW TIDAK MENYIASAT KESALAHAN, TIDAK MENEGUR ATAUPUN MENGKRITIK KESALAHAN, TUTUP MATA PADA KESALAHAN, SEBALIKNYA MEMUJI KEBAIKAN

Ketika entry ni ditulis, Alhamdulillah azie dah cuba praktikkan kaedah ni dan akan kongsikan pengalaman azie. Please bear in mind that perubahan takkan terjadi serta merta, semuanya memerlukan masa yang penting jangan putus asa untuk mencuba membuat perubahan ok!

Gambar dibawah adalah Hadis 12 Malaikat yang dikongsikan oleh Puan Khairulaniza berkaitan tentang teknik yang sebagaimana disebut di atas. 


 Daripada hadis tersebut seorang lelaki telah membuat 3 kesalahan sewaktu di masjid ketika Jemaah lain sedang bersolat. 

3 kesalahan tersebut adalah ; 
1) Lelaki itu datang lambat 
2) Dia bercakap dengan kuat 
3) Apabila bertanya dia tidak mengaku.

Mari kita lihat apa respon Nabi Muhammad SAW dalam situasi ini;


Nabi Muhammad SAW tidak menyebut langsung tentang kesalahan lelaki tersebut malah sebaliknya memberi pujian. Nabi SAW juga tidak bertindak bertanya dengan tujuan menyiasat ‘mengapa dia berkata begitu, mengapa datang lambat, dan mengapa tidak mengaku kesalahan apabila ditanya’. 

Salah satu sebab untuk tidak menegur/mengungkit kesalahan si pelaku adalah untuk menjaga maruah si pelaku tersebut. Bayangkan jika anda menegur kesalahan si abang yang tak siap kerja sekolah (contoh sahaja), jika anda menyebut kesalahannya dan kebetulan adik-adiknya juga mendengar maka jatuh la air muka abang dan kesannya sama ada dia akan memberontak itu secara luaran, secara dalaman tentulah dia punya keyakinan dalam diri (self esteem) akan menurun. Akibat seterusnya bukan sahaja kerja sekolah tak siap atau mungkin dia akan siapkan jugak tapi tak mendatangkan faedah kepada dia apabila dia melakukan sesuatu secara terpaksa. Oleh itu lebih baik jangan sesekali menegur/mengungkit kesalahan yang telah dilakukan.

Tapi sebaliknya…. Lakukan ini…
Prinsip 1 - Terangkan kesalahan
               Dengan suara yang lembut, terangkan kesalahan… INGAT jangan gunakan perkataan      seperti ‘Ish..kamu ni, apelah kakak ni…(kenkadang terguna ayat ni tapi dalam nada bergurau sambil tersenyum) dsb……”

Prinsip 2 - Berikan jalan penyelesaian
                Gunakan subjek orang ketiga contoh “ seorang anak yang soleh akan sentiasa menjaga kebersihan….”

                 Sila guna ayat anda sendiri yang sesantai yang mungkin yang bersesuaian dengan gaya anda ok 

Prinsip 3 - Puji kebaikan
                 Dorong dia untuk membuat kebaikan


Cuba anda fikirkan pulak mcm mana cara nak mengatasi contoh kesalahan yang azie bagi kat atas tu. Cuba buat skrip anda sendiri, pada pandangan azie kita memang boleh ikut skema jawapan  tapi lain orang lain gaya bahasa dia kan, as long as skrip anda tu tak lari dari tujuan asal sebagaimana 3 prinsip tersebut…
Dari pengalaman azie pulak, anak-anak azie semua perempuan. Kanak-kanak perempuan dia punya sensitivity tu mungkin terlalu sensitive kot hehe…bila azie terangkan kesalahan, kakak Azimah akan menangis Kak Ngah Azwani plak tarik muncung and masing-masing akan boikot pada sentuhan hehe… bila azie cakap “sayang kakak, ummi tak marah…” dia akan reply “ tak nak sayang2” especially kakak Azimah ;) huhu…

Ok azie bagi contoh apa respon azie pada kakak Azimah, selalunya azie akan biarkan dia menangis dulu, tunggu la dalam beberapa minit, jangan pay attention sgt waktu dia menangis tu, agak2 dan reda sket cuba dekati die, “kakak Azimah… meh sini kat ummi sayang” contoh… peluk dengan penuh kasih sayang dan terangkan jalan penyelesaian serta puji. Jangan sebut2 lagi kesalahan yang dia buat, kerana mereka dah tahu apa yang mereka buat tu salah, dan tugas kita untuk tunjukkan cara yang betul…
Tapi terus terang cakap, kenkadang kita hilang sabar dan terlepas jugak amarah tu kat anak-anak… jangan segan untuk minta maaf dengan anak-anak, dan cuba dan terus cuba perbaiki diri (pesanan untuk diri sendiri ni…) Alhamdulillah bila azie cuba praktikkan teknik macam ni sedikit sebanyak mengajar diri untuk lebih bersabar.
Sebenarnya banyak lagi teknik yang boleh digunakan, contohnya kalau kita nak menyiasat jugak apa sebenarnya yang berlaku, ada teknik untuk bertanya soalan. Contoh-contoh lanjut anda boleh kunjungi blog Puan Khairulaniza sendiri di http://parentinggayarasulullah.blogspot.com atau like facebook page Komuniti Mencontohi Akhlak Rasulullah.
Apa yang azie tekankan di blog azie ni, adalah teknik-teknik yang azie pilih untuk dipraktikkan. Kita boleh memilih pelbagai gaya atau teknik. Tetapi sebagai langkah permulaan elok kita fokuskan kepada 1 atau 2 teknik untuk melihat kesannya dengan jelas.
Ok jumpa di entry seterusnya untuk keterangan lanjut tentang teknik Nabi Muhammad SAW menyelesaikan konflik antara 2 pihak terutama yang melibatkan adik-beradik.
Till then!

Lets change our parenting way!