Sunday, April 11, 2010

~::uPdATe...1 ::~

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menikmati haruman dunia untuk hari ini... Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW... haruman dunia?... harumkah dunia ini??...dengan pelbagai peristiwa negatif yg semakin merebak mcm HINI, bolehkah kita menikmati keharuman dunia lagi... Kekejaman yang dilakukan oleh Isreal memang membusukkan dunia ini..sedih..geram...bila agaknya azab dari ALLAH akan diturunkan kepada mereka yang kejam ini...fitnah semakin berleluasa... kes buang bayi semakin menjadi2 lagi kita cuba nak beri kesedaran kepada masyarakat...lagi byk pula terjadi kes sebegitu rupa, sampaikan terpaksa ditubuhkan 'baby hatch' sebagai tempat perlindungan bayi...diharapkan langkah yang diambil itu tidak akan menjadi penggalak kepada masalah buang bayi... bertaubatlah wahai manusia sesungguhnya ALLAH sentiasa membuka pintu taubat untuk hambaNya...taubat dengan sungguh2nya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi...

pagi2 ni baca macam2 berita kat akhbar+facebook buat perasaan ni bercampur-baur...
Saat ni Zahrah lena lagi dibuai mimpi...padahal dah pukul 830pg, baba pun dah sampai opis agaknya. Ummi yang baru memulakan semula kerja di MRB pada bulan Mac yang lalu dah pun bercuti semula...bercuti untuk menunggu kelahiran puteri ke-2. Kalau ikutkan pengalaman pertama, kakak Zahrah lahir 2 minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan...ummi pun menjangkakan baby kali ini pun nak keluar awal jugak...tup2 skrg dah nak masuk 40 minggu... Berat ummi skrg pun mendadak2 naik, kalau dulu berat naik setakat 20kg skrg ni dah dekat 30+kg huhuhu... tapi tak kesah la asalkan baby sihat, lepas ni ummi kena rajin buat workout... Cerita tentang pengalaman kali ni...rasanya lagi banyak dugaan dan cabaran... Orang kata 'anak ramai penjana rezeki' ye... memang betul, setiap anak itu dah diperuntukkan rezeki masing2, tapi bercerita soal jarak umur ni, kalau kita memang nak anak yang ramai, seelok2nya biarlah dalam 2-3 tahun...sesetengah orang mungkin mempunyai keupayaan luar biasa untuk memperoleh anak setahun seorang ( itu pun kalau datang rezeki dari ALLAH...insyaALLAH) kalau isteri tidak berkerja insyaALLAH takde masalah nak menguruskan rumah dan anak2... tapi kalau yang bekerja mungkin agak mustahil... Jarak umur antara Zahrah dengan bakal baby adalah 1 1/2 tahun...ok la kan... tapi menjaga anak kecil yang baru nak mengenal dunianya... dengan baby yang membesar dalam perut, memang meletihkan...lagi2 kalau semua kerja rumah kita lakukan sendiri...hehehe ini bukan rungutan sekadar nak berkongsi cerita... tapi disebalik kepenatan tu ada hikmahnya...pahala ibu yang mengandung ni besar ganjarannya...mcm tu la ummi muhasabah balik diri ni...

erm...cukup la dulu setakat ni...kakak Zahrah tak bangun2 plak...perut dah kriok...kriok ni...lapar...tak breakfast lagi huhuhu...