Bismillahirrahmanirrahim...
Salam semua!!!
dimulakan dengan wajah ceria kakak Zahrah dan adik Azwani...
Wah...lamenye tak update, rasa mcm dah basi je cerita trip ke Jepun n Korea ni hehe...lately ni sibuk sket. Biasa la bila hujung tahun semua projek kena review, maka byk la meeting, mesyuarat, perhimpunan atau sewaktu dan sesama dgnnyer ;p ok lah tak nak celoteh panjang, jom kita tgk gmbr2 kat bawah ni yg ingin dikongsikan bersama. Kali ni azie cerita hari ke 4 kami di Sapporo. On that day azie amik cuti hehehe... Kami keluar awal sebab by 915 am dah kena ade kat Sapporo Bus Terminal.
Kali ni kami amik tour pakej harga 5800Yen utk dewasa kanak-kanak 3700Yen. Boleh tgk kat website ni http://www.chuo-bus.co.jp/sightseeing.en/stsg_k.php. Kami amik full day tour (Otaru Bay Story) melawat sekitar bandar Otaru. Boleh baca serba sedikit pasal bandar Otaru ni kat sini http://en.wikipedia.org/wiki/Otaru,_Hokkaid%C5%8D
Lawatan pertama adalah ke Wine Shop Otaru Bine (tasting and shopping)... tapi takde le kami merase n membeli. Masuk sekejap je tgk2 apa barang diorg jual, takde menarik so kami tggu depa kat luar kedai je. Sambil snap2 gmbr.
Adik Azwani kat sebelah tugu peringatan Otaru Bine hehe...
Next stop dekat Otaru Canal Bus Terminal. Serasa suasana dia seperti di Delft, Netherland. Tapi yang kat bawah ni nmpk mcm longkang besar jer hehe...tapi view not bad la. Tengah syok2 jalan2 amik gmbr sekali hujan la pulak...so kami pun berlari2 anak menuju ke bus station, then baru sedar diorg ade sediakan shuttle bus utk pusing2 sekitar pekan tu...huhuhu rugi2 dah tak sempat pun so kitorg tggu yg lain dalam bus je. Sepanjang canal tu ade org jual souvenir and paling menarik artist2 veteran ni...tapi art work diorg mmg superb harga pun boleh tahan. Burung2 tu plak sangat jinak mcm tau2 je uncle tu ngah lukis gambar die
Dalam tour pakej ni termasuk lunch di Grand Otaru Bay... makan sambil menikmati pemandangan di dek kapal2 mewah... tapi makanan dia tak eat-friendly utk Muslim hehe..kami cuma makan nasik ngan smoke salmon je... tapi ok la buat alas perut. lepas lunch kami dibawa ke kilang buat arak Tanaka Shuzou Brewery, time ni pun kami tak turun dari bus.
Then kami dibawa pula ke Kitaichi Glass and The Music Box Museum. Best jugak tempat ni byk kedai2 souvenir, wet market pun ade, dapat la tgk king crab yg sangat besar dan menakutkan...huhuhu. First shop kitorg pergi pastry/sweet shop Kitakaro, tunjuk tiket bus kat kaunter kedai tu dapat biskut free tapi tak berani nak makan sebab tak tau baca ingredients die hehe. kat tepi kedai tu ade disediakan tmpt utk minum2 smbil makan pastry...and walkaway die sgt cantik...kakak zahrah pun siap posing2 dengan payung...sangat chumel!!! ( anak sendiri kan mesti la mak nyer kena puji ;p)
Baba ngan adik kat depan kedai pastry Kitakaro. Bangunan dia pun stail mcm bgnan bersejarah je
Ada bear band, setiap 1 jam bear band ni akan menyanyi smbil main gitar. kakak zahrah tgh tggu bear band buat performance tapi bila bear tu start nyanyi die pun lari sebab takut tgk bear tu huhuhu
tak tau macam mana nak rotate gmbr ni padahal dah edit bagi tegak sebelum upload tapi die still jadik mcm ni gaks... ni gmbar kat dalam music box museum...kakak n adik nangis sebab tak suka ngan suasana kat dalam museum tu yg agak suram, penuh dgn brg2 lama dengan patung2 yg chumel tapi agak scary...huhuhu
Yg ni pun sama mcm kes kat atas...perjalanan diteruskan memndangkan kami diberi masa 2 jam utk melawat sekitar tempat tu. Terjumpa kedai Hello Kitty!!! Best2 tapi tak beli ape2 pun hehe
Clock Museum...kami tak masuk pun sebab org agak ramai n ruang agak terhad...lagipun mcm same je mcm Music Box Museum cuma yg ni ganti dgn jam. Terjumpa plak ngan family Malaysian dari Johor student UTHM, tak ingat plak die further Phd in which uni...
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke destinasi terakhir iaitu Tenguyama Ropeway lebih kurang macam cable car kat Langkawi
Pemandangan dari atas bukit Tenguyama
Ada Chipmunk Park kat atas bukit tu ... kakak Zahrah sgt seronok
Adik Azwani berusaha untuk memijak chipmunk tu huhuhu... Kakak Zahrah menikmati pemandangan bandar Otaru dengan menggunakan teropong ajaib hehe
Perjalanan kami pun berakhir disitu...walaupun sungguh memenatkan tapi kami seronok.
Updates: Beberapa info yang nak dikongsi semasa perjalanan jauh dengan anak2. Rasenyer ramai parents yang dah expert bab2 ni...tapi just nak share kat sini and harap boleh dapat komen or feedback dari sesiapa yang mempunyai pengalaman yg sama... So far trip kali ni kami tak berhadapan dgn major problems...cuma bila anak2 merengek, menangis mgkn sbb mereka penat...tambah kita pun tgh penat jugak so agak teruji kesabaran disitu...but on the other side its a good practice actually...melatih kita utk menjadi lebih sabar dan bersedia dgn perkara2 diluar jangkaan.
1. Sepanjang perjalanan jauh bercuti dengan anak2 azie akan sediakan 1 backpax complete dengan keperluan diorg e.g ; susu, botol susu, air panas, air mineral, tit-bits, pampers, toiletries (including body lotion, sunblock, powder), extra clothes, medicine (cough syrup, vicks vaporub for children, skin cream - cream utk incase kalau kena gigit serangga or terluka) and platic utk isi baju kotor. Mesti korang imagine...mak aih byk nyer barang...nak pikul dalam beg ape...mesti berat... Yup...agak berat tp takde la berat sgt... still ok lagi...selesa jugak kalau nak bawak gi jalan2... azie menggunakan PHILIP AVENT Travelling Backpack...sgt convenience. Dalam beg tu ade byk compartment utk simpan susu yg masih panas, kat bhgn bawah ade seperate pouch utk simpan baju,pampers, toiletries and siap ade plastic mat utk buat alas mase nak salinkan pampers. Saiz beg ni pun mcm saiz beg biasa je. Contoh seperti gmbr di bawah, lebih kurang mcm tu la, azie tak jumpa plak exactly mcm yg azie punyer. Beg tu merupakan hadiah dari kawan masa kat Saudi dulu..mmg sgt berguna :)
2. Food - erm... ni sedih sket hehe..bila berjalan jadual pemakanan diorg mmg akan terganggu. Azie hanya bawak roti dan biskut (yang mudah dibawa dan dibuang selepas makan). Nak sediakan bubur agak leceh sedikit. Tapi i did bought instant porridge ( bawak dari Malaysia - tak banyak choice sgt yg jenama maggi kena tanak jugak atas api, azie jumpa satu brand ni NaturesOwn, ok jugak rasenyer setakat ni kalau gi obersea mmg azie akan bwk instant porridge), hanya tambahkan air panas. Tapi die punya seasoning tu tak payah letak byk2 sebab tak bagus jugak utk kesihatan diorg sebenarnye, byk pengawet dan masin sgt.
3. Toy - selalunyer mesti org akan pesan soh bwk your children favorite toys kan kalau pergi mana2. Pada azie kalau utk infants or babies yg tak pandai jalan lagi mungkin boleh la. tapi kalau utk toddlers (utk perjalanan day trip) azie tak suggest bawak mainan (memberatkan beg je nanti..). Bila berjalan kita akan jumpa byk benda baru dan itu boleh distract dia attention and kita ajar die buat permainan baru. the main thing is parents have to be creative, think like your children :)
4. Doa - Nak berjalan ke mana2 sekalipun hatta walaupun dekat mesti diiringi dengan doa. Kalau boleh semasa perjalanan tu basahkan bibir dengan zikir 'Ya Muhaimin' yakni Maha Penjaga semoga Allah memelihara kita daripada sebarang perkara yang mungkar...semoga anak2 kita sentiasa dibawah lindunganNya...Amin
5. Sabar - memang badan terasa penat, anak2 kita pun akan terasa penat jugak. Sebagai ibu bapa kt kena jadik lebih kuat sbb mereka bergantung dgn kita. Tak dinafikan mmg la kdg2 kita mengeluh tapi jangan mengeluh depan anak, even tough mereka kecik lagi n mungkin mereka tak faham apa2 tapi diorg pun ade naluri jugak, kalau die nmpk kita mengeluh merungut mungkin diorg akan fikir diorg ni hanya beban sahaja kepada kita dan akan mula menjauhkan diri dari kita...(peringatan utk diri azie sendiri jugak...). Dan kalau pasangan kita mengeluh atau merungut, jangan kita tambah or cakap apa2...diam lebih baik :) and a few moments later cuba bangkitkan suasana suka seronok dengan gelak ketawa anak2. Percayalah gelak tawa mereka merupakan penawar segala duka...tapi bila dah menangis kita pun berduka semula hahaha... that is life...ada turun naik nyer kan...
Ok lah setakat ni je dulu perkongsian kita!
Sharing is most of the time caring :)
ummiazie






























