Friday, June 18, 2010

~:: TrUe LiFe xPeriEncE aS a MotHER ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur ke hadrat Ilahi Yang Maha Esa, Maha Pencipta, Maha Penyayang dan Maha Mengasihi...Alhamdulillah kerana dikurniakan kesempatan sekali lagi untuk terus menikmati nikmat dunia yang sementara ini...Alhamdulillah dengan keberkatanNya dan kurniaNya kita diberikan kesihatan yang sempurna untuk sama2 mensyukuri nikmat ALLAH bersama insan2 tersayang disekeliling kita...

Alhamdulillah, dengan keizinanNya, Ummi selamat melahirkan puteri ke2 kami pada Hari Sabtu 12hb Jun 2010 bersamaan dengan 28 Jamada Akhir 1431H pada jam 243 pagi. Bayi yang dijangka akan lahir 2 minggu awal daripada EDD (expected due date) ternyata meleset... sebaliknya baby melanjutkan tempoh pembesarannya dalam rahim ummi selama 5 hari.

Hari Jumaat 11/6/10, jam 9pg Ummi, Baba dan Atok Minah berkemas untuk ke hospital. Kakak Zahrah kami tinggalkan di rumah Mak Wan. Jam 10 kami bertiga bergerak ke hospital Putrajaya. Kalau diikutkan Ummi tak merasa sakit atau ape pun, tanda2 nak bersalin pun takde... kalau ikut nasihat doktor kat klinik kesihatan putrajaya dia suruh pergi hospital hari Selasa 15hb in case kalau tak bersalin lagi la...and by that time usia kandungan dah lebih seminggu (9 hari)...

Ummi risau nak tggu lama2...antara sebab2 lain kenapa ummi risau 1) ummi dah amik advance MC 2 minggu awal daripada tarikh due date, kalau ummi tak besalin jugak ummi terpaksa masuk opis semula, tapi dengan badan yang mmg tgh sarat waktu tu rasa tak termampu nak berkerja semula... 2) ummi risau kalau2 ummi tak perasan dengan kadar pergerakan baby, adalah amat penting untuk kita sentiasa pantau pergerakan baby dalam perut bila usia kandungan dah melebihi tempoh sepatutnya 3) ummi risau takut2 org sekeliling berkecil hati dengan ummi, yela badan sentiasa rasa berat dan letih, emosi pulak tak tenteram...kenkadang kesabaran tu boleh hilang dan timbul rasa nak marah aje dan orang sekeliling menjadi mangsa tapi alhamdulillah org2 tersayang amat memahami keadaan ummi...

Atas nasihat Kak Ngah Ummi yang juga merupakan midwife di hospital JB, ummi terus ke hospital pada hari jumaat tu dengan alasan baby dah tak banyak bergerak dan rasa ade mild contraction... Sampai kat wad bersalin, ummi dan atok minah turun dulu sementara baba pergi parking keta dulu. Masuk2 je kat kaunter tu tertera..." Harap Maaf, wad kami penuh pada hari ini" ...terdetik kat hati mungkin ALLAH menentukan hari ini bukanlah harinya... tetapi proses pendaftaran tetap diteruskan dan ummi disuruh masuk ke bilik saringan manakala baba menunggu di kaunter untuk proses pendaftaran. Seperti biasa sampel air kencing dan darah, berat badan dan bacaan tekanan darah diambil, dan ummi disuruh berbaring di katil pemeriksaan. Datang seorang doktor bertanyakan macam2 soalan...macam polis menyoal siasat pesalah pulak...dah terdetik kat hati " janganlah dia suruh aku balik dulu hari ni..." OS (Opening Servick) diperiksa dan laluan dah terbuka 2cm...sejenis mesin (tak ingat plak ape name die...hehe) yang diletak kat perut utk amik fetal heart beat dan kekuatan contraction di pasang... berdasarkan pemantauan doktor ada contraction (1in10) tapi tak kuat dan memandangkan jalan dah ada, dan dah melebihi due date doktor arahkan ummi dibawa ke wad tapi ummi terpaksa menunggu sekejap memandangkan wad semua penuh. Selepas 30 minit ummi dibawa ke wad.

Alhamdulillah selesa la jugak wad hospital putrajaya ni...ummi dapat bilik 2org/bilik, baba nak tukar ke bilik lain 1org/bilik tapi takde yang kosong, bila fikirkan balik takpe lah duduk dalam bilik yang dah ade tu...at least ade kawan sebab suami tak boleh teman dalam wad cuma masa melawat jer dibenarkan. Dalam hati Ummi berdoa2 moga2 hari ni ada perkembangan yang baik. Doktor datang melawat sekali lagi dan OS akan diperiksa sekali lagi pada jam 4ptg kalau ade progression mungkin dr akan pecahkan air ketuban... sementara nak tggu kol 4 ptg tu ummi relax2 la dalam wad sambil borak2 ngan akak kat katil sebelah...kak yati name dia...dia ade problem ngan BP dia so effect baby nyer amniotic fluid, kena tahan kat wad hari isnin 14hb baru dr nak induce untuk bersalin. Pukul 4 lepas nurse check fetal heart beat and BP ummi pun pergi bilik prosuder (kat situ la dr nak check bahagian kat bawah tu...) Alhamdulillah ade progression daripada 2cm dah bukak 3cm walaupun contraction tetap sama 1/10min, tapi dr kali ni die tolong bukak kan jalan, sakit jugak dan berdarah sikit...

Pukul 6 ptg baba dtg dgn mak wan atok minah and kakak zahrah... Zahrah mungkin tak faham apa2 lagi agaknya tapi die pelik tengok baju ummi...agaknya die paham ummi sakit kot... by maghrib mereka pun berangkat pulang... lepas maghrib tu ummi dah rasa contraction makin kerap 2/10min, sakit memang sakit tapi mampu untuk ditanggung lagi... Pukul 8mlm dr kata nak check sekali lagi, tapi nurse bagitau dr sibuk...ummi pun tunggu je la dengan sabar...2-3 kali gak la ulang alik daripada wad ke bilik prosuder tu seb baik tak jauh sgt... nurse pun mmg suruh bykkan berjalan...sambil2 tu ummi kemas2kan baju baby. ye la sebelum ni bersalin kat spital private kat saudi tu semua ade disediakan. Kat spital putrajaya kita kena sediakan sendiri kelengkapan untuk baby yg baru lahir tu mcm baju dia, pampers, baby oil, blanket, mitten, botties dan sewaktu dengannya lah. Sekali dengan tu ummi masuk kan sekali air selusuh. Kak Ngah Ummi pesan, jangan minum air selusuh ni awal2 sgt. Bila dah sakit2 sangat, dah masuk dalam labour room dan rase mcm dah nak bersalin baru minum. Tunggu punya tunggu...sakit pun dah terasa kuat sikit... kol 12 baru nampak batang hidung dr hehehe... Alhamdulillah dr yang memeriksa tu nampak lembut jer so hilang la sket rase nervous tu... Alhamdulillah waktu dr periksa tu jalan dah bukak 4 cm dan dr terus pecahkan air ketuban...huhuhuhu takut...ngilu...seriau...sakit...perasaan bercampur baur...sempat lagi tanya kat dr sempat tak ni saya nak call husband saya sebelum besalin...alhamdulillah sempat ummi telefon baba dengan suara yang bergetar sebab seluruh badan ummi mengigil masa tu. Lepas dah pecah air ketuban dr masuk ubat melawas berak (bowel cleanser hehe...memang dalam a few minutes rasa nak membuang air besar yang teramat sgt... Tapi pengalaman pertama yg mencabarnya dengan keadaan kain yg dah basah dek air ketuban, dan perut yg sakit, ummi berjalan sorang2 balik ke wad, lepas dah selesai tunaikan 'hajat' ummi disuruh tunggu kat kaunter nurse kat depan wad...Alhamdulillah ummi dapat wad yang dekat dgn bilik prosuder tu dan jugak kaunter tu...kalau tak parah la kena berjalan sendiri dgn keadaan sakit2 macam tu huhuhu... sampai kat kaunter tu dah ade wheel chair yang menunggu hehe...ummi pon dok la situ sementara tggu org yg nak bawak kan ke labour room. Sementara tu baba dah sampai kat wad bersalin. Ummi ditempatkan di wad bersalin No 4 ade 2 org nurse yang membantu sorang tu name die intan and sorang lagi norlida kot kalau tak silap...diorg ni Jururawat Terlatih (JT). JT Norlida ni la yang sambut kelahiran baby.

Beberapa minit lepas tu baba pun masuk dalam wad. Waktu tu ummi dah rasakan sakit yang semakin kerap dan kuat... Kali ni rasa sakit lebih kuat berbanding masa kakak Zahrah dulu... Setiap kali nurse masuk nak check setiap kali tu jugak badan ummi mengigil...stresssssss... sampai nurse pun suruh bykkan bertenang, sebab effect pada kadar denyutan jantung baby...masa tu mmg laju bunyi jantung dia dalam >180/min, nak kata ummi demam suhu badan ok...mungkin ummi stress diluar sedar hehe... Sakit dirasakan semakin kuat dan kerap... Baba sentiasa ada disisi menemani, tangan baba ummi genggam sekuat hati untuk melegakan kesakitan...zikir dan istighfar tak dilupakan, memohon kepada ALLAH agar dikurniakan kekuatan... 2 jam bertarung dengan kesakitan... pukul 2pg nurse datang nak check OS sekali lagi...bukaan dah sebesar 8cm. Nurse suruh ummi push tapi tak boleh...huhuhu... dalam 15 min lepas tu ummi dah terasa mcm nak buang air besar... nurse masuk siap sedia untuk sambut kelahiran baby...dan bermulalah perjuangan untuk melahirkan zuriat amanah dari ALLAH ke dunia yang sementara ini. Alhamdulillah kali ini ummi benar2 merasakan nikmat sewaktu melahirkan anak...tanpa bantuan forcep/vakuum/seumpama dengannya, ummi menggunakan kudrat sendiri dengan keizinanNYA... hampir2 berputus asa tapi sokongan yang diberikan oleh baba menguatkn semangat ummi (nurse pun puji ummi pandai wakakaka....mainan pshycology sungguh!). Jam 2.43am Azwani Zulaikha selamat dilahirkan... ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi...

Selang beberapa minit baru kedengaran tangis Zulaikha... baby diletakkan ke dada ummi, tangisan yang tadinya nyaring terus beransur reda...dan Zulaikha selesa ditiarapkan ke dada ummi...kaedah ni dinamakan skin2skin utk mewujudkan 'bonding' antara ibu dan anak. JT Norlida tekun melaksanakan tugas dia...dan dia jugak tunjukkan kat ummi mcm mane bentuk uri/placenta...tu la yg dikatakan true life experience... setelah selesai baba pun dibenarkan untuk masuk semula ke wad besalin untuk mengazankan Zulaikha. Selepas tu ummi dan Zulaikha dibawa ke bilik wad semula. Nurse yang bertugas mengambil bacaan BP ummi dan seperti yg ummi jangka memang BP ummi tinggi selepas melahirkan masa melahirkan kakak Zahrah pun sama... Tapi Alhamdulillah Zulaikha tido je... Ummi pun dapat berehat. Pukul 5pg ummi terasa nak buang air kecil yg teramat sgt, digagahkan juga badan untuk bangun. Bila turun dari katil... darah turun dengan banyaknya, panggil nurse utk minta pertolongan tapi apa yang ummi terima hanya kata2 ini " takpe nnti cleaner akan bersihkan darah kat atas lantai tu, awak masuk bilik air bersihkan diri ", tanpa ada huluran tangan untuk menolong memapah ummi ke bilik air, nurse tu terus keluar mcm tu aje...huhuhu...dengan badan yang menggigil dek air-con yg sejuk ummi gagahkan kaki untuk melangkah... Heater dalam bilik air tak berfungsi pulak...terpaksa ummi bersihkan diri dengan air yg sejuk mcm ais huhuhu...terdetik kat hati takut2 pengsan ke...bentan ke... Nauzubillah... Alhamdulillah Allah sentiasa bersama2 dengan hambaNya mengurniakan kita dengan kekuatan tatkala kita memerlukan pertolonganNya... Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan, tengahari Sabtu 12hb tu ummi dan Zulaikha dibenarkan untuk keluar hospital. Alhamdulillah cuaca tak panas bahkan hujan rahmat mengiringi kepulangan kami... Dan esok Azwani Zulaikha genap seminggu usianya semoga dia menjadi anak yang solehah, berilmu, berakal, berakhlak mulia dan fasih membaca serta menghafaz Al-Quran dengan berkat ALLAH Yang Maha Pencipta serta syafaat para rasulNya...Amin...