Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

~:: BiLa BerBUka Puasa Di LuaR DaRi rumAH ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni adalah hari ke 24 kita berpuasa...insyaALLAH tggl sket je lagi nak raya. Lagu raya pun dah dok berkemundang kat radio. entry yg ni nak buat review sket2 jugak la pasal berbuka pose kat luar ni. Setakat 24 hari berpuasa ni hanya 3 kali sahaja azie berbuka pose kat luar yg lain semua kat rumah sahaja (masak sendiri ok hehehe...) ade jugak la membeli sikit2 buat tambah2...
Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Ahad 14hb Ogos 2011, my FIL dengan berbesar hatinya belanja kami sekeluarga berbuka pose di PICC. very affordable dan byk sgt choice makanan. Setakat 3 tempat yg azie dah pergi, PICC won the 1st place. (clap...clap...wink wink). Sebab apa best pakej die tak de la mahal sangat RM55 utk dewasa and kanak2 RM27. Makanan dia masyaALLAH...mmg berpinau mata tak tau nak amik yg mana dulu. Antara hidangan yg ada makanan Arab (nasik Mandey ngan roti arab), rojak sotong n kangkung, roasted lamb, mee goreng, kue tiew goreng, byk lg makanan gorengan yg standard mcm karipap, popia and bla..bla... Nasi putih dengan lauk yg sgt variety. Yang paling best adalah nasi kerabu....... Dessert pun best2 jugak. Ade jugak maruku yg pd azie mmg rangup dan penuh rasa rempah maruku hehehe . Minta maaf la yer...tak sempat nak amik gambar makanan2 tu sebab org mmg ramai... riuh betul dlm dewan tu mcm dalam pasar...tapi makanan sedap punya pasal azie buat tak nmpk jerk org keliling hehe...tapi yg jenuh nyer kena beratur la kalau nak amik makanan especially kat station2 kat luar dewan. 

 Azwani yg tak nak duduk diam2 nak berjalan je... nmpk tak botol susu yg masih penuh itew...smpikan susu pun dah tak ingat nak minum, nak main aje...ramai2 bebudak bebaya die kat situ tu yg dio seronok jumpo kawan baru :)


 Atok mazlan dan makwan...tuan rumah pada malam tu


kali tu pun merupakan kali pertama azie pergi picc tau huhu...walaupun dok kat putrajaya tp kalo takde sebab yg munasabah takdenye nak dtg ke picc ni...die punyer view dari balcony die mmg spectacular la...cantik putrajaya ni dikala malam... Selesai makan2 dalam kol 830 kitorg bertolak balik tapi sebelum balik rumah en suami ajak pergi shopping dulu kat karnival Jom Beli Barang Raya. Karnival tu dah nak tutup malam tu so mmg diorg buat lelong abes-abesan la... kuih raya 1 kotak ade berapa balang tak sure plak boleh dapat dengan harga RM50 je tapi azie tak beli la buat apa kuih banyak2 nnti terbuang jer... tapi yg best tu i dapat handbag huhuhu...harga asal RM279 tapi less 80% kira la sendiri tggl berapa hengget jer...mmg berbaloi la kan, lgpun jarang2 beli handbag ( i tak suka membazir beli handbag mahal2 setakat boleh pakai ok la kan). pas dah puas dpt handbag, so balik la...end of the day...

Restoren Songket

Ehem...ehem...tiba masanya kitorg berdating berdua-dua jer hehe...en suami plak belanja buka pose kat luar esoknya tu 15hb. Nasib baik bulan puasa ni waktu bekerja smpi kol 430 je, tepat2 430 azie dah blah dalam kol 530 smpi. umah siap2 then kitorg terus pergi ke Restoren Songket kat Jalan Yap Kwan Seng KL. Masa nak keluar tu cuba sorok2 dari azwani n kakak tapi kantoi jugak...kesian diorg menangis2 nak ikut...

Azie pun tak pernah dgr nama restoren ni tp ada baca review pasal ini restoren diorg kata makanan sedap, so kitorg pun bersuka hati la nak merasa makanan kat situ. Kalau nak compare dgn PICC mmg jauh beza la..tmpt die ni kecik je ye la tgh2 KL kan, tapi agak tenang jugak, org tak ramai, boleh makan dengan berselera sekali. Dari segi makanan tak byk sgt pilihan ok2 je la. Yang best tu dia punya tauhu sumbat, bukan sedap (rase same je tauhu sumbat ni, sambal die je yg buat die rase sedap) tauhu sumbat kat sini sgt cumellll, cute dan kecik ( mcm budget tak cukup je). Popia goreng die pun kecik2 boleh plak tu dia potong 2 lagi...bertambah la kecik huhuhu... pilihan nasi adalah nasi putih and nasi minyak tapi lauk die tak best... grilled food pun sekadar ok2 aje, dessert pun sikit sgt. tapi ok la kot dengan harganya hehehe...seb baik pakai card american xpress dapat less dalam RM40/person kot...kalau tak silap la

Monterez Golf and Country Resort

23hb boss azie ( Dr amir) telah sudi membelanja staff2 dia buke pose kat Monterez Golf . malas nak cerita lebey kita tgk2 gmbr2 ni ok

 penyeri pada malam itu Sara anak kepada Ila

 amik jgn tak amik pinggan dah penuh tu takpe sumbat jerk...ape la mak cik aida tu ade la bende yg dia mintak dengan staff kat situ...ni bukan bazar ramadan boleh mintak tawar menawar yer wakakka


 antara yg hadir, gmbr ni diambil sebelum azie balik, jenuh nak carik port yg sesuai last2 amik gmbr kat meja je la senang...azie nak balik dah pastu tu yg paksa diorg amik gmbr cepat2


 Bergambar bersama tuan rumah alamak gmbr ni blur la...


 Terpaksa kecik kan sket gmbr ni kalau tak blur jadiknyer... Dr Amir dengan anak kesayangannya...ank tunggal beb..bakal pemain tenis Malaysia yg berbakat hehe


 Smart plak gmbr ni...masa ni ramai yg dah balik termasuk azie hehe


 makcik aka kakak aka aunty huh...mana satu yg available lagi ni?...


 Sebelum malam menjelma...kita duduk2 dulu..


 dari kiri berdiri azie, aida, baharen, dan duduk dari kiri shebby, dr mok and evelyn


Antara makanan yg dihidangkan....

Setakat tu aje la yer ;p

selamat berbuka puasa
Ummi Azie


Friday, August 5, 2011

~:: Tazkirah Dan Buffet Ramadhan ::~

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam semua... :)

Berbuka kat mana nanti?
Hotel?
Oooo...ada pakej menarik untuk bulan Ramadhan ni ye...
Hotel mana tu?
Oooo...hotel X
Berapa per person?
Oooo...mahal jugak ek?
Tapi walaupun mahal tak semestinyer kita kena habiskan or rase semua makanan, stail buffet la katakan...jangan amik ikut nafsu, puasa untuk membersihkan perut, hati, jiwa, akal, minda...kalau dah makan mcm2 nanti tak tercapai objektif sebenar berpuasa tu...

Pembuka kata
 Tadi tu intro je...sebagai pembuka kata
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana kelas Al-Ma'surat telah berjaya diadakan untuk kali yang ke 3 dan kali ini penganjuran kelas ni telah mendapat sokongan daripada Persatuan Islam Lembaga Getah Malaysia (PILGM). PILGM dengan berbesar hati untuk membantu dari segi kewangan agar program tersebut dapat berjalan dengan lancar... 
Kelas hari ni agak singkat kerana Ustazah Normala ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan, walau bagaimana pun ilmu yang disampaikan amatlah berguna dan InsyaALLAH akan kami amalkan. Kali ni Ustazah byk bagi tips, antaranya:-

i. Sewaktu pergi bazar Ramadhan tu kalau nak membeli, beli lah dengan orang Islam, yang menutup aurat dan menjaga kebersihan (hehehe ni azie saje tambah) dan berdoalah di dalam hati 
"Ya ALLAH peliharalah diriku dari ditipu dan tertipu"
Ini kerana Ustazah bercerita berdasarkan pengalaman beliau kebanyakkan peniaga bazar Ramadhan adalah orang Islam tapi dek kerana sibuk dengan urusan dunia mereka lupa tanggungjawab mereka dengan ALLAH...waktu asar dan maghrib di tinggalkan begitu sahaja...tapi bukan semua la yer...sebab itu kita mohon dengan ALLAH supaya makanan yang kita beli itu adalah daripada tangan orang yang menjaga hubungannya dengan ALLAH.

ii. Sewaktu mengambil wudhu', ketika membasuh ke dua2 tangan dan kaki, eloklah disertakan dengan doa seperti "Ya Allah peliharalah tangan/kaki ku daripada melakukan maksiat"

iii. Tidak susah untuk kita membuat pahala dan menghapuskan dosa...dengan hanya melihat sahaja ALLAH akan mengurniakan pahala kepada kita InsyaALLAH... dengan melihat apa?
a. melihat Kaabah rumah ALLAH (secara live ye...bukan tgk gambar hehee )dengan penuh tawaddu' dan kecintaan kepadaNYA
b. melihat ayat-ayat suci Al-Quran dan lebih afdal sekiranya kita membaca dan menghayati maksudnya
c. melihat IBU...renunglah wajah orang yang telah melahirkan kita
d. Laut yg luas...maksud disini lihat lah betapa luas dan besarnya ciptaan ALLAH...pandanglah langit dan persekitaran kita dan insafi segala nikmat yang ALLAH berikan

iv. Semasa bulan Ramadhan cuba lakukan/amalkan/praktikkan/perbanyakkan amalan2 ini:-
a. Solat tarawikh
b. Membaca Al-Quran
c. Bersedekah

Buffet Ramadhan 
Lepas dah selesai kelas, balik office check email, tergerak nak tgk email Yahoo dan terima email dari En Suami tentang Buffet Ramadhan, dia suruh pilih nak makan kat mana...ermmm...setakat ni semua hotel yang tersenarai tu tak pernah gi lagi so tak tau mcm mana nak evaluate makanan dia...
Nak mintak pandangan kawan2 semua, agak2 kat mana yang best? yang penting access to tempat solat mudah dan selesa :) cuba la tgk2 ye...nnti bgtau azie tau. Kepada sesiapa yang ada American Express card tu jangan lepaskan peluang ini!!!!!! bawa family berbuka kat hotel sekali setahun tak salah :) InsyaALLAH



Selamat berbuka puasa!
Ummi AziE