Thursday, December 13, 2012

~:: LahIrnya SeorAng Puteri BerNama AZMUNA ZULFA ::~


Bismillahirrahmanirrahim...

Pembuka bicara
Syukur ke hadrat Ilahi Yang Maha Esa, Maha Pencipta, Maha Penyayang dan Maha Mengasihi...Alhamdulillah kerana dikurniakan kesempatan sekali lagi untuk terus menikmati nikmat dunia yang sementara ini...Alhamdulillah dengan keberkatanNya dan kurniaNya kita diberikan kesihatan yang sempurna untuk sama2 mensyukuri nikmat ALLAH bersama insan2 tersayang disekeliling kita...

Alhamdulillah, dengan keizinanNya, buat kali yang ke 3 ALLAH mengizinkan azie dan suami menyambut kelahiran puteri ke-3, kami pada hari Khamis 11hb Oktober  2012,  bersamaan dengan 25 Zulkaedah 1433H pada jam 640 pagi dengan berat 4.01kg. Bayi yang dilahirkan telah diberi nama Azmuna Zulfa pada hari ke-7 kelahirannya, semoga menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati umi dan baba.

Dan cerita pun bermula...
Kali ni azie memilih untuk bersalin di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM). Regular check-up dibuat di Klinik Kesihatan tapi bila kandungan masuk 8 bulan azie mula buat check-up di AZIM. Alhamdulillah walaupun sepanjang kandungan banyak mengalami alahan, banyak peristiwa berlaku…Azmuna Zulfa dipelihara oleh ALLAH dengan baik dalam rahim umi, malah membesar dengan sihat sekali. 

Amaran awal...
Dua minggu sebelum EDD, azie da mula merasa sakit, pukul 6 pagi dengan ditemani suami kami bergegas ke hospital, tapi sampai di hospital sakit pun hilang… kebetulan pukul 11pg  hari yang sama ada appointment dengan Dr. Fazlina so nurse nasihatkan balik rumah dulu. Alhamdulillah masa tu jalan (bukaan serviks) telah 2cm, tetapi menurut Dr., kepala Azmuna Zulfa masih tinggi lagi belum menampakkan tanda dah turun. Tunggu punya tunggu EDD hanya beberapa hari saja lagi dan masih tiada tanda2 untuk bersalin, cuma azie ada mengalami beberapa kali Braxton Hicks contraction which is very mild one…

Saat-saat tiba waktunya...
Selasa…9hb Oktober 2012, azie check-up sekali lagi… kali ni Dr. menyatakan kerisauan dia. Baby dalam kandungan dilihat agak semangat saiznya, Dr sendiri sudah agak sukar mengambil ukur lilit kepala baby melalui ultrasound. Dr menjangkakan berat baby dalam 3.6kg dan mencadangkan supaya azie menjalani kelahiran secara induce (paksa) sekiranya dah melebihi EDD. 

Setelah berbincang azie dengan suami sepakat untuk memilih tarikh 12hb Oktober 2012. Sebelum balik tu kami sempat survey2 wad kat AZIM tu. Pakej bersalin di AZIM memang antara yang paling murah RM1200++, 4 bedded room. Tapi yang tak bestnya wad ibu bersalin tidak diasing dalam wad khas. Maksudnya dalam bilik yang ada 4 katil tu, juga menempatkan pesakit2 lain, cuma diasingkan pesakit lelaki dan perempuan sahaja. Azie memikirkan risiko yang kemungkinan terjadi, bayi yang baru lahir sangat sensitive dengan perubahan persekitarannya, untuk mengelakkan sebarang komplikasi atau jangkitan yang mungkin ada dari pesakit lain, kami membuat keputusan untuk tidak mengambil pakej tersebut dan membuat tempahan untuk bilik single.

Dan tiba waktunya...

Kita hanya merancang tapi ALLAH adalah perancang yang terbaik, 11hb Oktober 2012 pukul 3.00pg azie mula rasa sakit. Sakit yang susah nak di gambarkan… Cuba bertahan, pukul 4.00pg sakit semakin kuat. Pukul 5.00pg kami terus bertolak ke AZIM, Alhamdulillah ALLAH memakbulkan doa azie untuk bersalin dikala waktu tidak sibuk, sebab agak sukar nak dapat parking kereta di kawasan AZIM.

Tanpa berlengah kami terus ke tingkat 2, azie ditolak diatas kerusi roda, rasa tak mampu untuk berjalan lagi… Pemeriksaan saringan dilakukan dan mendapati bukaan serviks telah 7cm! Azie terus ditolak ke labour room, jam menunjukkan pukul 600pg, azie telah berada di labour room, suami pula pergi menunaikan solat Subuh, selesai solat Subuh Dr Fazlina pun datang, bukaan diperiksa sekali lagi dan air ketuban pun pecah… Dr suruh push sebab kepala baby masih tinggi!... Dr suruh push sambil mengiring pulak, masa ni azie da tak boleh fikir apa2 dah, suami datang lepas selesai solat Subuh pun azie tak perasan sesedar dah ada kat sebelah sambil usap2 muka azie dengan air selusuh hehe… sempat jugak minum air selusuh lepas tu terus push… Kepala baby still xturun dan Dr cakap baby dah berak dalam rahim sebab meconium, hehe betul ke istilah die tu (najis warna hijau) da keluar… Dr decided untuk guna vacuum… Ya ALLAH, pengalaman pertama guna vaccum… Alhamdulillah akhirnya kepala Azmuna Zulfa keluar juga dari rahim Umi, tapi Dr suruh hold dulu, jangan teran lagi, sebab najis baby dah masuk dalam rongga hidung dan mulut, Dr nak bersihkan dulu to make sure najis tu tak masuk jauh dalam paru-paru… Subhanallah, hanya ALLAH saja yang tahu perasaan azie masa tu. Lepas selesai Dr suruh push kuat2 untuk keluarkan baby tapi azie dah tak kuat, kudrat semakin lemah, byk kali juga push2…dan baby pun keluar ALHAMDULILLAH… tapi Dr maklumkan yang bahu kanannya tersangkut sikit disebabkan saiz baby yang agak semangat tu.

Lahirnya dia...
Sejurus selepas Azmuna Zulfa keluar, Dr terus meletakkan dia atas dada umi (standard biasa mana2 hospital pun kan)…ayat pertama yang keluar dari umi…eeee ada taik hehehe…sebab badan die dah disaluti dengan najis die sendiri,  tapi dalam hati memanjatkan kesyukuran dan mendoakan Azmuna Zulfa terus sihat dan bersemangat ;) Prosedur membersihkan baby dilakukan dalam bilik yang sama, sambil Dr Fazlina menyelesaikan tugas dia. En suami pula sentiasa disisi sepanjang masa,menyaksikan sepenuhnya kelahiran puteri ke-3 kami, sebelum lahir, sedang dilahirkan dan selepas lahir sehingga Azmuna Zulfa bersedia untuk diazankan dan diiqamatkan. Dan dia la informer azie yang terbaik sepanjang dalam labour room hehe… 

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…segalanya dari ALLAH, urusan kelahiran Azmuna Zulfa dipermudahkan. Azmuna ditempatkan dinursery sebab doctor nak pantau bahu kanan dia. Dalam pukul 730pg azie ditempatkan ke wad sementara, memandangkan bilik single semua penuh. Pagi tu ada Ustazah dan wakil daripada Az-Zahrah Spa and Wellness Center datang untuk bagi tazkirah sikit dan briefing tentang rawatan yang ditawarkan di spa tersebut. Alhamdulillah walaupun tak amik pakej bersalin tu, azie tetap dapat baucer 50% diskaun rawatan selepas bersalin tu. Ustazah juga menerangkan serba ringkas bagaimana untuk mentahnikkan baby serta doanya. AZIM juga menyediakan kurma khas untuk bertahnik. Sebelum mereka beredar Ustazah membacakan doa agar pesakit cepat sembuh.

Pukul 12tghari azie dipindahkan ke wad Iman, baru selesa sikit untuk BF Azmuna Zulfa. Nurse bagitahu Azmuna Zulfa kerap berak, dah bagi susu 2oz terus berak then nangis nurse bagi lagi susu 2oz baru diam huhu…sekali sekala azie cuba BF dia walaupun susu masih kurang. Alhamdulillah tengah hari tu lebih kurang 6 jam selepas kelahiran, Baba adalah orang pertama yang mentahnikkan Azmuna Zulfa. 

Sebelah petang tu, ada pegawai hospital buat rondaan bertanyakan tentang masalah pesakit berkenaan kemudahan di AZIM sekiranya ada, dan sebelum die beredar sekali lagi doa syifa’ dibacakan. Sepanjang di AZIM pun alunan ayat suci Al-Quran turut diperdengarkan. Alhamdulillah tak salah memilih tempat J. Azie bermalam di wad ditemani mak tersayang. Esoknya selepas solat Jumaat kami pun discharged. 

Alhamdulillah Azie sangat berpuas hati dengan servis di AZIM… Mereka sangat prihatin, dan Dr Fazlina juga seperti biasa memang cekap melaksanakan tugas beliau. Total bayaran yang perlu dibayar adalah sekitar RM2500 (bersalin normal+vaccum+bilik single+makanan disediakan+1 malam di wad). Sebelum discharge pemeriksaan terhadap baby dilakukan dihadapan ibu bapa, untuk memastikan tiada pertukaran baby berlaku hehe dan semua dalam keadaan baik… Alhamdulillah, mungkin lepas ni AZIM tetap akan tersenarai antara hospital pilihan untuk melahirkan zuriat yang seterusnya, in shaa ALLAH… jika ada rezeki dari ALLAH lagi...

Nukilan Umi Azie, sekadar untuk simpanan sebagai kenangan dan ingatan, Terima Kasih kepada yang sudi membaca dari awal hingga akhir kerana entry ini agak panjang, semoga mendapat manfaat bersama :)


2 comments:

  1. salam....semangatnya baby!!saya tengah survey pusat rawatan islam azzahrah ni. memang bercadang nak bersalin sana dan tak ambil pakej.tapi harganya okla. tak la mahal sangat.

    ReplyDelete