Tuesday, July 26, 2011

~:: 5 PriNSip MenaNgani STRESS secaRA ISLAM ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam semua, entry yang lepas azie ada bercakap pasal cara-cara nak menangani stress secara Islam kan sebagaimana yang dianjurkan oleh Ustazah Nurhafizah Musa. So sekarang mari kita berkongsi 5 prinsip untuk mendapatkan ketenangan hati. 
*Amaran:- saya hanyalah hamba ALLAH yang banyak kekurangan, mungkin segala maklumat yg sy sampaikan tidak disertakan dengan dalil atau hadis yang mantap2 kerana saya mengakui mmg kurang ilmu dari segi itu dan ditakuti apa yang disampaikan adalah menyimpang maksud dan tujuaanya. So apa yang disampaikan ini hanyalah pandangan dari akal dan hati sendiri dengan tujuan untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi...InsyaALLAH

5 Prinsip Mendapat Ketenangan Hidup

Sedikit ayat sebagai pembuka kata, 
Adakah kita tahu saat bila kita sedang mengalami stress? antara tanda-tanda kita sedang mengalami stress adalah kita akan merasa cepat marah, dan juga mempunyai perasaan yang melampau2 sama ada terlampau sedih atau terlampau gembira.

Ingatlah, sesungguhnya orang yang sabar adalah orang yang berjaya

Antara prinsip untuk hidup bahagia adalah;

1. Nikmat Hidup Kembali Kepada ALLAH

Sebagai seorang wanita kita dijanjikan syurga oleh ALLAH sekiranya kita melakukan 2 perkara ini iaitu taat kepada ALLAH dengan mengerjakan solat 5 waktu dan taat kepada suami. Cuba kita tengok sekeliling kita, boleh tak kita kira berapa banyak nikmat ALLAH, sangat banyakkan sampai tak terhitung walau dengan beribu2 jari sekali pun. Setiap apa yang ALLAH kurniakan kepada kita adalah dengan 1 tujuan sahaja iaitu sentiasa bersyukur dan mengingati ALLAH. Untuk mengingati ALLAH ada banyak caranya yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW dan salah satunya adalah berzikir. Dengan sentiasa mengingati ALLAH kita akan sedar bahawa semua yang ada dimuka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata dan kita akan kembali kepada ALLAH jua. Suami adalah orang yang  penting dalam hidup seorang isteri...

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:
Aisyah berkata:'Katakan padaku wahai Rasullulah, siapakah yg paling besar haknya ke atas seorg wanita?' Baginda menjwb:'Suaminya'.
Aisyah bertanya lagi:"Kalau atas seorg lelaki?" Baginda menjawab:"Ibunya."
(Riwayat al - Hakim, hadis sahih)


Sekiranya kita mentaati suami insyaALLAH, Allah akan berikan ketenangan dalam hati kita.

2. Belajar Hidup Bersyukur dan Redha

"Kedukaanmu bukan kerana engkau tidak mendapat sesuatu tetapi jiwa engkau telah sempit dan duka kerana jiwanya telah kekeringan sifat syukur"

Betapa pentingnya konsep syukur ini dalam kehidupan manusia, tapi adakah kita sentiasa ingat bahawa ALLAH telah kurniakan segala nikmat tanpa meminta apa2 balasan, tapi sangat beruntunglah kepada mereka yang sentiasa mengucapkan terima kasih kepadaNYA sebagai tanda syukur. Ada satu petua yang azie nak kongsikan, azie pernah dengar saranan daripada seorang ustaz ni, untuk mengingatkan kita supaya sentiasa bersyukur kepada ALLAH, tampallah kata2 seperti "Thank you Ya ALLAH", "Syukur kepada Mu Ya ALLAH", di mana-mana sahaja tempat yang kita senang nampak seperi dalam bilik, depan komputer dan sebagainya.

3. Bumi ALLAH sangat luas untuk manusia menikmati hidup

Untuk merasa bahagia di bumi Allah, manusia mestilah sentiasa bertafakur. Apakah bertafakur? tafakur itu adalah berfikir...

Tips apabila kita ditimpa musibah/ bencana/masalah/dugaan:-
i. Bertafakurlah, berfikirlah dengan fikiran orang yang waras...carilah apakah hikmah disebalik masalah yang menimpa kita
ii. Redha...dengan apa jua dugaan atau musibah yang melanda...Lafazkanlah Alhamdulillah kerana ALLAH lebih mengetahui dari hambaNya, ditimpakan musibah untuk kita menerima ganjaran yang lebih besar hasil daripada kesabaran kita...Alhamdulillah
iii. Ikhtiar atau usaha... sekiranya kita mulakan dengan langkah i dan ii InsyaALLAH usaha yang kita ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut mendapat pertolongan dan petunjuk dari ALLAH Yang Maha Mengetahui...InsyaALLAH

Kita selalu dengar orang cakap "Ya ALLAH...besarnya masalah aku atau aku menghadapi masalah yang besar Ya ALLAH..." tapi jarang sekali kita mendengar orang berkata, 

"Wahai masalah aku mempunyai ALLAH Yang Maha Besar"

4. Nikmat hidup pada yang menyumbang

Untuk menikmati ketenangan hidup, ringan2kan lah tangan untuk bersedekah/menderma atau memberi sumbangan tak kisah la dalam bentuk apa pun asalkan dengan hati yang ikhlas dan niat kerana ALLAH. Azie nak kongsi satu entry dari blog kak mawar tentang kelebihan jika kita banyak memberi . Untuk para suami ringan2 kan tangan untuk selalu memberi kepada ibu bapa, isteri dan anak2 serta saudara2 yang memerlukan. 
  
5. Ikhlas peneraju kehidupan

Apa jua yang kita lakukan mesti diiringi dengan hati yang ikhlas... Tapi memang diakui kita hamba yang lemah, seringkali hati tersesat dek hasutan mahkluk yang dilaknat ALLAH itu. Mmg kadang2 terjadi kat azie bila mana kita merasa penat balik dari kerja, nak menjaga anak, dan nak uruskan rumah lagi (time dulu2 sebelum ada maid hehe...) memang tersangat penat, bila tengok suami duduk relax tengok tv or tido mula la makhluk yang dilaknat ALLAH tu mainkan peranan...nauzubillah... Apa yang azie cuba amalkan sekarang ni Ikhlaskan hati dengan seikhlas-ikhlasnya bila berbuat sesuatu dan bila rasa terpesong sikit azie amalkan membaca zikir berlindung dari kejahatan makhluk  
 
Maksudnya: Aku berlindung pada kalimat ALLAH yang sempurna dari apa-apa kejahatan yang diciptakan oleh makhluk-Nya



Dengan itu sekian dulu perkongsian ilmu diwaktu ini, insyaALLAH ada peluang dan ketika azie kongsikan apa jua ilmu atau pengalaman yang dirasakan patut dikongsi bersama

Salam ukhwah
Ummi AziE


Friday, July 22, 2011

~:: EnTry KHaS FaceBlog ::~


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Thursday, July 21, 2011

~:: Program SoLat SUnAt DHUha, HajAT, TasbiH daN CeramaH MenaNgani STRESS secaRA ISLAM ::~

Bismillahirrahmanirrahim..

Pembuka kata
Last entry adalah pada awal bulan July aritu, sekarang dah nak penghujung bulan. Maksudnya Ramadhan semakin hampir mendekati kita, seronoknya InsyaALLAH kita diberikan peluang sekali lagi untuk memeriahkan suasana Ramadhan dengan amal ibadah. Alhamdulillah...semoga saudara, sahabat yang lain juga dapat merasai keindahan Ramadhan. Bulan ni suami isteri sibuk dengan outstation... Ming pertama baba ke Melaka, then minggu berikutnya ummi pula ke Port Dickson dan minggu ni baba sekali lagi outstation ke Klang. Itulah tanggungjawab namanya, tanggungjawab dengan kerja. Dengan bekerja kita dapat rezeki, insyaALLAH rezeki yang halal untuk insan tersayang  jua. Kesian kat 2 orang puteri tu la baba dgn ummi mcm chipsmore hehehe kejap sorang ade kejap sorang lagi plak tak ada... :) tapi org kata sekali sekala berjauhan tu kan menambah kasih sayang. Mungkin ini peluang ALLAH bagi untuk kita top-up kan sikit kasih sayang tu...tapi bak kata DJ Siti @ ikim.fm 'top-up kasih sayang mcm top-up handphone'...sgt mudah kan ;)

Solat Sunat Dhuha, Hajat, Tasbih
Alhamdulillah 7 July aritu berkesempatan mengikuti Program Solat Sunat Dhuha, Hajat dan Tasbih. Ada juga peluang untuk membuat solat sunat Tasbih. Kalau nak harap buat sendiri tak tahu la bila nya... Lepas selesai solat ada sessi ceramah tentang kepentingan solat sunat Dhuha. Mengikut kata ustazah objektif utama solat Dhuha ni hanya satu iaitu 'rezeki'. Tapi jangan sempitkan fikiran kita bila cakap rezeki tu mesti kaitkan dengan harta, wang ringgit dan kekayaan. Rezeki ni ada banyak jenisnya...cuba sama2 kita renungkan, pandang sekeliling kita, apa rezeki yang ALLAH telah kurniakan kepada kita?... Tidak terhitung banyaknya...dari sekecil2 zahrah sehinggalah sebesar2 Boieng 777 hehehehe...betul ker? Rezeki ALLAH lebih besar dari tu...InsyaALLAH lepas ni kita sama2 jadikan solat sunat Dhuha itu rutin harian kita ok! 

Ustazah pun ade sebut Solat sunat Dhuha boleh dilakukan dalam 2,4,6, atau 12 ra'kaat. Dan untuk setiap tu ada pahala dan fadhilatnya yang tersendiri...tapi sayang azie tak bawak pen dan kertas utk mencatit mase tu cuma yang azie ingat, kalau kita buat 4 ra'kaat setiap hari diri kita terhindar dari sifat nyanyuk, kalau kita buat 12 ra'kaat ALLAH sediakan sebuah syurga khas untuk kita iaitu Syurga Dhuha...InsyaALLAH. Tapi walau berapa banyak ra'kaat yang kita buat sekali pun, janji kita ikhlas kerana ALLAH, insyaALLAH akan mendapat perhatian dan keberkatan dari NYA...InsyaALLAH

Menangani Stress secara Islam
Untuk sessi petang pulak, program disambung dengan ceramah daripada Ustazah Nurhafizah Musa. Masa mula2 nampak muka ustazah ni rase sejuk mata memandang. Betullah bagai dikata Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).

Cara penyampaian ustazah ni amat berkesan, sambil kata-kata diatur alunan muzik yang menusuk kalbu merambat keutuhan jiwa, hampir2 menitis air mata bila ustazah suruh bayangkan muka-muka orang yang tersayang dan panjatkan rasa bersyukur kepada ALLAH kerana ditemukan dengan insan2 tersebut. 
Syukur adalah salah satu cara menangani stress secara Islam. Mari azie terangkan secara ringkas 5 prinsip untuk mendapat ketenangan mengikut cara Islam...InsyaALLAH di entry yang seterusnya yer... ni nak balik dah, pukul 530 dah :)

Jumpa lagi!

Salah Ukhwah
UmmI AziE



Wednesday, July 6, 2011

~:: NikMaT Tu SekALI SekALA, BerSYukUR tU keNA SelaLu ::~

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam semua, tajuk entry kali ni azie petik daripada rancangan motivasi pagi @ IKIM fm. Actually motivasi bulan ni adalah siaran ulangan.Memang best sangat penyampainya sampai azie boleh ingat setiap cerita yang disampaikan...insyaALLAH. Kisah hari ni pasal seorang wanita yang tidak dikurniakan anak, tapi bila dah dapat dia jarang2 rasa bersyukur dan anak die mmg sgt nakal, sehinggalah anaknya meninggal dunia baru die sedar kenakalan anaknya  itulah sebenarnya adalah kebahagiaan untuk dia. Sedihkan...bila org yg kita sayang pergi meninggalkan kita dan kita tak sempat nak menghargai dan membahagiakan dia sehabis baik mungkin. Sebab tu lah kita kena hargai apa yang kita ada sekarang dan sentiasa bersyukur. Nikmat tu ALLAH bagi sekali saja, kalau kita tak bersyukur dan menghargainya, pasti kita akan menyesal bila ALLAH tarik balik nikmat tu, dan belum tentu sama ada kita akan menerima nikmat seumpama itu kembali kerana...nikmat itu sekali sekala..bersyukur tu perlulah selalu...

Berita pemergian orang tersayang
Sejak akhir-akhir ni selalu azie terima berita pemergian orang tersayang daripada sahabat dan orang terdekat. 2 minggu lepas ayah kepada pembantu azie (RA) meninggal dunia, lepas tu terima pulak berita suami kepada adik kawan sepejabat azie yang baru berkahwin 6 bulan pula meninggal dunia. Itu yang azie tahu, yang kita tak tahu...Innalillahi waiina ilaihi rojiun... Macam suatu fenomena baru, azie rase agak ramai sekarang ni para isteri yang kehilangan suami di usia muda. Ditambah dengan anak2 yang masih kecil dan baru nak mulakan hidup bekeluarga, tetiba orang yang bersama-sama melayar bahtera dijemput Ilahi... mmg azie sangat mengagumi semangat ibu muda ini. Entry sebelum ni ade azie selitkan laman blog kak mawar yang banyak berkongsi pengalaman kehidupan dia...mmg azie sedih,sedih bila  melihat gmbr anak2 kak mawar, tapi berat lagi bahu yang memikul. Kak Mawar mmg insan yang tabah InsyaALLAH...insan terpilih yang diberi ujian hebat oleh ALLAH, kerana dihujung nanti ada sesuatu yang manis ALLAH telah sediakan... Doa azie semoga Kak Mawar bertambah semangat melalui hari2 yang mendatang :)

Melalui blog Kak Mawar juga azie mengenali insan ini yang bergelar Mawar Bisikan Surya, mmg ada insan yang senasib dengan Kak Mawar. Entry beliau penuh dengan kisah2 kenangan dia bersama arwah suaminya...rasa sebak bila azie membacanya... Melalui blog Kak Mawar juga azie membaca kisah kehidupan insan bernama Norma. Seorang pesakit barah otak. Norma disahkan menghidap barah otak setelah melahirkan anak pertama, dan mereka suami isteri menyambut ulang tahun perkahwinan pertama ketika Norma menjalankan pembedahan pertamanya... sedih...mengenangkan nasib mereka. Bertambah pilu bila melihat gambar Norma bersama anak sulungnya yang tidak sempat untuk disusukan dan dibelai...Hanya doa yang azie kirimkan agar sahabat2 ini tabah menghadapi ujian ALLAH, biarpun mereka tidak mengenali azie tidak mengapa, hanya ini yang mampu azie bantu, tolonglah sebar-sebarkan perkara ini agar kita sama-sama dapat membantu mereka yang memerlukan...

Bantuan
Kepada sahabat2 yang ingin menghulurkan bantuan perubatan kepada saudari Norma boleh dapatkan maklumat lanjut daripada blog ini Moon Punyer Blog

InsyaALLAH...selepas ni sama-samalah kita menghargai insan2 yang kita sayang, cuba sedaya mungkin untuk membahagiakan mereka... Buat Abang, huhu...sedih jap jari jemari terhenti seketika... Terima kasih diatas kasih sayang yang dicurahkan, sememangnya diri Abg tiada pengganti, abanglah baba kepada anak2 kita, Abg jua lah peneman tika di dunia dan akhirat kelak InsyaALLAH... berdoa semoga umur dan jodoh kita dipanjangkan agar berkesempatan untuk menzahirkan keluarga sakinah, melahirkan pemimpin Islam yang berwibawa dan memantapkan iman sekeluarga sebelum kita dijemput menghadapNYA...

wassalam,
UmmI AziE