Bismillahirrahmanirrahim...
Sebenarnya dah lama azie simpan entry ni as a draft. tak perasan plak tak terupload2 lagi. Entry ni khas untuk kakak Zahrah sebagai lipatan kenangan bila dia dewasa kelak. InsyaALLAH tulisan ni akan kekal di sini dan mungkin 10 atau 20 tahun akan datang kakak Zahrah berpeluang untuk menitip setiap karangan tulisan Umi dan Baba.
KELAHIRAN MU
Ketahuilah anakku, kerana Ummi tidak merasa sakit pun ketika melahirkanmu. Bukanlah Ummi ingin menyombong atau berbangga diri, kerana ingatlah anakku bahawa yang ada didunia ini adalah milik ALLAH semata-mata, segala rasa sakit, suka, dan duka, juga adalah nikmat ALLAH kepada manusia. Ummi bersyukur ke hadrat ILAHI kerana Dia-lah yang memberi kemudahan atas apa jua yang Dia inginkan. ALLAH beri kemudahan kepada Ummi untuk melahirkan Azimah ke muka bumi ini, walaupun sakit itu tetap ada, tapi Ummi masih boleh menerimanya dan mampu bertahan, ditambah pula dengan sokongan dari insan tersayang Baba mu dan juga nenda mu.
Namun disebabkan kurangnya ilmu Ummi agak lemah dalam mengawal situasi ketika berjuang mengeluarkan Azimah dari rahim Ummi… Ummi hampir-hampir putus asa, bukannya Ummi tidak dapat menahan kesakitan tapi Ummi risau keadaan kamu didalam sana, Ummi mengambil masa yang agak lama untuk menolong Azimah keluar dari situ, Ummi tidak pandai lantas Ummi berserah mahu dibedah sahaja. Tapi jururawat dan doktor tetap menyuruh Ummi berusaha, lantas dek kerana risau kemungkinan Azimah akan lemas, datang seorang jururawat menekan perut Ummi, mungkin dengan cara itu dapat membantu Azimah keluar dari situ, tapi ketika itu sayang, sakitnya ALLAH sahaja yang mengetahui… Tahulah Ummi kenapa diawalnya ALLAH memberi kemudahan kepada Ummi, rupa-rupanya ada kesakitan yang akan menanti Ummi, Maha Penyayang YA ALLAH, sayang…
SEBULAN YANG PERTAMA
Jan 2009, Al-Wadi Compound Riyadh,
Umi masih lagi dalam pantang
Ummi rasa bersyukur kepada ALLAH Ummi dan Baba telah dikurniakan seorang puteri yang comel yang sentiasa tersenyum dalam tidurnya…MASYAALLAH… Kami harungi hari-hari yang mendatang dengan penuh kasih sayang. Apa jua dugaan dan cabaran yang ALLAH kurniakan kami terima dengan redha. Ingatlah anakku, pelengkap bagi kehidupan didunia ini adalah ujian dan dugaan. Tidak meriah hidup ini sekiranya kita tidak diuji. Berbahagialah anakku sekiranya Azimah diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran maka itu adalah petanda bahawa ALLAH amat menyayangi kamu. ALLAH Maha Penyayang sayang… Dia tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang kita tidak mampu untuk menghadapinya. Tekadkan imanmu kepada ALLAH, kuatkan azam mu, gandakan usaha mu, tingkatkan ibadah mu, berdoa dan bertawakallah kepada ALLAH…InsyaALLAH segala ujian yang merentang jalanmu akan dipermudahkan oleh-NYA Yang Maha Esa… Percayalah sayang…
Jan 2009, Al-Wadi Compound Riyadh,
Umi masih lagi dalam pantang
Ummi rasa bersyukur kepada ALLAH Ummi dan Baba telah dikurniakan seorang puteri yang comel yang sentiasa tersenyum dalam tidurnya…MASYAALLAH… Kami harungi hari-hari yang mendatang dengan penuh kasih sayang. Apa jua dugaan dan cabaran yang ALLAH kurniakan kami terima dengan redha. Ingatlah anakku, pelengkap bagi kehidupan didunia ini adalah ujian dan dugaan. Tidak meriah hidup ini sekiranya kita tidak diuji. Berbahagialah anakku sekiranya Azimah diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran maka itu adalah petanda bahawa ALLAH amat menyayangi kamu. ALLAH Maha Penyayang sayang… Dia tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang kita tidak mampu untuk menghadapinya. Tekadkan imanmu kepada ALLAH, kuatkan azam mu, gandakan usaha mu, tingkatkan ibadah mu, berdoa dan bertawakallah kepada ALLAH…InsyaALLAH segala ujian yang merentang jalanmu akan dipermudahkan oleh-NYA Yang Maha Esa… Percayalah sayang…
Februari 2009, Makkah Al-Mukarrahmah
Gelak kamu yang pertama
Perbezaan wajah Zahrah sewaktu berusia 2 bulan dan 3 bulan
EPISOD YANG BERIKUTNYA
July 2009, Kg.Parit Payung, Muar
Zahrah berusia 7 bulan
Pandai merangkak ketika berusia 8 bulan
September 2009, Al-Wadi Compound,Riyadh
Usia Zahrah 9 bulan, baru sahaja pulang semula ke Riyadh setelah bercuti selama 2 bulan di kampung halaman
July 2009, Kg.Parit Payung, Muar
Zahrah berusia 7 bulan
Pandai merangkak ketika berusia 8 bulan
September 2009, Al-Wadi Compound,Riyadh
Usia Zahrah 9 bulan, baru sahaja pulang semula ke Riyadh setelah bercuti selama 2 bulan di kampung halaman
Dan sekarang (26 Mei 2011 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1432H) kamu telah berusia 2 tahun, 4 bulan, 4 minggu dan 1 hari ( 869 hari). Kamu semakin dewasa, kamu semakin cerdik dan kamu semakin comel MasyaALLAH… Di waktu ini Azimah sudah pandai mengira 1-10, kamu sudah boleh membaca walaupun kamu belum memahami huruf-huruf dengan betul tapi kamu leka memerhati buku cerita yang Baba belikan…InsyaALLAH Azimah akan menjadi seorang anak yang rajin membaca bahan-bahan ilmiah dan mampu menulis buku-buku ilmiah kelak…Ummi sentiasa mendoakan sayang. Di usia ini juga kamu berbijak bermain dengan emosi, kadang-kala tercabar kesabaran Ummi dek kerana kepandaian kamu, tapi Ummi pasrah dan redha, Ummi doakan semoga ALLAH suntikkan kesabaran dalam jiwa Ummi biarlah terlebih dos sekalipun. Azimah seorang anak yang aktif, ketika ini hidup kamu penuh dengan imaginasi mmebuatkan Ummi tersenyum sendirian melihat telatah kamu. Azimah sebagai kakak diusia sebegini awal kamu sudah menunjukkan bahawa kamu kakak yang bertanggungjawab. Kamu kasihkan adik, sayangkan adik, walaupun kadang kala kamu agak kasar kepadanya. Kamu tidak mahu berkongsi mainan bersama adik, kamu lebih manja mengalahkan adik, tetapi Ummi faham, belum sempat kamu ingin bermanja ALLAH telah anugerahkan seorang adik kepada kamu. Alhamdulillah doa Ummi supaya kamu menjadi anak yang cepat matang dimakbulkan ALLAH. Lihatlah anakku…ALLAH memberi kita rezeki dari pelbagai cara. Dahulu…sebelum kelahiranmu Ummi hajatkan supaya kamu dilahirkan di awal tahun 2009 supaya kamu cepat menjadi seorang insan yang matang pada hemah Ummi,… sebaliknya Baba mahu kamu lahir diakhir tahun 2008 supaya didalam kelas nanti kamulah yang paling muda, Alhamdulillah doa Baba ALLAH makbulkan dan doa Ummi jua ALLAH makbulkan cuma pada waktu dan keadaan yang berbeza.
Benarlah anak adalah amanah ALLAH dan ujian ALLAH kepada setiap ibu bapa. Perjalanan membesarkan kamu sehingga usia 2 tahun ini penuh liku… tapi percayalah semua itu hanyalah cara ALLAH untuk kita lebih sayang-menyayangi dan lebih mensyukuri setiap nikmatNYA. Tidak terbilang air mata yang jatuh dari mata Ummi risaukan keadaan Azimah ketika kamu sakit, ketika kamu menangis dan ketika kamu masih kecil tidak mengerti apa-apa tapi kamu telah diuji, ujian yang sebenarnya adalah pada Ummi jua anakku… Kadang-kala Ummi tewas dek kerana tidak sabar dengan dugaan yang menimpa tapi Ummi redha… Di awal kelahiran mu lagi, Ummi dan Baba telah diuji, kamu disahkan mengalami masalah kulit eczema, hanya ALLAH yang tahu perasaan Ummi ketika itu, tapi Alhamdulillah berkat kesabaran kamu pulih jua daripada penyakit tersebut tatkala usia kamu masuk 9 bulan. Kamu juga pernah dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghidap demam denggi…tapi Alhamdulillah berkat ALLAH sentiasa memelihara dan melindungi kamu.
Tika Ummi sedang menulis warkah ini, kamu sedang mengalami demam chicken pox tapi Alhamdulillah menurut kata doktor penyakit itu tidak serius memandangkan Azimah telah diberikan vaksin chicken pox ketika usia 1 tahun. Walaupun Azimah tahu badan kamu tidak sihat tapi kamu anak yang kuat, masih lagi bermain seperti biasa, bijak seperti biasa malah selepas kamu sakit ada sahaja kepandaian kamu yang timbul. Alhamdulillah Ummi bersyukur kerana ALLAH kurniakan anak yang sihat dan membesar dengan baik. Usia kamu sudah mendekati 3 tahun sayang insyaALLAH akan ada banyak lagi pengalaman yang ingin Ummi kongsikan dan ceritakan sebagai tanda ingatan tatkala kamu besar nanti sekiranya kamu bersedih bacalah warkah ini dan ingatlah bahawa Ummi sentiasa ada menemanimu dan teman yang paling hampir dengan kamu adalah ALLAH SWT…
Nukilan Umi
Mei 2011
2011
Kamu semakin dewasa, telah memulakan pra-sekolah, sifat ingin tahu dan ingin belajar sangat tinggi dalam jiwa kamu...insyaALLAH semoga menjadi wanita yang solehah dan cendiakawan yang tersohor kelak,Amin.
Nukilan Umi
Mei 2011











