Bismillahirrahmanirrahim...
Penatnya rasa...skrg pun rasa sakit2 badan lagi, tekak pun dah macam rasa tak sedap jer... tapisakit2 tu semua berbaloi kerana lepas jugak hajat nak bawa kakak zahrah pergi sunway lagoon sempena hari jadinya yang ke-2 pada hari semalam 27/12/2010, alhamdulillah
Trip kali ini turut disertai oleh makwan maksu dan kakak2 sporting zahrah kakak fathiah dan afeeqah. Alhamdulillah walaupun mereka baru balik dari Penang (pukul 2pg hari semalamnya baru sampai...) tapi diorg tetap bersemangat mandi-manda di sunway lagoon. tulah semangat anak kecil kalau bab main ni mmg tak kenal langsung erti penat, tapi kalau dah penat, mula la ragamnya paling tidak pun diorg akan tidor senyenyak2nya...
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar semalam... tgk lah gambar kat facebook yer
Tuesday, December 28, 2010
Wednesday, December 15, 2010
~:: Mesyuarat d Parlimen ::~
Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni rasa mcm nak demam dek penangan bangunan parlimen yang sangattttttlah sejuk. Pihak pengurusan bangunan parlimen ni kena tengok balik la temperature setting diorg, sejuk gile rasa mcm dok dalam igloo... kat tingkat bawah (surau) lagi la sejuk...pelik...biasa kawasan tinggi yang suhu lebih rendah hehehe...
apa2 pun pengalaman semlm sekadar pendedahan kpd sistem pentadbiran kerajaan kita. Alhamdulillah diberi peluang. Bagi officer yg kali pertama ditugaskan mesti la xcited kan hehehe... takde la xcited mane pun, pergi pun mcm bidan terjun je, dengan tak tau jalannya ( mmg lemah sket jalan2 kat kl ni), dengan tak bawak pass jabatannya, main terjah je la...
Azie bertugas kat Dewan Negara, kalau dapat dewan rakyat lagi best kot, mesti meriah gile dengar diorg bertekak. Dewan Negara ni macam slow sikit la, pendek kata..boring hehehe
Kehadiran senator2 amatlah mendukacitakan, cuma ade dalam 5-6 orang je yang setia dalam dewan sepanjang bersidang, yang lain hanya tunjuk muka tak pun lepas jawab soalan diorg blah, mungkin ada tanggungjawab lain agaknya...
Tak banyak soalan yang dibahaskan memandangkan dewan akan membahaskan semula tentang budget 2011. Amat mendukacitakan attitude sebagai seorang senator tidak ditonjolkan dengan sepenuhnya dengan penuh karisma. Apa yang azie perhatikan ada 2/3 org yang hanya membaca teks lepas tu takde full stop, takde intonasi dan dari segi content... byk benda yang dah dibuat dan dilaksanakan dihujahkan semula, dan ada pulak fakta2 yang out dated, bila ada ahli yang mencelah, tergagap nak jawab secara spontan (atau mungkin diorg taknak komen sebab faktor masa)... Yg Dipertua dewan memperuntukkan masa 15 min seorg utk membahaskan usul masing2, tapi ada juga nak kan masa tambahan tapi kalau hujahnya padat dan tepat tak pe la... ni benda yang sama juga diulang2...sampai org mengantuk n jemu dan hilang rasa respek.. Timbul pertanyaan, bagaimana diorg memilih seseorang untuk menjadi senator ni? Padahal mereka ada yang bergelar YB dato' . Tidak la semua yang tidak berwibawa ada la segelintir sahaja...
Yang dibahaskan tentang budget 2011, tapi ada yang menyentuh pasal sukan gimrama la, sejarah malaysia patut difilemkan lah walhal filem mcm tu dah mmg ada pun... Apa output daripada perbincangan mcm tu? ada senator yg menyatakan dia mewakili rakyat mintak itu mintak ini, nak tambah itu tambah ini..akhirnya nanti akan terlaksana tak? Kalau penduduk tu sendiri tak nak mengubah cara hidup mereka...
Pembangkang sebok sentuh soal ketuanan Melayu nak tukar guna istilah ketuanan rakyat...kalau pada azie apa aku kesah hehehe... Jadi trend diorg setiap kali nak mula berbahas akan dimulakan dengan ayat2 suci Al-Quran/tafsirannya... Alhamdulillah, itu adalah amalan yang baik...tapi jangan ada yang cuba nak permainkan ayat2 suci Al-Quran ni mcm yang dah di buat oleh pembangkang... Nauzubillah
Apa2 pun ini pandangan sahaja, sebab kita bukan lah org yg layak menjadi senator cuma memberikan komen sahaja... hehehe kesimpulannya kalau disuruh pergi parlimen lagi...pergi secara terpaksa la gamaknya...
Tak mau gado2 tau! :)

Monday, December 13, 2010
~:: Birthday Planner ::~
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah tak lame lagi kakak zahrah dah masuk 2 tahun, Ummi dia plak tak sabar nak buat birthday party utk kakak zahrah...sempat jugak surfing2 carik idea untuk buat simple but memorable birthday celebration. InsyaALLAH segala yang dirancang berjalan dengan lancar
27hb ni hari isnin, insyaALLAH kalau takde apa2 halangan sambutan akan dibuat pada hari ahad petang... SAYANG KAKAK ZAHRAH!
Kakak Zahrah @ Awana Hotel, Genting

Assalamualaikum... umur saya 2 tahun sudah ;)

Wednesday, December 8, 2010
~:: Jangan Pandang Belakang ::~
Bismillahirrahmanirrahim...
Sebelum nak mula tulis quarterly report and annual report for 2010... jom kita corat coretkan dulu kata2 kat laman blog ini
Alhamdulillah semalam kita telah menyambut 1 Muharram 1432 Hijrah... Sambutan kali ini dirasakan lebih bermakna sebab sempat untuk membaca doa akhir dan awal tahun bersama suami tercinta, semoga segala amalan kita diterima oleh ALLAH dan dilindungi kita daripada segala perkara yang mungkar...Amin. Semalam kami berkunjung ke rumah sahabat yang dikenali semasa di perantauan, Faizol dan Fateha, Alhamdulillah sahabat kami itu telah dikurniakan cahaya mata ke 3 seorang puteri dan namanya sama seperti nama kakak Zahrah cuma ejaannya lain El- Zara Marissa (kalau tak silap la ehehehe) semoga ALLAH murahkan lagi rezeki mereka dan rezeki kita semua.
Berbalik pada tajuk kali ini (wahhhh...bunyi mcm penceramah motivasi la plak)
Jangan pandang belakang bukan cerita seram tu ye... semasa di hari peralihan tahun ni, ada suatu kejadian yang membuatkan azie rasa betapa bertuahnya aku dihidupkan di atas muka bumi ini. Apa jua kejadian/perkara yang terjadi di masa yang lampau mengajar kita untuk menjadi yang lebih baik dan terbaik. Tidak salah sekiranya kita memandang ke belakang dan melihat apa yang telah kita tinggalkan dan apa kesannya (macam dalam lagu maher zain tapi tak ingat lak tajuk lagu yg mane) Sekali sekala kita perlu memandang ke belakang dan mengambil iktibar dengan apa yang telah menimpa diri kita. Hidup manusia ada pasang surutnya, ada masa kita gembira ada masa kita berduka...jadikanlah setiap dugaan atau cabaran itu suatu kekuatan untuk kita menempuh hari yang mendatang.
Tetapi untuk kebaikan kita juga jangan lah kita asyik dibayangi oleh kesilapan lampau, Allah menjadikan sesuatu perkara dengan bersebab dan sekiranya kita terlepas dengan apa yang kita rasakan itu terbaik untuk kita, percayalah ALLAH akan gantikan apa yang kita terlepas itu dengan sesuatu yang lebih baik. ALLAH sangat menyayangi hamba2-Nya.
Apakah tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi ini? Tidak lain dan tidak bukan hanya lah untuk memuji ALLAH bersyukur akan nikmatNya dan sentiasa mengharapkan pengampunan-Nya.
Satu lagi pengajaran yang azie dpt sempena tahun baru ni... sekiranya kita melihat kehidupan seseorang tu nampak cukup sempurna ada kereta besar, suami/isteri cantik dan bergaya, anak2 yang comel dan bijak pendek kata segalanya cukup sempurna... janganlah kita merasa rendah diri... pandanglah diri kita, kita pun apa kurang hebatnya (ini bukan tujuan untuk membangga diri cuma untuk muhasabah diri) kemungkinan ada orang lain yang menganggap kita cukup sempurna berbanding mereka. Segala yang didunia ini tidak ada yang sempurna sungguhpun luaran nampak cantik tapi kita tidak tahu apa masalah lain yang mungkin mereka hadapi kerana kita sendiri juga kadang-kala berdepan dengan masalah. Jangan lah kita rasa rendah diri atau merasakan kekurangan kerana setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini telah ALLAH tetapkan dan tentukan rezeki masing2 apa yang utama kita perlu bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya.
Alhamdulillah Allah Yang Maha Penyayang masih mengasihani dan menyayangi diri ini... masih diberi peluang untuk hidup untuk membetulkan segala kesilapan, masih diberi peluang untuk bertaubat kembali ke pangkal jalan, masih diberi ruang untuk memperbetulkan amalan dan akidah, masih diberi jalan untuk keluar daripada kesesatan... ya, sememangnya diri ini pernah diuji, tapi Allah Maha Penyayang berkat kesabaran dan kesedaran di balas dengan nikmat yang tak terhingga enaknya... Aku dikurniakan suami yang sempurna dimataku, aku dikurniakan anak2 yang menjadi penawar kepada segala dukaku... aku diberi peluang untuk menjejak kaki ke rumah Mu Ya ALLAH, aku diberi peluang untuk membina kehidupan di Bumi Hijaz Mu Ya ALLAH... itu adalah nikmat yg tidak terhingga...
Bersyukurlah kepada Maha Pencipta Mu...
~AnA~

Subscribe to:
Posts (Atom)