Bismillahirrahmanirrahim..
Sesungguhnya diri ini tidak sempurna, banyak lagi perkara yang perlu diperbetulkan, diri ini perlu dibaiki, hati ini perlu dibersihkan, solat perlu dipertingkatkan...solat itu tiang agama... Ya Allah ampunilah dosa daku yang kekadang cuai dalam menurut perintah MU Ya ALLAH...sesungguhnya kami tidak layak masuk syurgaMU namun kami tidak berupaya untuk menahan api nerakaMU, terima lah taubat kami dan sesungguhnya Kaulah yang Maha Pengampun dosa-dosa besar...
Kelas pertama Bacaan Al-Ma'surat
Sila rujuk entry azie sebelum ni
Doakan Kami Berjaya Alhamdulillah segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya...InsyaALLAH... Semua ini atas kerjasama yang diberikan oleh rakan2 terutama sekali
kak aida, kak jah, kak piza, kak aisyah, dan kak aminah. Sememangnya kalau nak buat benda baik ni byk ujian dan cubaannya, dan kita perlulah korbankan sedikit masa dan tenaga...
Alhamdulillah seperti yang telah dirancang pada pukul 1230tgh tadi kami telah berjaya menganjurkan kelas bacaan Al-ma'surat (al- ma'thurot) dengan bimbingan daripada Ustazah Normala Mohamad Shari. Azie dah 2 kali ikut kelas ustazah ni di Masjid Bandar Bukit Puchong, tapi baru hari ni lah azie dapat mendengar tazkirah dan pesanan dari beliau. Agak santai cara penyampaian ustazah tapi padat dengan ilmu yang boleh dimanfaatkan bersama-sama.
Dugaannya...
Kalau kita nak memulakan sesuatu yang baik mesti ade cabarannya kan..baru la thrill hehehe... dugaan disini bukan lah berat sangat maksudnya...cuma ada la sikit2 ujiannya... Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk mengajak lebih ramai jemaah muslimat mengamalkan bacaan Al-Ma'surat, walaupun email bertanyakan respon dari semua staff LGM macam tak mendapat sambutan tapi cuba yakin diri untuk jemput juga ustazah datang. Untuk mencari tempat mmg tiada masalah, hari Rabu azie dengan kak aida bertanyakan 3 caterer untuk tempah makanan tapi semua busy, hari Jumaat masing2 tak berniaga. Mujurlah Kak Aisyah ada sorang kenalan yang juga staff LGM sanggup untuk menerima tempahan.
Ramai yg macam tak berminat je nak join kelas ni, azie dah risau takut2 tak sampai 10 orang pun yang datang. Azie pun risau kalau2 Ustazah lupa dengan jemputan azie ni, ye la masa azie call ustazah tgh mengajar lepas tu ustazah tak call balik. Azie sms pun dia tak reply...risau2... Alhamdulillah pukul 11pg tadi akhirnya Ustazah call menyatakan kehadirannya...Alhamdulillah. Dalam nak menyiapkan tempat, boleh plak diorg tersalah bagi kunci bilik, terpaksa patah balik amik kunci tapi tu sikit je, dekat je pun nak amik kunci hehehe...
Tapi Alhamdulillah keseluruhannya program berjaya.
Pelajaran yang diterima
Banyak nasihat yang diberikan, antaranya
Bersedekahlah kita dengan cara:
1. Dengan duit
2. Dengan makanan
3. Dengan doa
4. Dengan senyuman
yang ke 5 boleh sesiapa tolong... hehehe ni kes tak fokus jap hehehe
Bacaan Yassin
Rupa-rupanya kalau kita baca yassin tanpa tajwid atau hukum yang betul boleh membawa dosa, tapi kalau kita dapat baca dengan sempurna InsyaALLAH dia menjadi penawar yang paling berkesan. Oleh itu ilmu kita tentang Yassin kena mantap...barulah bila kita bacakan Yassin untuk orang yang sakit InsyaALLAH dia akan merasa selesa dan cepat sembuh.
4 Zikir yang disarankan untuk dihafal
1. Meninggikan Asma - sesuai diamalkan setiap masa
2. Berlindung dari kejahatan makhluk - syaitan atau jin yang jahat akan terbakar bila terdengar bacaan ini
3. Doa dilimpah kesihatan - InsyaALLAH kita diberikan kesihatan tubuh badan
4. Doa terhindar dari cengkaman hutang - InsyaALLAH terjauh dari perasaan sedih dan keluh kesah
Membaca ayat Kursi
Sekiranya dibaca dengan betul, dan berhenti bacaan pada 9 tempat, insyaALLAH Ayatul Kursi akan menjadi penawar yang mujarab
Setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini, InsyaALLAH dilain entry azie akan berkongsi lagi ilmu2 yang InsyaALLAH akan memberi manfaat kepada kita semua
Salam Ukhwah
UmmI AziE