Monday, February 7, 2011

~:: PerKongSiaN dAn PeriNGatAn ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah expdsi kami menjelajah utara dan pantai timur Malaysia berjalan dengan lancar, walaupun ada kisah disebaliknya namun itu lah adat merantau mesti ada suka duka dan cabarannya, tetapi secara keseluruhan ok la, kakak zahrah n azwani pun sihat sepanjang seminggu berjalan2 dari putrajaya --> penang --> perlis --> langkawi --> perlis --> penang --> terengganu merentasi perak, kelantan --> balik ke putrajaya. Jauh jarak perjalanan adalah 2000km... Alhamdulillah semua selamat :)

hari ni hari pertama bekerja setelah seminggu lebih bercuti, yang tak bestnyer server LGM hamperh tol arini, tak boleh nak cek email langsung, dah seminggu azie tak bukak inbox mesti da penuh giler, nak buat kerja pun dah rasa terbantut. tu yang dok mengupdate blog ni.

pagi tadi dengar motivasi pagi di ikim.fm tak tahu plak siapa motivater utk bulan ni, tapi best jugak. Pagi ni beliau bercerita pasal 'ALLAH itu dekat'. nak tau tak sedekat mana ALLAH itu dengan kita... sedekat2 urat2 di leher kita, ALLAH itu lebih dekat dgn dari urat2 di leher kita, boleh bayangkan macam mana dekatnya ALLAH dengan kita? tersangat dekat kan... kalau kita sedih dengan siapa kita lepaskan perasaan? mesti ada yang carik kawan atau sesiapa yang dirasakan rapat dengan diri kita kan?... tapi apa yang motivater tu ckp ada betulnya, manusia ni tak berupaya apa2 walaupun kita luahkan masalah dengan org tersayang die hanya dapat berkongsi masalah tersebut mungkin dengan hanya memberi kata2 semangat atau turut sama bergenang air mata dengan kita dan terus memberikan sokongan, tapia da jugak kawan/hamba ALLAH yang bersungguh2 kasihan dengan keadaan kita menangis bersama2 tetapi ditikam kita dari belakang, bercakap perkara yg tidak benar dan menyebarkan keaiban kita...Nauzubillah... ALLAH itu Maha Besar, hanya pada Dia tempat kita mengadu dan memohon pertolongan, mohon lah dengan ALLAH, minta diberikan petunjuk, tagihlah simpati dengan ALLAH kerana Dia lah yang berupaya melakukan segala2nya Dia lah yang mengatur segalanya...Indahnya hidup ini sekiranya ALLAH sentiasa dekat dengan hati kita.. - Sama2lah kita saling ingat mengingati diantara satu sama lain -

Topik pagi hari ni berkongsi tentang pengalaman pelajar kita di Mesir... Alhamdulillah kita kat Malaysia ni dapat hidup aman dan damai...tapi tidak kah kita sedar bahawa Hari Pembalasan semakin hampir?... bila mana umat Islam semua bersatu padu dan Israel tunduk kepada kuasa Islam, hari akhirat pula semakin hampir... adakah pergolakan di mesir merupakan titik permulaan penyatuan umat Islam seluruh dunia untuk menentang AS dan Israel, berapa lama lagi kah proses ini akan berlaku...Adakah AS dan Israel akan terus menerus berkuasa lagi? Adakah mereka dalang disebalik semua ini?berapa lama lagikah kita harus menunggu untuk umat Islam bersatu padu menentang kekejaman Israel dan sekutunya? Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui... Ya ALLAH lindungilah kami dari segala bentuk ancaman dan kekejaman manusia durjana, rahmatilah kami dengan hidayah dan petunjukMu... Amin...


Wassalam...