Bismillahirrahmanirrahim...
Perkongsian ilmu, semoga ia memberi manfaat kepada yang
membaca dan muhasabah diri untuk penulis juga (``,)
Alhamdulillah kembali menjadi pelajar memberi peluang untuk
azie merasa suatu pengalaman yang azie sia-sia kan semasa belajar di Unimas
dulu... peluang untuk mengenal ALLAH dan menambah ilmu tentang agama. Waktu
bergelar student adalah masa yang paling berharga sebab kita sibuk mencari
ilmu, ilmu dunia dan akhirat, tapi sayang dulu azie leka, terlupa... ilmu yang
dicari tidak seimbang... so sekarang masa untuk kejar balik apa yang tertinggal
dulu
Perkenalan dengan seorang sahabat ni, mengenalkan azie
tentang “Bulatan Cinta Osem” (BCO).
Kelas usrah yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar UPM. Setakat ni baru 2x azie
join usrah ni. Kat sini nak kongsi sikit ilmu yang azie dapat. Tapi jika ada
kekhilafan harap di maafkan dan diperbetulkan, saya hanya hamba yang lemah,
mungkin fahaman or penerangan azie tak tepat.. kepada
sesiapa yang sudi berilah teguran agar kita berjalan di landasan yang lurus In
shaa ALLAH
Mengenal
ALLAH
Berapa ramai dari kita yang mengenal ALLAH? Adakah kita
betul2 mengenal ALLAH? Itu tajuk pertama semasa kelas BCO yang pertama kali
azie join. Penceramah pada hari tu merupakan pelajar Master TESL yang pernah
menuntut di United Kingdom. Subhanallah...dia belajar mengenal ALLAH dengan
lebih mendalam semasa berada di UK. Agama Islam memang universal kan kat mana2
pun kita boleh menuntut dan menambah pengetahuan tentang agama ALLAH ni kan.
99 Nama ALLAH
Kami disajikan dengan video 99 nama ALLAH. Setiap orang
Islam memang kena tahu ni. Kemana-mana sahaja memang kita bawa 99 nama ALLAH
ni. Cuba tengok tapak tangan kita, sebelah kiri tertulis nombor 81 dan sebelah
kanan nombor 18 dalam bahasa arab, bila dicampurkan jadi 99.
Sebelum nak kenal ALLAH kita kena tahu nama-namaNya. Sama
juga bila kita nak berkenalan dengan orang yang kita tak kenal kan. Mungkin
soalan pertama yang kita tanya ‘nama awak
siapa’? Tapi cukup ke bila kita tahu 99 nama ALLAH kita dah kenal
ALLAH?
Surah Al-fatihah dan
An-Nas
Kalau kita rujuk pada Al-Quran, perkataan pertama yang
tertulis dalam Al-Quran adalah
dimulakan dengan nama ALLAH. Dan di
akhir ayat dalam surah terakhir (An-Nas) disebutkan perkataan manusia. Maka
ironinya ALLAH adalah perkara pertama yang perlu kita kenal dan ambil tahu
manakala manusia adalah yang terakhir. Juga menggambarkan betapa rendahnya
darjat manusia dan ALLAH adalah yang Maha Agung.
Al-Quran adalah mukjizat teragung yang dikurniakan kepada
Nabi Muhammad SAW sebagai panduan kita. Untuk lebih mengenali ALLAH
dampingkanlah diri kita dengan Al-Quran. Bukan sahaja membacanya dengan tajwid
yang betul tapi kajilah tafsirannya, maksud yang tersirat disebaliknya dan
jadikan lah kisah-kisah kaum terdahulu sebagai pengajaran.
Kisah tauladan
Penceramah juga berkongsi tentang cerita bagaimana Maha
Pengampun dan Maha Penerima Taubat nya ALLAH itu melalui dua kisah.
Kisah pertama
Seorang pensyarah
berbangsa Belgium yang membawa ibunya yang beragama Kristian pulang ke jalan
ALLAH disaat-saat akhir pemergiannya.
(azie tak tahu details
sangat pasal kisah ni tapi Alhamdulillah minggu lepas hari Khamis 13/12/12 azie
dengar siaran Islam Agamaku melalui radio IKIM.fm. Masa tu tengah driving nak
balik rumah. Tetamu jemputan dia adalah Puan Siti Mariam Abdullah, tuan punya
kisah ini sendiri. Subhanallah sebuah kebetulan yang sangat indah Terima Kasih
ALLAH! )
Sebagai ringkasan beliau yang sudah 32 tahun menganuti agama
ISLAM dan menetap di Malaysia, membawa ibunya datang ke Malaysia dari Jerman
setelah ibunya sakit tenat. Beliau telah memberikan senaskah tafsir Al-Quran
kepada ibunya yang ketika itu masih beragama Kristian di usia 80 tahun. Ketika
di Malaysia sakit ibunya semakin teruk. Tetapi ibunya sangat teruja membaca
tafsiran Al-Quran tersebut sehingga lupa nak makan dan minum. Setelah 3x ibunya
khatam membaca tafsir Al-Quran tersebut, sakitnya semakin tenat dan ketika di
ICU Pn Mariam memberanikan diri untuk bertanya 3 soalan kepada ibunya ‘adakah
ibu percaya pada ALLAH? Adakah ibu percaya Muhammad itu Rasul ALLAH? Adakah ibu
ingin memeluk agama Islam?’ Ibunya menjawab YA kepada setiap soalan tersebut.
Alhamdulillah ibunya telah mendapat hidayah. Dengan kuasa ALLAH ibu Pn Mariam nampak semakin pulih. Muka yang
pucat beransur kemerah-merahan. Kebetulan waktu itu bulan Ramadan, Pn Mariam
dan keluarga pun pulang ke rumah pada malam tersebut setelah selesai membacakan
Yassin untuk ibunya dan yakin ibunya akan sembuh. Namun dengan kuasa ALLAH jua,
pd malam itu jua pihak hospital memaklumkan ibunya telah tiada. Bayangkan lah
kuasa ALLAH, orang yang 80 tahun menyekutukan ALLAH dengan yang lain, tapi
dihujung nyawanya, dia diberi hidayah, memperakui ke-Esaan ALLAH, pergi sebagai
seorang muslim bersih tiada dosa, di bulan Ramadan yang penuh barakah...ALLAH
Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Kisah ke dua
Ini adalah kisah tentang seorang pembunuh yang telah
membunuh 99 orang dan akhirnya ingin bertaubat. Untuk cerita lebih lanjut boleh
la rujuk di laman ini Kisah Pembunuh 99 Orang
Bayangkanlah betapa ALLAH amat menyayangi
hamba-Nya. Walau seberat mana dosa yang kita pikul, percaya lah dengan
keampunan ALLAH, bertaubat dengan seikhlas-ikhlas hati, in shaa ALLAH akan
diterima oleh Nya.
Bulatan Usrah
Sebelum berakhir, penceramah menasihatkan supaya kita belajar dan terus belajar untuk mengenal ALLAH
dan cara yang berkesan adalah melalui bulatan kecil (usrah). Carilah
mereka-mereka yang tinggi ilmu agamanya, tinggi pengetahuannya, sebagai
pembimbing dan kita kumpulkan kawan-kawan untuk turut serta dalam bulatan kecil
kita untuk saling berkongsi ilmu.
Setakat ini sahaja yang dapat azie kongsi bersama, rasa
banyak lagi yang boleh dikongsikan tapi kelemahan manusia cepat lupa, azie
jadikan blog ini sebagai medium catitan untuk apa jua ilmu yang azie perolehi
agar azie tidak lupa dan juga boleh dikongsi bersama mereka yang sudi membaca.
Till next sharing!
Thank you ALLAH!




