Friday, December 25, 2009

~::CaTitaN DaRI hOng KonG::~


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah kami sekeluarga dah selamat sampai ke Hong Kong untuk makan angin sebelum bertemu dengan keluarga yang dirindui di Malaysia.

Buat rakan2 yang mungkin belum sedia maklum lagi...tempoh perkhidmatan baba di bumi Riyadh telah pun tamat dan kami dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air, dikesempatan itu kami transit di Hong Kong dan mengambil peluang untuk bercuti bersama puteri tercinta Azimah Zahrah yang bakal menginjak 1 tahun pada 27/12 ini... kepada rakan2 yang menyambut Krismas azie dan keluarga mengucapkan selamat hari krismas dan selamat menyambut tahun baru 2010

Agak lama jugak tak update blog ni, dah bersemak dan bersawang2, almaklumlah masa amat terhad + keadaan badan sebelum ni yang kurang sihat + aktiviti2 terlampau banyak so tak sempat nak menulis. InsyaALLAH selepas ini mungkin ada masa terluang sementara menunggu masa yang sesuai untuk memulakan semula kerja, zahrah dan ummi akan duduk dulu kat kampung so ada la masa nak cerita sikit kisah kami di Riyadh sebelum pulang ke Malaysia.

Sekarang kat HK dah pukul 132 am ntah kenapa tak merasa mengantuk pulak padahal tak dapat nak rehat sangat siang tadi. Masa dalam flite pun tak dapat tido sangat, kakak Zahrah dah aktif di tambah pulak badan yang semakin membesar dan memanjang sampai tak muat nak letak dalam baby bassinet so terpaksa tido atas pangku ummi...huhuhu... Kami sampai di hotel jam 4pm, ingat boleh la tido kejap tapi kakak Zahrah plak excited sgt kat tempat baru, tak mau tido...last2 ummi dan baba dah terlelap dulu tak sedar bila kakak Zahrah pun terlelap sekali....Ummi sedar2 je ade bau yg kurang menyenangkan...huhuhuhu kakak Zahrah 'pop up' sebelum tido, kesian die...boleh plak tertido dgn isi kat dalam pampers tu, yang paling tak best tu...abes pampers die leaking kena cadar tilam huhuhu... ummi pun biarkan kejap die tido lepas tu agak2 dah lama sket die tido ummi kejutkan tapi mengamuk la lepas tu sebab mata mengantuk lagi... Baba plan nak bawak gi naik Bus Tour, terpaksa la dibatalkan sebab kakak Zahrah bad mood dan mengantuk... tak pe la at least mlm ni kita rehat2 kan badan dulu :)
Tapi kesian kat Baba... kat sini susah nak carik halal food, nasib baik ada Baba ada kawan kat sini boleh la tanya2. Alhamdulillah kat area Nathan Road ni ade satu tempat namanya Kowloon Mosque and Islamic Centre, lebih kurang mcm penempatan bagi Muslim, ada tempat makan, tempat nak beribadat... Ummi dan Zahrah tggu kat hotel je, Baba belikan nasi beryani ayam kat kedai makan Pakistan...Alhamdulillah kenyang kami anak-beranak, baba pun belikan roti untuk kakak. mula2 baba mcm tak berani nak beli roti kat sini tapi kawan baba ada bgtau brand roti ape yg selamat untuk dimakan...


~ni la roti yang kakak makan :)~


~Ummi dan Kakak Zahrah @ Hong Kong International Airport~

Orite, cukup dulu sampai sini ummi nak lelapkan mata jugak esok nak jalan2 lagi!


~SaLaM UMMI ZAHRAH~





;)

Tuesday, October 13, 2009

~::ZaHraH OutINg tO ASeAN DaRT ToUrnaMenT @ d' EmBassY oF MyaNMaR::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah kami sekeluarga baru je balik dari Madinah Al-Munawwarah... rasa sayu sangat sebab itu mungkin merupakan ziarah terakhir kami sementara kami berada di bumi Riyadh ni...InsyaALLAH kalau ade rezeki dan kekuatan semestinye kami tak akan melepaskan peluang lagi untuk berziarah ke makam Rasulullah S.A.W, berjemaah di Masjid Nabawi, ziarah ke makam para Syuhada dan tempat2 yg bersejarah di bumi Madinah...InsyaALLAH...ok nanti Ummi cerita lagi dlm entry yg lain ek...

kali ni nak story pasal asean dart tournament yg berlaku pada 8/10 yg lepas hehehe...masa agak terhad skrg, mcm2 aktiviti kat sini tu yang lmbt sket update blog ni...

zahrah kena bangun awal pagi tu sebab sebagai perserta yg mewakili Malaysia ummi dan baba perlu mendaftarkan diri pada jam 8 pagi. sampai2 kat myanmar embassy ummi plan nak tidokan zahrah dulu tapi bile tengok org ramai tu mana nak die tido, last2 die join ummi berlatih main dart hehehe...

Zahrah bergambar dengan ummi sebelum ummi memulakan aksi membaling lembing dart wakaka...

Team Malaysia dari kiri Ummi, Datin, Dato' Duta ( tapi beliau tak termasuk dalam team ni), Baba, En Hairudin dan Amin.

Ummi memulakan aksi pemain no 1 negara wakaka...

Turn Baba plak hehehe...

Zahrah sempat jugak bergambar dengan Shawn son of Yen Ping&Gary from Singapore Embassy
kawan baik diorang ni kalau pergi mane2 majlis kalau diorg berjumpa gerenti Shawn ajak Zahrah main same2 :)

Dan sukacita di maklumkan bahawa pasukan Malaysia telah tewas wakakaka....ok la just for fun :)


Sunday, October 11, 2009

~::BerHaRI rAYa DI RIyaDH::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah catitan Syawal kami bersambung di Bumi Anbiya' ini... sekarang ni kami sibuk memenuhi jemputan rumah terbuka dan 2 hari lepas kami makan2 di rumah Irman&Tety daripada Kedutaan Brunei dan sebelum tu rakyat Malaysia di Riyadh pun menganjurkan rumah terbuka secara bergotong-royong, tapi jenuh jugak la kami mencari tempat diorg buat majlis tu...tempat tu diorg panggil istirehat tapi kat kawasan tu je ade byk tempat nama mcm tu so kalau tanyer org pun mesti die bg direction yg salah...gune gps pun boleh jadik keliru gak sebab jalan kat riyadh ni byk yang kene tebuk sane sini, nak buat jalan baru la, nak baik pulih jalan la...ish2...

tapi ada kawan baba yang tolong bg direction alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai..mula2 kami pergi sekali dengan Kak Intan&Abg Azwan tapi last2 kami terpisah jugak dan diorg dah smpi dulu...sian zahrah tengah jetlag lg time tu die pun dok tido jerk dalam keta. bila dah smpi die pun terjaga tapi angin satu badan la...senyum pun tak mo...seb baik tak merengek2 cuma die diam jer...buat hal sendiri ade org agah2 pun die buat muka selamba die hehehe...

tak sempat nak amik gambar sgt, maklum la org ramai2 sgt dan kawan2 pun ramai sebuk beborak je makan pun tak lalu tapi makanan MasyaALLAH memang murah rezeki...mcm2 makanan yang disediakan...Alhamdulillah

Zahrah tengah memerhatikan kanak2 yg berlari2 bermain bola kat kaw berumput dalam istirehat tu

tgk tangan die nmpk tak spegeti hehe...zahrah temankan ummi makan tapi ntah ape yg menarik perhatian die dgn wajah yg serius die memandang..

2 org sahabat yg menerima jolokan ibu2 paling muda di Riyadh hehe...

Sempat jugak bergambar dengan Datin dr kiri Kak Ida Alina (wife en Hishamudin DCM), Datin, Kak Fiza (salah sorang penganjur majlis mlm tu), Ummi&Zahrah dan Kak Siti wife en Lokman.
Malam tu kami bertolak balik agak awal sebab mate masing2 masih ikut waktu Malaysia lagi...


<3>

Thursday, October 8, 2009

~::ZaHrAH MaNIs bErTUdunG di HarI raYA::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam entry sebelum ni Ummi terlupe nak selitkan gambar Zahrah yang manis bertudung di hari raya hehe...Mak Wan gelar dia Ustazah Zahrah. Terima kasih peluk cium untuk Mak Wan yang sponsor baju dan tudung Zahrah ;)


Masamnyer muka dia...hehe kena paksa pakai tudung, kena pegang tangan dia kalau tak dia nak cabut tudung tu...tambah plak mata dah mengantuk nak tidur lagi la kawan tu bad mood hehe...

huhuhu...redha je la...muka zahrah yang dah tak kuasa untuk mencuba menanggalkan tudung tersebut

Akhirnya tersenyum jugak...kan manis tuuu... kitorg siap print lagi gambar ni dan framekan 2 set, 1 utk Mak Wan dan 1 lagi utk Atok Minah...


Ok selamat hari raya daripada Zahrah :)



<3 UmmI <3



Saturday, October 3, 2009

~::KenaNGaN SeMINggU BerHAri raYA bersAMA keLUaRga TersAYAng di MalAysiA::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam semua dan selamat meyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, andai ada terkasar bahasa harap dimaafkan dan andai ada termakan terminum harap di halalkan...

dah lama jugak tak update blog ni almaklumlah sibuk nak menyambut hari raya dan berkemas2 untuk balik ke Riyadh.

alhamdulillah kami sekeluarga telah selamat sampai ke Riyadh pada 28/9 yang lalu . flite kami bertolak dari bumi Malaysia dalam pukul 530ptg kalau ikutkan tiket pukul 3ptg tapi delay sebab cuaca kurang elok kot time tu. huhuhu kalau ikutkan banyak nak citer pasal hari kepulangan kami ke riyadh tapi entry ni khas untuk berkongsi suasana kami berhari raya di kampung halaman....alhamdulillah sangatlah happy dan seronok...zahrah lagi seronok jumpa ramai kawan n dapat banyak duit raya hehehe...terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan duit raya kepada zahrah yer, tahun depan jangan lupa bagi lagi hehehe...

raya pertama kali ni disambut di Putrajaya bersama2 Atok Mazlan, Mak Wan dan Mak Su. sehari sebelum tu kami bermalam di rumah atok&nenek di Sendayan, berewang beramai2 utk juadah hari raya, dan mak wan selaku ketua chef dengan jayanya telah menyediakan hidangan seperti rendang daging&ayam yang superbb, kuah kacang yang cukup berperisa, dan sup tulang yang best hehe...alhamdulillah petang tu kami dah berbuka puasa dengan nasi empit dan sebagai tambahan baba belikan KFC atas permintaan Ummi :)

Malam tu kami balik ke Putrajaya setelah selesai solat Maghrib dan bersiap2 la pulak kat rumah untuk menyambut kepulangan Angah dan Abg Fauzee dari Jepun...part ni yang best tak pernah2 sambut 1st raya kat airport hehe...

Di pagi 1 Syawal tu sebelum bertolak ke airport sempat la kami bersalam-salaman dulu dan singgah ke Sendayan sekejap memandangkan flite Angah tiba lambat lagi...masa kay umah nenek sempat la lagi kami menjamu selera sambil bertemu dengan sedara mara yang berkunjung ke rumah nenek. Tepat pukul 430 kami pun bertolak ke KLIA, flite angah dah landing tapi nak settlekan pasal luggage and anak2 lagi amik mase jugak tu yang kami bertolak lambat sikit...Alhamdulillah sampai kat arrival nyer tempat ramai passangers dari Jepun yang dah keluar. Ummi dan Zahrah sempat lagi tu belikan bunga untuk mama...tak lama lepas tu angah dan abg fauzee pun keluar, kakak fathiyyah dan kakak afeeqah berlari2 dapatkan mak wan dan mak su...huhuhu sayu nyerrrrrrr rase, Ummi yang bergenang air mata tapi cuba maintain2...tak nak plak nampak ummi yang lebey2 huahuahuahua... buat atok mazlan pertemuan itu adalah yang kali pertama antara dia dan anak ke3 angah iaitu Areessa, mestilah sangat bermakna kan... :) Alhamdulillah semua telah selamat dan kami pun bertolak balik ke rumah untuk menjamu selera :) Malam tu jugak Kak Ju and family sampai dari Terengganu dan ade la jugak tetamu yang datang malam tu maka busy lah mak wan...

Esoknya pada 2Syawal kami bertolak balik ke Kg Kuala Pilah bersama2...dan sebelum tu sessi bersalam-salaman dan family photo dan jugak sessi bagi2 duit raya :) thanks tu mama n papa...zahrah dapat 1000yennn... thanks jugak tu dada n ibu :)

Sebelum sampai ke rumah Mak Lang di Padang Lebar kami singgah ke rumah atok Duaji di Keru (ke tebalik ek....eh tak sure lak umah mak lang ke atok yang kat padang lebar ni...tak kesah tapi satu daerah la kat Kole Pilah)..yang bestnyer wan hidangkan mee kari yang sedap sangat ada kerang lagi tuuuu...alamak teringat la plak, kat riyadh ni kulit kerang pun tak jumpa... pastu ade cendol hehe lepas rindu nak rasa cendol pilah, kononnyer sebelum tu nak singgah makan cendol kat stesen bas pilah tapi tutup plak huhuh tokey cendol nak raya jugak kan hehehe...

Bersiap sedia untuk ambik family photo...zahrah tgk maksu duduk kat bawah dia pun nak join sekali

alamak....sape jejaka hensem sebelah ummi ni...baba ke???? wakakaka

Zahrah tgk kamera la....bukan tgk orang

mase ni baru smpi airport naik escalator atas permintaan baba selalu naik lif aje ropenyer baba nak buat photo shoot hehe... ---> ke balai ketibaan antarabangsa

ho ho ho balik kg..tengok tu wajah2 ceria perantau yang baru sampai ke tanah air


bergambar beramai2 sebelum bertolak balik ke Putrajaya..tengok tu barang dari Jepun banyaknya....thanks angah and abg fauzee for the beautiful japanese plate... :)

malam tu lepas menjamu selera, baru teringat kami tak amik lagi family photo bertiga dengan baju raya berwarna biru tu...hehehe walaupun keletihan gambar ni tetap nmpk berseri :p

2 Syawal... family Atok Mazlan n Mak Wan almost complete...although without along n abg yuswan yg berada di Brisbane... tahun depan kita raya sama2 ye mama yong and papa yong...

Dari kanan duduk di atas- Ummi&Zahrah, Baba,Atok Mazlan, Mak Wan, Mak Su, Aboy
Dari kiri duduk di bawah- Kak Ju&Aqilah, Kakak Husna, Kakak Fathiyyah, Abg Fauzee&Kakak Afeeqah dan Angah&Areesa

Bergambar pula dengan Atok Mazlan dan Mak Wan

Bergambar kenangan dengan Atok Duaji dan Wan

3 Syawal kami teruskan perjalanan ke Muar ikut jalan belakang lalu Segamat dan sempat la jugak kami singgah ke rumah keluarga abg fauzee dan memang kebetulan perut tengah lapar hehehe...Pukul 3 ptg kami gerak drpd Segamat ke Serom, Atok Hassan punya la risau kitorg tak sampai2 banyak kali jugak dia menalipon dan akhirnya kami berjanji jumpa di rumah nenek di Serom sebab kalau dari Segamat jumpa Serom dulu tak payah la kitorg patah balik kalo balik Muar dulu. tup tup...sampai serom atok plak takde ( kalo kat johor tak kira lelaki ke pompuan dua-dua kitorg panggil atok). telefon atok, dia gi shopping ngan cucu2 die ngopernyerrrr...ish2 dah raya pun sempat nak bershopping lagi. Kebetulan Ninot ( sepupu Ummi) pun datang jugak so dia pun nak jemput atok kat K-mart ( K-mart ni kat Tangkak jauh jugak la dengan jam lagi sebab org bandar dah start balik ke sarang). Lame jugak kami tunggu, sempar berpicnic la sebelah ladang kelapa sawit sebelah umah atok tu siap buat photo shoot lagi huhuhu... Gambar kat atas tu family Ummi dari kiri, Nabila (anak sedara), Akak Lina( kakak Ummi yg no 2 ibu kepada Nabila), Mak ku tersayang, Ummi&Zahrah, Akak Liza ( akak Ummi yg sulung), Kak Bina ( akak ipar ku yg sorang) dan Icah (anak sedara-anak ke2 kepada akak Liza) dan yg kecik kat depan tu Anis anak akak Lina yang kecik sekali

Uish Zahrah masamnyer muka...baba plak terlebih gelak kekekeke...

hahaha...kebetulan ade sedara belah mak jugak datang sama nak lawat atok, depa join kami berpicnic di tepi ladang kelapa sawit tapi kejap je pastu diorg blah hehehe...Zahrah sempat jugak beramah mesra dengan kakak2 dan abang tu...
Akhirnya kami jemu jugak menunggu dan masing2 angkat kaki...huhu...sejarah tol tak pernah2 datang umah atok, atok takde kat umah mesti atok dah bosan dok umah terima tetamu jer huhu...dan lepas tu kami pun balik ke parit Payung dan ziarah ke rumah atok Siti dan Kak Nor yang dekat jer ngan rumah Atok Hassan, 1 kampung 1 sedara... ;p

Malamnya Ummi, Baba dan Zahrah berziarah ke rumah Pak Lang dan Mak Lang, diorg beraya kat rumah baru. Kitorg keluar kol 9, lambat sket la sebab smpi td pun dah petang gi umah atok Siti dan Kak Nor pun Maghrib baru balik. Tapi sebelum keluar Zahrah sempat join sepupu2 dia main bunga api...perghhh bukan main seronok dia, rase mcm nak terbang jer :p

Keesokannya kami sambung lagi beraya ke rumah Pak Long (abg kepada Atok Minah) di Temiang, ziarah rumah sedara mara belah Atok Hassan, dan petang plak kami makan mee bandung kat rumah akak Liza dan lepas dah kenyang kami buat sessi bergambar sekeluarga...kira besar jugak la famili Atok Hassan ni...cucu je dah 11 org...tapi abg ummi yang no 4 tak dapat join sebab die dah balik Lumut untuk bertugas...yang kat atas tu gmbr famili Ummi :) miss u alllllllllllllllllllllll!!!

Ummi dan Icah nampak muka kitorg mcm sibling tak...ramai yg cakap muka kitrog serupa...tapi yg tudung cokelat tu nmpk lagi mude la wakakakaka...

Hani dan Anis name pun lebih kurang same sorang Hanis Zahirah sorang lagi Hani Zuhaida

Ade org cakap yg kat tengah tu mcam teddy bear tapi uMmi rase yang kat tepi belah kanan tu wakakaka...jgn marah ye abg...gurau2 jerk. Okla sekian dulu untuk catitan kali ini...

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga!

Wednesday, September 16, 2009

~::SeBuaH PerTemUaN::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...syukur kepada ALLAH...pada 15.09.09 baba telah selamat sampai ke tanah air dari Riyadh. Flite dari Riyadh pukul 1am dan dijangka sampai ke KLIA pada pukul 2pm dan memang tepat pada waktunya flite baba mendarat di KLIA. masa tu ummi dan zahrah baru nak bertolak ke KLIA. dalam hati kesian pulak baba kalau terlambat ni nanti takde sape sambut dia balik nanti...tapi luggage baba pulak lambat so dalam pukul 3 lebih baru baba keluar...ummi dan zahrah mmg dah tak sabar2 nak tengok baba...sebelum tu ade sorang akak nurse dari riyadh jugak (kak mel) dah keluar dulu...pastu tunggu baba ni lama la plak tak keluar2 risau plak, mata melilau mencari kelibat baba takut terlepas pandang :)...

dari jauh ummi dah nampak baba dan terus tunggu kat depan pintu keluar tu...zahrah terpinga2 kejap...sape la plak ni hehehe...mula2 dia tak nak bila baba nak amik dia tapi pastu die terpaksa rela la...lepas rindu baba nak kiss zahrah, zahrah plak terkelip2 mata bile baba cium pipi dia...zahrah dapat doll dari baba dan ummi plak baba hadiahkan sejambak bunga orkid fresh hehe...sejambak la kan betul kan peribahasa tu??? eh...peribahasa ke??? ;p thanks baba...

semoga syawal kali ni diberkati oleh Yang Maha Esa dan sememangnyer Syawal kali ini lebih bermakna kerana disambut bersama puteri tercinta :)



Mase ni baru2 lagi sampai airport, ramai keluarga yang menunggu kepulangan insan tersayang masing2, dan kebanyakkannyer jemaah yang baru balik mengerjakan umrah.

ayunyer anak ummi ni...hair band tu kena paksa pakai kalau tak tangan dia tu asyik nak mencabut mende alah tu...ummi pun pegang tangan zahrah

atok yg tolong snapkan gambar zahrah ni...

zahrah pun tolong tengok2 kan baba dah keluar ke belum hehe...

zahrah tengok muka ummi...mula2 dia tak nak ikut baba tapi die memaksa relakan diri die hehe...

sayang anak baba ni :)


zahrah tolak muka baba dia, merajuk ke??? or misai baba tajam tu yang zahrah kelip2 mata bila baba cium pipi dia hehehe...











widgeo

Wednesday, September 9, 2009

~::KePuLaNGaN yAnG DInANtI bAKaL BerAKhiR..pErTemUaN MaNIS pULA yaNG diTUnggU::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masuk hari ni dah 19 hari umat Islam seluruh dunia berpuasa dan tak lama lagi je nak raya. Kalau kat Malaysia ni bab menyambut hari raya memang sakan, jualan murah sini sana, mcm2 barang yang dijual dengan harga murah daripada perhiasan diri sampailah perhiasan rumah, dan macam2 lagi lah...tapi kalau kat Riyadh sambutannya sederhana je, bahkan bulan Ramadhan yang lebih terasa meriahnya... Alhamdulillah Baba mendapat peluang berpuasa di tanah suci Makkah... walaupun Ummi dan Zahrah tak berpeluang untuk turut serta...doa kami InsyaALLAH.. 1 hari nanti kami sekeluarga dapat menyambut Ramadhan di tanah suci Makkah... thanks Baba sebab upload gambar2 dalam FB sekurang2nya dapat lah tengok suasana Ramadhan di tanah suci...

dan hari ni hari Rabu 09/09/09, sangat cantik tarikh hari ni kan...maka tak lame lah lagi Baba nak balik ke sini untuk menyambut hari raya dan juga menjemput Ummi dan Zahrah pulang ke Riyadh. Kurang seminggu je lagi...hari sabtu ni 12/09/09 atok mazlan bersama2 mak wan dan mak su akan datang ke muar untuk menjemput Ummi dan Zahrah balik ke Putrajaya... rasa kesian pulak kat mereka...huhuhu bulan2 puasa ni kena berjalan jauh pulak...semoga atok diberikan kekuatan untuk memandu, tapi jgn risau balik nanti Ummi boleh take turn hehehe... :) Zahrah duduk dgn mak wan la...lenguh dibuatnya nanti,...alhamdulillah Zahrah semakin hari semakin dewasa :)dan nampak berisi jugak badan die, belum timbang lagi dah naik berapa kilo... ;p

masa awal2 puasa aritu Ummi risau jugak dengan keadaan Zahrah, takut die tak dapat nutrient yang secukupnyer huhuhu...ye la bulan puasa, siang kita tak makan air susu badan mesti la kurang dan rase tak sedap (mengikut kata mak) so baby yang menyusu badan ni pun jadiknyer kurang menyusu... Tambah risau lagi Zahrah tak berapa minat dengan solid food huhuhu... kalau di suapkan mesti die tutup mulut dia rapat2 dan sekarang dah pandai main tepis2 kalau Ummi paksa jugak die menjerit dan menyembur hehehe...part yang tu chomel kdg2 Ummi jahat saja hulur2 kan sudu tu kat mulut dia...

Dan cara penyelesaiannya Ummi kena jugak paksa Zahrah makan huhuhu kesian dia kadang2 dia buat aksi macam nak muntah tak tau la saje2 buat or mmg dia nak muntah tapi kalau dah tak suka mmg rase macam nak muntahkan balik kan... Setiap kali nak makan Ummi umpan Zahrah dengan mainan dia, pantang dia bukak je mulut nak gigit toy dia Ummi cepat2 suapkan huhuhu...kesian jugak tgk dia tapi Ummi risau kalau tak makan nanti lain pulak ceritanya... Tapi mak pun pernah cakap "budak kalau dia lapar dia akan suka makan...tapi kes Zahrah ni dia tak rasa lapar agaknya...susu badan tu pun dah cukup untuk dia..."

Pasal risaukan susu badan kering/kurang pulak Ummi amalkan makan sayur lobak putih tapi masa awal2 puasa je la...kalau dah hari2 makan lobak putih rasa jemu pulak huhuhu... Ade member nasihat minum milo/horlicks tapi Ummi tak berani nak cuba sebab milo ada protein susu lembu and horlicks pun sama jugak kot, tak pernah check pulak die punyer ingredients. Dan kebetulan Ummi tertengok kat TV3 (Malaysia Hari Ini) pasal minuman soya organik dengan DHA. Ummi pernah juga minum air soya dan alhamdulillah Zahrah menunjukkan reaksi yang positif, maka Ummi pun mencuba la minuman organik ni Jenama Biogreen mengaplikasikan formulasi Jepun diperkaya dengan DHA extract dari rumpai laut/seeweed. DHA ni bagus untuk perkembangan sel2 otak kebanyakkan susu formula baby skrg semua ada DHA. Alhamdulillah setakat ni Zahrah mendapat bekalan yang mencukupi dan kekerapan dia menyusu pun tak berkurangan, bertambah lagi ada la...huhuhu





Pengantin baru hehehe...mase ni nak hantar Baba balik Riyadh, Ummi menyusul kemudian memandangkan cuti tanpa gaji belum mendapat kelulusan huhuhu...2 bulan jugak la kami berjauhan...


pose istimewa buat Baba...lihatlah jari2 saya yang semakin berisi hehehe...

Kami menanti kepulangan Baba dengan penuh sabar, doa kami agar perjalanan Baba nanti selamat dan lancar hendaknya...Ameen





widget

Tuesday, September 1, 2009

~::TaG-2 dARIpaDa muMmY TeHA bUKan ThE MumMY HeHahahe...::~

Bismillahirrahmanirrahim...

terlebih dahulu ummi nak ucapkan terima kasih and i love u!!! buat baba tersayang sebab sudi jugak layan ummi punyer tag hehehe..siap edit2 lagi gmbr tu walaupun tak cun tapi effort yg ditunjukan buat ummi terasa terharu wakaka...



Walaupun ni dah masuk bulan september tapi rasenyer belum terlambat utk aku menerima award daripada ko ni teha hehehe...ape2pun time kaseh bebanyak yer :p


Ok jom kita jawab soklan2 dibawah


1. Berikan 1 hobi yang paling anda gemari...
JaLAN2 CaRiK mAKaN ;)


2. Berikan 2 nama kawan anda yang paling rapat dengan anda...
ErM...KaLO mAsE BeLAjO DuLU soALAn nI seSUWeY leR TaPi SkRg kAwAN rAPaT uMMI meSTIlaH ZaHRaH daN BaBa


3. Berikan 3 jenis warna yang anda suka ...
RasENyer tAG yG lepAs dAH jAwaB dAH cuBe tGK baLIk ek heheHE...


4. Berikan 4 nama org yg paling anda sayang ..
-AzRaL IzWaN+AzIMaH zAHrAH+MaK+aBAH...RaMAI laGI beNAnYer TaPI mIntaK 4 Je Kan...


5. Berikan 5 jenis sifat manusia yg paling anda benci..
-EKsYeN...BerLaGaK...SoMBoNG...mAcAM BaGuS...huHUhu


6. Berikan 6 benda yg mesti anda bawa sebelum keluar dr rumah.
.-HaNDbAG Yg menGANduNgi pElbAgaI kHazaNAH+kalau nak keluar pergi jauh2 mestilah kene bawak baju+toiletries+makeup+kalau nak keluar shopping stoller zahrah jangan dilupai nanti patah pinggang nak mendukung si puteri chomel tu hukhukhuK...+DuiT!!! mcM mane nak ShOpPing KaLo takde Duit??...KredIT kad gune mase terdesak jerk :) ok cuKUp la 6 hehe....


7. Berikan 7 destinasi percutian yg anda ingin/suka kunjungi...
1> JePUn - walaupun dah menjejakkan kaki ke sane tapi rase tak puas sebab tak nmpk gunung fuji huhuhu...nak gi lagi!!! 2> UK...pernah hampir2 nak pergi tapi tak jadik huhuhu... 3> pARIs - kota cinta!!! 4> KoReA - nak pergi pulau jeju mcm dalam citer2 korea tu hehehe... 5> MoSCOW - tak tau la nape ek kalo dulu2 tgk berita part yg die tunjuk cuaca dunia tu kan mesti nak tgk sgt suhu kat moscow berapa...bestnyer kalo pergi time sejuk n bersalji hehehe... 6> DuBAi - baba dah sampai dah turn baba utk bawak ummi n zahrah plak yer 7> ITaLY...


8. Berikan 8 kenangan yg paling anda tak dpt lupakan..
1>zaman remaja!!! wakaka...mcm dah tua sgt je bunyik nyer tapi percaya tak cuba tanyer sesapae pun semua tak ley lupa kenangan zaman belajo dulu xkira la kat sek ke u ke kolej ke... 2>pertemuan dengan kakandaku huhuhu...mcm cerekarama ;p 3>menyambut hari bahagia...hari yang mengubah status daripada bujang kepada isteri orang hehehe... 4>i'm pregnant!!!alhamdulillah pengalaman pertama dan nikmat yang paling bahagia ALLAH kurniakan kepada wanita... 5>kenangan pertama melahirkan puteri kesayangan diperantauan orang plak tu huhuhu... 6> kene interview dgn bakal bapa mertua, mak mertua dan akak ipar sekaligus...jenuh i menjawab soklan hehehe 7>jatuh cinta pandangan pertama jeng...jeng...jeng... 8> kene kejar ngan anak anjing mase darjah 4 mase tu ngah kayuh basikal kat depan sekolah plak tu, bebudak plak ngah ready nak beratur pagi huhuhu sadis sungguh seb baik tak jatuh dalam parit hehehe :)

9. Berikan 9 impian yg anda impikan...
1> nak sambung belajaaaaa... 2> nak mengerjakan haji/umrah bersama2 keluarga 3> nak tambah anak hehehe .... 4> nak panjat gunung everest kekekeke boleh ka?...saje2 je ni... 5> nak jadik pensyarah bila ilmu didada dan minda cukup syaratnya...amin InsyaALLAH 6> nak bina sebuah keluarga bahagia yang beriman huhuhu.. 7> nak pakai keta cantik hehehe...macam yang anak sedara aku selalu cakap..."hani nak sekolah nanti hani nak pakai keta cantik"...insyaALLAH :) 8> nak jadik pengacara tv wakakaka...ni bukan impian ni...tapi angan2 hukhukhuk... 9> nak jadik insan yang solehah seimbang akhirat dan dunia :>...

10. Berikan award & tag ini kpd 10 org kenalan blog anda...
ummi nak bagi kat semua bloggers kat Malaysia ni dan sesiapa yang rajin nak menjawab soalan2 berkenaan...sekian terima kasih :)







widgets

Sunday, August 30, 2009

~::TaG dARIpaDa muMmY TeHA bUKan ThE MumMY HeHahahe...::~

Bismillahirrahmanirrahim...

first of all sorry la teha aku tak tau pun ko dah tag aku sebelum ni almaklumlah org baru dalam dunia blogging ni hehehe...

ni tag yg pertama...thanks teha hope we can b best buddies forever even when we r far away... :)

1) Copy award dan pastekan di blog...

DONE!!

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini

minah ni baru jugak lagi aku kenal hehehe...tak la baru sangat ade la dalam 1tahun kot kan teha kan aku pun xingat...1st time jumpe ko kay restoren mutiara kan time tu pun aku baru lagi sampai kat riyadh ngah blur2 dengan dunia baru. tapi ape yg aku boleh katakan pasal cik teha kita ni adalah >>>>>

minah ni memang happening, dasat, brutal tapi ayu wakkaka tu dah 3 fakta menarik tu hehehe

aku tambah lagi dia ni baik hati, penyayang, seorang ibu yang baik lagi berdedikasi wakakaka...

ape2 pun teha ko mmg best! aku suka dengan perwatakan ceria ko hehehe...ok cukup la nnti ade yg kembang semangkuk, tak muat pulok seluar saiz XL ko tu hehehe...gurau2 je ek jgn marah :)


3) Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

nak 9 je kan...

1) nama saya aziana binti abu hassan

2)isteri kepada en azral izwan bin mazlan seorang suami yg penyayang

3)ibu kepada puteri sulung kami azimah zahrah binti azral izwan

4)suka jalan2 driving sendiri boleh pergi sane pergi sini dengan bebasnya,dan bershopping dengan amannya... but currently tengah patah kaki huhuhu

5)suka memasak tapi bile time malas, malas la jugak hehehe

6)suka bertenet hehe surfing internet la tgk2 facebook, friendster yg dah jarang2 nak update, tgk blog orang, dan cari info2 yang berguna

7)suka makan dooooooooonuuuuuuuuutttttttttt...erm ni mmg tak bley hilang2 lagi kalo berjalan tu benda yg wajib aku bawak balik adalah donut dan donut yang paling disukai bukan dunkin donut tapi donat kat wetex parade muooooo...wakakkaa semenjak sekolah lagi mmg dah jadik pelanggan tetap. balik dari tuisyen mesti singgah situ and baru2 ni datang sane akak yg dulu keje cashier kat situ dah jadik chef donut hehehe...

8)suka tgk tv hehehe...dok kat kg ni pantang zahrah tido ummi mesti bukak tv tak kesah la citer ape pun janji best! and lately ni tgk citer nur kasih...tangkap meleleh huhuhu...

9)suka menangis huhuhuhuhuhu...susahnyer nak ubah perangai yg satu ni tak kira happy/sad mesti ayer mate ni nak mengalir jugak. tapi mengikut kata lecturer mase kat u, bagus kalau kita menangis ni sebab airmata bertindak seperti antiseptic dapat membunuh kuman kat muka kita hehe...nanti kita buat kajian ek


4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:Soalan seterusnya.

Dendang perantau timur tengah -kakandaku yg tercinta-

fifi atau juga dikenali sebagai know atau fizah panjang hehehe

wan rosalina wan rosli

nor rahimy

tu je la kot ek...

5)Nama timangan anda?
Nana - family

Adik - abah seorang je yang panggil adik

Maksu/mak teh but diorg suka panggil ummi jugak hehehe.. - anak sedara

Ayang - mesti la suami tercinta :)

6) Anda Seorang Yang?
Sensitif, mudah tersentuh hati, hati tisu, jelly heart hehe...Moody huhu...

7) Insan Yang Teristimewa?
Mesti la kakandaku, puteri kesayangan ummi, mak abah n family

8) Lagu Kesukaan?
Permaisuri hatiku ...Hijjaz... eh ye ke tak pasti plak hehehe... tapi lagu ni ditujukan khas daripada kakandaku

9) Makanan Kesukaan Anda?
masakan mak

10) Sikap Yang Membuat Anda Stress?
perangai org yg suke nak tunjuk pandai ... :/

11) Warna Kesukaan Anda?
Pink/lite blue/cokelat

12) Benda yang mesti ada dalam beg?
baby wipes, pampers, beg duit, handphone, pen, buku kecik mcm note book hehe...

13) Kali terakhir anda menangis?

semalam...lepas tgk iklan bahaya merokok kat TV3...sedihhhh...janganlah merokok membahayakan kesihatan je...

Ok siap, tggu yang berikutnya plak yer :)





widgets

Monday, August 24, 2009

~::ZaHrAH berGayA denGaN tUDunG EkIN::~ SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA...

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam semua, walaupun dah 3 hari kita berpuasa rasanya tak terlalu lewat untuk UmmI&ZahraH ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kaum keluarga yang berada di Johor, Negeri Sembilan, dan dimana jua anda berada. Alhamdulillah kerana diberi peluang sekali lagi oleh ALLAH S.W.T untuk kita sama2 mengimarahkan bulan yang penuh kerberkatan dan kemuliaan ini iaitu bulan Ramadhan... :)

Kalau tahun lepas UmmI merasakan nikmatnya menyambut Ramadhan kali pertama sebagai seorang yang bergelar isteri dan Ramadhan kali ini lebih istimewa kerana Ummi sekarang bergelar Ibu kepada puteri kesayangan Azimah Zahrah...dan Syawal kali ni InsyaALLAH lebih bermakna dengan kehadiran Baba dan disambut bersama keluarga di Malaysia. Bagi UmmI Syawal ini merupakan pengalaman pertama beraya bersama keluarga mertua, InsyaALLAH...

Dikesempatan ni juga Zahrah nak mengucapkan selamat berpuasa walaupun zahrah tak pose hehe...saksikan lah gambar2 zahrah bergaya dengan tudung ekin yang tak sesaiz dengan zahrah hehehe..























widgets