Bismillahirrahmanirrahim..
Salam semua
Pagi2 sambil driving pergi kerja Azie suka dengar Motivasi Pagi @ IKIM.fm. Topik pagi tadi (13 Mei 2011) pasal mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dalam bab pemakanan dengan menekankan tentang amalan minum susu kambing. Azie nak berkongsi sikit la kat sini, waktu mengandungkan anak yang ke dua azie ada amalkan minum susu kambing (produk HIRAQ) tapi sayangnya azie terlambat dapat info masa kandungan dah masuk 8 bulan baru la azie amalkan. Orang kata susu kambing ni bagus dan banyak khasiat dia, dan susu kambing merupakan susu ke dua terbaik selepas susu ibu.
Antara kebaikan susu kambing adalah:-
- Tinggi dengan kalsium yang sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi bagi kanak-kanak serta membantu menguatkan tulang dan gigi bagi orang dewasa.
- Kaya dengan protein, enzim-enzim dan vitamin A yang penting untuk kesihatan.
- Mencantikkan kulit dan merawat penyakit kulit
- Menguatkan sistem imunisasi paru-paru dan bersifat anti-athritis (inflamasi sendi) serta mengimbangkan kandungan gula dalam darah.
- Membantu memulihkan penyakit seperti:
a) Gastrik
b) Ulser perut
c) Penyakit Kuning
d) Lelah
e) Insomnia ( susah tidur )
f) Hepatitis A
g) Migraine
h) Gout
i) Buah pinggang
j) Kencing manis
k) Membantu mencegah kanser
Ini adalah antara kebaikan susu kambing jenama HIRAQ. Tetapi melalui pengalaman sendiri selepas mengamalkan minumam susu kambing azie dapati badan terasa lebih segar dan tak rase letih atau lesu. Bayangkan dengan perut yang dah sarat pun masih boleh lagi memandu kereta dari Putrajaya ke Sungai Buloh tiap2 hari, cuma disebabkan faktor-faktor keselamatan suami kadang2 hantarkan azie ke pejabat.
Sebelum bersalin susu badan azie mmg tak banyak, in fact selepas bersalin pun lepas 3 hari baru ada pengeluaran. Tapi azie pernah dengar Pn Raja Mazian (pengasas produk Hiraq) cakap susu kambing bagus untuk ibu yang mengandung kerana ia boleh membantu meningkatkan penghasilan susu badan, dan bayi yang minum susu ibunya yang mengamalkan minuman susu kambing terhindar daripada penyakit kuning(juandis), dan membuatkan kulit bayi menjadi halus dan sihat.
Alhamdulillah memang benar kenyataan tu, lepas pengeluaran susu dah banyak azie kerap bagi baby minum susu badan, dan susunya pun azie rase berbeza dari dulu ( semasa exclusive breasfeeding kakak Azimah Zahrah). Tekstur susunya lebih pekat dan lapisan lemaknya lebih tebal. Lemak daripada susu ibu adalah tidak membahayakan sama sekali bahkan itulah nutrisi penting yang terdapat dalam susu ibu. Sampaikan mak azie sendiri pun complaint susah nak basuh botol susu, minyak (lemak) tu susah nak hilang.
Selain daripada tu susu kambing ini juga sangat tinggi dengan kandungan protein. Perempuan kalau mengandung orang sibuk suruh minum susukan, Anmum la, EnfaMama la macam2 lagi, walhal kalau amalkan minum susu kambing ni lagi bagus dan banyak manfaatnya untuk ibu dan baby dalam kandungan tu. Kadar protein yang tinggi juga boleh mambantu pembentukan neuron sel dalam otak baby dengan efficient, insyaALLAH dah besar nanti anak yang lahir tu lebih cerdik dan terang akalnya… InsyaALLAH…
Pendek kata elok amalkan pengambilan susu kambing ni. Sekarang ni pun banyak dah produk yang berasaskan susu kambing dan yang popular sekarang ni Hi-Goat rasanya. Tapi azie lebih mengutamakan produk tempatan yang diyakini status halalnya dan bertaraf IMP (Islamic Manufacturing Practice). Apa itu Islamic Manufacturing Practice? boleh rujuk kat
sini. Sebab itu lah azie memilih produk
HIRAQ MARKETING, suci, bersih, dijamin halal dan cara pengilangannya berasaskan amalan Islam. Orang kata susu kambing ni berbau… memang la kalau yang fresh punya mungkin ada bau sedikit, tapi setelah diproses dengan teknologi tertentu Alhamdulillah
susu kambing produk HIRAQ ni tiada bau malah sedap untuk dinikmati bersama minuman kegemaran yang lain. Cuba campurkan
susu kambing HIRAQ ni ke dalam minuman jus, kopi atau the rasanya akan bertambah sedap, kena cuba la… ;)
Macam mana nak dapat
susu kambing HIRAQ ni? Anda boleh dapatkannya
disini
Salam sayang
UmmI AzieI