Terlebih dahulu ummi nak mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk kakak Zahrah, InsyaALLAH dengan keredhaan- Nya segala yang dihajati akan dimakbulkan.
Dalam entry yang sebelum ni ummi ada ceritakan pasal sambutan birthday kakak Zahrah di Hong Kong kan, ok kali ni ummi nak cerita pasal percutian kami di sana pulak.
Memandangkan kali ni adalah perjalanan kami yang terakhir dari Riyadh (buat masa ni...) so baba plan something memorable for us. Kebetulan kali ni kami balik dengan menaiki Cathay Pacific Airline dan transit kat Hong Kong so instead of transit just for a few hours yang memenatkan we decided to stay at Hong Kong for 4days and 3 nights. Kami bertolak dari Riyadh pukul 1245am dan sampai di HKIA pada pukul 2pm. Time different antara HK dengan RUH sama macam RUH dengan KUL. Sebelum tu tak lupa juga nak ucapkan terima kasih kepada kak Intan, kak Tety dan kak Ila serta suami masing2 dan Aqeel yang sudi mengiringi kepulangan kami di airport Riyadh. Dan nak dijadikan pengalaman sebelum balik ke tanah air, adalah sorang perempuan warga Indonesia ni yang stranded kat airport Riyadh. Agaknya dia dengar kami berborak dalam bahasa Melayu, terus dia mintak tolong dengan kak Intan utk tolong tengokkan tiket kapal terbang dia... Mula2 kesian sangat kat dia sebab kitorg ingatkan majikan dia yang sengaja tinggalkan dia kat airport ni bersendirian, mungkin katanya nak dihantar pulang ke Jakarta tapi dibohonginya, sebab selalu dengar kes mcm tu, tambahan ramai maid indonesia yang lari daripada majikan arab ni gara2 tak tahan dengan layanan yang diberikan.Tetapi rupa2 nya dia yang silap sendiri... tak boleh nak salahkan dia jugak, ye la baru 2 bulan diperantauan dah nak balik, pulak tu tak boleh berbahasa arab apatah lagi bahasa inggeris... Flight dia sebetulnya dari Najran (salah satu daerah dlm Saudi jugak) ke Kuwait dan kemudian terus ke Jakarta. Tapi sebelum sampai ke Kuwait flite tu transit dulu kat Riyadh...yang si dia ni pergi turun kat airport Riyadh dan tak masuk semula ke dalam kapal terbang..., tapi kalau ikutkan cabin crew mesti cek balik senarai penumpang dia kan, tapi tu la arab punya airline ni kdg2 staff2 dia buat keje ikut kepala dan hati sendiri jer. so nak disudahkan cerita, kitorg pun call member kitorg kat Kedutaan Indonesia Riyadh, Mrs. Poppy, husband die labour officer so boleh la membantu. Semoga skrg ni dia dah selamat pulang ke Jakarta bersama keluarga tercinta.
Ok sambung balik cerita kami kat Hong Kong tadi. Perjalanan dari airport (HKIA) ke Sherotan Hotel yg terletak di Kowloon, HK agak jauh jugak sebab HKIA ni terletak kat pulau yang berlainan yang diberi nama Lantau Island (kat sini la terletaknya salah satu taman tema yang paling happening iaitu "Disneyland"). Disebabkan faktor masa dan kudrat yang terhad kami tidak merancang utk ke Disneyland. Kalau nak pergi pun rasenyer tak cukup 1 hari hehe... ada 1 lagu theme park yang best kat HK ni iaitu Ocean Park. Tempat ni sesuai sgt untuk family dan theme park ni adalah yg tertua di HK semenjak tahun 70-an lagi... tapi yang ni pun kami tak pergi, InsyaALLAH tggu kakak Zahrah dah besar sikit ummi dan baba bawak pergi Ocean Park dgn HK Disneyland pulak yer... Daripada HKIA ke Kowloon kami menaiki limousin yang disediakan sekali dalam tour package yang kami ambil. Pada pandangan pertama, pemandangan sekitar HK agak sama mcm kat Jepun, dengan tasik2nya, pulau2 kecil, gunung-ganangnya. Tapi yang menarik dari atas awan lg sebelum mendarat kita dah boleh nmpk bangunan2 pencakar langit kat HK ni, mmg nmpk padat sgt...tapi disebalik tu ade jugak lagi gunung-ganang yang menghijau.
Bayaran bilik hotel kat HK ni mmg costly la sket tapi kalau rajin surf internet mmg ada budget hotel. tapi kali ni special sket, baba amik bilik yg ade view menghadap HK Island mmg cantik pemandangannyer tapi bayarannyer ade lebey sket la.
Selepas je sampai hotel, kami merehat2kan badan dulu tapi kakak zahrah punyer la excited, baba dgn ummi dah mengantuk tapi dia aktif lagi bermain. Last2 ummi pun tertido baba mmg dah lame berlayar sedar2 kakak zahrah pun dah tido. Mlm tu mmg kami flat habis, plan nak naik Big Bus Tour tapi memandangkan keadaan kakak yang keletihan dan mengantuk lg kami batalkan program utk mlm tu. Tapi mlm tu baba terpaksa la keluar jugak utk membeli makanan, ada satu tempat namanya Kowloon Mosque and Islamic Centre, kat situ ada restoren halal tapi makanan pakistan la...huhuhu perut lapar punya pasal telan la jugak, alhamdulillah...
Keesokan harinya (25/12) kami keluar dalam pukul 10 pg, trip Big Bus Tour yg pertama pukul 11pg. Hentian permulaan dia terletak tak jauh dari hotel so kami jalan kaki la sket. Hari tu kebetulan pulak hari sambutan krismas so pg2 lg org dah ramai, sbb kawasan tu pun kira dalam bandar jugak, byk hotel2 berdekatan kawasan tu, shopping mall pun byk so mmg jadi tumpuan org. Yang bestnyer the arena of stars ( a must visit place in HK like others said) betul2 depan hotel sherotan. Sebelum bas berjalan sempat la kami snap a few pictures dulu, kami duduk kat tingkat atas sebab view dia 360'dgr dan tak berbumbung, pagi tu pulak angin dia sejuk...best jugak la dapat menghirup udara segar... Perjalanan menaiki Big Bus Tour ni 1jam utk 2 trip, dapat free return ticket utk menaiki tram ke Victoria Peak, free return ticket for Star Ferry ride yang tambangnyer hanya $2.50 so total package ni utk adult adalah $320...huhuhu kira mahal jugak kan... selepas habis pusing2 sekitar jalan kat Kowloon ni kami pun balik hotel dulu, sebab kalau nak terus pergi Victoria Peak pun cuaca masa tu berkabus lagi. Tengahari tu kami pekena roti dengan maggi jer. Pukul 2pm kami pun bersiap2 utk keluar lagi, kali ni kami nak naik Star Ferry utk ke HK Island, naik semula Big Bus Tour dan terus ke Victoria Peak. Tapi rupa2nya baba ada plan lain...kami naik bus tapi turun dekat HK Convention & Exhibition Centre. Kat kawasan tu ada replika bunga kebangsaan China kot, kami tgk ramai org bergambar kat situ so join je la hehe... Baba nak pergi melawat kawan2 dia kat Consulate General of Malaysia so kami tunggu kat area2 tu then kawan baba pun datang utk jemput kami. Masa kat situ baba sibuk berbual dengan kawan2 dia, Ummi pulak sibuk melayan Zahrah, seronok la dia dapat lepas dan merangkak2 kat dalam office tu. Kami dibawa melihat2 office2 officer yg lain...pemandangan dr bilik office masing2 mmg best la, tapi bak kata diorg itu je la yg best, ye la HK ni is quite a busy country byk visit dari Malaysia so keje mmg byk... Yang kagumnya bangunan ni (tak sure plak berapa tingkat ) merupakan hak milik kerajaan Malaysia dalam lif dia pun ade gambar KLCC hehe... byk lot yg disewakan kepada local company pejabat Con-Gen di 2-tingkat yg paling atas jer, so ini adalah satu2nya Con-Gen yang mendatangkan keuntungan... Lepas minum2 kami meneruskan perjalanan ke Victoria Peak, tapi bukan dengan menaiki tram, kawan baba yg tolong hantarkan... Kalau ikutkan esok kami akan melawat sini lagi tapi kalau ikut tour package ni masa terhad sikit nak shopping pun tak boleh lame2 so kami decided utk singgah dulu ke HK Hard Rock Cafe and grab 4 t-shirt, 2 HRC glass total cost for $700. Nak balik tu pulak problem...kami tak boleh nak guna tiket free tu huhu...sedihnya, sebab kupon tu tak laku kena tukar jugak dengan ticket dari kaunter tram sebelum naik , dan memandangkan kami datang td dgn menggunakan kereta so tak dpt la nak redeem tiket tu...nak beratur beli tiket org punya la ramai, masa tu pulak dah nak pukul 6pm sebab last bus trip from the tram station to the Star Ferry Jetty pukul 6pm... huhuhu tak sempat dah. At last kami naik teksi sampai terus ke jeti and the cost is $61. Sebelum nak balik hotel kami jalan2 kat area Arena of Stars tu tapi org punye la ramai... so sekejap je la kami kat situ lgpun pukul 8pm kami ada janji nak jumpa org.
~Aksi2 kakak zahrah atas bas, breakfast roti jer :) panas la ummi...pinjam babanya spek mata itam la hehe ~
~ Antara pemandangan kota HK yang sempat dirakam. 2 gambar yg kat atas adalah bangunan lama yang masih berdiri teguh, manakala 2 gambar yg kat bawah tu adalah shopping mall mewah yang terdapat di HK ~
~ Jalan2 ~
~ Kakak Zahrah dan cermin :p ~Alhamdulillah malam tu kami ada dinner dengan Dr Syed Nabil and wife, Cik Pah together with their adorable dotter Nabilah yang baru 6 bulan. Dr Syed Nabil adalah anak kepada Dato' Duta (boss baba) dia la yang pesan kalau sampai HK nanti jumpa la dengan anak dia...Dr Syed sambung belaja kat HK, bulan 9 ni kalau tak silap diorg nak balik Malaysia da. Diorg datang ke Sherotan dengan menaiki bus then kitorg jalan kaki cari restoren halal. Diorg kata kat HK ni org lebih suka naik public transport sebab minyak mahal, and public transport service dia pun mmg efficent, kalau yg baru sampai HK pun insyaALLAH tak sesat sebab bandar ni mmg very informative hehe... lgpun jalanraya kat sini nmpk sempit sgt, kalau kereta byk je sket mula la jalan sesak. Akhirnya kami makan di Pakistani restoren jugak tapi kali ni nampak best sikit :) Sebelum berpisah diorg temankan kami beli buahtangan utk anak2 buah di Toys'r'us...Terima kasih byk2 buat Dr Syed and Cik Pah walaupun pertama kali berjumpa tapi kemesraan tu bagai dah bertahun kita bertemu hehehehe...
26/12 kali ni perjalanan kami bersama rombongan pelancong. Pukul 10am kami dikumpulkan dan perjalanan pun bermula, destinasi yang pertama adalah temple yg tertua di HK iaitu Man Mo Temple. Tapi Ummi dan Zahrah tak join kami tggu dekat bas je sebab kakak Zahrah macam kurang sihat, dari pagi dia muntah2 lepas minum susu mesti muntah balik,kesian dia penat agaknya... Lepas tu kami dibawa ke Victoria Peak dengan menaiki tram, kakak Zahrah pulak dah lena dalam bas tadi, sepanjang perjalanan ke the peak sampai la kami turun semula kakak tidur je. Ngeri la naik tram tu curam giler huhuhu...pulak tu boleh dia stop2 kejap utk bg peluang org amik2 gambar agaknyer, seb baik turun tu kami naik bas :) tapi best la pemandangan dia mmg cantik... Kali ni cuaca kat the peak berangin kencang dan sejuk sangat rasanya...seb baik bawak jaket kakak,..kami nak singgah masuk Madame Tussaud yg ada patung lilin artis2 terkenal dan org kenamaan tu tapi tak sempat, so amik gambar kat luar je la dgn Michelle Teoh & Bruce Lee.
~ @ Madame Tussaud ~Next dextination is Aberdeen Fishing Village, kat sini kami dibawa menaiki sampan. dan kat sini ada restoren terapung diberi nama Jumbo Restorant yg popular dengan hidangan dumplingnya, tapi kami tak singgah makan just lalu je hehe. Tempat ni kira macam kampung nelayan, disebalik bangunan yang tinggi melangit tu dan kehidupan kota yg mewah, diorg ni ada yg tinggal dalam kapal nelayan je...tapi tmpt tu menjadi salah satu tempat tarikan pelancong so ada la pendapatan sampingan diorg. Lepas tu kami dibawa bershopping di Stanley Market, pemandu pelancong tu siap pesan lagi, hati2 dengan barang tiruan... Kecik je Stanley Market ni rupenya, tapi rasanya kami tak round abis, sebab masa diberi 1 jam je..kami beli painting yg kecik2 utk buat sbg cenderahati utk keluarga, fridge magnet, tshirt HK, beg tgn sutera cina yg bukan asli hehe.. tu je la kot. Then kebetulan ada restoren India kat situ yang halal so kami pun tapau utk lunch, mahal jugak la $195 utk 2pax. Sepanjang perjalanan nak ke Stanley Market tu kami melalui Repulse Bay, pantai yang paling popular kat HK dan rumah Jackie Chan pun terletak kat situ, kiranya kawasan penempatan org2 elit dan berada la kat situ. Pantai dia mmg cantik dan bersih, tapi masa ni tgh winter takde la org pi berenang. Dan berakhirlah perjalanan kami yg pertama, pukul 2pm kami sampai semula di hotel dan berehat2 utk trip yg seterusnya pd pukul 5pm.
Next tour is going to Temple Street, an open-top bus ride and dinner at the Victoria Harbour (Harbour Cruise Bauhinia). Temple Street ni lebih kurang macam Jalan TAR tak pun Petaling Street hehe... mcm2 barang yg diorg jual, beg tangan tiruan melambak2 ada yang bukak stall kecik je, dia tunjukkan katalog beg tangan, pilih mana yg kita nak baru diorg amik tapi tak best kan mcm tu, kalau boleh kita nak pegang dan lihat dulu barangnya baru puas hati nak beli. Tapi mlm tu takda apa yang menarik perhatian, kami just jalan2 tengok2 and amik gambar... lepas tu kami dibawa menaiki bus, lebih kurang mcm Big Bus Tour jugak, tapi kali ni kami dok kat bawah jer, sebab kakak zahrah nak minum susu, lgpun malam tu sejuk dan berangin. Suasana malam di bandar HK mmg menarik, bangunan2 tinggi ni diterangi dengan lampu2, "an hour open-top bus ride will take u on a spectacular drive along the vibrant Nathan Road Golden Mile and feel as if u'r gliding under the galaxy of neon lights" quote from Oriental Travel hehe... Selepas selesai menjamu mata, kami menjamu perut pulak...ha yang ni ummi dah cerita kat entry sebelum ni
Semasa sedang menjamu selera kami dihiburkan dengan Symphony of Lights Show hehe. Ummi dengan zahrah hanya tengok dari main hall je kat tingkat bawah, baba pulak sempat merakamkan pertunjukkan tersebut dari deck atas. "A Symphony of Lights combines interactive lights of 44 buildings on both Hong Kong Island and Kowloon." Malam tu kami balik ke hotel lebih kurang pukul 11pm dan kakak zahrah pun dah terlena di dalam bas.
27/12 kami tak kemana-mana, sessi utk mengemas barang flite ke KUL pukul 3pm, limousine datang pukul 12pm. Tapi hari tu ramai sgt org check out dr hotel, kesian baba kena beratur panjang, lama jugak la driver tu tunggu, seb baik sempat hehe.. kali ni risau jugak takut terlebih luggage, malam sebelum tu ummi keluarkan balik brg2 dalam beg dan susun sepadat2nya dan alhamdulillah dapat kurangkan sket. Masa dari Riyadh kena bayar dalam RM2000 tapi kali ni lebih kurang dalam RM1000 je baba kata.
Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan, alhamdulillah ummi pun takda la mabuk2, pregnant yg kali ni mmg mencabar betul, byk berjalan jauh, moga2 anak2 ummi nanti pun ada rezeki utk berjalan jauh menimba pengetahuan, Ameen... so ptg tu pun kami berlepas pulang ke tanah air yang tercinta... dan yang best kali ni dalam flite diorg sediakan Moslem Food, wakakaka...mula2 ummi pun pelik nape ade tag ni hehe sekali depa bg vegetarian punya food, huhuhu hampeh tol perut ngah lapar, plak tu dalam menu ada Malaysian Rendang. Tak risau sgt pasal status halal sebab dekat menu tu dia dah declare semua masakan ikut prosedur halal so kami pun mintak la tambahan makanan lagi hehe...nmpk sgt lapaq...hehe.
~salam~
(",)



