Sunday, August 30, 2009

~::TaG dARIpaDa muMmY TeHA bUKan ThE MumMY HeHahahe...::~

Bismillahirrahmanirrahim...

first of all sorry la teha aku tak tau pun ko dah tag aku sebelum ni almaklumlah org baru dalam dunia blogging ni hehehe...

ni tag yg pertama...thanks teha hope we can b best buddies forever even when we r far away... :)

1) Copy award dan pastekan di blog...

DONE!!

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini

minah ni baru jugak lagi aku kenal hehehe...tak la baru sangat ade la dalam 1tahun kot kan teha kan aku pun xingat...1st time jumpe ko kay restoren mutiara kan time tu pun aku baru lagi sampai kat riyadh ngah blur2 dengan dunia baru. tapi ape yg aku boleh katakan pasal cik teha kita ni adalah >>>>>

minah ni memang happening, dasat, brutal tapi ayu wakkaka tu dah 3 fakta menarik tu hehehe

aku tambah lagi dia ni baik hati, penyayang, seorang ibu yang baik lagi berdedikasi wakakaka...

ape2 pun teha ko mmg best! aku suka dengan perwatakan ceria ko hehehe...ok cukup la nnti ade yg kembang semangkuk, tak muat pulok seluar saiz XL ko tu hehehe...gurau2 je ek jgn marah :)


3) Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

nak 9 je kan...

1) nama saya aziana binti abu hassan

2)isteri kepada en azral izwan bin mazlan seorang suami yg penyayang

3)ibu kepada puteri sulung kami azimah zahrah binti azral izwan

4)suka jalan2 driving sendiri boleh pergi sane pergi sini dengan bebasnya,dan bershopping dengan amannya... but currently tengah patah kaki huhuhu

5)suka memasak tapi bile time malas, malas la jugak hehehe

6)suka bertenet hehe surfing internet la tgk2 facebook, friendster yg dah jarang2 nak update, tgk blog orang, dan cari info2 yang berguna

7)suka makan dooooooooonuuuuuuuuutttttttttt...erm ni mmg tak bley hilang2 lagi kalo berjalan tu benda yg wajib aku bawak balik adalah donut dan donut yang paling disukai bukan dunkin donut tapi donat kat wetex parade muooooo...wakakkaa semenjak sekolah lagi mmg dah jadik pelanggan tetap. balik dari tuisyen mesti singgah situ and baru2 ni datang sane akak yg dulu keje cashier kat situ dah jadik chef donut hehehe...

8)suka tgk tv hehehe...dok kat kg ni pantang zahrah tido ummi mesti bukak tv tak kesah la citer ape pun janji best! and lately ni tgk citer nur kasih...tangkap meleleh huhuhu...

9)suka menangis huhuhuhuhuhu...susahnyer nak ubah perangai yg satu ni tak kira happy/sad mesti ayer mate ni nak mengalir jugak. tapi mengikut kata lecturer mase kat u, bagus kalau kita menangis ni sebab airmata bertindak seperti antiseptic dapat membunuh kuman kat muka kita hehe...nanti kita buat kajian ek


4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:Soalan seterusnya.

Dendang perantau timur tengah -kakandaku yg tercinta-

fifi atau juga dikenali sebagai know atau fizah panjang hehehe

wan rosalina wan rosli

nor rahimy

tu je la kot ek...

5)Nama timangan anda?
Nana - family

Adik - abah seorang je yang panggil adik

Maksu/mak teh but diorg suka panggil ummi jugak hehehe.. - anak sedara

Ayang - mesti la suami tercinta :)

6) Anda Seorang Yang?
Sensitif, mudah tersentuh hati, hati tisu, jelly heart hehe...Moody huhu...

7) Insan Yang Teristimewa?
Mesti la kakandaku, puteri kesayangan ummi, mak abah n family

8) Lagu Kesukaan?
Permaisuri hatiku ...Hijjaz... eh ye ke tak pasti plak hehehe... tapi lagu ni ditujukan khas daripada kakandaku

9) Makanan Kesukaan Anda?
masakan mak

10) Sikap Yang Membuat Anda Stress?
perangai org yg suke nak tunjuk pandai ... :/

11) Warna Kesukaan Anda?
Pink/lite blue/cokelat

12) Benda yang mesti ada dalam beg?
baby wipes, pampers, beg duit, handphone, pen, buku kecik mcm note book hehe...

13) Kali terakhir anda menangis?

semalam...lepas tgk iklan bahaya merokok kat TV3...sedihhhh...janganlah merokok membahayakan kesihatan je...

Ok siap, tggu yang berikutnya plak yer :)





widgets

Monday, August 24, 2009

~::ZaHrAH berGayA denGaN tUDunG EkIN::~ SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA...

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam semua, walaupun dah 3 hari kita berpuasa rasanya tak terlalu lewat untuk UmmI&ZahraH ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kaum keluarga yang berada di Johor, Negeri Sembilan, dan dimana jua anda berada. Alhamdulillah kerana diberi peluang sekali lagi oleh ALLAH S.W.T untuk kita sama2 mengimarahkan bulan yang penuh kerberkatan dan kemuliaan ini iaitu bulan Ramadhan... :)

Kalau tahun lepas UmmI merasakan nikmatnya menyambut Ramadhan kali pertama sebagai seorang yang bergelar isteri dan Ramadhan kali ini lebih istimewa kerana Ummi sekarang bergelar Ibu kepada puteri kesayangan Azimah Zahrah...dan Syawal kali ni InsyaALLAH lebih bermakna dengan kehadiran Baba dan disambut bersama keluarga di Malaysia. Bagi UmmI Syawal ini merupakan pengalaman pertama beraya bersama keluarga mertua, InsyaALLAH...

Dikesempatan ni juga Zahrah nak mengucapkan selamat berpuasa walaupun zahrah tak pose hehe...saksikan lah gambar2 zahrah bergaya dengan tudung ekin yang tak sesaiz dengan zahrah hehehe..























widgets

Tuesday, August 18, 2009

~::ZaHrAH trIP tO pOrt DiCKson::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pada hari ahad yang lepas ummi dan zahrah telah selamat pulang ke kampung di Muar semula. Pada hujung minggu yang lalu ummi&zahrah, atok mazlan, makwan dan maksu pergi bercuti ke port dickson. Kami menginap di Ilham Beach Resort, Tanjung Tuan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kak Wok and Abg Mael yang merupakan penganjur percutian kami hehehe... actually ramai yang turut bercuti bersama2 lebih kurang macam sambutan hari keluarga la gayanya, dan tujuan sebenarnya adalah untuk menyambut hari lahir Kakak Hani yang ke 4 kot pada 18/8... (kakak hani ni anak kedua kepada Kak Wok dan Abg Mael) dan kebetulan pula hari lahir Kakak Husna yang ke 5 tahun pada 17/8 (anak sulung kepada Abg Boy and Kak Ju) dan Atok Mazlan 16/8 pun lebih kurang sama je so sambutan diadakan secara serentak.

Ummi dan Zahrah bertolak dari putrajaya pada hari Sabtu pukul 1030 pagi. Macam biasa kami pergi dengan kereta atok mazlan. kalau ikut jadual kami kena check in kat resort tu pada pukul 2ptg, tapi kami sampai lewat sejam sebab sebelum tu kami singgah ke rumah nenek di sendayan untuk mengambil barang makwan yang tertinggal semasa kenduri tunang pak ngah ayin yang lepas, then kami singgah ke seremban untuk mengambil kek yang telah ditempah oleh abg boy, then kami singgah ke paroi jaya untuk menampal poster 'rumah untuk disewa', makwan beli sebuah rumah kat situ dan penyewa dia dah pindah keluar so rumah tu available utk disewa atau mungkin untuk dijual. dan selepas tu baru lah kami menuju ke tanjung tuan. Ilham Beach Resort ni PNB punya resort, boleh tahan la, lawa jugak tempat dia, apartment dia pun selesa ada 3 bilik.


Zahrah with maksu and aqila (2nd daughter to abg boy and kak ju)aqila ni kira sebaya dengan zahrah because lahir pada tahun yang sama cuma aqila on may zahrah on dec, so skrg aqila dah laju berjalan cute jek, zahrah nanti dulu ek...
Ni masa baru2 sampai. abg boy and famili,kak wok and famili and mak teh dah smpi dulu dah so diorg la yang menyambut kami di lobby. sampai je kami menjamu selera nasi lemak dengan sambal tumis ikan bilis mak teh yang sedap lagi menyelerakan. ingat lagi masa kat jepun angah citer pasal sambal tumis mak teh ni, mmg sedap la dan angah selaku anak didik mak teh mmg menjadi la ilmu yg diperturunkan sebab masa kami kat sana angah buat nasi lemak dgn sambal tumis yang menurut kata angah mendapat tunjuk ajar drpd mak teh...begitulah ceritanya.


petang tu aktiviti bebas so kanak-kanak seronok mandi air kolam, yang dewasa buat preparation utk majlis malam tu. Kelihatan dada sibuk menghias 'gerai' kami hehe...malam tu abg mael and husband angah mawar (kena panggil abg ngah ke ek...??) selaku chef BBQ. memang penuh 'gerai' malam tu takde yang kosong,hehe...ramai jugak la keluarga yang mengambil kesempatan untuk bercuti selain daripada kumpulan dari syarikat tertentu yang buat team building kat situ. Malam tu diorg siap ada karaoke lagi tapi semua tak profesional la tak pun separa pro, kitorg yang ade kat situ terpaksa memekakkan telinga ;p...


uish...dada pasang ape tu...belon la...zahrah nak tolong la


mak lang selaku orang pertama yang menjamu selera pada malam tu, mak teh plak ganti tempat bibik... huhuhu bibik dia boleh bercanda2 di tepi kolam sedang orang sibuk nak menguruskan makanan...sabar je la


tu dia chef kita...nak satu kepak ayam...huhuhu ummi dengan baiknya tak menjamah pun daging ayam BBQ itu...


inilah dia birthday girls pada malam tu, dari kiri, Kakak Hani and Kakak Husna


ok ready utk meniup lilin dan memotong kek...kek yang cantik tu terpaksa dimasukkan semula ke dalam kotaknya kerana sukar untuk menyalakan lilin dek kerana angin yang agak kuat and both girl very happy bila akhirnya diorg dapat gak tiup lilin harijadi masing2 ;p


zahrah beraksi dengan cawan kesukaannya yang kadang2 boleh buat dia marah huhuhu...


zahrah nak tolong potongkan kek atok ni boleh tak?...huhuhu tak pun zahrah pun teringin nak tiup lilin...


tengok tu...zahrah pelik agaknya tengok lilin menari2 atas kek tu...ok lets sing 'happy birthday to u 2X happy birthday to kakak husna happy birthday to u...'


hehehe...atok merasmikan kek harijadinya


ok masa untuk bagi hadiah pula...zahrah menyampaikan hadiah harijadi kepada kakak Hani dengan bantuan makwan hehe...thanks zahrah kata kakak hani :)


hadiah untuk atok pula...sorry baba ummi lupa nak amik gambar hadiah atok ni, tgk kotaknya je la yer. tapi belt tu mmg smart hehe :)


kakak husna menerima hadiah harijadi daripada zahrah :)


jom bergambar beramai2 dengan hadiah masing2, alamak atok sorry tak nampak muka plak...ish2 cam ne la ummi snap gambar ni kata profesional wakakaka... ;p


kakak hani and abg haikal.
lepas selesai menjamah kek kami pun balik ke bilik. zahrah pun dah mengantuk. depa yang lain sambung aktiviti dengan menonton wayang cerita mr bean holiday. esoknya tu awal juga zahrah dan ummi bangun,kami bersarapan dulu dan lepas tu mak cik selaku instructor yang bertauliah telah menganjurkan acara menari poco2 sebagai aktiviti senaman pagi. seronok jugak la sekali sekala ada aktiviti macam ni, dapat merapatkan lagi silaturrahim kekeluargaan :) selesai bersenam kami pun bersiap2 untuk balik. kami bercadang untuk bertolak awal sebab ummi dan zahrah nak balik muar.


zahrah bergaya dengan baju baru dia hehe...seronok dia tengok org mandi kolam


zahrah nak mandi air kolam juga huhuhu...tak boleh la sayang...tunggu zahrah dah besar sket lagi ummi bawa mandi air kolam ek


huh...merajuk la macam ni...


uish...garangnya muka dia...still merajuk lagi ker?...


ala ummi ni asyik amik gambar kita kat tepi kolam jer...


nanti zahrah nak ajak baba datang sini lagi la...


tak pun balik riyadh nanti nak ajak baba mandi air kolam yang kat sebelah rumah tu.


zahrah and maksu


pemandangan pantai pd. keadaan agak berjerebu sedikit...


turn makwan plak berposing dengan zahrah hehehe...


manjanya dengan makwan dia...nak main petik2 daun plak...


jom makwan kita mandi kolam ;p


huhuhu...makwan pun tak bagi saya mandi kolam,merajuk la, zahrah nak balik la...

Kami bertolak dari Ilham Beach Resort pada pukul 10pg. Dan perjalanan ke muar diteruskan daripada tanjung tuan ke masjid tanah-tangga batu-tanjung keling-merlimau-muar... ikut jalan lama...tak ikut highway. dapat la tengok2 pekan/bandar dalam negeri melaka ni. Ada satu kawasan tu namanya Pulau Melaka, ummi pun baru sampai rasanya, mmg kawasan baru sebab dia kawasan laut yg di tambak, ada eye on melaka lagi, rupanya eye on malaysia yang kat tasik ttwangsa tu dipindahkan ke melaka pula. tapi view kat sini lagi cantik rasanya ye la tepi laut la katakan...resort kat sekitar kawasan ni pun nmpk baru2 lagi...so baba blh la nanti kita plan cuti2 Malaysia kita lagi.

Ok, sampai sini saja dulu coretan kali ni. semoga baba terhibur :)





Salam manis dari UmmI&ZahraH buat Baba di bumi Riyadh...

Wednesday, August 12, 2009

~::ZaHrAh diMajLis pERtUnanGan PaK NgAH AyIn::~

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada 9hb Ogos 2009 yang lalu telah berlangsung majlis pertunangan antara Ayin (nama sebenar ummi tak pasti plak) dengan pilihan hatinya (nama dia pun ummi tak tahu huhuhu,...). Majlis telah berlangsung dengan jayanya di Apartment Abdullah Hukum, Bangsar sebelah Midvalley tu...senang nak gi shopping and tengok wayang hehehe... Alhamdulillah walaupun rombongan kami sampai lambat tapi majlis tetap berjalan dengan lancar, agak meriah jugak suasananya memandangkan pilihan hati Ayin ni merupakan anak sulung dan satu2nya anak perempuan so majlisnya agak besar jugak la, ditambah dengan rombongan kami semua sekali 11 bijik keta tapi orgnya takde la ramai sangat, mane tak nya 1 biji keta 2 orang je penumpang...

rombongan kami bertolak dari umah nenek&atok di sendayan, kami bertolak pun agak lewat sebab nak mengumpulkan orang dan mnguruskan barang hantaran. Hantarannya 9 dulang semua sekali dan dihias oleh Kak Adda, sangatlah cantik dan menarik...berwarna hijau muda dan cream. Berikut adalah gambar2 semasa majlis berlangsung dan watak utamanya adalah Azimah Zahrah binti Azral Izwan :)


Rombongan kami baru sampai...tinggi betul apartment ni. kami naik sampai tingkat 5,ingatkan suraunya di tingkat atas rupanya kami kena menuruni tangga sampai ke tingkat bawah. Makwan pulak terpaksa mendukung zahrah sebab ummi nak amik gambar. tapi sampai tingkat 2 ummi plak dukung zahrah...sian makwan...zahrah dah semakin semangat...

kat depan tu suraunya tapi nama tempat tu sebenarnya madrasah an-nur kalau tak silap

kat tepi tu ada court sepak takraw kot...zahrah leka tengok budak2 berlari2, puas makwan suruh tengok kamera dia buat dek je...

ha...smile sayang...mahal sungguh senyuman zahrah hari tu, penat agaknya

apa la yang zahrah tengok tu sampai berkerut kening...masa ni baru sampai, tengah susun2 barang hantaran dan rombongan mencari tempat berkumpul

hantaran daripada pihak lelaki...atok selaku wakil rombongan pihak lelaki

suasana di dalam masjid...yang buat aksi lain daripada orang lain tu adalah cameraman yer..

zahrah main beg makwan, biar la asalkan dia senyap hehe...jom kita bukak bag makwan ada ape agaknya kat dalam ni ek...

eh uncle cameraman tadi amik gambar kita la...posing zahrah, say cheeseeeeeeeeeee...

eh dah sudah ke amik gambar kita?...

ok...tengok ummi plak la...

acara menyarung cincin...

alhamdulillah...dah sah jadik tunangan orang...

majlis dah pun selesai, acara menjamu selera plak...ok zahrah jom kita makan

sempat main2 dengan maksu dia dulu sebelum nak menjamu selera...

bergambar beramai2...pasangan yang bertunang mengenakan persalinan serba putih tu...Zahrah di pangku oleh wanndak dia...tengok tu sibuk nak pegang bunga tu...

zahrah dah nak start menangis tercari2 ummi kat mane,...eee...nampak perut saya la...malu la...

pose istimewa dari ummi dan zahrah untuk baba...

Alhamdulillah sepanjang majlis zahrah berkelakuan baik dan tak banyak ragam tapi muka masam mencuka la sebab mengantuk. Balik tu kami terus ke putrajaya dan ummi kena drive kereta makwan, zahrah kena la duduk kat belakang dgn makwan, jalan je kereta zahrah pun terus tidur tak ingat nak menyusu mungkin sebab dia mengantuk sangat dan mungkin juga dah kenyang makan nasi kenduri huhuhu...

ok sampai sini sahaja

salam rindu buat baba :)