Friday, December 25, 2009

~::CaTitaN DaRI hOng KonG::~


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah kami sekeluarga dah selamat sampai ke Hong Kong untuk makan angin sebelum bertemu dengan keluarga yang dirindui di Malaysia.

Buat rakan2 yang mungkin belum sedia maklum lagi...tempoh perkhidmatan baba di bumi Riyadh telah pun tamat dan kami dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air, dikesempatan itu kami transit di Hong Kong dan mengambil peluang untuk bercuti bersama puteri tercinta Azimah Zahrah yang bakal menginjak 1 tahun pada 27/12 ini... kepada rakan2 yang menyambut Krismas azie dan keluarga mengucapkan selamat hari krismas dan selamat menyambut tahun baru 2010

Agak lama jugak tak update blog ni, dah bersemak dan bersawang2, almaklumlah masa amat terhad + keadaan badan sebelum ni yang kurang sihat + aktiviti2 terlampau banyak so tak sempat nak menulis. InsyaALLAH selepas ini mungkin ada masa terluang sementara menunggu masa yang sesuai untuk memulakan semula kerja, zahrah dan ummi akan duduk dulu kat kampung so ada la masa nak cerita sikit kisah kami di Riyadh sebelum pulang ke Malaysia.

Sekarang kat HK dah pukul 132 am ntah kenapa tak merasa mengantuk pulak padahal tak dapat nak rehat sangat siang tadi. Masa dalam flite pun tak dapat tido sangat, kakak Zahrah dah aktif di tambah pulak badan yang semakin membesar dan memanjang sampai tak muat nak letak dalam baby bassinet so terpaksa tido atas pangku ummi...huhuhu... Kami sampai di hotel jam 4pm, ingat boleh la tido kejap tapi kakak Zahrah plak excited sgt kat tempat baru, tak mau tido...last2 ummi dan baba dah terlelap dulu tak sedar bila kakak Zahrah pun terlelap sekali....Ummi sedar2 je ade bau yg kurang menyenangkan...huhuhuhu kakak Zahrah 'pop up' sebelum tido, kesian die...boleh plak tertido dgn isi kat dalam pampers tu, yang paling tak best tu...abes pampers die leaking kena cadar tilam huhuhu... ummi pun biarkan kejap die tido lepas tu agak2 dah lama sket die tido ummi kejutkan tapi mengamuk la lepas tu sebab mata mengantuk lagi... Baba plan nak bawak gi naik Bus Tour, terpaksa la dibatalkan sebab kakak Zahrah bad mood dan mengantuk... tak pe la at least mlm ni kita rehat2 kan badan dulu :)
Tapi kesian kat Baba... kat sini susah nak carik halal food, nasib baik ada Baba ada kawan kat sini boleh la tanya2. Alhamdulillah kat area Nathan Road ni ade satu tempat namanya Kowloon Mosque and Islamic Centre, lebih kurang mcm penempatan bagi Muslim, ada tempat makan, tempat nak beribadat... Ummi dan Zahrah tggu kat hotel je, Baba belikan nasi beryani ayam kat kedai makan Pakistan...Alhamdulillah kenyang kami anak-beranak, baba pun belikan roti untuk kakak. mula2 baba mcm tak berani nak beli roti kat sini tapi kawan baba ada bgtau brand roti ape yg selamat untuk dimakan...


~ni la roti yang kakak makan :)~


~Ummi dan Kakak Zahrah @ Hong Kong International Airport~

Orite, cukup dulu sampai sini ummi nak lelapkan mata jugak esok nak jalan2 lagi!


~SaLaM UMMI ZAHRAH~





;)