Showing posts with label Azimah Zahrah. Show all posts
Showing posts with label Azimah Zahrah. Show all posts

Friday, February 22, 2013

~: Vaksinasi tambahan: Rotavirus dan Pneumococcal:~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...



Fuh…fuh… semput bila tengok bil klinik tadi bertambah semput bila tengok jadual vaksinasi bayi sekarang… Lepas ni tiap2 bulan Azmuna kene cucuk aje la… Tapi vaksin utk Rotavirus ni diberi melalui mulut, makan ubat macam biasa. Cumanya dia dalam bentuk ampule dengan dos yang telah ditetapkan, just picitkan je dalam mulut baby, mcm boleh buat sendiri kan tapi suruh je la doctor yang masukkan huhuhu…sebabnya ubat tu mahal and kalau baby muntahkan balik…rugi…rugi…rugi… Tadi pun ade sikit yang terkeluar, doctor kata tak sampai separuh la yg terkeluar tu… huhuhu redha je la, inshaALLAH berkesan...
 
Ok azie nak kongsi sket info pasal vaksinasi ni... harap memberi manfaat kepada semua
 
Jenis-jenis Vaksinasi Tambahan

Setakat ni yang azie nampak signifikan atau digalakkan untuk ambik ialah vaksin untuk Rotavirus dan Pneumococcal. 

Rotavirus

Rotavirus is a virus that infects the bowels. Rotavirus is the most common cause of severe diarrhea among infants and children throughout the world and causes the death of about 500,000 children worldwide annually. The name rotavirus comes from the characteristic wheel-like appearance of the virus when viewed by electron microscopy (the name rotavirus is derived from the Latin rota, meaning "wheel"). 
http://www.medicinenet.com/rotavirus/article.htm

Rotavirus is the most common cause of severe diarrhoeal disease in infants and young children globally. Rotaviruses are estimated to be responsible for approximately 527,000* deaths each year, with more than 85% of these deaths occurring in low-income countries in Africa and Asia, and over two million are hospitalized each year with pronounced dehydration. Children under five years of age, especially those between 6 months and two years are most vulnerable to the disease.
http://www.who.int/nuvi/rotavirus/en/



Pneumococcal

Pneumonia is a lung disease. Pneumococcal pneumonia, a kind of pneumonia, can infect the upper respiratory tract and can spread to the blood, lungs, middle ear, or nervous system

Pneumonia is a form of acute respiratory infection that affects the lungs. The lungs are made up of small sacs called alveoli, which fill with air when a healthy person breathes. When an individual has pneumonia, the alveoli are filled with pus and fluid, which makes breathing painful and limits oxygen intake.

 
Mengapa saya perlu pastikan baby saya mendapat vaksin ini?

Rotavirus

Atas nasihat doctor dan pemerhatian sekeliling azie tekad untuk memastikan Azmuna dapat full dose of Rotavirus vaccination. Faktor utama ialah sepanjang hari Azmuna berada di taska. Kita sedia maklum, banyak kes jangkitan rotavirus ini berlaku di pusat jagaan kanak-kanak. Walaupun Azmuna belum mengambil makanan pepejal (note: rotavirus menjangkiti badan melalui mulut, melalui makanan atau minuman yang diambil) tapi vaksin ini penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan dia. Apabila seseorang dah berjangkit dengan virus ni, walapun dah sembuh, virus tu tak sepenuhnya mati dalam badan… dalam keadaan tertentu virus tersebut boleh aktif semula Untuk elakkan daripada terkena jangkitan ini eloklah ambil vaksinnya seawal yang mungkin.
 
Jangkitan rotavirus seakan-akan glamour sekarang ni hehe… Dekat Az-Zahrah doctor kata banyak patient yang warded disebabkan masalah ini. Oleh itu sebagai ibu yang prihatin jangan berlengah lagi ambil langkah awal untuk elak jangkitan ye…

Malangnya kesedaran baru muncul kini, kakak Azimah dan kak ngah Azwani tidak menerima apa2 perlindungan utk Rotavirus, namun doa yang ummi sentiasa titipkan,  semoga dijauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan ini…Amin

Pneumococcal

Alhamdulillah… azie tahu pasal vaksin ni masa duduk kat Riyadh dulu, Kakak Azimah dapat dos pertama masa kat Riyadh so bila balik Malaysia kena la sambung. Mula2 tak tau sangat apa pentingnya ambil vaksin Pneumococcal ni, azie ingat ni standard vaksin yang biasa di ambil sebab kalau kat Riyadh memang dia dah senaraikan siap2 vaksin ni dalam list yang wajib diambil dan FREE hehehe… Tapi bila balik Malaysia doctor kata ni vaksin tambahan dan perlu bayar… dan harganya dekat RM 300++…fuh..fuh… pengsan… 

Walaupun setakat ni azie tak dengar lagi kes2 serius yang melibatkan virus Pneumococcus ni cuma ada 2-3 kes yang kurang diwar-warkan,  tu pun azie dapat tahu sebab anak kepada sahabat En Suami menemui ajal disebabkan jangkitan virus ni…Oleh itu langkah pencegahan perlu diambil dengan SEGERA!

Kakak Azimah dan Kak Ngah Azwani dah dapat dos penuh untuk Pneumococcal dan inshaALLAH Azmuna juga akan menerima dos penuh.

Kos vaksin tambahan

Rotavirus

Melalui pembacaan, ramai yang mengatakan kosnya antara RM120-180/dos mungkin lain hospital lain kosnya dan di pusat Rawatan Islam Az-Zahrah kosnya dalam lingkungan RM 150. Untuk maklumat yang lebih detail boleh berhubung dengan pihak hospital ye.

Untuk vaksin ni doctor sarankan amik 3 dos, walaupun ade sesetengah doctor cakap 2 dos je pun dah cukup. Terpulang pada ibu-ibu ye.. 2 atau 3 dos terpulang pada budget masing-masing dan pastikan dapatkan nasihat doctor dulu ok

Pneumococcal

Kos untuk vaksin Pneumococcal pula adalah RM300++ selalunye ada tambahan charge surgical/medical supplies so anggaran kosnya lebih kurang RM300++ la… Untuk vaksin ni pula digalakkan ambil 4 dos. Tapi kalau mengikut pandangan azie yang cetek ilmunya dan terhad budgetnya…disebabkan vaksin ni agak mahal so azie amik 3 dos sahaja…

Bila nak bagi vaksin ni?

Rotavirus

Seawal usia bayi 4 bulan boleh dapatkan vaksin ni dan seterusnya 5 bulan dan 6 bulan… tapi kalau mengikut pandangan azie yang tak berapa tinggi sangat ni…lebih elok diberikan vaksin tambahan ni semasa FREE SLOT maksudnya masa tiada vaksinasi standard diberikan. Sila tengok jadual imunisasi anak anda sekarang hehehe… 

FREE SLOT sebelum bayi mencapai usia 1 tahun adalah pada usia bayi 4 bulan, 7-11 bulan. Untuk vaksin Rotavirus ni azie rancang untuk ambil pada usia Azmuna 4 bulan (ok dah selesai…) 7 dan 8 bulan. Tapi seperti yang azie da terangkan tadi,  vaksin Rotavirus ni diberi secara oral, takde salahnya kalau anda nak amik vaksin masa usia bayi 4,5 dan 6 bulan, walapun pada 5 dan 6 bulan terdapat vaksinasi standard yang diberikan secara suntikan…oleh itu takde  la baby kene cucuk kat 2 tempat kan… sian die sob..sob…sob

Pneumococcal

Dos pertama Pneumococcal doctor cadangkan beri seelok-eloknya pada usia 6 bulan. Kalau dulu azie bagi interval 2 bulan maksudnya 6,8 dan 10 bulan. Tapi kak ngah Azwani dos yang ke-3 terlewat sket sampai dah 12 bulan lebih baru bagi gara2 terlupa huhuhu… 

Kali ni kene letak reminder sebab jadual imunisasi Azmuna ni ada banyak tambahan.  Bila semak jadual tu pada usia 6 bulan ada suntikan Hep B dan Rotavirus takkan nak tambah lagi satu kan…ish2 tak bley2… Kali ni azie nak lewatkan sket suntikan Pneumococcal ni tapi bagi secara berturut (8,9,10 bulan) Bulan ke 7 tu bagi rehat kejap sian die tiap2 bulan badan kena bertungkus lumus bertindak balas dengan pelbagai jenis vaksin…

Kesimpulan

Kesimpulannya buat lah tabungan… bukan simpanan untuk pelajaran sahaja, simpanan untuk vaksinasi pun kena ada sekarang. Untuk tahun2 akan datang mungkin ada lagi penambahan vaksin yang perlu diambil.

Virus dan bakteria mereka hidup seperti manusia juga, mereka membiak, menyesuaikan diri dengan keadaan, menghasilkan sesuatu sebagai kaedah pertahanan diri. Bila mereka masuk dalam badan manusia, badan kita akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi. Vaksin pula diberikan supaya badan sudah bersedia dengan senjata pertahanan sekiranya badan dijangkiti oleh virus (begitulah perumpamaannya yang paling mudah hehe…). Tapi virus dan bakteria ni sangat sensitive dengan persekitaran. Mereka boleh membentuk generasi yang tahan kepada tindakan vaksin/antibody… sebab tu la para penyelidik tak pernah berhenti membuat kajian tentang vaksin/antibiotic yang baru…

Begitulah scenario membesarkan anak-anak sekarang, selain berusaha untuk mendidik anak menjadi insan yang soleh dan solehah, kesihatan mereka jangan dilupakan. Sentiasa update diri dengan ilmu-ilmu baru. Ibu bapa bukan sahaja memainkan peranan sebagai ibu bapa, tapi kita juga boleh jadi guru, doctor, jururawat, cikgu disiplin, cikgu agama dan pelbagai lagi peranan kita. Jangan harapkan pihak ke-3 sahaja untuk mendidik dan membentuk anak kita. Sewajibnya segalanya bermula dari rumah…

Fuh…pesanan untuk diri sendiri tu… dan azie kongsikan dengan semua ok

Ok sekian dulu buat masa ni! 

 

Monday, February 18, 2013

~: Parenting Knowledge; Kemajuan atau sebaliknya... :~

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah…
Selamat menyambut tahun baru cina kepada kawan2 yang menyambutnya, alhamdulillah tahun ni berpeluang merasa 'makan besar' bila dengan tak sengaja ziarah kami ke rumah mak saudara azie pangkat makcik, yang duduk di Sungai Abong (suaminya berketurunan Cina) dipelawa untuk turut serta menikmati 'makan besar' ;) macam-macam jenis lauk ada... alhamdulillah ... tapi semalam dikejutkan pula dengan berita pakcik ditahan di wad sebab serangan jantung...in shaa ALLAH semoga diberikan kesembuhan segera dan dilindungi ALLAH sentiasa hendaknya...

In shaa ALLAH tips2 atau ilmu2 yang seterusnya akan azie kongsikan lagi... tak sabar sebenarnya nak cerita pasal teknik parenting gaya Sultan Muhammad Al-Fateh ni... 

Tapi kali ni azie nak kongsikan sedikit pengalaman azie dalam usaha untuk mendidik menggunakan kaedah Nabi Muhammad SAW... 

Memang diakui kita manusia yang lemah selalu berbolak-balik hatinya...
Seminggu yang lepas, kakak Azimah bermain bersama-sama seperti biasa dirumah. Mainannya alahai...bersepah merata2 so azie suruh diorang kemas... ayat biasa " kakak tolong kemaskan mainan ni" kakak buat tak tahu je...  dan kemudian mula la skrip... " anak yang solehah rajin kemas barang dia, barulah ALLAH sayang, ummi sayang dan semua suka dengan dia"... Kakak masih buat tak tahu, kalau sebelum ni dia akan bagi respon jugak, dia akan terdorong untuk ikut cakap azie... tapi alhamdulillah Kak Ngah Azwani tanpa berlengah mengemas barang2 mainan tersebut...

Selesai die mengemas, azie pun puji tindakan Kak Ngah...tetibe kakak Azimah bersuara..." kakak ummi...kakak....", maksudnya dia suruh azie puji dia jugak... tapi...azie buntu jap, then azie jawab..." kakak tak tolong ummi, mcm mana nak puji"...huhuhu sekali dia meraung... "kakak nak kemas jugak...nak kemas jugak..."

Boleh tak kawan2 kesan kat mana silapnya tu... 

Bergaduh...

memang biasa adik-beradik sering bergaduh kan, tapi kalau smpi ke tahap pukul memukul, cakar, cubit, gigit agak2 ibu-ibu diluar sana tu buat macam mana?....

Satu lagi teknik yang azie belum kongsikan ialah teknik menyelesaikan konflikkan...konsep dia mudah je... Nyatakan kebaikan satu pihak kepada pihak yang 1 lagi... Contoh "Kenapa kakak pukul adik, kan adik selalu tolong kakak kemaskan mainan..." dan begitu juga katakan pada adik..." adik, kenapa kacau kakak buat homework...kan kakak selalu temankan adik kat sekolah, makan sama-sama, tido sama-sama..."

Ok, kali pertama, kedua ketiga berjaya...tapi pergaduhan tu mmg akan ada setiap hari...sampai azie plak da hilang skrip huhuhu...

Adakah dengan teknik ni kita dapat kurangkan bilangan pergaduhan yang terjadi antara kakak dan kak ngah?... Jawapannya tidak signifikan sangat...sebab ujian bertambah bila kita hendak memulakan sesuatu yang baik...Tapi pokok pangkalnya JANGAN PUTUS ASA in shaa ALLAH hasilnya kita tak kan nampak sekelip mata...

Tapi nak bagitau kat sini....ujian itu akan ada, dan bersedialah :)

                                                        Kakak Azimah dan Kak Ngah Azwani
                                               Ummi lovesssssssssssssssssss both of u so much!



Friday, May 4, 2012

~:: Mari KOngSI cEriTA_mY 3rd PregNanCY ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... rasa mcm da lama betul tak menulis sibuk dok buat assignment, projek proposal, report jerk... tapi selalu jgk jenguk2 blog ni kot2 ade new follower hahahhahaha... kelakar... blog ini tidak lah popular mana mmg tujuannya bukan nak jadik popular tapi sekadar tempat untuk mencoret sesuatu sebagai rujukan dan simpanan data selain hard disk kat otak :)

Kali ni nak berbicara sikit perihal kandungan azie yang ke tiga ni... Agak jarang azie jumpa blog ibu2 yang kongsi pengalaman menjaga anak yang ramai maklumlah kawan2 pun memasing baru memulakan langkah sebagai ibu bapa...mcm tu jugak dengan azie walaupun ni dah masuk kandungan yang ke 3 tapi rase ilmu sebagai ibu tu tak cukup2 lagi... Bila tgk gmbr2 and cerita first time mother ni buat azie rase teruja sgt tak sabar nak tggu baby yg bakal lahir ni... Ditambah tips2 yang dikongsikan insyaALLAH azie akan cuba bertindak sebagai ibu yang lebih cekap dan matang...semoga ALLAH kurniakan kekuatan kepada diri ini...

Azie menulis ni supaya azie tidak lupa akan pengalaman yang azie rase dan insyaALLAH akan dapat mengenalpasti perbezaan2 yang dirasai semasa kandungan ini dan juga semasa mengandungkan Kakak Azimah dan Kak Ngah Azwani. 

Morning Sickness

Kakak Azimah - first pregnancy, badan masih kuat lagi...cuma pada 1 bulan pertama je azie mabuk2 sket tp rasenye ade la dalam 1 atau 2 kali je kot muntah. Bulan ke 2 kandungan boleh lagi travel jauh2 (Malaysia - Riyadh) dan alhamdulillah diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah umrah walaupun masa tu kat Makkah tgh musim panas. Then following trimester tu ade jgk muntah2 tapi bukan morning sickness, cuma tersalah makan rasenyer... 

Kak Ngah Azwani - Yang ni lagi hebat, MasyaALLAH...Alhamdulillah... Masa 2 bulan mengandungkan Azwani, ALLAH beri kekuatan agar azie dapat sama2 melaksanakan ibadah Haji bersama suami tercinta...MasyaALLAH sungguh ALLAH tu Maha Penyayang... Seingat azie sekali je azie termuntah dalam bas sebab mabuk dan hari2 lain alhamdulillah dpt lalui dengan baik. Tapi.......... simptom2 orang baru balik haji memang dasyat...selepas selesai ibadah haji, balik ke Riyadh azie demam, batuk smpi takde suara, mata pun kena infection. Tapi tu semua sindrom org balik dari Haji bukan pregnancy sindrom rasanya...Alhamdulillah 2 ming pastu dah sehat seperti biasa...mampu lagi jalan2 makan angin ke Hong Kong, Singapore ... pendek kata puas berjalan masa mengandungkan Azwani.

3rd Baby in the womb - MasyaALLAH kali ni azie rase berat sket...bdn memang la dah berat hehehe... blh kata sepanjang 1 trimester (skrg dah masuk 17 ming, 2nd trimester) azie sickness the whole day bukan pagi je...sensitif dengan bau2 even bau bdn sendiri hahahaha... pagi2 nak gosok gigi mmg berat hati sbb pasatu mesti rase nak muntah, ade beberapa kali jugak azie gagal menahan akhirnya keluarlah segala angin2 ( sbb pg2 tak makan pape lg,kuar angin jer) tapi lepas tu letihnya rase hanya ALLAH yang tahu... Sepanjang 3 bulan tu boleh kata sebulan sekali mesti kene migrain, mungkin sebab tak cukup rehat sebab setiap kali lepas stay up buat assignment esoknya kepala mesti weng2... and tak boleh tgk bende yang terang2... warna yang striking2 and colorful nanti pastu mesti kuar kelip cahaya and start la sakit kepala...penyelesaian amik Paracetamol, Dr kata selamat...

Selera Makan

Kakak Azimah - Masa pregnantkan die azie dok kat Riyadh so takde la makanan2 yang senang nak dapat...makanan semua kena catu hahahaha... kalo tibe rase malas nak masak makan je la apa yg ada... berat badan pun tak naik mendadak sgt... lepas bersalin tu dapat la jugak balik berat bdn sebelum mengandung hahahaha...tipu je.... tak la exactly sama tapi still blh maintain lagi la... Selera makan tak memilih sgt sebab tak byk pilihan hehehe... tapi kalo ade program kat embassy ke, jamuan makan kat umah malaysian ker mesti tak lepaskan peluang makan puas2 hahahaha... pendek kata selera tu tak cerewet sgt la...

Kak Ngah Azwani -  yang ni pun lagi hebat... masa mengandung 4 bulan azie dah balik Malaysia so apalagi... semua benda yang ku idam ku dapat sampai kene food poisoning la... tapi itu tak menyekat selera ku... berat badan bertambah2... 8 bulan mengandung berat azie naik 30kg!!!!!!!!! HAHAHAHA... 3 kali minum air guleeee....wek wek... Pendek kata masa pregnant yang ni makan mmg tak pantang langsung paling suka sate kajang!!!

3rd baby in the womb- yang ni sedey sket... awal mengandung rase tak berselera sesangat bygkan masa 1 bulan pertama berat turun 2kg... tgk ayam pun tak berselera...geli... kalau org sebut ayam pun tekak dah kembang hehehe... yang berkenan kat tekak makanan laut jer...ikan ke, sotong ke, dan yang paling best kerang...ikan pari bakar...ikan mayong asam pedas best2... Makan memang memilih...jenuh nak memikir arini nak makan apa2 bila takde ade idea...azie makan meggi hehehe...tapi bila selera dtg and ade makanan yg kita betul2 nak...masa tu la azie topup apa yang kurang hehehe... Alhamdulillah masuk bulan ke 2 azie dah topup balik 2kg yg hilang tapi nurse kata "ni byk naik ni puan, kalau bulan depan mcm ni jugak kt minum air gule ek" wah..wah... tolong!!! tak nak... so penyelesaiannya azie kene la berjaga2 kurang kan amik nasik tapi lebihkan sayur and seafood hehehehe... Ayam, hari tu dah ade nafsu nak mkn KFC tapi rase die amat mengecewakan so selera nak mkn ayam tu dah menghilang semula...

Setakat ni dulu, nak cerita pasal pergerakan 3rd baby ni tapi next entry la, time ni pun die tgh dok menendang2... what can i tell you... bila dah ade pengalaman mengandung sebelum ni kita akan dengan mudah dpt bezakan antara pergerakan bayi atau angin dalam perut... seawal 3 bulan azie dah rase pergerakan die...dan perasaan tu tak dpt digambarkan...lebih indah berbanding masa 1st pregnancy dulu...sbb masa mula2 mengandung masuk 5 bulan baru azie notice pergerakan baby...

Wassalam until next entry
 


Friday, February 17, 2012

~:: WarkaH WaRIsAN- CoretaN DArI UmI ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebenarnya dah lama azie simpan entry ni as a draft. tak perasan plak tak terupload2 lagi. Entry ni khas untuk kakak Zahrah sebagai lipatan kenangan bila dia dewasa kelak. InsyaALLAH tulisan ni akan kekal di sini dan mungkin 10 atau 20 tahun akan datang kakak Zahrah berpeluang untuk menitip setiap karangan tulisan Umi dan Baba.

KELAHIRAN MU

Ketahuilah anakku, kerana Ummi tidak merasa sakit pun ketika melahirkanmu. Bukanlah Ummi ingin menyombong atau berbangga diri, kerana ingatlah anakku bahawa yang ada didunia ini adalah milik ALLAH semata-mata, segala rasa sakit, suka, dan duka, juga adalah nikmat ALLAH kepada manusia. Ummi bersyukur ke hadrat ILAHI kerana Dia-lah yang memberi kemudahan atas apa jua yang Dia inginkan. ALLAH beri kemudahan kepada Ummi untuk melahirkan Azimah ke muka bumi ini, walaupun sakit itu tetap ada, tapi Ummi masih boleh menerimanya dan mampu bertahan, ditambah pula dengan sokongan dari insan tersayang Baba mu dan juga nenda mu.

Namun disebabkan kurangnya ilmu Ummi agak lemah dalam mengawal situasi ketika berjuang mengeluarkan Azimah dari rahim Ummi… Ummi hampir-hampir putus asa, bukannya Ummi tidak dapat menahan kesakitan tapi Ummi risau keadaan kamu didalam sana, Ummi mengambil masa yang agak lama untuk menolong Azimah keluar dari situ, Ummi tidak pandai lantas Ummi berserah mahu dibedah sahaja. Tapi jururawat dan doktor tetap menyuruh Ummi berusaha, lantas dek kerana risau kemungkinan Azimah akan lemas, datang seorang jururawat menekan perut Ummi, mungkin dengan cara itu dapat membantu Azimah keluar dari situ, tapi ketika itu sayang, sakitnya ALLAH sahaja yang mengetahui… Tahulah Ummi kenapa diawalnya ALLAH memberi kemudahan kepada Ummi, rupa-rupanya ada kesakitan yang akan menanti Ummi, Maha Penyayang YA ALLAH, sayang…

SEBULAN YANG PERTAMA

Jan 2009, Al-Wadi Compound Riyadh,
Umi masih lagi dalam pantang

 Ummi rasa bersyukur kepada ALLAH Ummi dan Baba telah dikurniakan seorang puteri yang comel yang sentiasa tersenyum dalam tidurnya…MASYAALLAH… Kami harungi hari-hari yang mendatang dengan penuh kasih sayang. Apa jua dugaan dan cabaran yang ALLAH kurniakan kami terima dengan redha. Ingatlah anakku, pelengkap bagi kehidupan didunia ini adalah ujian dan dugaan. Tidak meriah hidup ini sekiranya kita tidak diuji. Berbahagialah anakku sekiranya Azimah diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran maka itu adalah petanda bahawa ALLAH amat menyayangi kamu. ALLAH Maha Penyayang sayang… Dia tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang kita tidak mampu untuk menghadapinya. Tekadkan imanmu kepada ALLAH, kuatkan azam mu, gandakan usaha mu, tingkatkan ibadah mu, berdoa dan bertawakallah kepada ALLAH…InsyaALLAH segala ujian yang merentang jalanmu akan dipermudahkan oleh-NYA Yang Maha Esa… Percayalah sayang…


Februari 2009, Makkah Al-Mukarrahmah
Gelak kamu yang pertama

 Perbezaan wajah Zahrah sewaktu berusia 2 bulan dan 3 bulan



EPISOD YANG BERIKUTNYA

July 2009, Kg.Parit Payung, Muar
Zahrah berusia 7 bulan
Pandai merangkak ketika berusia 8 bulan



September 2009, Al-Wadi Compound,Riyadh
Usia Zahrah 9 bulan, baru sahaja pulang semula ke Riyadh setelah bercuti selama 2 bulan di kampung halaman

Dan sekarang (26 Mei 2011 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1432H)  kamu telah berusia 2 tahun, 4 bulan, 4 minggu dan 1 hari ( 869 hari). Kamu semakin dewasa, kamu semakin cerdik dan kamu semakin comel MasyaALLAH… Di waktu ini Azimah sudah pandai mengira 1-10, kamu sudah boleh membaca walaupun kamu belum memahami huruf-huruf dengan betul tapi kamu leka memerhati buku cerita yang Baba belikan…InsyaALLAH Azimah akan menjadi seorang anak yang rajin membaca bahan-bahan ilmiah dan mampu menulis buku-buku ilmiah kelak…Ummi sentiasa mendoakan sayang. Di usia ini juga kamu berbijak bermain dengan emosi, kadang-kala tercabar kesabaran Ummi dek kerana kepandaian kamu, tapi Ummi pasrah dan redha, Ummi doakan semoga ALLAH suntikkan kesabaran dalam jiwa Ummi biarlah terlebih dos sekalipun. Azimah seorang anak yang aktif, ketika ini hidup kamu penuh dengan imaginasi mmebuatkan Ummi tersenyum sendirian melihat telatah kamu. Azimah sebagai kakak diusia sebegini awal kamu sudah menunjukkan bahawa kamu kakak yang bertanggungjawab. Kamu kasihkan adik, sayangkan adik, walaupun kadang kala kamu agak kasar kepadanya. Kamu tidak mahu berkongsi mainan bersama adik, kamu lebih manja mengalahkan adik, tetapi Ummi faham, belum sempat kamu ingin bermanja ALLAH telah anugerahkan seorang adik kepada kamu. Alhamdulillah doa Ummi supaya kamu menjadi anak yang cepat matang dimakbulkan ALLAH. Lihatlah anakku…ALLAH memberi kita rezeki dari pelbagai cara. Dahulu…sebelum kelahiranmu Ummi hajatkan supaya kamu dilahirkan di awal tahun 2009 supaya kamu cepat menjadi seorang insan yang matang pada hemah Ummi,… sebaliknya Baba mahu kamu lahir diakhir tahun 2008 supaya didalam kelas nanti kamulah yang paling muda, Alhamdulillah doa Baba ALLAH makbulkan dan doa Ummi jua ALLAH makbulkan cuma pada waktu dan keadaan yang berbeza.

Benarlah anak adalah amanah ALLAH dan ujian ALLAH kepada setiap ibu bapa. Perjalanan  membesarkan kamu sehingga usia 2 tahun ini penuh liku… tapi percayalah semua itu hanyalah cara ALLAH untuk kita lebih sayang-menyayangi dan lebih mensyukuri setiap nikmatNYA. Tidak terbilang air mata yang jatuh dari mata Ummi risaukan keadaan Azimah ketika kamu sakit, ketika kamu menangis dan ketika kamu masih kecil tidak mengerti apa-apa tapi kamu telah diuji, ujian yang sebenarnya adalah pada Ummi jua anakku… Kadang-kala Ummi tewas dek kerana tidak sabar dengan dugaan yang menimpa tapi Ummi redha… Di awal kelahiran mu lagi, Ummi dan Baba telah diuji, kamu disahkan mengalami masalah kulit eczema, hanya ALLAH yang tahu perasaan Ummi ketika itu, tapi Alhamdulillah berkat kesabaran kamu pulih jua daripada penyakit tersebut tatkala usia kamu masuk 9 bulan. Kamu juga pernah dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghidap demam denggi…tapi Alhamdulillah berkat ALLAH sentiasa memelihara dan melindungi kamu.

Tika Ummi sedang menulis warkah ini, kamu sedang mengalami demam chicken pox tapi Alhamdulillah menurut kata doktor penyakit itu tidak serius memandangkan Azimah telah diberikan vaksin chicken pox ketika usia 1 tahun. Walaupun Azimah tahu badan kamu tidak sihat tapi kamu anak yang kuat, masih lagi bermain seperti biasa, bijak seperti biasa malah selepas kamu sakit ada sahaja kepandaian kamu yang timbul. Alhamdulillah Ummi bersyukur kerana ALLAH kurniakan anak yang sihat dan membesar dengan baik. Usia kamu sudah mendekati 3 tahun sayang insyaALLAH akan ada banyak lagi pengalaman yang ingin Ummi kongsikan dan ceritakan sebagai tanda ingatan tatkala kamu besar nanti sekiranya kamu bersedih bacalah warkah ini dan ingatlah bahawa Ummi sentiasa ada menemanimu dan teman yang paling hampir dengan kamu adalah ALLAH SWT…

2011
Kamu semakin dewasa, telah memulakan pra-sekolah, sifat ingin tahu dan ingin belajar sangat tinggi dalam jiwa kamu...insyaALLAH semoga menjadi wanita yang solehah dan cendiakawan yang tersohor kelak,Amin.


Nukilan Umi
Mei 2011

Friday, February 10, 2012

~:: WarkaH WaRIsAN ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Warkah buat Azimah Zahrah Binti Azral Izwan
Kepada Azimah Zahrah yang sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH,
WARKAH WARISAN
Warkah ini telah dikarang oleh Baba ketika awal kelahiranmu yang teristimewa di Bumi Anbi’a, Riyadh, Arab Saudi. Di waktu itu Ummi tidak mengenal erti “blog” “facebook” atau seumpama dengannya, sebab itulah tiada Ummi sisipkan bagaimana keadaan atau pengalaman dari mata Ummi sendiri sewaktu melahirkan Azimah. Apatah lagi waktu itu Ummi memang tidak betah untuk menulis, segala memori di bumi Riyadh tersimpan rapi dalam hati Ummi.
Entry di petik daripada blog baba Dendang Perantau Timur Tengah

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Assalamualaikum wbt. Azimah Zahrah,

Biarlah Baba mulakan warkah ini dengan kalimat yang mulia, Bismillah hir rahman nir rahim.

Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta sahabat2nya.

Sudah lama sebenarnya Baba berhajat untuk mengutuskan warkah ini buat Zahrah. Namun akhirnya pada hari ke-40 kelahiranmu, Allah kurniakan Baba masa dan kekuatan untuk mengarang warkah ini. Ketika Baba mengarang warkah ini, Zahrah masih lena tidur didodoikan Ummi. Sekali-sekala terdengar jugak rengekan Zahrah minta dibelai. Ummi dan Baba, dengan izin Allah, tanpa sedikit pun kelesuan akan terus memelihara dan mendidik Zahrah sebaiknya.


Tujuan warkah ini digarap khusus sebagai panduan dan peringatan buat Zahrah sebaik sahaja Zahrah sudah mula membaca kelak. Baba ingin Zahrah juga tahu akan detik2 kelahiran Zahrah ke muka bumi ini. Baba khuatir akan penyakit lupa akan menggangu penceritaan Baba jika Baba asyik bertangguh. Maklumlah sebagai manusia, lupe tu kekadang berlaku.

Sebagai mukadimahnya ingin Baba mengingatkan Zahrah bahawa Allah itu Tuhan yang satu dan wajib disembah. Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Al-Quran itu kitab kita, Hari Kiamat itu pasti, Malaikat itu ada dan Syurga dan Neraka itu wujud. Baba akan pastikan syahadah itu pegangan iman Zahrah, insya Allah. Solat Fardhu 5 kali sehari itu wajib, Puasa di bulan Ramadhan itu kemestian, Berzakat itu tanggungjawab yang mesti ditunaikan dan Menunaikan Haji di bumi kelahiran Zahrah ini.

Seterusnya, ingin Baba bawa Zahrah kepada peringatan yang dibekalkan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya yang tercatat dalam Al-Quran, antara lain ialah firman Allah SWT dalam mafhum-Nya:

 
“...Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus (maksudnya, ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya] lagi Maha Mengetahui.

“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.

“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan (maksudnya, ketika kamu berjalan, janganlah terlampau cepat dan jangan pula terlalu lambat) dan lunakkanlah suara- mu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman: 16-19).

Malam 26 Disember 2008 itu seperti biasa. Kebetulan Baba baru mendapat tugasan untuk turun ke Jeddah beberapa hari sebelumnya. Baba ceritakan pada Ummi, pohon pandangan. Ummi Zahrah agak keberatan untuk melepaskan Baba pergi. Risau2 akan Zahrah akan lahir awal dari jangkaan doktor. Kalau ikutkan hajat Baba, memang Baba nak Zahrah lahir hujung tahun… sehujung yang boleh, janji sihat. Ummi pulak nak Zahrah lahir awal tahun.. Biar cepat matang kata Ummi. Tapi Baba dan Ummi sepakat agar tak kisahlah bila tarikhnya, yang penting Zahrah dan Ummi sihat.

Pukul 3 pagi, Baba dah lama terlena. Ummi kejutkan Baba. Ummi kata dah rasa air ketuban pecah. Tapi tak banyak.

 
Baba dalam keadaan mamai bertanyakan Ummi… “emm nak pi hospital ke?”

 
Ummi dengan tenang menjawab “ Tanya kat Mak la”

Atas nasihat Mak, kami mual berkemas secepat mungkin. Baba terus panaskan enjin kereta dan masukkan barang-barang sekadarnya. Perjalanan waktu pagi memang lengang dan tenang. Seminggu sebelum tu memang Baba dah check jalan kat hospital waktu nak bersalin… pintu yang mana, parking kat mana, nak jumpa siapa.

Sampai je di wad kecemasan, Baba uruskan pendaftaran masuk. Staf hospital pulak nakkan surat pengesahan dari opis. Ish pelik Baba.. rasanya selama ni pergi hospital yang sama, nak lagi surat pengesahan.. rupenya kalau nak bersalin ada surat lain pulak.. macam2 lah.. Baba berbincang agar surat tu dikemukakan kemudian. Sementara itu, Ummi dan Tok Hassan dan Tok Minah dah dibawa naik ke wad di atas.

Selesai urusan di bawah Baba terus naik ke wad bersalin. Tengok Tok Hassan menunggu di luar. Baba duduk sekejap. Beberapa minit kemudian doktor keluar dari pintu wad, Baba menerpa.

"How’s my wife doctor?”
“Oh, could you call all your friends and ask them to check their blood type. If they have O+, ask them to come to hospital”

Baba dalam keadaan blur menjawab “Yeah mine is O+” sedangkan Baba pun terlupa kejap Baba ni darah jenis apa.

“Yeah mine too, but it is not sufficient enough”

Baba dalam keadaan gelabah bertanya.. “Err.. What happen to my wife doctor?”

Tetiba nurse di sebelah doktor tu bercakap sesuatu..

“Where are you from?”
“Malaysia”
“You’re not Filipino? Oh I’m so sorry. My mistake”

Baba dengan merah padamnya terus kembali duduk.

Hampir terkucil Baba dibuatnya tadi.

Tak lama selepas tu Tok Minah pun keluar. Ummi sedang berbaring rehat. Doktor kata memang akan bersalin hari ni. Baba pun masuk ke dalam wad. Melihat Ummi terbaring dengan wayar2 berselirat di perut. Ummi kelihatan letih dan sekali-sekala menahan kesakitan. Hanya urutan lembut dan doa yang mampu Baba lakukan.

                                                               Keadaan labor room
Berkali-kali Baba bertanyakan Doktor Razeetha yang bertugas pagi itu mintak penegsahan yang Zahrah akan lahir hari tu juga. Kepastian diberikan dan Baba mula la mengkhabarkan kepada keluarga di Malaysia dan rakan-rakan pejabat. Mohonkan doa restu mereka.

Azan Subuh berkumandang. Baba bawa Atok Hassan pulang ke rumah dahulu, sementara Tok Minah menanti Ummi. Waktu tu bukaan masih kecil lagi. Doktor menjangkakan lewat tengah hari baru bersalin.

Kami solat di rumah dan Baba uruskan diri. Bawa barang-barang lain yang perlu. Sekali dengan Birth Plan yang Ummi karangkan. Sempat Baba beli muffin sebaik sahaj sampai semula di hospital. Hajat nak makan di atas. Sekali tak boleh bawak masuk makanan. Terpaksa la Baba ketepikan.

Baba dah mintak Mr. Reyes untuk tolong bawa balik Tok Minah pulak nanti sementara Baba tunggu di hospital. Dalam pukul 9 pagi, Reyes sampai bersama Al-Hafis. Masing-masing tak sabar nak tengok Zahrah.. La Zahrah belum keluar lagi la…

Masa makin berlalu. Ummi dah pun dapatkan bilik di hospital untuk kegunaan lepas bersalin nanti. Baba uruskan hantar sebahagian barang-barang ke sana. Sambil tu sempat jugak Ummi minum air zam-zam dan air selusuh yang Mak Wan kirimkan dari Putrajaya. Makan kurma, tu pesan kawan Baba, Auntie Baiti yang pesan.

                                            Ramai jugak yang bersalin time tuh..
                        tapi Baba perasan 2-3 orang ayah je yang menunggu sekali
Pagi itu, Doktor Fatat Nabha hadir menyemak keadaan Ummi. Doktor Fatat ni doktor yang mengikuti perkembangan Ummi dan Zahrah masa dalam perut. Alhamdulillah, beliau dapat bersama bagi menyambut kelahiran Zahrah.

Selang seli doktor datang menyemak keadaan Ummi. Sister Emily yang ceria keadaannya menyejukkan sedikit gusar di hati Ummi dan Baba. Maklumlah first timer..

Jam 1230, Sister Emily sekali lagi menyemak situasi. Ingin tahu juga Baba cara dia tahu kedalaman bukaan nye tuh… ish2.. bukan senang.. Sapu cecair dan masukkan tangan, pastu tengok lendir darah tu paras mana. Ngeri pun ada. Tapi Baba buat2 macho la. Kang kalau Baba pening, Ummi Zahrah lagi pening nanti.

Sister Emily kata dan ready dah nih, Doktor Fatat dipanggil. Dan bermulalah kisah yang ditunggu2.

Dengan bantuan 2-3 sisters dan Doktor, mula la adegan ‘push’ … ‘push harder’ dan sebagainya. Kadang-kadang Baba pun push jugak. Baba tekan perut Baba sendiri, bagi tunjuk kat Ummi push kat perut. Masa tu menjejeh-jejeh darah keluar. Ummi hampir putus asa setelah setengah jam bertarung nyawa. Namun dengan rahmat Allah, ramai yang tolong Ummi. Ade setengah tu siap tekan perut tolak Zahrah keluar. Risau jugak Baba, betul ke dia tolak tuh. Tapi dengan keyakinan, sisters tu sambut baby dua jam sekali dalam sehari, maka Baba hilangkan keraguan.

Baba dah pesan nak potong tali pusat Zahrah. Doktor suruh Baba pakai sarung tangan. Tapi sebab Baba asyik pegang benda lain, so glove tu dah tercemar. Sampai 3-4 kali Baba tukar gloves.. hehe..

Lepas 40 minit, Baba nampak dah kepala Zahrah. Warna hitam.. mesti rambut nih. Baba tengok lagi. Ish macam doktor pelatih pulak.Tapi dalam hati Baba berdoa memberikan semangat pada Ummi. Tapi masa tu jugak Baba rasa nak pitam. Ish biar betul aku ni, kata Baba dalam hati. Ni nak pitam sebab perut lapar nih, campur tak cukup tidur.. :)

Tepat jam 1.37 petang, Zahrah selamat dilahirkan dan terus diletakkan atas perut Ummi. Putih bersih. Zahrah menangis tanda normal. Baba terus ditugaskan untuk memotong tali pusat Zahrah. Ummi Zahrah dah senyum kelegaan. Tangan Zahrah di tagkan, dan di letak dalam troli khas. Baba sempat menjeling dan terus mengekori nurse tuh.

Baba bagi terus botol air Zam-zam kat nurse tu mintak mandikan Zahrah dengan air Zam-Zam, sebagaimana yang telah Baba maklumkan pada Sister Emily. Nak masuk tempat mandi dan timbang tuh tak boleh, Baba duduk luar. Kembali pada wad bersalin. Baba tengok Ummi dan terlelap, sambil Doktor Fatat mula menjahit bukaan. Baba risau jugak. Lantas Baba pegang pergelangan tangan Ummi. Baru lega. Doktor bagi ubat tidur nih.

Sempat lagi Baba telefon Atuk Mazlan di Msia maklumkan Ummi dah selamat bersalin. Baby girl. 3.0 kg. Atok Minah dan Tuk Hassan kat luar wad tu bukan kemain risau lagi. Baba keluar kejap dan maklumkan pada depa. Barulah depa lega. Tok Hassan siap menitiskan air mata la. Sempat jugak Baba sms pada semua keluarga dan rakan taulan. Tok Minah masuk ke wad semula. Kali ni Guard tu bagi pulak 2 orang masuk. Bukan selalu ye tak sambut baby nih.

Sebaik sahaja Zahrah selesai mandi, maka Baba iqamahkan Zahrah. Menggeletar jugak Baba nak pegang Zahrah for the first time. Baba laungkan kalimah agung tu sambil Zahrah senyap mendengar. Alhamdulillah…..

                                              Gambar pertama Azimah Zahrah

Zahrah diletakkan semula dalam troli khas dan di bawa ke nursery. Ummi lepas dua jam baru di bawak masuk ke bilik pesakit. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Kini, Ummi dan Baba memiliki Zahrah sebagai tanggung jawab kami. Terima kasih Zahrah kerana menjadikan hidup Ummi dan Baba lebih ceria dan bermakna. Kami sayang Zahrah…

Kalau Zahrah ada berduka kelak, bacalah warkah Baba ni berkali-kali. Moga menjadi penyuntik semangat buat Zahrah semula…

Baba

4 Februari 2009

Al-Wadi 32

Tuesday, December 20, 2011

~:: ALIM Kids PlayGroup & CIC Orientation WeeK ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

seperti yang disebut dalam blog sebelum ni, minggu ni adalah minggu orientasi kakak zahrah di CIC (Children Islamic Centre).
Alhamdulillah she doing very well...

hari pertama mmg dah jangka dia akan menangis la... ummi dengan berat hati menyerahkan dia kepada guru2 kat situ, diorg pun very supportive... sessi orientasi ni 2 jam je dari kol 9 smpi 11, so ummi saje smpi awal nak survey2 keadaan kakak zahrah, tapi cikgu kat situ pesan boleh tgk tp jgn smpi diorg nmpk lgpun time tu diorg tgh ade aktiviti kat atas. dalam kol 1115 salah sorang cikgu tu bgtau ummi kalau nak tgk kakak zahrah naik la atas. Alhamdulillah syukur sgt tgk kakak zahrah time tu, dia nmpk happy n well adapted with the environment... sampai tak nak balik nak main slide kat situ...

hari kedua - masa kejutkan pagi td susah la sket...cranky...kakak nak tido...kakak xnak school...kakak nak ikut ummi... pujuk2 ummi angkat die masuk toilet...nangis2 jugak la... tapi pastu nanyi2 dgn die lame2 die pun ok...bila tanye kakak nak pergi school? dia angguk smbil tersenyum... tadi ummi hantar depan pintu je, salam cium sikit terus teacher bwk die masuk,alhamdulillah tak meragam or menangis...

sabtu lepas last session utk ALIM playgroup for 2011, insyaALLAH tahun depan ummi akan teruskan aktviti weekend kakak zahrah ni and berhajat nak daftarkan adik azwani sekali....

tggu next entry ummi akan upload gmbr2 kakak zahrah...insyaALLAH :)

uMMi AziE

Thursday, December 15, 2011

~:: Tahun Baru BakAL meMbawA peruBahan II ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

excited! nervous! 
InsyaALLAH with ALLAH helps everything would be fine. Kakak Zahrah will entering a new phase of life - early education out from her comfort zone. She 'll meet a lots and lots of friends, new teachers, new environment. 

Next week is the orientation week. Two hours will be spend at the school to familiarize new students with the school environment. This time mommies and daddies are not allowed to accompany their children, let the child build up good relationship with teachers and other friends.

 Kakak Zahrah and Teacher Farra @ ALIM Playgroup

Kakak Zahrah Completed Module 2 @ Alim Playgroup Bandar Baru Bangi which held every week but only on Saturday. its a good start to introduce our child with the school concept of learning. During the playgroup session parents can involved and observe their children response and development. As for me this activities were so valuable, it is the time for parents to watch how the children grow, build up their personality, interact with strangers, and enjoying themselves with singing, dancing and etc etc...

InsyaALLAH Kakak Zahrah will have a strong heart to face any changes or challenges in her life, my pray always with you my dear! 

UmmI
:)



Tuesday, August 23, 2011

~:: AzwaNI's d'FirST and d'last eVer manDI dALAM KoLaM ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

ngah transfer gmbr dr dslr nikon saya terjumpa plak gambar2 seperti di bawah jom kita kongsikan













ini adalah kali pertama dan terakhir pengalaman Azwani mandi manda di kolam renang, sebab lepas peristiwa ni kakak zahrah diserang ashtma dan ummi tak berani lagi nak bawak gi mandi manda...insyaALLAH tggu depa besar sket kita gi mandi mande yerk! :)

Salam sayang
Ummi Azie