Thursday, January 24, 2013

~: Parenting Knowledge; Teknik Pujian Ikut Cara Nabi Muhammad SAW :~


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah…

Sebelum bermula, ingin azie nyatakan hasil tulisan ini adalah dari sudut pandangan azie dan mungkin ada perbezaan pendapat dikalangan sahabat2 yang membaca, azie sangat meraikan perbezaan tersebut dan mohon di kongsikan bersama supaya kita dapat belajar sesuatu daripadanya ok (smiley face hehe)

Di sini azie kongsikan beberapa ilmu yang diperolehi dari Sessi Pertama Kursus Keibubapaan anjuran IPN yang berlangsung di Dewan Seminar Masjid Shah Alam pada 19 Januari 2013

DIDIK CARA NABI DAN PSIKOLOGI RAHSIA MENDIDIK ANAK HEBAT
Penceramah: Pn Khairulaniza Khairuddin

Modul latihan teknik mendidik anak gaya Nabi Muhammad SAW dikendalikan oleh Team Hadith Psikologi. Mereka adalah sekumpulan tenaga pakar yang mengkaji hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan teknik mendidik anak/pelajar mengikut sunnah Rasulullah SAW. Ada pelbagai teknik yang boleh dipraktikkkan dan rujukan boleh dibuat di http://hadithpsikologi.blogspot.com

Tetapi pada seminar kali ini teknik yang diberi penekanan adalah Teknik Pujian Nabi Muhammad SAW, Teknik Nabi Muhammad SAW tidak menyiasat kesalahan, tidak menegur atau pun mengkritik kesalahan, tutup mata pada kesalahan, sebaliknya memuji kebaikan dan yang ke-tiga teknik Nabi SAW menyelesaikan konflik antara dua pihak.

Teknik Memuji/Pujian 

Azie yakin semua ibu bapa suka dan selalu memuji anak-anak mereka. Tetapi adakah anda rasa pujian anda memberi kesan kepada anak anda? Adakah anak-anak anda boleh kenal pasti mengapa anda memuji mereka dan apa tujuan anda memuji mereka? 

Selalu kita berikan pujian kepada anak-anak atas faktor-faktor yang nyata/besar atau atas kebaikan yang pada kita nampak besar seperti ‘kakak pandai’, ‘kakak cantik’, ‘abang rajin,’ dan sebagainya,…. Tapi, adakah anda rasa pujian anda itu memberi impak yang besar kepada anak anda? 

Sebenarnya dalam memberi pujian kita juga perlu ada ILMU… barulah pujian tersebut dapat memberi IMPAK yang BESAR kepada anak kita… kerana kata-kata pujian ini mempunyai pengaruh dorongan dalaman dan luaran yang sangat kuat. Sekiranya pujian yang diberikan menggunakan teknik yang betul, ia dapat membentuk sikap yang positif kepada anak-anak.

Jom kita baca macam mana teknik memberi pujian yang betul :)

Hadith Pintu Langit Terbuka

 Daripada hadis tersebut 5 PRINSIP PUJIAN dapat dikenal pasti

Prinsip 1
Pujian hendaklah dibuat sebaik sahaja tingkah laku positif dibuat. Dengan cara begini,  ada potensi untuk anak mengulangi tingkah laku yang baik tersebut di masa akan datang. Dan adalah lebih elok pujian diberikan secara terbuka (kalau ada anak lebih dari seorang biar mereka dengar anda sedang memberi pujian, tetapi hati-hati dengan kata-kata anda jangan terlampau memuji ditakuti timbul pulak perasaan cemburu, nanti azie kongsikan bagaimana membina ayat memuji dengan berkesan) ini supaya orang yang mendengar juga akan melakukan tingkah laku yang positif tersebut dan cara ini juga menaikkan self-esteem/maruah anak yang menerima pujian.  

Prinsip 2
Pujian hendaklah diberikan serta merta biarpun kebaikan yang dibuat sangatttttttttttttttt kecil… azie tekan kan sangatttttttttttttt kecil… Untuk itu kita hendaklah sentiasa mencari kebaikan anak-anak kita… biarpun ia hanya sekecil zarah… Contoh kebaikan kecil? Rasanya anda sendiri boleh cari kan… cuba cari peluang untuk memuji dari setiap gerak geri anak-anak, sekiranya anda dapati mereka sedang leka melakukan sesuatu, anda perlu turut serta dan cari peluang untuk memuji.

Anda tahu apa kuasa memuji??? Ia mampu mengubah tingkah laku seseorang… tapi adakah senang untuk membentuk anak yang nakal menjadi lebih sopan dan beradab? Anda boleh mengubah mereka tapi pastikan anda dapat menarik perhatian mereka dahulu… dengan cara bagaimana?... dengan memberi PUJIAN pada perkara yang sangattttttttttt kecil… dengan cara ini orang yang menerima pujian akan menjadi suka kepada kita dan kebaikannya dia mudah mendengar nasihat dan teguran kita

Kita hanya dapat mempengaruhi seseorang apabila orang itu suka pada kita

Prinsip 3
Apabila seseorang buat sesuatu yang baik tanpa disuruh, kita hendaklah memuji tindakan tersebut dengan hati yang ikhlas

Prinsip 4        
Apabila perbuatan yang baik dibuat di hadapan orang yang besar (ayah, ibu, datuk,kawan-kawan ibu bapa etc) pujian harus diberikan secara terbuka

Prinsip 5
Puji TINDAKAN/perbuatan/tingkah-laku (puji hasil kerja dan BUKAN individu) dan sebutkan IMPAKNYA 

Contoh : “Ibu kagum dengan kamu kerana kamu membantu adik-adik membuat kerja sekolah (perbuatan), in sha ALLAH, ALLAH akan membalas jasa baik kamu kepada adik-adik dengan rahmat dan keberkatan-Nya (impak 1)  ibu yakin kamu akan menjadi pelajar yang cemerlang dan bakal menjadi tokoh pendidik yang disegani (impak 2).”

Itu adalah 5 prinsip asas dalam memberi pujian. Sekarang jom kita tengok macam mana nak membina ayat yang betul apabila memuji…

Mulakan ayat dengan “IBU KAGUM” disertai dengan “IBU YAKIN” sebagaimana contoh ayat diatas ye…

Boleh tak gantikan perkataan kagum dengan perkataan lain sebab bunyi macam formal sangat… (ada peserta yang tanya soalan macam ni…)
Pada pandangan azie yang masih tak berapa tinggi ilmu ni… boleh kita gantikan dengan perkataan lain… Azie selalu guna perkataan bangga, suka, sayang, bagus dan selalu ucap terima kasih sebagai tanda penghargaan… sambil memeluk atau menggosok2 lembut kepala anak.   Anda boleh guna apa jua perkataan yang dirasakan lebih santai tapi membawa mesej yang betul dan positif ( tunjukkan betapa anda menghargai tingkah laku yang positif tersebut).


Ingin azie menambah 1 lagi prinsip yang penting dalam memuji kebaikan anak adalah dengan membuang rasa MARAH. Perlu diingat bahawa anak-anak memang cenderung untuk melakukan kesalahan, bertindak terlampau aktif, atau mungkin nakal… teknik memuji ni tak semestinya kita boleh gunakan semasa anak dalam keadaan baik sahaja, jika anak buat hal teknik ini juga boleh digunakan cuma prinsip utama dia adalah BUANG dulu rasa MARAH. Semasa memuji hati kena ikhlas, kalau kita memuji dengan hati yang marah pujian itu mungkin berbunyi seperti sindiran dan tidak memberi apa2 kesan positif kepada anak.

Langkah untuk memuji anak ketika mereka membuat kesalahan;

Istighfar dalam hati > buang rasa marah > cari peluang untuk memuji (cari kebaikan ) lupakan kesalahan > bina ayat untuk memuji > senyum > dan sampaikan pujian anda

Contoh : Anak mungkin suka mewarna dan melukis dengan menggunakan ‘water colour’ tapi keadaan menjadi tidak terkawal, air tumpah dan warna bersepah-sepah
Cari kebaikan – lukisan anak cantik
Ayat memuji (puji tindakan dan impak serta hujah anda jika perlu) – Wah… suka ibu tengok lukisan ni cantiknyerrr…kakak memang pandai melukis (pujian), tapi kalau kakak tolong ibu kemas dan simpan  ‘water colour’ ni ibu lagi suka dan sayang kakak…(impak)
Hehehee….ini hanya contoh sahaja… azie pernah cuba cakap macam ni dengan anak tapi situasinya bukan exactly macam kat atas la..., kadang-kadang menjadi kadang-kadang tak, bergantung jugak kepada mood mereka, tapi tak salah mencuba dan jangan putus asa in shaa ALLAH lama-lama nanti mereka akan faham.
Cara diatas juga boleh dijadikan sebagai TEKNIK MENDORONG TINGKAH LAKU POSITIF. Dan kalau nak lebih efektif lagi lakukan teknik pujian sebelum, semasa, dan selepas melakukan. Contoh seperti di bawah
Untuk dapatkan banyak lagi contoh kata-kata pujian yang digunakan sila like fanpage ni Komuniti mencontohi akhlak Rasulullah

So rasa-rasa lepas ni boleh beri pujian kepada anak dengan betul tak? or rasa susah nak aplikasikan teknik ni dengan anak-anak? Setiap perkara baik tu pasti ada ujian die kan, nak mulakan memang susah tapi in shaa ALLAH once da nampak perubahan kita pasti yakin dan lebih bersemangat, tapi perlu diingatkan mendidik anak-anak bukan seperti semudah menekan button, hasilnya mungkin mengambil masa berbulan2 atau bertahun2... sama-sama kita berdoa semoga kita terus ISTIQOMAH in shaa ALLAH

Azie bagi tips sket macam mana nak muka aplikasikan teknik ni yerk...

Step 1 - Senaraikan kebaikan-kebaikan anak kita
Step 2 - untuk setiap kebaikan yang dah disenaraikan catatkan apakah impak daripada kebaikan tersebut
Step 3 - Buat skrip kata-kata pujian kepada anak-anak mengikut format pujian Nabi Muhammad SAW
             "Ibu kagum..........................(beri pujian), Ibu yakin............................(nyatakan impak)"

Ok azie berhenti dulu kat sini, pada entry yang seterusnya azie akan kongsikan Teknik Nabi Muhammad SAW tidak menyiasat kesalahan, tidak menegur atau pun mengkritik kesalahan, tutup mata pada kesalahan, sebaliknya memuji kebaikan dan yang akhir sekali teknik Nabi SAW menyelesaikan konflik antara dua pihak.
Stay tune!!!!!!!


Tuesday, January 22, 2013

~: Parenting Knowledge; Introduction :~


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, catitan ini ditulis bukan sahaja untuk dikongsi bersama tapi juga sebagai nota panduan keibubapaan untuk azie dan suami supaya segala ilmu yang diperolehi tidak hilang begitu sahaja. Dan sebaik mungkin azie cuba rungkaikan segala ilmu yang telah diperolehi.

Islamic Parenting Network

Terlebih dahulu azie berikan sedikit latar belakang tentang Islamic Parenting Network (IPN).IPN telah diasaskan oleh Puan Lina Karim, ibu kepada adik Darwisyha dan Darwisyh yang merupakan kanak-kanak pintar yang telah menghafaz 30 surah dari Al-Quran, semasa berusia 3 tahun. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang anak2 beliau boleh google je nama mereka dan banyak artikel yang berkaitan mereka. 

Tetapi jarang2 sekali si ibu keluar di akhbar atau mana2 artikel yang berkaitan anak beliau. Beliau lebih suka bekerja di belakang tabir. Kursus Mengajar Bayi dan Kanak-kanak Membaca dan Menghafaz Al-Quran merupakan kursus pertama anjuran IPN yang azie sertai dan berpeluang bersua muka bersama Pn. Lina Karim. 

Secara general IPN adalah suatu pertubuhan yang sangat menggalakkan ibu bapa pada zaman sekarang menitik beratkan pendidikan anak2 bermula dengan pendedahan kepada Al-Quran. Bukan sahaja dapat membaca Al-Quran dengan baik malah adalah lebih baik jika isi kandungan Al-Quran itu dihafal agar melekat didalam jiwa anak2 kita. 

Kursus 2 Hari

Terbaru azie mengikuti Kursus 2 hari anjuran IPN yang berkaitan dengan teknik mendidik anak mengikut cara Nabi Muhammad SAW dan teknik parenting Sultan Muhammad Al-Fateh.

Hari pertama
Menangani Anak Bermasalah: Didik Cara Nabi dan Psikologi Rahsia Mendidik Anak Hebat

Penyampai pada Sessi pertama, hari pertama, adalah Puan Khairulaniza binti Khairuddin. Beliau merupakan seorang guru dan penulis bersama buku yang bertajuk Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad SAW. Beliau juga penulis blog http://parentinggayarasulullah.blogspot.com 

Picture credits to https://www.facebook.com/IslamicParentingNetwork

Antara point-point penting yang dikongsi semasa sessi pertama ini adalah:-

·         Bagaimana untuk menggunakan teknik memuji dalam mengatasi anak-anak yang bermasalah
·         5 prinsip yang perlu ada dalam memberi pujian kepada anak
·         Tips mendorong tingkah laku yang positif
·         Teknik untuk tidak menyiasat kesalahan, tidak menegur atau mengkritik kesalahan, tutup mata pada kesalahan sebaliknya memuji kebaikan
·         Teknik menyelesaikan konflik antara 2 pihak ( contoh: adik beradik yang suka bergaduh)

Sessi ke-2 pula telah disampaikan oleh Pn Jamilah Samian dan suami beliau En Ahmad Fakhri Hamzah yang merupakan penulis beberapa buah buku parenting seperti Cool Mom, Super Dad , Parenting Gen Y and Z. Mereka merupakan parent yang hebat kerana berjaya melahirkan anak2 yang hebat. Mereka mempunyai seorang anak yang mempunyai sindrom autisms (hyperaktif child) dan walaupun pernah tidak bersekolah dalam suatu jangka masa yang agak lama, teknik home learning yang mereka terapkan telah membolehkan anak mereka yang menghidapi autisms itu kembali ke sekolah dan menyertai persatuan pidato dan telah pun menjadi wakil Malaysia dalam pertandingan pidato peringkat antarabangsa. 
Picture credits to https://www.facebook.com/IslamicParentingNetwork

Antara point menarik yang mereka kongsikan ialah:-

·         Matlamat mendidik anak
·         Mengapa anak2 menimbulkan masalah
·         Parenting stail ; agresif, pasif, manipulative, asertif
·         Tips-tips penting peranan sebagai seorang ayah/bapa/abi/baba dalam mendidik anak2


Hari ke dua
 Seminar Parenting Gaya Al-Fateh

Sessi pertama telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Syaari Ab. Rahman merupakan seorang penulis, pendakwah dan pengkaji sejarah tentang Sultan Muhammad Al-Fateh. Dalam sessi ini beliau membongkar peranan ibu bapa, ulama, sistem pendidikan dan suasana dalam melahirkan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera pembukaan Konstantinopel. 
Picture credits to https://www.facebook.com/IslamicParentingNetwork

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh?


Sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW;

Konstantinopel akan dimiliki tentera Islam Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera
Hadis Riwayat Imam Ahmad

Sultan Muhammad Al-Fateh adalah raja sebaik-baik raja yang telah berjaya menawan Konstantinopel (yang kini dikenali sebagai Istanbul) bersama tentera-tenteranya. Beliau merupakan seorang tokoh Islam yang wajib kita contohi dan teladani. Sebagai ibu bapa kita mengagumi kebolehan beliau dalam mengatur strategi peperangan tapi apa yang lebih penting kita mesti mencontohi bagaimana beliau di didik sehingga menjadi manusia hebat yang merealisasikan hadis Nabi SAW setelah 800 tahun kewafatan Baginda. 

Antara fakta penting yang dikongsikan ialah:-
·         Sejarah Kota Konstantinopel
·         Biografi Sultan Muhammad Al-Fateh
·         Bagaimana mendidik anak sehebat Al- Fateh yang terdiri daripada 5 prinsip penting
o   Istana rumah
o   Murabbi
o   Madrasah
o   Pengalaman
o   Suasana

Manakala Sessi ke-2 pula telah disampaikan oleh Tuan Alwi Adam wakil daripada Aman Palestin yang telah berkongsi pengalaman beliau disana serta kaedah pendidikan yang diterapkan oleh ibu bapa di Palestine kepada anak2 mereka. 
Picture credits to https://www.facebook.com/IslamicParentingNetwork

Beliau juga berkongsi kesengsaraan yang di alami oleh rakyat Palestine tapi sangat menakjubkan kerana keadaan mereka disana sangat positif, walaupun kehilangan keluarga, keadaan hidup yang serba serbi tidak sempurna, kekurangan kemudahan, risiko berhadapan dengan kematian pada bila-bila masa sahaja….. dan pelbagai lagi risiko yang mereka bakal hadapi… mereka tetap BERSEMANGAT melalui hari2 mereka, anak-anak tetap ke sekolah seperti biasa, yang bekerja tetap melakukan tanggungjawab seperti biasa, tiada yang mengemis simpati, tiada yang menangis sepi… 

Perkongsian beliau membuatkan azie dan mungkin juga ibu bapa yang lain terjaga dari lena yang panjang…kita terlampau selesa disini, terlampau dimanjakan, terlampau syok sendiri… cuba lihat dan ambil iktibar dari apa yang sedang berlaku di Palestine… kita mahukan sejarah di Kota Konstantinopel berulang… kita mesti berazam tentera ISLAM berjaya menawan semula Palaestine… untuk itu didik anak kita agar menjadi sehebat Al- Fateh, didik selari dengan zaman… mungkin mereka tidak berpeluang untuk berjihad dengan memikul senjata api, tapi kita ada senjata yang lebih kuat iaitu DOA, dan didik anak kita untuk menjadi pakar akademik, pakar sains, pakar sejarah, pakar bahasa… kerana dengan ILMU Al-Fateh telah membuktikan yang kita boleh berjaya!

Sessi terakhir, pada hari ke dua telah ditutup dengan taklimat daripada Pn Lina Karim sendiri… Video yang beliau tayangkan sangat menyuntik semangat untuk membuat perubahan dalam mendidik anak2. Antara perkara penting yang beliau kongsikan adalah;-

·         Bagaimana membina mental image dalam diri anak2
·         Apakah konspirasi Dajjal untuk menyesatkan anak2
·         Stimulasi otak kanan
·         Menggalakkan anak2 untuk berfikir

·         …. Dan banyak lagi

In Shaa ALLAH akan azie kongsikan setiap ilmu dari setia sessi dengan lebih terperinci in shaa ALLAH!


ANAK YANG HEBAT lahir daripada ibu bapa yang BIASA yang mempunyai VISI, KASIH SAYANG DAN DISIPLIN YANG HEBAT
Pn.Lina Karim

Change the world now!

Monday, January 21, 2013

~: Parenting Knowledge :~

Bismillahirrahmanirrahim...

 Alhamdulillah hujung minggu lepas azie berkesempatan mengikuti kursus keibu bapaan anjuran Islamic Parenting Network. In shaa ALLAH tak sabar nak kongsi dengan kawan2 ilmu yang azie dapat.... In shaa ALLAH in next entry ok sekarang ni nak brainstorm, digest and spill out the knowledge ok.

TUNGGU TAUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!! :)


Wednesday, January 2, 2013

~: BulaTan CiNTa OsEM: An-Nas Diari Seorang Pelajar :~


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah sekali lagi azie nak kongsikan ilmu yang azie dapat masa sessi usrah kali ini.

An-Nas Diari Seorang Pelajar

Begitulah tajuk yang diberikan. Penceramah kali ni merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Sains (kalau tak silap) dan baru berusia 24 tahun. Rasa bersyukur dan bangga sangat dengan adik tu (tak silap nama dia Khadijah). Di usia yang muda sudah mampu berdiri di depan dan berkongsi ilmu keagamaan. Hanya orang yang benar2 yakin dengan kebenaran ilmu yang dimiliki sahaja berani untuk menyebarkannya kepada orang lain pada pandangan azie la hehe... 

Surah An-Nas

Surah yang ke-114, surah terakhir dalam Al-Quran. Bila kit abaca terjemahan kita rasa kita dah faham apa yang cuba ALLAH sampaikan tapi yang sebenarnya bila kita kaji lebih mendalam, ada banyak perkara yang kita terlepas pandang Maha Mengetahui Allah akan tiap-tiap sesuatu.

Menceritakan tentang 3 point penting

Secara terperinci Surah An-Nas memperkatakan tentang hubung kain antara 3 pihak iaitu:-

1.   ALLAH yang merupakan Raja kepada sekalian makhluk, Yang Maha Melindungi, Menguasai dan Memerintah
2.       Manusia
3.       Syaitan yang terdiri daripada jin dan manusia

Mari kita lihat satu-persatu ---- ceh...hehehe ;)

ALLAH

Daripada surah An-Nas kita mempelajari 3 sifat ALLAH iaitu Rabb, Malik, dan Ilah.

Rabb adalah yang menciptakan, yang memberi rezeki dan yang memiliki. Kata-kata dibawah ini Azie petik daripada buku Mudahnya Menjemput Rezeki,

Orang yang beriman yakin rezeki itu dari ALLAH. Sedang orang tidak beriman yakin rezeki itu daripada usahanya.
Orang yang faham akan berkata, “Kita perlu bekerja kerana ALLAH menyuruh kita bekerja, tetapi yang memberi rezeki itu ALLAH.”
Orang yang tidak faham pula berkata, “Yang memberi rezeki itu ALLAH, tetapi jika tidak bekerja mana ada rezeki.”

Muhasabah diri...audit diri... dimanakah kita...

Malik adalah yang melindungi (wali), pembuat undang-undang, dan pemerintah. Semenjak kita didalam rahim ibu dan sehingga kita kembali bertemu ALLAH, Dia lah pelindung kita, Dia lah yang paling hampir dengan kita. Walaupun ketika didalam rahim ibu, ibu lah insan yang paling rapat dengan kita, tapi dengan kehendak ALLAH andai kita tidak di takdirkan lahir ke dunia, ibu tidak dapat berbuat apa-apa walaupun kita sangat hampir dengan dia. Sesungguhnya tawakal seorang bayi dalam kandungan kepada Penciptanya tersangat tinggi kerana ketiadaan upayanya untuk berbuat apa-apa... Dan bila kita telah mati siapa yang menemani kita? Adakah ibu, suami, isteri atau anak-anak?... Hanya ALLAH yang dapat melindungi kita. Maka manusia ini adalah mutlak milik ALLAH.

Ilah adalah yang disembah, matlamat untuk mereka yang hidup di muka bumi. Kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi
“bumi diciptakan ALLAH untuk manusia diciptakan ALLAH untuk akhirat”
bumi manusia akhirat
bererti bumi kita yang abadi yang kekal adalah diakhirat nanti
dan matlamat kita adalah

AKHIRAT

Bumi diciptakan hanya sebagai transit sebelum kita ke terminal terakhir iaitu akhirat... macam mana kita menghabiskan masa semasa transit di bumi menentukan destinasi kita di akhirat. Untuk mendapat tempat yang terbaik di akhirat kita perlulah menyembah ALLAH tuhan Yang Maha Esa. Itu matlamat utama kita. 

Penceramah berkongsi suatu kisah tentang Surat Saidina Umar kepada Sungai Nil untuk menunjukkan betapa hidup ini adalah semata-mata pengabdian kepada ALLAH SWT Maha Pencipta dan Yang Paling Agung

Manusia

Ironinya surah ini dinamakan dengan An-nas iaitu manusia...Maka memang tak syak lagi ALLAH turunkan surah ini untuk manusia.

Manusia itu juga dibahagikan kepada 3 perkara iaitu;

1.       Al-Aqli ia ini akal
2.       Al-Qalbu ia ini hati
3.       Al- Jasad ia ini badan

Setiap bahagian itu ada makanan masing-masing yang tersendiri iaitu;

1.       Akal makanannya adalah ilmu
2.       Hati makanannya adalah zikir
3.       Badan makananya adalah makanan-makanan yang berkhasiat

Akal-Ilmu apa jua jenis ilmu adalah makanan yang terbaik untuk akal. Tapi tersalah menuntut ilmu maka akal jua akan terpesong dan tersilap matlamat. Maka disarankan setiap uamt Islam mendalai ilmu Sirah Nabawiyyah agar terpelihara akalnya dan sentiasa lurus matlamat hidupnya.

Hati- Zikir fitrah tubuh badan kita sebenarnya ingin selalu dekat dengan ALLAH. Banyak manfaat kita perolehi dengan berzikir. Hasil daripada zikrullah kita akan mempunyai azam dan hati yang kuat.

Jasad- Makanan ruji apabila akal telah waras, matlamat utama telah pasti, hati menjadi kuat dengan zikrullah maka kita perlukan jasad atau badan yang sihat untuk beribadat kepada ALLAH dan member manfaat untuk manusia yang lain ke arah kebaikan.

Oleh itu sekali lagi kita muhasabah diri... dimanakah kita... bagaimana kita perlu mencari keseimbangan... 

Kesimpulannya adalah hati zikir zikir zikir sentiasa ingat kepada Nya in shaa ALLAH akan digerakkan akal untuk mencari ilmu yang bermanfaat yang boleh dikongsi bersama dan di cergaskan jasad untuk menyembah Yang Esa serta berbakti kepada manusia.

Lepas ni Azie share ilmu tentang syaitan pula ye... Tungguuuuuuuuuuuuuuu :)