Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah sekali lagi azie nak
kongsikan ilmu yang azie dapat masa sessi usrah kali ini.
An-Nas
Diari Seorang Pelajar
Begitulah tajuk yang diberikan. Penceramah
kali ni merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Sains (kalau tak silap) dan baru
berusia 24 tahun. Rasa bersyukur dan bangga sangat dengan adik tu (tak silap
nama dia Khadijah). Di usia yang muda sudah mampu berdiri di depan dan
berkongsi ilmu keagamaan. Hanya orang yang benar2 yakin dengan kebenaran ilmu
yang dimiliki sahaja berani untuk menyebarkannya kepada orang lain pada pandangan azie la hehe...
Surah
An-Nas
Surah yang ke-114, surah terakhir dalam
Al-Quran. Bila kit abaca terjemahan kita rasa kita dah faham apa yang cuba
ALLAH sampaikan tapi yang sebenarnya bila kita kaji lebih mendalam, ada banyak
perkara yang kita terlepas pandang Maha Mengetahui Allah akan tiap-tiap
sesuatu.
Menceritakan
tentang 3 point penting
1. ALLAH yang merupakan Raja
kepada sekalian makhluk, Yang Maha Melindungi, Menguasai dan Memerintah
2.
Manusia
3.
Syaitan yang terdiri daripada
jin dan manusia
Mari kita lihat satu-persatu ---- ceh...hehehe ;)
ALLAH
Daripada surah An-Nas kita mempelajari 3
sifat ALLAH iaitu Rabb, Malik, dan Ilah.
Rabb
adalah yang menciptakan, yang memberi rezeki dan
yang memiliki. Kata-kata dibawah ini Azie petik daripada buku Mudahnya
Menjemput Rezeki,
Orang yang beriman yakin rezeki itu dari ALLAH. Sedang
orang tidak beriman yakin rezeki itu daripada usahanya.
Orang yang faham akan berkata, “Kita perlu bekerja
kerana ALLAH menyuruh kita bekerja, tetapi yang memberi rezeki itu ALLAH.”
Orang yang tidak faham pula berkata, “Yang memberi
rezeki itu ALLAH, tetapi jika tidak bekerja mana ada rezeki.”
Muhasabah diri...audit diri... dimanakah
kita...
Malik
adalah yang melindungi (wali), pembuat
undang-undang, dan pemerintah. Semenjak kita didalam rahim ibu dan sehingga
kita kembali bertemu ALLAH, Dia lah pelindung kita, Dia lah yang paling hampir
dengan kita. Walaupun ketika didalam rahim ibu, ibu lah insan yang paling rapat
dengan kita, tapi dengan kehendak ALLAH andai kita tidak di takdirkan lahir ke
dunia, ibu tidak dapat berbuat apa-apa walaupun kita sangat hampir dengan dia.
Sesungguhnya tawakal seorang bayi dalam kandungan kepada Penciptanya tersangat
tinggi kerana ketiadaan upayanya untuk berbuat apa-apa... Dan bila kita telah
mati siapa yang menemani kita? Adakah ibu, suami, isteri atau anak-anak?...
Hanya ALLAH yang dapat melindungi kita. Maka manusia ini adalah mutlak milik
ALLAH.
Ilah
adalah yang disembah, matlamat untuk mereka yang
hidup di muka bumi. Kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi
“bumi
diciptakan ALLAH untuk manusia diciptakan
ALLAH untuk akhirat”
bumi
manusia akhirat
bererti
bumi kita yang abadi yang kekal adalah diakhirat nanti
dan
matlamat kita adalah
AKHIRAT
Bumi diciptakan
hanya sebagai transit sebelum kita ke terminal terakhir iaitu akhirat... macam
mana kita menghabiskan masa semasa transit di bumi menentukan destinasi kita di
akhirat. Untuk mendapat tempat yang terbaik di akhirat kita perlulah menyembah
ALLAH tuhan Yang Maha Esa. Itu matlamat utama kita.
Penceramah berkongsi
suatu kisah tentang Surat Saidina Umar kepada Sungai Nil untuk menunjukkan
betapa hidup ini adalah semata-mata pengabdian kepada ALLAH SWT Maha Pencipta
dan Yang Paling Agung
Manusia
Ironinya surah
ini dinamakan dengan An-nas iaitu manusia...Maka memang tak syak lagi ALLAH
turunkan surah ini untuk manusia.
Manusia itu juga
dibahagikan kepada 3 perkara iaitu;
1.
Al-Aqli ia ini akal
2.
Al-Qalbu ia ini hati
3.
Al- Jasad ia ini badan
Setiap bahagian
itu ada makanan masing-masing yang tersendiri iaitu;
1.
Akal makanannya adalah ilmu
2.
Hati makanannya adalah zikir
3.
Badan makananya adalah makanan-makanan yang berkhasiat
Akal-Ilmu apa jua jenis
ilmu adalah makanan yang terbaik untuk akal. Tapi tersalah menuntut ilmu maka
akal jua akan terpesong dan tersilap matlamat. Maka disarankan setiap uamt
Islam mendalai ilmu Sirah Nabawiyyah agar terpelihara akalnya dan sentiasa
lurus matlamat hidupnya.
Hati- Zikir fitrah tubuh
badan kita sebenarnya ingin selalu dekat dengan ALLAH. Banyak manfaat kita
perolehi dengan berzikir. Hasil daripada zikrullah kita akan mempunyai azam dan
hati yang kuat.
Jasad- Makanan ruji apabila
akal telah waras, matlamat utama telah pasti, hati menjadi kuat dengan
zikrullah maka kita perlukan jasad atau badan yang sihat untuk beribadat kepada
ALLAH dan member manfaat untuk manusia yang lain ke arah kebaikan.
Oleh itu sekali
lagi kita muhasabah diri... dimanakah kita... bagaimana kita perlu mencari
keseimbangan...
Kesimpulannya
adalah hati zikir zikir zikir
sentiasa ingat kepada Nya in shaa ALLAH akan digerakkan akal untuk mencari ilmu yang bermanfaat yang boleh dikongsi bersama
dan di cergaskan jasad untuk
menyembah Yang Esa serta berbakti kepada manusia.
Lepas ni Azie share ilmu tentang syaitan pula ye... Tungguuuuuuuuuuuuuuu :)
No comments:
Post a Comment