Showing posts with label vaksin bayi. Show all posts
Showing posts with label vaksin bayi. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

~:: Lagi-LaGi iSu tenTang VakSinasI ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Fuh tarik nafas sekejap.......

Banyak benda azie nak kongsi sebenarnya, tapi disebabkan oleh keterbatasan waktu...

InshaALLAH akan azie cari ruang dan peluang untuk berkongsi lebih maklumat dan informasi yang inshALLAH memberi manfaat buat kita semua.

Disini azie nak kongsikan catitan daripada kawan Dr Halina (Barely Supermom) tentang isu vaksinasi ni...

Azie bukan la pro atau pun con hehehe maksudnya saya bukan pembangkang dan bukan pula kerajaan...OOOPPPSSSS....terpolitik pulak hehehe

Pandangan dan pendapat amat dialu2kan... baca catitan tersebut dengan teliti dan hati yang tenang... dan fikir2kan...serta mohon petunjuk dari ALLAH!!!

Dear mommies..
Here is the article regarding vaccination by Dr Zahilah Filzah, a pediatrician of Sg Buloh Hospital as promised. I hope you’ll take time to read this article. She wrote a very precise, nice article about vaccination and I really hope we can convey this message to all mommies out there. If you have any question, please write on the comment section. Dr Zahilah or me myself will try to answer your question. I know some people are very ‘hardcore’ and can be emotional about this vaccination issue. Please don’t bang each other. We are adult and all of us has our own opinion. Don’t judge others who does or doesn’t want to give their child vaccination. We as medical providers, our job is to educate the public based on our knowledge as a doctor and Muslims.
Enjoy. And think!!
***********************
Dear BarelySupermommy readers,
      I reckon that some of you may have your own stand on this matter- vaccination. While some of you may disagree, I believe majority of us still believe in vaccination as an effective preventive measure to combat certain infectious diseases. However, the last few months or so, someone may have spoken to you or you may have read on Facebook – that vaccination is not what it seemed. That it is not safe , causes autism, not ‘halal’ and that vaccines are only.............................

 Untuk lebih lanjut boleh layari link ini  http://barelysupermommy.com/2013/07/11/vaccinations/

Enjoy your reading and digest it properly okeh ladies and guys...

Salam Ramadan
(',)

Friday, February 22, 2013

~: Vaksinasi tambahan: Rotavirus dan Pneumococcal:~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...



Fuh…fuh… semput bila tengok bil klinik tadi bertambah semput bila tengok jadual vaksinasi bayi sekarang… Lepas ni tiap2 bulan Azmuna kene cucuk aje la… Tapi vaksin utk Rotavirus ni diberi melalui mulut, makan ubat macam biasa. Cumanya dia dalam bentuk ampule dengan dos yang telah ditetapkan, just picitkan je dalam mulut baby, mcm boleh buat sendiri kan tapi suruh je la doctor yang masukkan huhuhu…sebabnya ubat tu mahal and kalau baby muntahkan balik…rugi…rugi…rugi… Tadi pun ade sikit yang terkeluar, doctor kata tak sampai separuh la yg terkeluar tu… huhuhu redha je la, inshaALLAH berkesan...
 
Ok azie nak kongsi sket info pasal vaksinasi ni... harap memberi manfaat kepada semua
 
Jenis-jenis Vaksinasi Tambahan

Setakat ni yang azie nampak signifikan atau digalakkan untuk ambik ialah vaksin untuk Rotavirus dan Pneumococcal. 

Rotavirus

Rotavirus is a virus that infects the bowels. Rotavirus is the most common cause of severe diarrhea among infants and children throughout the world and causes the death of about 500,000 children worldwide annually. The name rotavirus comes from the characteristic wheel-like appearance of the virus when viewed by electron microscopy (the name rotavirus is derived from the Latin rota, meaning "wheel"). 
http://www.medicinenet.com/rotavirus/article.htm

Rotavirus is the most common cause of severe diarrhoeal disease in infants and young children globally. Rotaviruses are estimated to be responsible for approximately 527,000* deaths each year, with more than 85% of these deaths occurring in low-income countries in Africa and Asia, and over two million are hospitalized each year with pronounced dehydration. Children under five years of age, especially those between 6 months and two years are most vulnerable to the disease.
http://www.who.int/nuvi/rotavirus/en/



Pneumococcal

Pneumonia is a lung disease. Pneumococcal pneumonia, a kind of pneumonia, can infect the upper respiratory tract and can spread to the blood, lungs, middle ear, or nervous system

Pneumonia is a form of acute respiratory infection that affects the lungs. The lungs are made up of small sacs called alveoli, which fill with air when a healthy person breathes. When an individual has pneumonia, the alveoli are filled with pus and fluid, which makes breathing painful and limits oxygen intake.

 
Mengapa saya perlu pastikan baby saya mendapat vaksin ini?

Rotavirus

Atas nasihat doctor dan pemerhatian sekeliling azie tekad untuk memastikan Azmuna dapat full dose of Rotavirus vaccination. Faktor utama ialah sepanjang hari Azmuna berada di taska. Kita sedia maklum, banyak kes jangkitan rotavirus ini berlaku di pusat jagaan kanak-kanak. Walaupun Azmuna belum mengambil makanan pepejal (note: rotavirus menjangkiti badan melalui mulut, melalui makanan atau minuman yang diambil) tapi vaksin ini penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan dia. Apabila seseorang dah berjangkit dengan virus ni, walapun dah sembuh, virus tu tak sepenuhnya mati dalam badan… dalam keadaan tertentu virus tersebut boleh aktif semula Untuk elakkan daripada terkena jangkitan ini eloklah ambil vaksinnya seawal yang mungkin.
 
Jangkitan rotavirus seakan-akan glamour sekarang ni hehe… Dekat Az-Zahrah doctor kata banyak patient yang warded disebabkan masalah ini. Oleh itu sebagai ibu yang prihatin jangan berlengah lagi ambil langkah awal untuk elak jangkitan ye…

Malangnya kesedaran baru muncul kini, kakak Azimah dan kak ngah Azwani tidak menerima apa2 perlindungan utk Rotavirus, namun doa yang ummi sentiasa titipkan,  semoga dijauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan ini…Amin

Pneumococcal

Alhamdulillah… azie tahu pasal vaksin ni masa duduk kat Riyadh dulu, Kakak Azimah dapat dos pertama masa kat Riyadh so bila balik Malaysia kena la sambung. Mula2 tak tau sangat apa pentingnya ambil vaksin Pneumococcal ni, azie ingat ni standard vaksin yang biasa di ambil sebab kalau kat Riyadh memang dia dah senaraikan siap2 vaksin ni dalam list yang wajib diambil dan FREE hehehe… Tapi bila balik Malaysia doctor kata ni vaksin tambahan dan perlu bayar… dan harganya dekat RM 300++…fuh..fuh… pengsan… 

Walaupun setakat ni azie tak dengar lagi kes2 serius yang melibatkan virus Pneumococcus ni cuma ada 2-3 kes yang kurang diwar-warkan,  tu pun azie dapat tahu sebab anak kepada sahabat En Suami menemui ajal disebabkan jangkitan virus ni…Oleh itu langkah pencegahan perlu diambil dengan SEGERA!

Kakak Azimah dan Kak Ngah Azwani dah dapat dos penuh untuk Pneumococcal dan inshaALLAH Azmuna juga akan menerima dos penuh.

Kos vaksin tambahan

Rotavirus

Melalui pembacaan, ramai yang mengatakan kosnya antara RM120-180/dos mungkin lain hospital lain kosnya dan di pusat Rawatan Islam Az-Zahrah kosnya dalam lingkungan RM 150. Untuk maklumat yang lebih detail boleh berhubung dengan pihak hospital ye.

Untuk vaksin ni doctor sarankan amik 3 dos, walaupun ade sesetengah doctor cakap 2 dos je pun dah cukup. Terpulang pada ibu-ibu ye.. 2 atau 3 dos terpulang pada budget masing-masing dan pastikan dapatkan nasihat doctor dulu ok

Pneumococcal

Kos untuk vaksin Pneumococcal pula adalah RM300++ selalunye ada tambahan charge surgical/medical supplies so anggaran kosnya lebih kurang RM300++ la… Untuk vaksin ni pula digalakkan ambil 4 dos. Tapi kalau mengikut pandangan azie yang cetek ilmunya dan terhad budgetnya…disebabkan vaksin ni agak mahal so azie amik 3 dos sahaja…

Bila nak bagi vaksin ni?

Rotavirus

Seawal usia bayi 4 bulan boleh dapatkan vaksin ni dan seterusnya 5 bulan dan 6 bulan… tapi kalau mengikut pandangan azie yang tak berapa tinggi sangat ni…lebih elok diberikan vaksin tambahan ni semasa FREE SLOT maksudnya masa tiada vaksinasi standard diberikan. Sila tengok jadual imunisasi anak anda sekarang hehehe… 

FREE SLOT sebelum bayi mencapai usia 1 tahun adalah pada usia bayi 4 bulan, 7-11 bulan. Untuk vaksin Rotavirus ni azie rancang untuk ambil pada usia Azmuna 4 bulan (ok dah selesai…) 7 dan 8 bulan. Tapi seperti yang azie da terangkan tadi,  vaksin Rotavirus ni diberi secara oral, takde salahnya kalau anda nak amik vaksin masa usia bayi 4,5 dan 6 bulan, walapun pada 5 dan 6 bulan terdapat vaksinasi standard yang diberikan secara suntikan…oleh itu takde  la baby kene cucuk kat 2 tempat kan… sian die sob..sob…sob

Pneumococcal

Dos pertama Pneumococcal doctor cadangkan beri seelok-eloknya pada usia 6 bulan. Kalau dulu azie bagi interval 2 bulan maksudnya 6,8 dan 10 bulan. Tapi kak ngah Azwani dos yang ke-3 terlewat sket sampai dah 12 bulan lebih baru bagi gara2 terlupa huhuhu… 

Kali ni kene letak reminder sebab jadual imunisasi Azmuna ni ada banyak tambahan.  Bila semak jadual tu pada usia 6 bulan ada suntikan Hep B dan Rotavirus takkan nak tambah lagi satu kan…ish2 tak bley2… Kali ni azie nak lewatkan sket suntikan Pneumococcal ni tapi bagi secara berturut (8,9,10 bulan) Bulan ke 7 tu bagi rehat kejap sian die tiap2 bulan badan kena bertungkus lumus bertindak balas dengan pelbagai jenis vaksin…

Kesimpulan

Kesimpulannya buat lah tabungan… bukan simpanan untuk pelajaran sahaja, simpanan untuk vaksinasi pun kena ada sekarang. Untuk tahun2 akan datang mungkin ada lagi penambahan vaksin yang perlu diambil.

Virus dan bakteria mereka hidup seperti manusia juga, mereka membiak, menyesuaikan diri dengan keadaan, menghasilkan sesuatu sebagai kaedah pertahanan diri. Bila mereka masuk dalam badan manusia, badan kita akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi. Vaksin pula diberikan supaya badan sudah bersedia dengan senjata pertahanan sekiranya badan dijangkiti oleh virus (begitulah perumpamaannya yang paling mudah hehe…). Tapi virus dan bakteria ni sangat sensitive dengan persekitaran. Mereka boleh membentuk generasi yang tahan kepada tindakan vaksin/antibody… sebab tu la para penyelidik tak pernah berhenti membuat kajian tentang vaksin/antibiotic yang baru…

Begitulah scenario membesarkan anak-anak sekarang, selain berusaha untuk mendidik anak menjadi insan yang soleh dan solehah, kesihatan mereka jangan dilupakan. Sentiasa update diri dengan ilmu-ilmu baru. Ibu bapa bukan sahaja memainkan peranan sebagai ibu bapa, tapi kita juga boleh jadi guru, doctor, jururawat, cikgu disiplin, cikgu agama dan pelbagai lagi peranan kita. Jangan harapkan pihak ke-3 sahaja untuk mendidik dan membentuk anak kita. Sewajibnya segalanya bermula dari rumah…

Fuh…pesanan untuk diri sendiri tu… dan azie kongsikan dengan semua ok

Ok sekian dulu buat masa ni! 

 

Tuesday, July 28, 2009

~:: ceriterA PuTrI KesAYangAN UmMi&BaBa ::~

Bismillahirrahmanirrahim...


adenyer blog ni ummi nak berkongsi dgn pembaca sekalian tentang perkembangan zahrah...huhuhu skema plak rase, mcm la ramai pembacanye... kali ni ummi tujukan khas buat baba, memandangkan baba jauh diperantauan mestila die nak tahu puteri sulung die ni dah pandai ape...kan baba kan :)

selepas baba balik ke riyadh pada 14 july yg lalu maka bermula la episod cerita kami 2 beranak ummi dan zahrah di kg halaman :) 16 july aritu ummi bawak zahrah pergi amik vaccination dekat pusat rawatan az-zahrah kat bangi. mula2 ingat nak tangguh amik kat riyadh je sebab mcm takut plak nak campur2 ngan ubat malaysia, tapi atas nasihat mak wan ummi pergi jugak sebab nak bagi badan zahrah kuat merentang segala penyakit...insyaALLAH. Ummi yang dah lama tak drive ni pun memberanikan diri bawak keta kelisa mak wan sampi ke bangi, mak wan dan maksu pun ikut sekali. sampai2 kat klinik dr nik (dr yang sunatkan zahrah) takde plak die gi tgk patient kat tingkat atas, lame jugak kami tggu ade lah dekat sejam, sempat 2x zahrah menyusu ( mane tak tembam anak ummi 2x menyusu dalam mase sejam huhu...)

Sebelum ni zahrah terima vaccination di Riyadh so die punye vaccination card and turutan vaccine nyer pun berlainan. Kali ni zahrah kene dua suntikan Pnemucoccoal 3 dan suntikan 6 bulan , dua2 belah peha kene cucuk, kira zahrah kuat la jugak menangis sekejap je. Ummi sempat tanye dgn Dr Nik betul ke suntikan MMR elok di elakkan or tak payah amik. Sebab pernah ade kes baby yang kene suntikan MMR berisiko untuk mendapat penyakit Autisme (sejenis penyakit neuron/saraf…kalau tak silap la..). Dengan terperinci Dr Nik menjelaskan takde kesan yg significant akibat drpd suntikan tu sebab saintis dah buat kajian susulan daripada laporan isteri President Britain (bini Tony Blair) pada tahun 1995 terdapat beberapa kes dilaporkan di Britain, so diorg buat study kepada lebih kurang 10 ribu baby dah dibahagikan kepada 2 kumpulan (with and without MMR). Hasil statistic menunjukkan tiada kesan yg significant mksdnyer sama ada yang dapat suntikan MMR atau pun tak masing2 berisiko dapat autisme dan jumlahnyer … kat Malaysia ni MMR selamat utk di ambil.


Pasal suntikan Measles (demam campak) plak kalau kat Saudi, umur baby 9 bulan kena dapatkan suntikan tersebut, tapi kat Malaysia ia dah dimansuhkan ( Cuma Sabah dan Sarawak saje diwajibkan). So Dr Nik advice tak perlu amik, tapi ade kawan Ummi (dr jugak) die advice better amik since kita menetap di Saudi, sebab takut kat sane mmg byk kes measles. Erm..tu la susahnya kalau hidup diperantauan ni, byk perkara perlu diperhati dan diteliti dan buat perbandingan, tapi demi untuk yang terbaik buat Zahrah dan juga pengalaman baru buat Ummi… ;)

Hari sabtu 18 july, ummi & zahrah balik kg di Muar, thanks to Atok Mazlan yang hantarkan kami ke kg, dan juga Makwan dan Maksu yg sudah semestinyer turut menemani zahrah. Mase ni zahrah tgh pandai gelak2 sambil lelap2 mata, comel tak..hehe.

Skrg kat Muar tengah panas, tapi tak tentu jugak kadang2 pagi2 kol 3 ujan tapi siang panas terik. Ni dah 2-3 hari asyik hujan je, tapi bila dah panas nanti, tak tahan jugak dibuatnya. Masa awal2 sampi Muar, sian plak tgk Zahrah ye la dah biase duduk dalam aircond jer panas sket mula la kulit die tak tahan, keluar ruam bintik2 kecik (mak kata ruam panas). Atok Minah tak tahan tgk keadaan Zahrah dan membuat keputusan utk memasang aircon di bilik Zahrah, beruntung Zahrah dapat atok2 yang penyayang, alhamdulillah. Dan sekarang Zahrah begitu selesa tido didalam biliknya dan die pun semakin hari semakin ceria.

Aksi censored Zahrah, panas la Ummi xnak pakai baju lah…hehhe ;p Zahrah beraksi mcm aksi ahli sukan bina badan di sukan olimpik wakakkakka… plus dgn muka garangnye tu huish….. tapi tetap comel ;)


Sebelum baba balik aritu, baba sempat belikan zahrah walker, tu pun atas permintaan ummi yang mmg suka minta macam2 bagi pihak zahrah hehe… tak jenama lain nak jenama chicco gak tu, maka ummi pun surf la di internet kat mane outlet chicco, rupenyer kat 1utama, damansara, besar jugak kedai die tapi harga standard la lebey kurang kat Riyadh jugak. Ade sepasang baju tidur tu dekat RM300, mahal sungguh..
Actually ummi pun dah tahu nak belikan zahrah walker yang modelnya mcm mane, so smpi2 kita test drive dulu…zahrah mmg seronok. Salesgirl tu kata biasanya baby kalo 1st time naik walker die akan bergerak kebelakang dulu, tapi zahrah dah ke depan, seronok betul die smpi xnak keluar la…







Aksi zahrah dengan walker barunya, sekarang dah cekap dah, dah laju berjalan dengan walkernya tapi bila dah boring suruh ummi amik la…


ok tggu ummi update lagi ek ...


Salam :)