Friday, February 22, 2013

~: Vaksinasi tambahan: Rotavirus dan Pneumococcal:~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...



Fuh…fuh… semput bila tengok bil klinik tadi bertambah semput bila tengok jadual vaksinasi bayi sekarang… Lepas ni tiap2 bulan Azmuna kene cucuk aje la… Tapi vaksin utk Rotavirus ni diberi melalui mulut, makan ubat macam biasa. Cumanya dia dalam bentuk ampule dengan dos yang telah ditetapkan, just picitkan je dalam mulut baby, mcm boleh buat sendiri kan tapi suruh je la doctor yang masukkan huhuhu…sebabnya ubat tu mahal and kalau baby muntahkan balik…rugi…rugi…rugi… Tadi pun ade sikit yang terkeluar, doctor kata tak sampai separuh la yg terkeluar tu… huhuhu redha je la, inshaALLAH berkesan...
 
Ok azie nak kongsi sket info pasal vaksinasi ni... harap memberi manfaat kepada semua
 
Jenis-jenis Vaksinasi Tambahan

Setakat ni yang azie nampak signifikan atau digalakkan untuk ambik ialah vaksin untuk Rotavirus dan Pneumococcal. 

Rotavirus

Rotavirus is a virus that infects the bowels. Rotavirus is the most common cause of severe diarrhea among infants and children throughout the world and causes the death of about 500,000 children worldwide annually. The name rotavirus comes from the characteristic wheel-like appearance of the virus when viewed by electron microscopy (the name rotavirus is derived from the Latin rota, meaning "wheel"). 
http://www.medicinenet.com/rotavirus/article.htm

Rotavirus is the most common cause of severe diarrhoeal disease in infants and young children globally. Rotaviruses are estimated to be responsible for approximately 527,000* deaths each year, with more than 85% of these deaths occurring in low-income countries in Africa and Asia, and over two million are hospitalized each year with pronounced dehydration. Children under five years of age, especially those between 6 months and two years are most vulnerable to the disease.
http://www.who.int/nuvi/rotavirus/en/



Pneumococcal

Pneumonia is a lung disease. Pneumococcal pneumonia, a kind of pneumonia, can infect the upper respiratory tract and can spread to the blood, lungs, middle ear, or nervous system

Pneumonia is a form of acute respiratory infection that affects the lungs. The lungs are made up of small sacs called alveoli, which fill with air when a healthy person breathes. When an individual has pneumonia, the alveoli are filled with pus and fluid, which makes breathing painful and limits oxygen intake.

 
Mengapa saya perlu pastikan baby saya mendapat vaksin ini?

Rotavirus

Atas nasihat doctor dan pemerhatian sekeliling azie tekad untuk memastikan Azmuna dapat full dose of Rotavirus vaccination. Faktor utama ialah sepanjang hari Azmuna berada di taska. Kita sedia maklum, banyak kes jangkitan rotavirus ini berlaku di pusat jagaan kanak-kanak. Walaupun Azmuna belum mengambil makanan pepejal (note: rotavirus menjangkiti badan melalui mulut, melalui makanan atau minuman yang diambil) tapi vaksin ini penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan dia. Apabila seseorang dah berjangkit dengan virus ni, walapun dah sembuh, virus tu tak sepenuhnya mati dalam badan… dalam keadaan tertentu virus tersebut boleh aktif semula Untuk elakkan daripada terkena jangkitan ini eloklah ambil vaksinnya seawal yang mungkin.
 
Jangkitan rotavirus seakan-akan glamour sekarang ni hehe… Dekat Az-Zahrah doctor kata banyak patient yang warded disebabkan masalah ini. Oleh itu sebagai ibu yang prihatin jangan berlengah lagi ambil langkah awal untuk elak jangkitan ye…

Malangnya kesedaran baru muncul kini, kakak Azimah dan kak ngah Azwani tidak menerima apa2 perlindungan utk Rotavirus, namun doa yang ummi sentiasa titipkan,  semoga dijauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan ini…Amin

Pneumococcal

Alhamdulillah… azie tahu pasal vaksin ni masa duduk kat Riyadh dulu, Kakak Azimah dapat dos pertama masa kat Riyadh so bila balik Malaysia kena la sambung. Mula2 tak tau sangat apa pentingnya ambil vaksin Pneumococcal ni, azie ingat ni standard vaksin yang biasa di ambil sebab kalau kat Riyadh memang dia dah senaraikan siap2 vaksin ni dalam list yang wajib diambil dan FREE hehehe… Tapi bila balik Malaysia doctor kata ni vaksin tambahan dan perlu bayar… dan harganya dekat RM 300++…fuh..fuh… pengsan… 

Walaupun setakat ni azie tak dengar lagi kes2 serius yang melibatkan virus Pneumococcus ni cuma ada 2-3 kes yang kurang diwar-warkan,  tu pun azie dapat tahu sebab anak kepada sahabat En Suami menemui ajal disebabkan jangkitan virus ni…Oleh itu langkah pencegahan perlu diambil dengan SEGERA!

Kakak Azimah dan Kak Ngah Azwani dah dapat dos penuh untuk Pneumococcal dan inshaALLAH Azmuna juga akan menerima dos penuh.

Kos vaksin tambahan

Rotavirus

Melalui pembacaan, ramai yang mengatakan kosnya antara RM120-180/dos mungkin lain hospital lain kosnya dan di pusat Rawatan Islam Az-Zahrah kosnya dalam lingkungan RM 150. Untuk maklumat yang lebih detail boleh berhubung dengan pihak hospital ye.

Untuk vaksin ni doctor sarankan amik 3 dos, walaupun ade sesetengah doctor cakap 2 dos je pun dah cukup. Terpulang pada ibu-ibu ye.. 2 atau 3 dos terpulang pada budget masing-masing dan pastikan dapatkan nasihat doctor dulu ok

Pneumococcal

Kos untuk vaksin Pneumococcal pula adalah RM300++ selalunye ada tambahan charge surgical/medical supplies so anggaran kosnya lebih kurang RM300++ la… Untuk vaksin ni pula digalakkan ambil 4 dos. Tapi kalau mengikut pandangan azie yang cetek ilmunya dan terhad budgetnya…disebabkan vaksin ni agak mahal so azie amik 3 dos sahaja…

Bila nak bagi vaksin ni?

Rotavirus

Seawal usia bayi 4 bulan boleh dapatkan vaksin ni dan seterusnya 5 bulan dan 6 bulan… tapi kalau mengikut pandangan azie yang tak berapa tinggi sangat ni…lebih elok diberikan vaksin tambahan ni semasa FREE SLOT maksudnya masa tiada vaksinasi standard diberikan. Sila tengok jadual imunisasi anak anda sekarang hehehe… 

FREE SLOT sebelum bayi mencapai usia 1 tahun adalah pada usia bayi 4 bulan, 7-11 bulan. Untuk vaksin Rotavirus ni azie rancang untuk ambil pada usia Azmuna 4 bulan (ok dah selesai…) 7 dan 8 bulan. Tapi seperti yang azie da terangkan tadi,  vaksin Rotavirus ni diberi secara oral, takde salahnya kalau anda nak amik vaksin masa usia bayi 4,5 dan 6 bulan, walapun pada 5 dan 6 bulan terdapat vaksinasi standard yang diberikan secara suntikan…oleh itu takde  la baby kene cucuk kat 2 tempat kan… sian die sob..sob…sob

Pneumococcal

Dos pertama Pneumococcal doctor cadangkan beri seelok-eloknya pada usia 6 bulan. Kalau dulu azie bagi interval 2 bulan maksudnya 6,8 dan 10 bulan. Tapi kak ngah Azwani dos yang ke-3 terlewat sket sampai dah 12 bulan lebih baru bagi gara2 terlupa huhuhu… 

Kali ni kene letak reminder sebab jadual imunisasi Azmuna ni ada banyak tambahan.  Bila semak jadual tu pada usia 6 bulan ada suntikan Hep B dan Rotavirus takkan nak tambah lagi satu kan…ish2 tak bley2… Kali ni azie nak lewatkan sket suntikan Pneumococcal ni tapi bagi secara berturut (8,9,10 bulan) Bulan ke 7 tu bagi rehat kejap sian die tiap2 bulan badan kena bertungkus lumus bertindak balas dengan pelbagai jenis vaksin…

Kesimpulan

Kesimpulannya buat lah tabungan… bukan simpanan untuk pelajaran sahaja, simpanan untuk vaksinasi pun kena ada sekarang. Untuk tahun2 akan datang mungkin ada lagi penambahan vaksin yang perlu diambil.

Virus dan bakteria mereka hidup seperti manusia juga, mereka membiak, menyesuaikan diri dengan keadaan, menghasilkan sesuatu sebagai kaedah pertahanan diri. Bila mereka masuk dalam badan manusia, badan kita akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi. Vaksin pula diberikan supaya badan sudah bersedia dengan senjata pertahanan sekiranya badan dijangkiti oleh virus (begitulah perumpamaannya yang paling mudah hehe…). Tapi virus dan bakteria ni sangat sensitive dengan persekitaran. Mereka boleh membentuk generasi yang tahan kepada tindakan vaksin/antibody… sebab tu la para penyelidik tak pernah berhenti membuat kajian tentang vaksin/antibiotic yang baru…

Begitulah scenario membesarkan anak-anak sekarang, selain berusaha untuk mendidik anak menjadi insan yang soleh dan solehah, kesihatan mereka jangan dilupakan. Sentiasa update diri dengan ilmu-ilmu baru. Ibu bapa bukan sahaja memainkan peranan sebagai ibu bapa, tapi kita juga boleh jadi guru, doctor, jururawat, cikgu disiplin, cikgu agama dan pelbagai lagi peranan kita. Jangan harapkan pihak ke-3 sahaja untuk mendidik dan membentuk anak kita. Sewajibnya segalanya bermula dari rumah…

Fuh…pesanan untuk diri sendiri tu… dan azie kongsikan dengan semua ok

Ok sekian dulu buat masa ni! 

 

8 comments:

  1. salam, nak mencelah boleh? hehe.. pernah dgr tak vaksin rotavirus ni ada unsur babi?..huhu..

    ReplyDelete
  2. paed anak I tak nak bg Rotavirus..katanya ada unsur tak halal..benda tu jadi halal coz ada few cases kat Perak hari tu rasanya..so dikira darurat..

    ReplyDelete
  3. huhuhuhu.....

    aah semlm dpt confirmation drpd paed kat kpj kajang yang rotataq tu ada unsur tak halal...

    ReplyDelete
  4. Vaksin rotavirus memang ada unsur ghinzir tapi boleh digunakan atas alasan perubatan.

    ReplyDelete
  5. Memang haram di Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh majlis fatwa:
    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-biothrax-dan-vaksin-rotateq-yang-menggunakan-unsur-babi-dal

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing..baru2 ni anak kedua saya juga dijangkiti rotavirus..ramai ibu2 yang tak tahu apa itu rotavirus sehinggalah anak mereka dijangkiti..ramai juga yang tak tahu rotavirus boleh bawa maut..tentang vaksin tu..sis ambik yang mane..kalau Rotateq saya ada terbace ianya menggunakan sumber porcine dan tidak halal..ada fatwa yang dikeluarka..boleh rujuk e-fatwa..jemput baca artikel di blog saya tentang rotavirus ^^

    Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jangkitan Rotavirus Pada Si Kecil Anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. RotaTaq... astagfirullahalazim...moga Allah terima taubat kita... Selepas ambik vaksin tu pakar kat KPJ cakap ade keraguan tentang vaksin tu dan advice utk stop... Alhamdulillah baru amik 1 dos je... huhuhuhu

      Delete
  7. Assalamualaikum kakak...

    TQ mengenai info 2 jenis vaksin tu.. saya baru berkira-kira nak cucuk baby pneumococcal dan rotavirus tu..

    vaksin utk rotavirus tu mmg jelas haram ye kak..? sori saya tak byk ilmu sgt pasal ni sbb ni pun anak first..

    ReplyDelete