Bismillahirrahmanirrahim...
Siri kembara ni bermula dengan kisah kami di Tokyo, Jepun memandangkan gambar2 yang dipost dalam blog ni diambil dengan menggunakan gadget baru (Nikon D5000 - hadiah daripada Baba... TQ dear :> )
Kami balik ke Malaysia dari Riyadh pada 16hb June yang lepas, cadangnya hanya 28 hari bercuti tapi disebabkan oleh faktor2 yang tertentu Baba dengan rela hati membenarkan Ummi dan Zahrah menyambung cuti sampai 1hb Sept... InsyaALLAH. Sepanjang 28 hari tu memang padat jadual kami dan secara ringkasnya...
Minggu pertama : Berada di rumah Atuk Mazlan, Desa Pinggiran Putra (DPP) dan balik sekejap ke Muar, jalan2 ke JB
Minggu ke2 : Bercuti2 di Tokyo, rumah Mama Ailin dan Papa Fauzee
Minggu ke3 : Balik semula ke DPP, makan angin ke Cameron Highland, balik kg Sendayan
Minggu ke4 : Ziarah saudara mara, balik kg Kuala Pilah
Pendek kata, Zahrah celik mata je siap2 terus keluar...seronok betul die tapi kesian jugak mesti la penatkan...tapi bukan selalu kan :)
Kami bertolak ke Tokyo pada 26hb June, Zahrah sambut usianya yang ke-6 bulan kat Tokyo...huhuhu . Banyak tempat kami pergi smpi ummi pun tak ingat nama2 tempat2 tu,. tapi yang ummi ingat kami pergi Tokyo Disney Sea bak kata Baba, Ummi yang terlebey xcited daripada Zahrah...ye la Zahrah kecik lagi tak paham sgt lagi, nnti Zahrah dah besar sket ajak Baba pergi Tokyo Disneyland lak ek huhuhu... Ummi dgn Baba puas bershopping beribu2 jugak la belanjanya dan yang paling best dapat set pinggan Noritake hehe...pasni boleh buat collection pinggan mangkuk wakakka...
Keluarga AZ's kat depan kedai Noritake
Kalau pergi Jepun tak sah kalau tak tgk Mount Fuji, sehari sebelum balik kami pergi ke satu tempat namenye Kawaguchiko. Mengikut kata Mama Ailin disekitar gunung Fuji ade 4 tasik yang terbentuk dan salah satunya tasik Kawaguchiko...memang cantik sangatttttttttttt pemandangannyer, sayup mata memandang. Pulak tu mase kami smpi tgh mendung2 macam nak hujan, rase sejuk dan nyaman aje hehe... Dan kebetulan plak ade Herbs Festival kat situ so kitorg pun pergi la tgk2. Banyak produk berasaskan Lavender, Baba pun sempat shot gambar pokok Lavender tapi sayang hari sudah hujan Ummi dgn Zahrah tak dapat nak bergambar dekat taman Lavender tu huhuhu...
Dekat depan pintu masuk Kawaguchiko Herbs Festival
thanks to Papa Fauzee and famili tanpa rasa letih membawa kami berjalan2 tiap2 hari tgk negara Jepun...Seminggu kat sane rasa sekejap sangat tak abis round satu Tokyo hehehe...kena datang lagi ni ;p Kalau ikutkan banyak lagi gambar2 kami kat Jepun nanti la di lain siaran ummi uploadkan huhuhu... :)
Lepas balik dari Tokyo, kami sebuk menziarahi kaum keluarga dan ada kesempatan berjumpa dengan kawan Baba n Ummi.

Zahrah jumpa kawan dari Riyadh yang tengah bercuti di Malaysia jugak Aunty Intan and Uncle Azwan dengan heronya Aqeel. Dalam gambar yang atas tu Zahrah dengan Atok Amal. Zahrah kiss Aunty Intan (Ummi Aqeel). Zahrah dan Aqeel sama baya, tapi Aqeel tua sebulan daripada Zahrah. Tempat : Alamanda, Putrajaya

Kat umah kawan sekerja Baba, seronoknye Zahrah main2 dengan kakak2 tu.

Gambar2 semasa di Cameron Highland.

Ziarah ke rumah Mak Teh di Rawang. Zahrah dapat hadiah daripada kak Hani, TQ!
Sekian saje utk lembaran kali ni hehe...dan untuk makluman Zahrah dan Ummi kini berada di Muar, Johor... kepada Baba yang jauh di Riyadh tu jaga diri elok2, kami rinduuuuuuuu sangat dgn Baba!
Salam :)