Tuesday, January 22, 2013

~: Parenting Knowledge; Introduction :~


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, catitan ini ditulis bukan sahaja untuk dikongsi bersama tapi juga sebagai nota panduan keibubapaan untuk azie dan suami supaya segala ilmu yang diperolehi tidak hilang begitu sahaja. Dan sebaik mungkin azie cuba rungkaikan segala ilmu yang telah diperolehi.

Islamic Parenting Network

Terlebih dahulu azie berikan sedikit latar belakang tentang Islamic Parenting Network (IPN).IPN telah diasaskan oleh Puan Lina Karim, ibu kepada adik Darwisyha dan Darwisyh yang merupakan kanak-kanak pintar yang telah menghafaz 30 surah dari Al-Quran, semasa berusia 3 tahun. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang anak2 beliau boleh google je nama mereka dan banyak artikel yang berkaitan mereka. 

Tetapi jarang2 sekali si ibu keluar di akhbar atau mana2 artikel yang berkaitan anak beliau. Beliau lebih suka bekerja di belakang tabir. Kursus Mengajar Bayi dan Kanak-kanak Membaca dan Menghafaz Al-Quran merupakan kursus pertama anjuran IPN yang azie sertai dan berpeluang bersua muka bersama Pn. Lina Karim. 

Secara general IPN adalah suatu pertubuhan yang sangat menggalakkan ibu bapa pada zaman sekarang menitik beratkan pendidikan anak2 bermula dengan pendedahan kepada Al-Quran. Bukan sahaja dapat membaca Al-Quran dengan baik malah adalah lebih baik jika isi kandungan Al-Quran itu dihafal agar melekat didalam jiwa anak2 kita. 

Kursus 2 Hari

Terbaru azie mengikuti Kursus 2 hari anjuran IPN yang berkaitan dengan teknik mendidik anak mengikut cara Nabi Muhammad SAW dan teknik parenting Sultan Muhammad Al-Fateh.

Hari pertama
Menangani Anak Bermasalah: Didik Cara Nabi dan Psikologi Rahsia Mendidik Anak Hebat

Penyampai pada Sessi pertama, hari pertama, adalah Puan Khairulaniza binti Khairuddin. Beliau merupakan seorang guru dan penulis bersama buku yang bertajuk Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad SAW. Beliau juga penulis blog http://parentinggayarasulullah.blogspot.com 

Picture credits to https://www.facebook.com/IslamicParentingNetwork

Antara point-point penting yang dikongsi semasa sessi pertama ini adalah:-

·         Bagaimana untuk menggunakan teknik memuji dalam mengatasi anak-anak yang bermasalah
·         5 prinsip yang perlu ada dalam memberi pujian kepada anak
·         Tips mendorong tingkah laku yang positif
·         Teknik untuk tidak menyiasat kesalahan, tidak menegur atau mengkritik kesalahan, tutup mata pada kesalahan sebaliknya memuji kebaikan
·         Teknik menyelesaikan konflik antara 2 pihak ( contoh: adik beradik yang suka bergaduh)

Sessi ke-2 pula telah disampaikan oleh Pn Jamilah Samian dan suami beliau En Ahmad Fakhri Hamzah yang merupakan penulis beberapa buah buku parenting seperti Cool Mom, Super Dad , Parenting Gen Y and Z. Mereka merupakan parent yang hebat kerana berjaya melahirkan anak2 yang hebat. Mereka mempunyai seorang anak yang mempunyai sindrom autisms (hyperaktif child) dan walaupun pernah tidak bersekolah dalam suatu jangka masa yang agak lama, teknik home learning yang mereka terapkan telah membolehkan anak mereka yang menghidapi autisms itu kembali ke sekolah dan menyertai persatuan pidato dan telah pun menjadi wakil Malaysia dalam pertandingan pidato peringkat antarabangsa. 
Picture credits to https://www.facebook.com/IslamicParentingNetwork

Antara point menarik yang mereka kongsikan ialah:-

·         Matlamat mendidik anak
·         Mengapa anak2 menimbulkan masalah
·         Parenting stail ; agresif, pasif, manipulative, asertif
·         Tips-tips penting peranan sebagai seorang ayah/bapa/abi/baba dalam mendidik anak2


Hari ke dua
 Seminar Parenting Gaya Al-Fateh

Sessi pertama telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Syaari Ab. Rahman merupakan seorang penulis, pendakwah dan pengkaji sejarah tentang Sultan Muhammad Al-Fateh. Dalam sessi ini beliau membongkar peranan ibu bapa, ulama, sistem pendidikan dan suasana dalam melahirkan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera pembukaan Konstantinopel. 
Picture credits to https://www.facebook.com/IslamicParentingNetwork

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh?


Sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW;

Konstantinopel akan dimiliki tentera Islam Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera
Hadis Riwayat Imam Ahmad

Sultan Muhammad Al-Fateh adalah raja sebaik-baik raja yang telah berjaya menawan Konstantinopel (yang kini dikenali sebagai Istanbul) bersama tentera-tenteranya. Beliau merupakan seorang tokoh Islam yang wajib kita contohi dan teladani. Sebagai ibu bapa kita mengagumi kebolehan beliau dalam mengatur strategi peperangan tapi apa yang lebih penting kita mesti mencontohi bagaimana beliau di didik sehingga menjadi manusia hebat yang merealisasikan hadis Nabi SAW setelah 800 tahun kewafatan Baginda. 

Antara fakta penting yang dikongsikan ialah:-
·         Sejarah Kota Konstantinopel
·         Biografi Sultan Muhammad Al-Fateh
·         Bagaimana mendidik anak sehebat Al- Fateh yang terdiri daripada 5 prinsip penting
o   Istana rumah
o   Murabbi
o   Madrasah
o   Pengalaman
o   Suasana

Manakala Sessi ke-2 pula telah disampaikan oleh Tuan Alwi Adam wakil daripada Aman Palestin yang telah berkongsi pengalaman beliau disana serta kaedah pendidikan yang diterapkan oleh ibu bapa di Palestine kepada anak2 mereka. 
Picture credits to https://www.facebook.com/IslamicParentingNetwork

Beliau juga berkongsi kesengsaraan yang di alami oleh rakyat Palestine tapi sangat menakjubkan kerana keadaan mereka disana sangat positif, walaupun kehilangan keluarga, keadaan hidup yang serba serbi tidak sempurna, kekurangan kemudahan, risiko berhadapan dengan kematian pada bila-bila masa sahaja….. dan pelbagai lagi risiko yang mereka bakal hadapi… mereka tetap BERSEMANGAT melalui hari2 mereka, anak-anak tetap ke sekolah seperti biasa, yang bekerja tetap melakukan tanggungjawab seperti biasa, tiada yang mengemis simpati, tiada yang menangis sepi… 

Perkongsian beliau membuatkan azie dan mungkin juga ibu bapa yang lain terjaga dari lena yang panjang…kita terlampau selesa disini, terlampau dimanjakan, terlampau syok sendiri… cuba lihat dan ambil iktibar dari apa yang sedang berlaku di Palestine… kita mahukan sejarah di Kota Konstantinopel berulang… kita mesti berazam tentera ISLAM berjaya menawan semula Palaestine… untuk itu didik anak kita agar menjadi sehebat Al- Fateh, didik selari dengan zaman… mungkin mereka tidak berpeluang untuk berjihad dengan memikul senjata api, tapi kita ada senjata yang lebih kuat iaitu DOA, dan didik anak kita untuk menjadi pakar akademik, pakar sains, pakar sejarah, pakar bahasa… kerana dengan ILMU Al-Fateh telah membuktikan yang kita boleh berjaya!

Sessi terakhir, pada hari ke dua telah ditutup dengan taklimat daripada Pn Lina Karim sendiri… Video yang beliau tayangkan sangat menyuntik semangat untuk membuat perubahan dalam mendidik anak2. Antara perkara penting yang beliau kongsikan adalah;-

·         Bagaimana membina mental image dalam diri anak2
·         Apakah konspirasi Dajjal untuk menyesatkan anak2
·         Stimulasi otak kanan
·         Menggalakkan anak2 untuk berfikir

·         …. Dan banyak lagi

In Shaa ALLAH akan azie kongsikan setiap ilmu dari setia sessi dengan lebih terperinci in shaa ALLAH!


ANAK YANG HEBAT lahir daripada ibu bapa yang BIASA yang mempunyai VISI, KASIH SAYANG DAN DISIPLIN YANG HEBAT
Pn.Lina Karim

Change the world now!

2 comments:

  1. salam..
    sy pon pergi sesi hari ahad tu.alhamdulillah...byk betol manfaatnya walaupun sy belom berkahwin.but at least persediaan mental tu boleh dimulakan dah :)

    ReplyDelete