Monday, April 11, 2011

~:: KaKAK ZahRAH daN AsThMa Bahg.1 ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam semua ( ceh...ceh... macam ramai jerk nak baca )

As some of our friends yang dah tahu, kakak zahrah our eldest adorable and cute dotter tu telah mengalami masalah asthma yang agak teruk juga berbanding biasa. Bermula dengan batuk2 biasa dan tanpa disedari batuk dan kahak/lendir tu menganggu sistem pernafasan dia (peparu). On early March cek entry ni kakak zahrah and azwani demam dan batuk, azwani demam biasa je (tp ada cerita lagi disebalik tu...) alhamdulillah lepas berubat dah ok. Kakak zahrah pula doktor kata peparu die berbunyi dan kemungkinan asthma so macam biasa la dr bagi ubat asthma, after took those medicine she's seems fine but  lepas seminggu (lepas azwani elok demam) batuk dia datang balik and we gave her the same medicine tapi tak ada apa2 respon...

Then on that weekend baba ada course dekat Marriot Putrajaya, then we plan nak bawa diorg staying @ hotel (saja je la kan, makan angin walaupun dekat je...) Tapi kakak zahrah pun tak berapa sihat lagi so takde la aktiviti di swimming pool. Kebetulan hotel tu baru bukak children playhouse, so after breakfast i took them there, but one thing yang buat kakak zahrah lagi batuk+demam is the temperature there is so damn cold... huhu kesian kakak... Memang dr dah cakap budak asthma tak boleh duduk dalam bilik yg berhawa dingin... and of course thats my fault jugak kan, sape suruh bawak kakak pergi sana... in fact  tempat makan kat marriot hotel tu pun sejuk jugak tapi makanan die superb hehehe...

On Sunday, baba keluar awal sikit because we decided to bring kakak zahrah to see Dr Nik yg dah memang biasa dengan kakak zahrah (Pakar kanak-kanak @ Pusat Rawatan Islam Az Zahrah). Dia kata bunyi wheezing tu makin teruk and dia advice admit wad je la to monitor her progression. Dua malam kakak zahrah dalam wad, ambil neb setiap 3 jam, ubat demam, antibiotik and ubat alahan (ntah apa nama dia tak ingat plak...) suntik melalui salur darah. Kakak zahrah menunjukkan  improvement but very minor, wheezing sound tu masih ada tp Dr bg discharge jugak sbb dah tak kuat sgt. Tengahari tu baba sanggup balik dari JandaBaik (baba ada bengkel kat sana pd minggu tu...) untuk uruskan urusan keluar wad.

Tula orang dah pesan, budak2 kalau yang ada asthma persekitaran die kena bersih n tak boleh ada habuk. Esoknya tu azie ambil cuti untuk kemas rumah. All carpets were removed kasi gulung balik. Carpet ni perangkap habuk like my bos said "Malaysia is a humid country, tak sesuai pakai carpet sebenarnya" . Tapi betul tau, bila dah tak pakai carpet ni kena sapu/vacuum lantai tu regularly sebab biar 1/2 hari dah rase mcm pijak pasir (means that habuk byk) bayangkan kalau pakai karpet kita tak rasa semua tu kan tapi berkepuk2 habuk tu melekat kat karpet then anak kita pun suka guling2 atas karpet tu maka melekat la segala habuk pd badan mereka. So skrg ni kitorg pakai tikar buluh je... not bad jugak kan, asalkan anak2 sihat.

Masa kena ambil neb @ Az-Zahrah
Few days after that kakak zahrah tak menunjukkan tanda2 nak baik pun, in fact dia demam sekali lagi, badan panas, masih batuk2 dgn nafas laju dan berbunyi. Then we decided nak cuba cara homeopathy huhuhu nasib baik ubat dia murah je, demam kakak makin teruk plak pastu sampai dah cecah 40oC. Takut anything happen we took her to An-Nur pulak (sebab ubat kat Az-zahrah pun dah tak berkesan on her) macam biasa Dr bagi ubat peluru ikut saluran anus (punggung), sirap demam, ubat cair kahak and tukar antibiotik (coz the Dr suspect ada saki baki virus yg tak mati lagi - this is not recommended actually tau, lagi banyak jenis antibiotik kita amik immune system badan akan jadi makin lemah kalau boleh elakkan drpd kerap sgt tukar antibiotik- mums semua alert dengan jenis antibiotik yg Dr prescribe utk anak2 kita ok!...). Ujian dr Allah... demam kakak berulang lagi...walaupun dah makan antibiotik+ubat demam.

The next week tu azie bawak kakak zahrah pergi klinik kesihatan kerajaan utk buat ujian darah. Alhamdulillah platlet Hb die ok, cuma wheezing masih ada so dr bagi neb and dr klinik kerajaan pun tak tahu nak buat mcm mana, die suruh monitor je and sambung makan ubat dr klinik An-nur tu...lepas tu bagi ubat alahan berbentuk sirap suruh amik utk 3 hari sekali makan sampai 10mL... banyakkan... macam tak percaya biar betul, betul ke dose yg diorg bagi tu? setahu azie ubat2 alahan asma ni mengandungi steroid tau kalau amik berlebihan masalah lain pulak boleh timbul. So untuk keselamatan azie tak bagi pun ubat dr klinik kerajaan tu. On the same day, petang tu, we decided to take kakak zahrah jumpa pakar kat hospital lain, mengikut pandangan kawan2 KPJ Kajang pun not bad jugak. We met with Dr Asmuni, we told him the whole story so then he can prescribe the exact treatment for kakak zahrah. Pagi tu dah ambil neb, tapi Dr Asmuni kata still wheezing lagi so kena la ambil neb sekali lagi. We mentioned that kakak zahrah pernah kena eczema, so the Dr said that children with eczema problem have high probability to get asthma as well, so dia memang tak heran la kan... tambahan all her cousin (anak akak azie) mmg ada problem asthma so genetically inheritance la jugak. Asthma ni boleh disebabkan oleh allergic, so these children very sensitive to dust, bulu2 especially bulu kucing, carpet, soft toys, apa jugak barang2 yg boleh perangkap habuk kena dijauhkan. Dari segi pemakanan pulak kena avoid makanan yg boleh menyebabkan pembentukan lendir seperti tembikai, limau, pisang, makanan bergoreng, minumam sejuk (berais) amatlah2 dilarang sama sekali, segala jenis junk food juga harus dielakkan sebab junk food ni byk bahan pengawet makanan dan penambah perisa yang boleh trigger asthma. Ada banyak lagi contoh2 makanan/ perkara yg boleh menyebabkan asthma. Boleh rujuk kat website ni untuk diet yang baik utk pesakit asthma. Website ni pun bagus untuk basic info pasal asthma info about asthma.

Ok, kita sambung next entry. Kalau panjang sangat nanti orang boring huhuhu... ;)

Salam
UmmI AziE

5 comments:

  1. kesiannya. auntie doakan semoga kakak zahrah cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  2. kesian zahrah. mesti banyak berat dia turun kan.
    hmmm kita gi hospital Pantai time tiqah kena camtu. tapi sekali tu jer la.maybe genetik pun ye kan azie...memg mencabar bile anak tak sihat..huhu

    ReplyDelete
  3. Thanks aunty, insyaALLAH kesihatan azimah semakin baik..alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Nida, a'ah nampak susut dah badan dia...tu la anak ni byk beri dugaan kat kita, kena byk bersabar... :)

    ReplyDelete