Wednesday, April 13, 2011

~:: KaKAK ZaHraH daN AsThMa Bahg.2 ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam semua 

Bersambung daripada entry yang sebelum ni...

Alhamdulillah kakak zahrah menunjukkan perubahan yang positif selepas dapat rawatan kat KPJ Kajang. Dr Asmuni bagi ubat utk cairkan kahak, 2 jenis inhaler (i) Ventoline warna biru untuk digunakan ketika diserang ashtma, untuk kes kakak zahrah Dr suruh pakai 4jam sekali selama seminggu (ii) Flixotide warna oren untuk kawal serangan asthma digunakan sebanyak 2 kali sehari selama 3 bulan. Untuk inhaler tu bukan spray terus dalam mulut tapi melalui aerochamber. So sekarang ni kakak zahrah still depend on medication, ventolin tu walaupun 4jam sekali, tapi bila dia batuk2 dengan kerap boleh terus bagi dan dia akan rasa lega sikit untuk bernafas. Asthma ni disebabkan oleh, bila antibodi badan kita respon kepada benda yg die allergic then trigger mucos formation kat peparu dan seterusnya menyebabkan salur pernafasan jadi sempit. So ubat2 ni tadi boleh bukak balik salur pernafasan tu, bagi muscle kat bahagian abdomen relax dan pesakit dapat bernafas dengan lebih selesa, takde la tercungap2 lagi.
Aerochamber
Seminggu selepas dapat rawatan dengan Dr Asmuni, kakak zahrah dikehendaki mendapatkan rawatan susulan. Dua hari sebelum tarikh temujanji tu suhu badan kakak tak menentu, so Dr suruh buat X-ray takut2 ade infection (pneumonia) tapi alhamdulillah X-ray menunjukkan peparu kakak clear cuma masih terdapat lendir lagi tapi sedikit. Kali ni Dr bagi antibiotik jugak dan ubat demam untuk elak daripada demam lagi. Alhamdulillah semua tu memberi kesan positif kepada kakak dengan izin ALLAH jua...

Flixotide
Seperti biasa ubat inhaler ni diteruskan lagi untuk 3 bulan yang berikutnya ini...

Ventolin

Nak kata ubat2 ni boleh terus hilangkan asthma sampai bila2 tak la... Ubat2 ni hanya boleh mengawal serangan asthma dan untuk mengelak daripada diserang asthma sekali lagi kita kena pantau semua benda yang boleh mendatangkan penyakit tu terutama sekali bab makanan dan habuk, selain daripada mohon kepada ALLAH agar dikurniakan kesihatan yang baik kepada anak2 kita... :)

Kakak Azimah dan Azwani after dinner @ Secret Recipe dengan Atok Mazlan n Mak Wan

Kakak Azimah in her mini library a.k.a playroom

Alhamdulillah sekarang kakak zahrah nampak dah aktif semula dan bertambah cerdik, dah boleh bercerita walaupun ada sesetengah ayat yang hanya dia sahaja yang faham :) Ummi dan Baba sentiasa berdoa agar kakak azimah diberi kesihatan yang baik dan membesar menjadi muslimah yang solehah Amin...

Salam sayang,
Ummi AziE

No comments:

Post a Comment