Wednesday, January 26, 2011

~:: OnLIne ShoPPing ::~

Bismillahirrahmanirrahim...

ini merupakan 1st entry dalam tahun 2011, tak sempat nak update sebelum ni byk sangat aktivitinya... sebelum tu azie nak wish HAPPY NEW YEAR, HAPPY THAIPUSAM utk event yang dah lepas tapi tak sempat nak wish hehehehe and in advance HAPPY CHINESE NEW YEAR FOR ALL CHINESE FRIENDS :)

Hari merupakan hari ini dalam sejarah, azie menelefon ikim fm utk bg komen dalam topik pagi tentang pembelian online indah khabar dari rupa, wakakakaka...excited tak ingat sampai azie tak bg can DJ Pian ngan DJ Siti tanye soalan. Apa yang azie kongsikan adalah mcm mana nak jadi pembeli online yang berhemah (cehcehceh...) sebab azie mmg addicted dah dgn online shopping ni tiap2 bulan mesti ada 2/3 transaction online (dan itu juga bergantung kepada budget dan keperluan yer...)

Sebelum nak beli secara online

(1) kena tetapkan dulu barang apa yang kita cari dan buat purchasing survey
(2) cari 4/5 website yang menawarkan produk yang sama
(3) bandingkan harga
(4) keterangan product
(5) cara pembelian/bayaran
(6) tempoh penghantaran
(7) promosi/penghantaran percuma
(8) testimoni pelanggan dan
(9) location peniaga tersebut

Bila dah kenal pasti yang terbaik barulah kita buat pembayaran.

Cara pembayaran tu kalau below 100 azie prefer cash bank in tapi kalau lebih 100 pakai kad kredit, setakat ni pernah sekali je azie ada masalah bila guna kad kredit, tapi bukan masalah tak boleh bayar ke apa, cuma diorang dah terima bayaran tapi diorang tak dapat maklumat pasal items2 yang azie pesan, so kena berhati2 sikit bila kita main klik2 je ni, bila semua nampak mudah kita akan terlepas pandang sesetengah perkara yang kecik. Tempoh penghantaran standard dalam 2/3 hari sebab tu azie kalau nak beli online azie ambil kira location peniaga tersebut, kalau sekitar selangor n lembah klang insyaALLAH barang tersebut cepat sampai. Pasal testimoni pelanggan, yang ni azie kadang2 ada kurang percaya sikit sebab boleh je peniaga tu sendiri yang tulis barang diorg bagus kan... so azie prefer website yang bg testimoni pelanggan berserta link pelanggan tersebut (sama ada blog ke atau apa2 je yg boleh dicapai utk dapatkan sedikit info tentang pelanggan yang berurusan dengan peniaga online tersebut).

Gambar... faktor penting dalam pembelian online sebab kita tak dapat nak sentuh dan rasa produk tersebutkan, sebagai pembeli kita harus sedar sebarang risiko yang mungkin kita hadapi. Jangan cepat melenting kalau barang yang kita pesan tak sama dengan yang ditunjukkan dalam gambar. Sebab resolution PC masing2 kan berbeza dan gambar yang diambil guna kamera pun takkan 100% sama dengan yang original melainkan guna dslr dan cameraman tu betul2 expert. Azie pernah juga terkena tgk dalam gambar nmpk cantik tapi bile dah dapat rasa mcm biasa je... tapi tu la risiko yang harus diterima. Ada sesetengah peniaga online dah bagitau awal2 gambar yang ditunjukkan mungkin tak kan sama dengan yang asli so kena baca betul2 keterangan untuk setiap produk tu.


Sekian untuk perkongsian hari ini.

Selamat bershopping online :)

2 comments:

  1. wakakak.. Tahniah sebab berjaya menembusi radio IKIM.. takde siaran ulanagan ek? huhuh...

    dahsat bagi komen.. leh lah bukak kedai online plak pas nih.. hehe

    ReplyDelete
  2. wakakkakaka..insyaALLAH :) doa2kan pasni kita boleh buat bisnes plak

    ReplyDelete